Kita pasti tidak akan pulang dengan tangan kosong sebaik saja melangkah masuk ke kedai Eco atau lebih sinonim dipanggil ‘Kedai 2 Ringgit’. Ada sahajalah barang yang hendak dibeli walaupun pada awalnya langsung tak berniat!
Namun disebabkan kenaikan harga barang, Eco-Shop mengumumkan bahawa mereka terpaksa mengubah harga jualan daripada RM 2.10 kepada RM 2.20 dan RM 2.40 (cawangan Langkawi, Sabah & Sarawak) bermula 1 Disember ini.
Melalui laman Facebook, mereka juga turut meminta maaf kepada para pelanggan dan berharap terus menerima sokongan daripada mereka.
Kepada para pelanggan yang dihargai,
Kami ingin mengucapkan terima kasih di atas sokongan dan kepercayaan kepada kami. Selama ini, kami sentiasa memegang prinsip di mana kami menawarkan barangan yang berkualiti dengan harga yang paling murah. Ini telah menjadikan eco-shop dikenali dalam kalangan anda semua.
Disebabkan kos barangan semakin meningkat dan pada masa yang sama, kami perlu memegang pada prinsip utama syarikat iaitu menawarkan barangan yang berkualiti, dengan berat hati, kami telah membuat keputusan agar harga jualan kami akan berubah dari RM2.10 kepada RM2.20 (Semenanjung Malaysia) / RM2.30 kepada RM2.40 (Langkawi, Sabah & Sarawak) mulai pada 1 Disember 2021.
Di sini, kami amat mengesali ke atas pengumuman ini dan kami berharap anda akan terus memberi sokongan kepada kami.
Tidak mengapa, walaupun harganya bertambah 10 sen namun sis rasa ia masih berbaloi dan jauh lagi murah daripada kedai-kedai lain. Pastinya pelanggan setia tetap akan memberi sokongan kepada Eco-Shop!
Ads
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Ads
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shopee
Berada di belakang kejayaan lelaki hebat itu adalah seorang wanita. Begitu juga Perdana Menteri kita, Tun Dr Mahathir Mohamad yang dilihat sentiasa bersama wanita dicintainya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali kala senang dan susah. Malah video ketika Tun Di Siti Hasmah memberi semangat sebelum Tun Dr Mahathir mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri juga begitu mencuit hati netizen yang membisikkan perkataan ‘Bismillah.
Ternyata wanita berusia 92 tahun ini sejujurnya mengakui tidak pernah menyiapkan diri sebagai isteri Perdana Menteri, sebaliknya jawatan doktor yang disandang banyak membantunya. Bercakap pada Majalah Keluarga, Tun Dr Hasmah berkata cabaran sentiasa ada tetapi kerana sudah biasa berkecimpung dengan masyarakat.
“Meskipun mereka masyarakat yang berpenyakit, tetapi saya mudah mesra dengan mereka dan sebagai isteri pemimpin itu yang penting sekali.
“Bermesra dan bergaul dengan masyarakat secara tidak lansgung dapat menjaga watak atau karakter kita supaya bukan sahaja bagi gambaran yang baik tetapi secara langsung menjaga nama baik suami.
“Alhamdulillah sepanjang suami menjadi pemimpin, yang buruk itu tiada, apatah lagi yang boleh jejaskan suami. Baik ketika bergelar menteri sehinggalah menjadi orang nombor satu negara,” katanya kepada penulis Zaiton Abdul Manaf ketika sesi semubual sempena Edisi Khas Hari Ibu Majalah Keluarga.
Menurutnya jawatan doktor sedikit sebanyak membantu dalam pergaulan kepada masayarakat.
“Masyarakat sangat menghormati doktor kerana kita membuat kebaikan. Keduanya bagaimana kita berusaha dengan masarakat dengan berhubung rapat dengan mereka.
“Kalau kita tidak tegur, sombong dan wajah itu akan menunjukkan penampilan kita. Justeru sebagai dokor sudah bersidap sedia bagaimana mahu kerjasama dengan masyarakat.
“Tidak kira suami menjadi pemimpin atau tidak, tetapi status yang disandang itu, kita kena bersiap sedia dalam segala hal,” katanya yang sentiasa berada di belakang suaminya dalam apa jua situasi.
Bercerita tentang tugasnya sebagai ibu, beliau yang mempunyai tujuh orang anak hasil perkongsian hidup 62 tahun bersama Tun M, tersenyum sambil bercerita.
“Sebagai ibu pula, lebih-lebih lagi apabila kita sebagai kita sebagai pegawai kerajaan. Kena bijak atur masa sebagai isteri, ibu dan tidak lupa wanita berkerjaya. Soal masa tidak timbul kerana tidak ada banyak masalah.
“Waktu dulu nak cari pengasuh mudah. Dulu ada ipar duai di rumah yang boleh diharap untuk bantu jaga anak-anak. Begitu juga dengan pembantu rumah yang tua dan berumur yang boleh diharap untuk menjaga anak-anak. Memang mudah dan tidak perlu peningkan kepala seperti sekarang.
“Kami dikurniakan tujuh anak iaitu, Marina, Melinda, Mokhzani, Mukhriz, Mazhar dan Maizura. Yang sulung Marina ada pemikiran sendiri dan sedikit mengikut jejak langlah ayahnya. Berdikari dan tegas dalam pendirian. Yang kedua, Mirzan lebih minat pada kewangan dan pandai uruskan bidang tersebut.
“Yang ketiga pula, Melinda pula sepenuh masa suri rumah yang menjaga anak-anak sepenuh masa dan dia sangat low profile. Keempat pula Mokhzani pula bijak dalam pengurusan dan kini bekerja dalam industri miyak dan gas. Dia ada karakter seorang pengurus yang cekap baik dalam kerjaya mahupun rumah tangga.
“Mukhriz pula lebih menjurus kepada saya, Tetapi bab tanggungjawab dia banyak ikut jejak langkah ayahnya. Dia lembut tetapi tegas. Yang keenam Mazhar dan yang ketujuh, Maizura masih bujang dan ada cita-cita tersendiri.
“Cuma sekarang ini hanya bongsu yang belum kahwin tinggal dengan kami kerana lain sudah ada keluarga sendiri. Sebagai ibu saya setiasa galakkan anak-anak dan demikian juga untuk yang bongsu ini. Saya bantu dan galakkan supaya dia tidak rasa ketinggalan dalam keluarga, “ ceritanya lagi tentang perangai anak-anaknya.
Beliau juga turut bercerita sikap tiga orang anak lelakinya yang masing-masing punyai sifat berbeza.
“Saya anak tiga anak lelaki dan masing-masing ada kerenah tersendiri. Kalau ikutkan anak paling nakal Mokhzani waktu kecil dulu. Tetapi dia yang paling prihatin dalam banyak hal dan sangat pandai melayan andai ada tetamu yang datang.
“Mirzan pula pernah sekali dapat surat daripada ayahnya kerana malas belajar, selepas itu barulah dia berubah.
“Waktu kecil juga, jika ada yang membuat salah dan ayahnya mahu jatuhkan hukuman, semua anak-anak akan panggil supaya mereka dengar apa kesalahan dan denda yang dikenakan,” Jelas Tun lagi yang berkata dia tidak mengamalkan pilih kasih antara anak-anaknya. Sebaliknya bersedia bila-bila masa jika datang bercerita masalah masing-masing.
Wanita pertama negara ini juga tidak manjakan anak-anak dengan kemewahan. Sebaliknya beliau tegaskan kepada anak-anak jika mahu sesuatu perlu berusaha sendiri.
“Apa juga yang kemudahan tidak datang bergolek jika tidak berusaha. Inilah nilai-nilai murni yang harus diajar kepada anak-anak.
“Apa yang utama kena hormat ibu bapa atau sesiapa sahaja yang memberikan sesuatu kepada kita. Jadi kita kena balas dengan ucapan terima kasih. Kedua kerja keras, ketiga amanah dan keempat jangan boros dan kena tahu urus wang ringgit dengan bijak,” tambahnya yang memberitahu berkahwin lambat ketika usia 29 tahun. Tetapi bersyuur dikurniakan anak-anak yang bijak daan cerdik dalam pelajaran masing-masing.
Malah pasangan ini juga sepakat apabila anak-anak lulus dengan cemerlang, mereka akan hadir di konvokesyen dan dipraktikkan pada semua anak-anaknya.
Menurut Tun juga, momen paling indah dalam hidupnya adalah sewaktu melahirkan anak-anak dengan selamat dan membesar dengan baik serta berjaya dalam bidang diceburi.
Tidak kiralah samada anda pencinta fesyen sejati ataupun tidak, pastinya anda tahu atau biasa mendengar nama jenama fesyen mewah terkemuka dunia, Gucci.
Menariknya, terdapat sebuah kisah menarik mengenai kehidupan pemilik empayar fesyen ini dan anda boleh saksikannya sendiri menerusi filem House of Gucci bersama Hijabista.
House of Gucci diilhamkan daripada kisah benar yang mengejutkan mengenai keluarga di sebalik empayar fesyen mewah Itali.
Apabila Patrizia Reggiani (Lady Gaga), orang luar yang ‘biasa-biasa’, berkahwin dengan keluarga Gucci, cita-citanya yang tidak terkawal mula merungkai legasi keluarga dan mencetuskan lingkaran pengkhianatan, kemerosotan, dendam, dan akhirnya… pembunuhan.
Baca sinopsis pun dah menarikkan? Filem yang diarahkan oleh Ridley Scott ini juga turut dilakonkan oleh barisan pelakon ternama Hollywood seperti Adam Driver, Jared Leto, Jeremy Irons, Jack Huston, Salma Hayek dan Al Pacino.
Bakal menemui penonton pada 13 Januari 2022, anda boleh menjadi antara yang terawal untuk menontonnya pada 4 Januari akan datang. Mudah saja caranya, jawab saja soalan di bawah ini!
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Wanita dan dunia kecantikan memang tak dapat dipisahkan. Malah dek kerana obses dengan kecantikan menyebabkan kita sanggup lakukan apa sahaja untuk pastikan penampilan sentiasa menarik dan cantik. Ada yang menggunakan petua tradisional dan ada juga mendapatkan servis spa secara mobile dengan pusat kecantikan. Tetapi tidak semua pusat kecantikan menawarkan servis yang bagus. Perkongsian wanita ini Nur Narquiyah Halil di facebook menceritakan bagaimana kawannya mengalami melecur tahap 3 di bahagian wajah setelah mendapatkan rawatan spa bergerak.
Apa yang mengecewakan pihak terbabit di pusat kecantikan berkenaan bersikap sambil lewa dan tidak memohon maaf atas kesilapan yang tidak disengajakan itu.
Kesan kecederaan itu telah menyebabkan wajah kawannya itu mengambil masa cukup lama untuk pulih seperti sedia kala.
Malah menurutnya juga kecacatan berkenaan di wajah juga menyebabkan anak mangsa takut untuk melihat dirinya.
Pada hari Ahad, kawan saya inazalina mendapatkan servis facial dgn mobile spa The Walking Beauty Project, dengan pakar kecantikan Joji.june.
Apa yg mengecewakan adalah, yg kononnya pakar kecantikan ini telah tidak sengaja menumpahkan air panas steamer yg menggelegak ke atas muka, mata dan leher kawan saya. Dahla dia tak dengar ckp kawan sy yg risaukan steamer tu terlalu dekat, sudahnya mmg betul2 tumpah.
Ko rasa? Kawan saya pon pergi ke hospital utk mendapatkan rawatan dan pakar bedah sendiri telah mengatakan bahagian melanin kulit kawan saya sudah rosak, kawasan yg terbakar adalah peringkat ke-2 dan ke-3. Jadi, ini dikira sebagai kecacatan dan apa yg lebih mengecewakan kawan saya ini bekerja sebagai customer servis yg perlu berjumpa org setiap hari.
Kawan saya menghubungi pakar krcantikan tersebut utk mendapatkan penjelasan, dan hanya hari ke-3 kawan saya di dalam ward, barulah pakar kecantikan ini kunjung tiba dan memberikan vitamin c shaklee sebagai “pampasan”.
Kawan saya juga menghubungi founder The Walking Beauty Project tersebut tetapi alangkah kecewanya kawan saya apabila founder bertindak melepaskan tgn dan sambil lewa, juga tidak mahu bertanggungjawab ke atas kejadian yg menimpa kawan saya itu.
Oleh itu, saya disini membantu mencoretkan post ini utk berkongsi dengan anda semua supaya tiada lagi kejadian yg tidak beretika ini berulang lagi. Diharapkan anda semua dpt panjangkan kisah ini ke saudara mara, rakan taulan anda supaya tidak lagi mengambil servis daripada pihak The Walking Beauty Project lg. Kita tidak mahu kejadian sebegini menimpa kepada anda.
Tiada apa lagi yg boleh kembalikan muka beliau seperti dlu, telanla berkotak-kotak supplement ataupun buat segala rawatan muka, ia akan mengambil masa yg sgt panjang utk kembali pulih. Itu hanya di luaran, bagaimana perasaan beliau?
Bagaimana nak jumpa client? Anak dia sendiri pon takut nak tgk muka ibunya. Kesian. Jadi, panjang-panjangkanla post ini ya supaya tiada lagi mangsa seperti kawan saya ini lagi.
Sekian,
Nukilan ikhlas dari saya, Quiyah.
Perkembangan terkini, mangsa juga telah membuat report polis dan akan bertemu dengan pihak peguam bagi menyelesaikan kes ini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di