Perkembangan pesat teknologi kini membolehkan kita untuk melakukan apa sahaja. Siapa sangka hanya melalui laman media sosial, kita juga boleh bersedekah dan menyebarkan kebaikan. Semuanya kini hanya dihujung jari.
Baru-baru ini telah tular video seorang pemuda yang menjadi ‘pengantara’ menginfakkan makanan melalui Tiktok. Awal kisahnya, pemuda ini melakukan siaran langsung (live) Tiktok semasa sedang berniaga. Kemudian, ada seorang wanita memberikan gift dan sebagai balasan, dia meminta pemuda tersebut menginfaqkan makanan kepada pelanggan. Selepas itu, pemuda itu dihubungi lebih ramai insan yang mahu bersedekah.
Infak zaman Tiktok
Ini merupakan kisah mengenai seorang graduan bidang Syariah iaitu Ahmad Azmeer Saihon yang berusia 24 tahun. Dia kini berniaga di sebuah gerai makanan sementara menanti tawaran kerja tetap. Menerusi temubualnya bersama mStar, Azmeer mengakui seronok dengan bidang kerja itu, malah menjadikannya sebagai platform terbaik untuk menimba pengalaman.
Pemuda ini turut mengakui bahawa aplikasi TikTok ada manfaat dan kebaikan buat semua. Dia juga sudah biasa menggunakan medium Tiktok semenjak tahun 2020.
“Pada waktu itu, saya fokus pada diri sendiri dan berkongsi video motivasi. Kemudian baru saya hasilkan video berniaga. Saya cuma nak berkongsi pengalaman dan tunjukkan realiti sebagai peniaga. Nak tunjuk kepada masyarakat kaedah untuk berniaga mengikut cara Nabi Muhammad.
Tambahan itu, dia turut berkongsi cerita mengenai videonya yang tular di laman TikTok yang kini telah mendapat lebih 77.K kesukaan.
“Ketika saya buat live hari tu, ada seorang kakak bagi gift untuk minta saya infak makanan. Jadi saya infak kepada peniaga gerai sebelah. Kemudiannya, ramai juga yang mesej di Instagram. Mereka transfer duit kepada saya untuk infak makanan. Alhamdulillah, baru-baru ini 200 bungkus infak ke kilang dan masjid.
“Kemudiannya ada orang infak 200 bungkus beriani untuk kami hantar ke rumah anak yatim, tahfiz dan madrasah. Saya hanya tunaikan hajat mereka semua. Saya akan laksanakan dengan jujur dan amanah.” sambungnya lagi.
MasyaAllah, sunggah menginspirasikan. Sedikit sebanyak mengenai dirinya, Azmeer berkata dia telah jatuh cinta terhadap dunia perniagaan yang kini sudah sebati dan menjadi rutin hariannya.
Sumber gambar: Instagram @azmeer.chowder
“Mak kata saya ada sijil dan kelayakan, jadi dia suruh mohon kerja. Saya memang dah mohon, cuma belum dapat lagi. Sementara belum dapat tawaran kerja, saya ambil peluang ini untuk berniaga bersungguh-sungguh…Sejujurnya saya minat berniaga. Pada masa sama, saya nak kerja dalam bidang yang dipelajari. Kalau boleh saya nak grab dua-dua bidang. Bidang Syariah ni luas. Apabila berniaga pun saya dapat praktikkan apa yang saya belajar dulu,” ujar graduan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) itu.
Pemuda ini turut mengatakan bahawa dia tak berniat untuk tular dan hanya berkongsi video tersebut sebagai tanda penghargaan buat individu yang infak. Dia akui terkejut dan terharu dan ramai yang yang memberikan sokongan serta kata-kata semangat.
“bagus..contoh yg baik..tlg org yg disekitar kita dlu..biasa sesetengah org cari2 spe dia nk infak..tahan kereta tahan motor..tp abg ni bagus”
“akak pulak yg berair mata tgok dik..…semoga dik murah rezeki dunia akhirat”
“semoga dipermudahkan urusan dan limpah kan rezekk ke dua² nya”
“muka berseri manis je..Bak kata org..ade nur..teruskan usaha bang..insha Allah..Allah Maha Pemurah..dan pemberi rezeki utk hambaNya yg berusaha..”
Ads
“Tik Tok ni…mudah je nk kumpul Pahala…Nk Bersedakah…. hulur kan bantuan….cara mcm ni pun BOLEH… Tahniah…”
Alhamdulillah, Team Hijabista turut mendoakan yang terbaik buat pemuda ini dan semoga dimurahkan rezeki yang berlipat kali ganda. Usahanya dalam menjadi pengantara dan secara tidak langsung menggalakkan netizen untuk bersedekah ini wajar dipuji. Semoga kisahnya ini menjadi inspirasi buat anak muda yang lain. Tahniah juga buat netizen yang turut sama bersedekah. Betul lah kata pepatah, ‘dalam rezeki kita, ada rezeki orang lain’.
Untuk pengetahuan anda, gerainya terletak berhadapan dengan Sekolah Kebangsaan Batang Benar, Negeri Sembilan dan dibuka dari pukul 11 pagi sampai 5 petang. Di antara menu yang dijual adalah nasi beriani ayam masala, daging masak hitam, kambing kurma bersama kuah asam kerisik dan juga nasi dengan ayam goreng kunyit. Ha… yang tinggal berdekatan boleh lah singgah!
Suatu ketika dulu nama penyanyi Mawi memang cukup memberi impak dan cetus fenomena tersendiri. Popularitinya semakin memuncak apabila mengambil keputusan mendirikan rumahtangga dengan pilihan hati, Nora’ashikin Rahmat atau mesra dipanggil Ekin. Ketika itu Ekin juga turut menerima tempiasnya kerana berjaya menawan hati penyanyi yang jadi pujaan ramai ketika itu. Kini Ekin selesa bergelar isteri dan juga usahawan.
Sebenarnya Ekin juga turut mencetus populariti tersendiri kerana dia mempunyai kembar yang seiras dengan wajahnya Nora’ Ain Rahma atau dikenali dengan nama Aenn. Malah kedua-duanya sering dilihat bersama-sama dalam menjayakan bisnes yang diusahakan.
Sekali pandang memang tak perasan yang mana satu Ekin dan yang mana satu kembarnya Aenn. Kedua-duanya kelihatan sama apatah lagi tampil manis berhijab. Bukan itu sahaja, mereka juga gemar bergaya menggayakan fesyen yang juga sama setiap kali keluar berdua.
Walaupun Aenn tidak sepopular Ekin, namun bagi Ekin kembarnya itulah sahabat paling baik. Malah menjadi teman menangis, ketawa, bergosip, susah snang, teman gaduh, pinjam bahu dan juga teman merayap.
Malah Ekin dilihat begitu menyayangi adik kembarnya itu yang dianggap sebagai cermin terbaiknya. Keduanya dilihat baru menyambut ulang tahun ke 40 hujung tahun lalu.
Dia ni la kawan sejati saya, teman ketawa, teman nangis, teman bergosip, teman susah senang, teman gaduh (kadang2 la ), teman pinjam bahu, teman tuk merayap hehe..nama dia @aennarif adik kembar saya hehe..LUV U MY CERMIN
Ciri-ciri Haji Mabrur. Apakah Itu Menurut Rasulullah SAW? Haji mabrur ialah haji yang baik atau yang diterima oleh Allah SWT. Umat Islam yang menunaikan haji berharap mendapat predikat Haji Mabrur.
Mendapat martabat Haji Mabrur adalah hak prerogatif Allah SWT sesiapa yang dikehendaki-Nya. Sebagai hambaNya, wajib menjaga syarat, kerukunan dan kewajipan serta menjauhi perkara yang dilarang dalam haji.
Menjadi Haji Mabrur adalah impian setiap jemaah. Ditambah lagi dengan tarikan ganjaran syurga. Sudah pasti semua umat Islam ingin ke syurga melalui amalan yang mereka lakukan termasuk ibadah haji.
Orang yang menjadi Haji Mabrur pasti mendapat ganjaran dari Syurga. Demikian sabda Rasulullah SAW.
Maksudnya: “Tidak ada balasan (yang pantas diberikan) bagi haji mabrur kecuali surga.” (HR Bukhari).
Keutamaan Haji Mabrur untuk mendapat pahala dari Syurga sudah ada di depan mata. Jadi apakah ciri-ciri Haji Mabrur?
Ciri Haji Mabrur.
Maksudnya: “Para sahabat berkata, ‘Wahai Rasulullah, apa itu haji mabrur?’ Rasulullah menjawab, ‘Memberikan makanan dan menebarkan kedamaian.’” (Hadis ini diriwayatkan Imam Ahmad dalam Musnad-nya)
Walaupun hadis Abu Hatim dihukumkan munkar syibhul maudhu’ dalam kitab Ilal ibn Hatim, namun terdapat riwayat lain yang marfu’ dan mempunyai saksi yang ramai. Al-Hakim bahkan mengutuk Shahihul Isnad dalam kitabnya Mustadrak, walaupun Bukhari dan Muslim tidak melaporkannya. Dinukil oleh Imam Badrudin Al-Aini dalam Umdatul.
Maksudnya: “Rasulullah SAW ditanya tentang haji mabrur. Rasulullah kemudian berkata, ‘Memberikan makanan dan santun dalam berkata.’ Al-Hakim berkata bahwa hadits ini sahih sanadnya tetapi tidak diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim.”
Berdasarkan dua hadis di atas dapat disimpulkan bahawa menurut Rasulullah SAW terdapat tiga ciri haji yang mabrur. Iaitu bercakap dengan sopan (thayyibul kalam), menyebarkan keamanan (ifsya’us salam), dan mempunyai minat sosial, iaitu memberi makan kepada orang yang lapar (ith’amut tha’am).
Daripada ciri-ciri tersebut, dapat disimpulkan bahawa Haji Mabrur bukan sahaja memberi manfaat kepada seseorang tetapi juga dapat dirasakan oleh orang sekeliling. Semoga anda atau keluarga yang telah bertahun-tahun menunaikan ibadah haji mendapat gelaran Haji Mabrur/Hajjah Mabruroh. Amin. Wallahu’alam.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Mekap artis yang cukup popular di laman sosial Bella diakui mempunyai pengikut yang ramai. Dia yang mempunyai pengikut sehingga mencecah 1 juta memang rajin berkongsi tutorial mekap secara live. Semalam Bella telah berkongsi cara untuk mekap simple untuk keluar santai dan juga bagi menutup parut jerawat di muka.
Dengan loghat utara yang cukup pekat, persembahan tutorial Bella memang berjaya menarik netizen yang terhibur dengan keletahnya dalam video berkenaan.
Malah perkongsiannya bukan sekadar cakap kosong kerana turut diselitkan dengan tip dalam solekan.
Menurut Bella jika mahu keluar ke sekadar utuk membeli barangan di pasar raya tidak perlu bermekap tebal tetapi cukup sekadar yang simple untuuk menyerlahkah kecantikan wajah.
Pesan Bella lagi, apa sahaja sebelum memulakan mekap perlu memakai moisturize dan juga primer untuk mengetahui kulit jenis berminyak atau tidak.
Jika orang lain memulakan mekap dengan meletakkan foundation sebelum menyolek bahagian lain, tetapi bagi Bella dia menyolak bahagian mata terlebih dahulu dengan peletakan warna natural sahaja. Dia juga tidak menggunakan bulu mata, sebaliknya menyapu maskara di kedua-dua bulu matanya.
Kemudian barulah Bella memulakan mekap dengan meletakkan foundation dengan menggunakan span yang dibasahkan terlebih dahulu dan di dap sahaja di seluruh wajahnya.
Bella juga turut meletakkan di bahagian jerawat berkenaan dan terus parut berkenaan tidak kelihatan. Menurut Bella foundation perlu bermula dari bahagia rahang sebelum menyapu bahagian lain. Dan kemudian barulah di dap dan blend di bahagian lain.
Bagi yang memakai foundation ini adalah untuk menjadikan kulit jadi ‘flawless’ cantik dan juga jadi rata. Namun jika memakai foundation jangan lupa untuk memakai bedak tidak kira jenis ‘loose powder’ atau ‘compact powder’. Ini kerana supaya bila pecah peluh tidak akan mencacatkan solekan. Malah menjadikan wajah jadi gebu.
Dia turut berpesan jika mahu memakai foundation jangan dilupakan setiap ruang atau lubang yang tersembunyi. Malah foundation berkenaan juga turut menutup parut jerawat yang tumbuh di tepi hidung Bella.
Sebelum menamatkan kelas tutorialnya, Bella menyudahkan pemerah pipi dan juga sapuan gincu bibir bagi melengkap penampilan
Video tutorial Bella ini telah dilihat 13K tontonan dan mendapat butang like sebanyak 5 ribu lebih.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Tersentuh apabila membaca luahan kata-kata Fasha buat ibu tersayang dalam satu hantarannya di Instagram. View this post on Instagram
A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha)Pelakon...