Setiap hamba di muka bumi ini mempunyai rezeki masing-masing yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T. Kita seharusnya bersyukur dengan segala apa yang dikurniakan oleh Allah.
Tanpa disedari, kesihatan yang baik serta umur yang panjang merupakan antara rezeki yang diberikan oleh Allah kepada kita. Ketahui 8 jenis rezeki yang diberikan Allah kepada hamba-hamba-Nya.
1. Rezeki Yang Telah Dijamin
Jika anda rasa anda kekurangan rezeki, anda salah. Allah telah menjamin rezeki anda sejak anda berada di dalam kandungan lagi.
وَمَا مِن دَابَّةٍ فِي الْأَرْضِ إِلَّا عَلَى اللَّهِ رِزْقُهَا وَيَعْلَمُ مُسْتَقَرَّهَا وَمُسْتَوْدَعَهَا كُلٌّ فِي كِتَابٍ مُّبِينٍ
“Tidak ada satu makhluk melata pun yang bergerak di atas bumi ini yang tidak dijamin Allah rezekinya.” (Surah Hud: 6)
2. Rezeki Kerana Usaha
Walaupun rezeki telah ditetapkan oleh Allah, itu tidak bermakna anda perlu berdiam diri dan menunggu sahaja rezeki muncul. Anda juga perlu berusaha kerana ia merupakan salah satu ikhtiar dan usaha anda menjemput rezeki.
وَأَن لَّيْسَ لِلْإِنسَانِ إِلَّا مَا سَعَى
“Tidaklah manusia mendapatkan apa-apa kecuali apa yang dikerjakannya.” (Surah An-Najm: 39)
Ads
3. Rezeki Kerana Bersyukur
Allah sangat sukakan hamba-Nya yang sentiasa bersyukur dengan segala nikmat yang diberikan. Sekiranya bersyukur, Allah akan menambah lagi rezeki kepada anda.
لَئِن شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ وَلَئِن كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ
“Sesungguhnya jika kamu bersyukur pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu.” (Surah Ibrahim: 7)
4. Rezeki Tak Terduga
Kadangkala, ada juga rezeki yang datang tanpa diduga.
وَمَن يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَل لَّهُ مَخْرَجًا( ) وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ
“Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah nescaya Dia akan menjadkan baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka.” (Surah At-Thalaq: 2 – 3)
Ads
5. Rezeki Kerana Istighfar
Salah satu faktor yang menyebabkan rezeki datang adalah dengan melakukan dosa. Dengan memohon ampun dan istighfar, Allah akan membuka pintu rezeki yang telah tertutup.
فَقُلْتُ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ إِنَّهُ كَانَ غَفَّارًا ( ) يُرْسِلِ السَّمَاءَ عَلَيْكُم مِّدْرَارًا
“Beristighfarlah kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, pasti Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan memprbanyak harta.” (Surah Nuh: 10 – 11)
6. Rezeki Kerana Bernikah
Tidak dapat dinafikan bahawa dengan bernikah mampu menggabungkan rezeki masing-masing menjadi satu rezeki yang lain.
وَأَنكِحُوا الْأَيَامَىٰ مِنكُمْ وَالصَّالِحِينَ مِنْ عِبَادِكُمْ وَإِمَائِكُمْ إِن يَكُونُوا فُقَرَاءَ يُغْنِهِمُ اللَّهُ مِن فَضْلِهِ
“Dan nikahkanlah orang-orang yang masih membujang di antara kamu, dan juga orang-orang yang layak dari hamba sahayamu baik laki-laki dan perempuan. Jika mereka miskin, maka Allah akan memberikan kecukupan kepada mereka dengan kurnia-Nya.” (Surah An-Nur: 32)
Ramai yang mengatakan bahawa anak boleh membawa rezeki. Islam menjawab, saat seorang bayi dilahirkan ke dunia, maka saat itu juga ia membawa rezeki.
وَلَا تَقْتُلُوا أَوْلَادَكُمْ خَشْيَةَ إِمْلَاقٍ نَّحْنُ نَرْزُقُهُمْ وَإِيَّاكُمْ
“Dan janganlah kamu membunuh anak-anakmu kerana takut miskin. Kamilah yang akan menanggung rezeki mereka dan juga (rezeki) bagimu.” (Surah Al-Israa’: 31)
8. Rezeki Kerana Sedekah
Sedekah merupakan penawar daripada kemiskinan. Saat bersedekah, Allah akan membalas dengan balasan sepuluh kali ganda daripada rezeki yang anda berikan untuk bersedekah.
مَّن ذَا الَّذِي يُقْرِضُ اللَّهَ قَرْضًا حَسَنًا فَيُضَاعِفَهُ لَهُ أَضْعَافًا كَثِيرَةً
“Siapakah yang mahu memberi pinjaman kepada Allah, pinjaman yang baik (infak dan sedekah), maka Allah akan melipat gandakan pembayaran kepadanya dengan lipatan yang banyak.” (Surah Al-Baqarah: 245)
Setiap wanita yang baru sahaja bersalin pastinya akan merasai pengalaman berpantang yang adakalanya mencabar dari sudut fizikal dan emosi. Hal ini turut dirasai oleh pengacara popular, Neelofa atau nama sebenar Noor Neelofa Mohd Noor yang kini sedang berpantang di kediaman ibunya, Datin Noor Kartini Noor Mohamed.
Baru-baru ini, menerusi laman Instagramnya, Neelofa, 33, memuat naik Instagram Stories sebuah visual hitam putih seakan-akan berada di dalam penjara yang mencetuskan tanda tanya ramai orang. Dilihat dirinya seperti terkurung pada saat ini, Neelofa seolah-olah menggambarkan situasi yang sedang dialaminya ketika menempuh proses berpantang ini.
Kenapa di awal kehamilan dan berpantang sekarang ini terasa macam duduk dalam ni? Emosi dan fizikal.
Dalam masa yang sama juga, pengacara yang pernah mengacarakan program Meletop itu turut meminta agar orang ramai sudi berkongsi pengalaman masing-masing mengenai proses berpantang. Ternyata, proses berpantang ini bukanlah sebuah perkara yang mudah malah ia mencabar bagi sesetengah individu.
Saya seorang sahaja atau ramai juga yang merasai benda yang sama? Adakah normal? Boleh kongsi nasihat atau pengalaman?
Pengacara juga usahawan berjaya ini mendirikan rumah tangga bersama suami tercinta Haris Ismail pada 27 Mac lalu. Hasil perkahwinan itu, pasangan sejoli ini dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Bilal pada 29 Januari di Gleneagles Hospital Kuala Lumpur.
Team Hijabista mendoakan Neelofa kuat menempuh fasa berpantang ini dan sentiasa dipermudahkan segala urusan oleh Allah SWT. InsyaAllah Amin..
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Sekitar tahun 90-an, Azmil Mustapha merupakan pelakon lelaki yang cukup dikenali di zaman itu. Arwah meninggal dunia akibat serangan sakit jantung kira-kira dua tahun yang lalu.
Ke mana tumpahnya jika tidak ke nasi. Bakat dalam dunia lakonan yang ada pada diri pelakon itu juga turut ‘diwarisi’ oleh anak perempuannya, Nur Alya Iman atau lebih dikenali dengan nama Alya Iman. Memulakan kerjaya sebagai model muslimah, gadis ini juga punya bakat dalam dunia lakonan.
Melalui posting yang dikongsi pernah dikongsikan di laman Instagramnya, nyata gadis ini rapat dengan arwah bapanya.
Ini antara posting Alya yang menggambarkan betapa gadis ini begitu menyayangi arwah bapanya.
Berkongsi foto bersama arwah bapanya ketika mengerjakan ibadah umrah tanpa ‘caption’ jelas menggambarkan perasaan kerinduan seorang anak terhadap bapanya. Biarpun reda namun Alya sebenarnya cukup bersedih dengan kehilangan arwah bapanya itu.
Alya juga pernah berkongsi foto dengan memberitahu bahawa ayahnya inilah yang juga merupakan ibu kepada dirinya. Sejak dia dilahirkan ke dunia, ayahnya yang memberi susu dan menukar lampin setiap hari. Perhatian dan tanggungjawab itu tidak dilepaskan begitu sahaja apabila Alya sudah besar sekalipun. Ayahnya yang akan bersama dalam susah senang berada di sebelahnya.
Alya mengakui memang dia tidak boleh berpisah dengan ayahnya itu dan tidak boleh hidup tanpanya. Dia begitu menyayangi ayahnya itu sepenuh hati.
Alya menyatakan kerinduan yang tidak berbelah bagi pada ayah kesayangannya itu. Alya turut berkongsi gambar ketika dia masih kecil menunjukkan betapa dia begitu merindui ayahnya itu.
Alya masih tidak percaya momen terakhir bersama arwah di mana selepas beberapa minit dia bercakap dengan ayahnya itu, arwah terus tidur dan tidak bangun-bangun lagi. Dia memang tidak menyangka situasi ini akan berlaku.
“Hari babah meninggal, babah kejut untuk solat Subuh. Dan dalam jam 12.30 tengah hri macam tu, Alya kejut babah nak ajak makan. Dia hanya jawab ‘Ok’ jap lagi babah pergi beli makanan’. Itulah kali terakhir saya melihat dan bercakap dengannya,” ujar Alya.
Memang menjadi kebiasannya ayahnya itu akan mengejutkan dia bangun untuk solat subuh tetapi Alya atau dipanggil Iman itu tidak menyangka itu adakah kejutan terakhir ayahnya untuk bangun solat. Selepas ini dia tidak lagi berpeluang untuk merasai dikejutkan oleh babahnya itu setiap kali solat subuh Sebenarnya banyak lagi perkara yang sepatutnya mereka lakukan bersama-sama.
Kehilangan yang mengejutkan ini menyebabkan Alya masih merindui susuk tubuh lelaki ini yang menjaganya sejak dia lahir ke muka bumi ini. Tiada perkataan dapat menggambarkan perasaan yang dia rasa ketika ini.
Sukar untuk melepaskan kerinduan yang tidak tertahan ini, Alya meluahkan kata-kata terindah buat babah yang disayanginya itu. Posting itu menyatakan bahawa dia masih tidak dapat menerima hakikat babahnya tiada lagi di sisi. Hatinya cukup terusik setiap kali mengingatkan momen ketika mereka bersama.
Menurut Alyah lagi, ayahnya orang yang menjaga dirinya sebagai ‘single parent’. Dia bukan sahaja ayah, tetapi juga dianggap sebagai bestfriend, my hero, my mom, my dad dan segala-galanya.
Kongsi Alya lagi, ayahnya adalah insan yang akan berjaga (semasa dia kecil) sepanjang malam ketika dia menangis, memberinya minum susu, insan yang akan memeluk dan menciumnya setiap malam dan yang paling risau jika dirinya sakit.
Bukan itu sahaja, arwah babahnya jugalah insan yang akan mendengar setiap drama yang berlaku di sekolah, mengajar dia makan sushi, menonton wayang atau bermain skating, menunggang kuda dan juga berkaraoke. Ayahnya itu juga sentiasa mengingatkan dirinya untuk makan dan berbohong padanya bahawa dirinya tidak gemuk.
Sebagai seorang ayah juga, selain tidak pernah terlupa mengejutkan dia untuk bangun solat subuh. Arwah juga tidak akan lupa mengungkap perkataan ‘I Love You Sayang’ yang sentiasa diucapkan setiap malam. Babahnya juga insan yang akan sentiasa menyokong dan cukup berbangga dengan apa jua yang dia lakukan.
Alya juga memberitahu dia gembira berpeluang untuk menjaga diri arwah yang dalam keadaan tidak sihat sebelum itu. Dia juga insan yang akan sentiasa ada di sisi bila babahnya memerlukannya waktu itu. Walaupun begitu Alya merasakan apa yang dilakukan belum cukup untuk membalas jasa berbanding pengorbanan yang babahnya lakukan.
Anak bongsu dari lima beradik ini juga turut memohon maaf kerana tidak banyak luangkan masa bersama kerana terpaksa bekerja keras untuk menjadikan kehidupan mereka berdua bertambah baik.
Walaupun pahit, tetapi Alya perlu menerima hakikat tiada lagi ucapan sayang dari babahnya kerana ini masa untuk arwah berehat di tempat yang lebih baik. Selepas ini tiada lagi insan yang akan mengacaunya di laman instagram atau ketika dia bersiap ke tempat kerja.
Mengakui dia akan terus merindui dan menyayangi babahnya setiap hari dan saat, Alya juga berjanji akan menjadi insan yang kuat untuk meneruskan kehidupan tanpa arwah di sisi. Dia juga berkata sudah sampai masa untuknya kembali bekerja dan meneruskan pelajaran serta membuktikan kepada diri dia mampu melakukannya.
Baru sahaja menimang cahaya mata pertama pada 5 Jun lalu, anak kepada pasangan pelakon Nadzmi Adhwa dan Ardell Aryana ini sudah mencuri perhatian ramai dengan kecomelan wajahnya.
Bukan sahaja indah rupa parasnya, bayi perempuan tersebut juga memiliki nama yang sungguh unik iaitu Arwa Malaikha Urwa. Ramai yang beranggapan nama ‘Arwa’ merupakan gabungan nama Ardell dan Adhwa namun sebenarnya ia membawa maksud yang tersendiri.
ARWA binti Kuraiz : Ibu kpd Khalifah Uthman bin Affan. Serikandi Islam yg terkenal dgn sifat dermawan, murah hati & menghormati org lain. MALAIKA URWA : Wanita Islam yg hebat, cara dakwahnya yg tersendiri & Wanita pertama yang pernah memerintah Yaman selama 50 tahun pada abad ke-11.
Wah, begitu besar makna disebalik namanya itu! Moga Arwa Malaikha akan terus membesar menjadi gadis yang solehah dan terus membanggakan keluarganya seperti seorang srikandi Islam. Amin.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di