DYYM Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bersama Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah memang cukup disayangi rakyat jelata dek kerana sifat mereka yang begitu penyayang dan berjiwa rakyat.
Bukan hanya baginda berdua, nampaknya keperibadian mulia ini turut diwarisi oleh anakanda-anakanda baginda juga. Pada tarikh 17 September 2020, genaplah usia salah seorang putera baginda berdua iaitu Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah yang ke 25 tahun.
Sebagai seorang ibu, Tunku Azizah telah menitipkan ucapan yang penuh kasih sayang berserta doa buat anakandanya yang tercinta itu dan mengharapkan segala yang baik-baik akan hadir untuknya.
Ads
Ads
Happy 25th Birthday Hassanal Ibrahim Alam Shah …. semoga allah sentiasa cucur rahmat dan keampunan ….. murahkan rezeki, sihat waalfiat, diberi petunjuk, taufik dan hidayah …… dan yang penting, di temukan dengan sebaik-baik jodoh , wanita yang solehah , beriman dan bermaruah mulia … ini doa seorang IBU …. saya bersyukur kehadrat Ilahi yang telah mengurniakan saya Hassanal … besar dah anak Mamma ! 😘
Sungguh indah doa yang dititipkan oleh Tunku Azizah buat anakandanya itu. Hijabista juga ingin mengucapkan selamat hari keputeraan yang ke-25 tahun buat Tengku Hassanal. Moga terus menjadi pemimpin yang disenangi rakyat dan sentiasa berada dalam lindungan Tuhan. Amin Ya Rabb.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Rata-rata umat Islam mengakui bahawa sekiranya Allah memberikan ujian terhadap kesihatan, ia merupakan cara Allah mahu mengurangkan dosa-dosa kecil yang dilakukan umatnya, ‘sakit penghapus dosa’.
Begitu juga dengan apa yang dialami oleh pelakon dan pengacara jelita, Zulin Aziz yang memaklumkan bahawa dia perlu menjalani pembedahan, sebaik sahaja di diagnosis menghidap apendiks dan batu hempedu.
Sehubungan itu, Zulin memohon agar wargamya dan para peminatnya menitipkan doa agar segala urusan pembedahannya dipermudahkan.
Perkara berkenaan dimaklumkan Zulin sendiri, menerusi satu muatnaik hantaran di laman Instagram miliknya, berkongsikan keadaan dirinya sebelum memasuki dewan pembedahan.
Dalam perkongsian itu, Zulin mendedahkan bahawa dia berasa gentar dan belum bersedia untuk menjalani pembedahan berkenaan.
Malah, beliau tidak menyangka menghidap penyakit yang agak serius kerana pada awalnya dia menyangka hanya diserang penyakit gastrik.
“Salam semua. Sebentar lagi saya akan menjalani pembedahan Appendix & batu hempedu. Doakan saya semoga selamat dan dipermudahkan segala urusan ya?
“Jujurnya saya takut. Tak bersedia, ingat gastrik tapi terus kena masuk bilik bedah. Allahuakbar. Ya Allah panjangkanlah umurku, Permudahkanlah urusan kami, Berikanlah aku kesembuhan dari segala penyakit, Amin Ya Rab Ya Mujib Ya Karim,” tulis Zulin pada ruangan kapsyen hantaran berkenaan.
Bagaimanapun, Zulin tetap terlihat tenang ketika mahu menjalani pembedahan berkenaan kerana suaminya, Farhan setia menemani di sisi.
Terbaru, usai menjalani pembedahan berkenaan. Menerusi Instagram story (IGs)
Zulin memaklumkan keadaanya yang sudah selamat menjalani pembedahan mengeluarkan batu hempedu tersebut, meski masih terasa kesakitan kesan dari pembedahan berkenaan.
“Subuh ni perut rasa bengkak. Nak duduk rasa sakit jadi saya baring saja. Masih belum boleh makan. Boleh minum sahaja. Nak diet sangat kan. Lepasni boleh makan benda lembut macam bubur dan roti cicah. Sekarang memang lapar teruk. Semalam makan dua sudu sahaja. Lepas itu saya terus puasa.
Selain itu, Zulin turut memuatnaik beberapa keping foto menerusi hantaran sama memaparkan batu hempedu yang berjaya dikeluarkan doktor serta keadaan terkini dirinya setelah pembedahan berjaya dilakukan.
Menurut Hellodoktor, mereka yang alami masalah ini akan mempunyai rasa sakit yang menyucuk pada perut. Ia boleh bertambah baik atau buruk selepas makan ataupun muntah.
Pesakit juga akan alami ketidakselesaan pada bahagian atas perut dan tepat di bawah tulang dada. Ada tanda seperti:
Sesetengah orang yang alami masalah gastrik yang teruk sering menghadapi sakit dada, sesak nafas, lemah atau sukar menelan makanan dan minuman serta demam panas. Pada saat ini disarankan segera berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan perubatan.
Sambutan Hari Kanak-Kanak merupakan sambutan yang disambut pada setiap tahun oleh banyak negara tidak terkecuali di Malaysia. Hari kanak-kanak bertujuan untuk meraikan dan menghargai kanak-kanak disamping memberi kesedaran terhadap memelihara isu, hak, masa depan, perlindungan dan kebajikan kanak-kanak di Malaysia.
Bersempena Sambutan Hari Kanak-Kanak ini, kebanyakan sekolah di Malaysia akan melakukan pelbagai acara termasuklah memberi fokus terhadap tema kerjaya. Pada hari tersebut, pelajar akan berpakaian bersesuaian mengikut kerjaya dan cita-cita masing-masing seperti polis, doktor, cikgu, peguam, chef dan lain-lain. Namun, berbeza kisahnya buat seorang kanak-kanak perempuan yang berusia 8 tahun ini.
Auni, meluahkan rasa bangga dengan pekerjaan bapanya sebagai pekerja pembersihan Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI). Walaupun disuruh oleh bapanya untuk memilih pakaian seragam atau uniform lain, anaknya itu tetap berkeras mahu menyarungkan ‘pakaian seragam’ bapanya untuk diperagakan. Kisahnya mendapat perhatian warganet selepas videonya dimuat naik bapanya di TikTok, baru-baru ini.
Memetik laporan dari Harian Metro, ibu Auni, Nor Fadilah Jaafar, 39, berkata, anaknya memilih pakaian itu kerana menghargai pekerjaan suaminya walaupun cita-cita si cilik itu mahu menjadi seorang chef.
“Nur Auni Awatif suka makan dan mahu menjadi chef tetapi dia tidak mahu memakai pakaian itu kerana mahukan kelainan selain sebagai tanda sayangnya pada ayahnya.
“Saya suruh bergaya seperti ustazah pun dia tak mahu dan selepas dipujuk akhirnya Auni mencuba seragam anggota Angkatan Pertahanan Malaysia (APM) yang dipinjam suami dari rakannya tetapi dia tidak muat serta tidak selesa memakainya.
“Kemudian dia terus mencuba t-shirt kerja suami yang dicari sendiri di almari. Walaupun sedikit besar dia cakap selesa memakainya, malah terus meminta ‘pengepit’ dan plastik sampah untuk dia gayakan di atas pentas,” katanya kepada Harian Metro.
Difahamkan, anak bongsu dari tiga beradik itu sangat rapat dengan bapanya dan pernah mengikut bapanya, Mohd Anuar membersihkan tapak pasar malam sebelum ini. Pada awalnya menurut Nor Fadilah, dia serta suaminya meminta anak bongsu itu memilih kerjaya lain walaupun itu hanya pertandingan sahaja.
“Kami tanya juga tidak kisah ke pakai baju kerja ayah dan tak sangka Auni cakap ‘tak apa, mak dan ayah yang bagi Auni makan, sediakan tempat tinggal dan bangga dengan ayah’.
Dalam pada itu, wanita berusia 39 tahun mengatakan anaknya sangat teruja untuk bersiap ke sekolah dan gembira walaupun cuma mendapat hadiah saguhati dalam pertandingan berkenaan.
“Auni bangun awal dan teruja untuk bersiap ke sekolah dan walaupun dia hanya dapat sagu hati saja dalam pertandingan itu tetapi dia tak sedih langsung, malah berasa gembira,” katanya.
Sementara itu, Anuar meluahkan rasa terharu dengan reaksi anaknya serta sangat bersyukur apabila Auni dan dua lagi anaknya memahami kehidupan sederhana mereka.
“Saya seperti mahu menangis apabila mendengar apa yang Auni cakap itu sebab tidak malu, malah bangga dengan kerja saya.
“Itu antara kenangan yang mengusik hati saya selain kenangan dia seronok mendapat basikal rosak yang saya beli dengan harga RM10 saja.
“Saya baiki dan cat semula basikal itu dan tetapi dia sangat gembira macam dapat basikal baru.” ujarnya.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen turut memberikan kata-kata positif buat kanak-kanak tersebut serta memuji didikan orang tuanya. Video tersebut kini meraih lebih 601.6K tontonan serta 72.2K kesukaan.
“Ya allah. Apa nikmat telah aku dustakan dalam hidup sebelum dan sekarang ini. Terima kasih abg. Untuk video ini. Abg terbaik dalam mendidik anak”
“Terus rasa sebak tgk video ni..semoga satu masa menjadi kebanggaan mak ngn ayah ye dik..”
“Semoga awak membesar dengan penuh rasa bangga terhadap kedua org tua awak ye dik. semoga menjadi anak solehah baik akhlak dan berbakti pd org tua.”
“Alhamdulillah…terbaik…seorg ank yg mnghrgai pkerjaan ayahnye.. InshaAllah moga terus membesar mnjadi ank yg solehah yg bnyk berjasa pada org tuanye”
MasyaAllah, walaupun si cilik ini masih kecil, tapi dia mempunyai hati yang sangat besar. Hijabista turut mendoakan semoga terus menjadi anak solehah, serta menjadi penyejuk mata penawar hati buat kedua orang tua.