Cantik manis orangnya. Bermula sebagai model muslimah seawal usia 14 tahun, kini Nur Alya Iman Azmil Mustapha atau mesra disapa Alya Iman kian mendapat tempat dalam industri seni tanah air. Sepanjang pembabitannya sebagai anak seni sejak tahun 2018, Alya telah membintangi pelbagai telemovie, drama dan sitkom.
Meniti usia 23 tahun, gadis genit ini merupakan anak kepada pelakon popular era 80an iaitu Allahyarham Azmil Mustapha. Sememangnya anak bongsu daripada lima beradik ini mewarisi bakat lakonan bapa tersayang.
Mana tidaknya, bukan hanya mendapat tawaran lakonan yang tidak putus-putus bahkan Alya juga pernah dicalonkan sebagai Top 10 Artis Baharu Wanita Popular ABPBH 2020.
Makin sibuk sebagai anak seni, apa perancangan Alya untuk 5 tahun akan datang
“Ketika ini Alya hanya berpeluang menceburi bidang peragaan dan lakonan. InshaAllah dengan izin Allah, sekiranya ada rezeki untuk ke luar negara Alya berhasrat untuk sambung belajar.
“Dalam lima tahun akan datang juga Alya ingin fokus dengan bisnes.
Bagaimana Alya menjaga kecantikan diri?
“Amalan kecantikan Alya tidaklah terlalu rumit dan tidak ada istilah penjagaan muka yang ‘heavy’. Jujurnya penjagaan dan rutin kecantikan Alya biasa saja.
Ads
“Alya amalkan banyak minum air masak dan pastikan cuci muka selepas memakai mekap supaya kulit wajah dapat bernafas serta bersih daripada sebarang kotoran.
Dalam sebulan, berapa kali buat rawatan di pusat kecantikan?
“Alya sangat jarang pergi buat rawatan facial atau spa sebab kekangan masa. Kalau pergi pun, Alya akan ambil pakej rawatan untuk menyegarkan wajah sahaja.
Tip kecergasan dan kesihatan tubuh badan
“Sebenarnya Alya seorang yang sangat sensitif dan mudah sangat sakit. Jadi, untuk elak daripada sakit yang berterusan Alya mengamalkan pengambilan vitamin, senaman dan makan makanan yang berkhasiat. Itu yang Alya buat untuk jaga kecergasan dan kesihatan tubuh badan.
Siapa sumber inspirasi Alya?
Ads
“Semestinya arwah Babah. Bukan sahaja inspirasi dalam bidang industri seni tapi personaliti yang dimiliki arwah juga saya sangat kagum.
“Dia (arwah babah) seorang yang sangat merendah diri, not judgmental, menghormati orang lain dan terima baik buruk seseorang dengan seadanya.
Impian Alya yang masih belum tertunai
“Dalam usia 23 tahun, banyak impian yang tidak tertunai lagi dan masih dalam perancangan untuk merealisasikan impian tersebut. Semoga Allah mempermudah segala impian yang Alya rancang.
“Dari segi kerjaya, Alya ingin menceburi filem antarabangsa. Dari sudut personal pula, Alya mahu beri apa sahaja yang Mama saya impikan.
Bergelar ‘public figure’, bagaimana Alya menonjolkan diri agar menjadi inspirasi kepada generasi muda?
“Motivated untuk berjaya! Alya dari usia muda sudah berkerjaya. Saya juga seorang yang belajar berdikari dan tidak mudah putus asa walaupun gagal di tengah jalan.
“Prinsip saya ialah terus bangkit dan berjuang selagi berdaya. Semoga kejayaan dan pengalaman ini mampu menjadi kekuatan semangat buat orang di luar sana.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari NONA.
Terkejut dengan surprise party yang dirancang oleh keluarga mertuanya, Hanis terharu dihidang dengan 3 buah kek. Hanis Zalikha panjatkan rasa syukur pada majlis yang sederhana tapi cukup bermakna kerana tahun ini sambut bersama dua cahaya mata.
Hadiah Peminat Sempena Ulangtahun
Surprise berganda Hanis Zalikha untuk peminat sempena ulangtahunnya, Cakenis baru-baru ini melancarkan koleksi edisi terhad terbaru, The Kek Origami sempena perayaan Ulang tahun Hanis. Seperti biasa, setiap satu daripada koleksi edisi terhad hijab cakenis direka bentuk dengan teliti oleh Hanis sendiri dan disempurnakan oleh team cakenis.
Inspirasi di sebalik signifikasi koleksi ini berasal dari seni lipatan kertas Jepun, mengenai seni origami. Tudung-tudung ini boleh didapati dalam enam warna dan nama iaitu nafas, Apricot, Windmill, Oxford, Pinata, dan Kertas Mache & Unicorn. Cakenis juga membawa reka bentuk yang unik di mana unsur-unsur daripada origami diperbadankan. Untuk menjadikannya lebih menarik, kesan monogram Cakenis boleh dilihat pada setiap elemen utama di sekitar selendang.
Bonus Koleksi Ini
Setiap kotak Origami Cake dilengkapi dengan helaian kertas origami sebagai eksklusif hadiah percuma. Cakenis juga telah memberikan buku nota edisi terhad kepada 50 pelanggan pertama yang membeli minimum daripada dua koleksi origami dan sebarang item di laman web utama Cakenis.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Tragedi banjir yang melanda sebahagian negeri dalam Malaysia, ternyata meruntun hati kita semua. Banjir buruk yang berlaku meninggalkan kesan yang mendalam apatah lagi pada pemilik-pemilik rumah yang didiami.
Ketika air bah surut, rumah disaluti lumpur, barang-barang bertaburan dan lebih menyedihkan lagi barangan yang bernilai seperti barang-barang eletrik musnah begitu sahaja.Selain daripada dokumen peribadi, barangan elektrik adalah barangan berharga yang mungkin menelan beribu-ribu ringgit. Ya, Nak buat apa simpan jika sudah dimasuki air, buang sahaja!
Masih boleh selamatkan..
Orang lain sedekah makanan dan tenaga membersihkan rumah, lain pula bagi lelaki ini. Zuhri Mohd tampil terkesan dan menyatakan rasa terkilan melihat barangan eletrik di buang begitu sahaja. Di dalam perkongsiannya melalui aplikasi TikTok @sayazuhri agak kesal apabila barangan eletrik kesan dari air banjir dibuang begitu sahaja. Lalu memuat naik hantaran di aplikasi TikTok “masih boleh di selamatkan”. Ketika menjalani kerja-kerja sukarela di Langat, lelaki ini terdetik berkongsi cara untuk menyelamatkan peti ais anda.
Jom ikuti langkah selamat perbaiki barang elaktrik anda:
Mempunyai lebih 800K tontonan video ini, rata-rata berterima kasih dan berpuashati dengan perkongsian ini:
Walaubagaimanapun mengikut lelaki ini, apa yang ditunjukkan melalui video ini hanya ikhtiar memperbaiki barangan elektrik yang dimasuki air banjir sebelum membuangnya. Selamat mencuba!
+++ Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Penyanyi nombor satu negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza antara figura yang seringkali menjadi perhatian lensa kamera tidak kira dimana beliau berada. Terutamanya di acara karpet merah, beliau seringkali hadir dengan rekaan busana yang mewah, sopan dan semestinya menawan.
Namun, kita tolak ketepi tentang gaya glamour penyanyi terbaik ini. Kita fokuskan pula tentang gaya OOTD beliau yang dimuatnaik di laman Instagramnya. Jujurnya, Dato’ Sri tidak kekok untuk bergaya saat menangkap gambar OOTD, malah keseluruhan gayanya sangat kasual, manis dan semestinya sopan! Team Hijabista berminat untuk berkongsi kepada kamu semua tentang pilihan terbaik gaya kasual OOTD penyanyi kesayangan negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza!
Tampak ayu dan manis dalam padanan rona warna putih dan hijau ‘pastel’, Dato Sri bijak dalam mengenakan hiasan aksesori yang tidak lari ronanya dengan keseluruhan gaya. Lebih segar dan bersih! Padanan ‘handbag’ menjadi pelengkap kepada keseluruhan gaya Dato Sri untuk OOTD ini. Percaya atau tidak, gaya solekannya yang tidak terlalu ‘heavy’ dan tidak bersungguh juga menjadikan figura ini lebih muda dari usia! Jadi kamu tidak harus risau untuk mengenakan rona putih dalam gaya kamu! Semestinya warna putih ini sesuai dipadankan dengan apa-apa warna, tidak kira terang ataupun kuat, jika kena gayanya pasti menjadikan keseluruhan gaya ‘work from home’ kamu sempurna persis Dato’ Sri ini! Tetapi ingat, usah gayakan aksesori yang lebih dari dua warna ya! Jika tidak, gaya kamu akan tampak sedikit pelik! Kekalkan konsep ‘less is more’ dalam gaya fesyen kamu.
Alahai, sopan sungguh gaya OOTD Dato’ Sri! Ringkas dan mudah. Bagi kamu yang inginkan gaya yang senang untuk digayakan, sarungkan sahaja ‘cardigan’ potongan panjang untuk menaikkan aura personaliti kamu! Jika dilihat dari gaya OOTD ini, Dato’ Sri bijak dalam mengenakan padanan rona warna yang tidak terlalu menonjol. Gabungan warna nude dan juga keperangan menyerlahkan lagi nilai eksklusif dalam gaya fesyen ini. Biarpun nampak kasual dan bersahaja, namun istilah ‘bersiap’ itu masih boleh dilihat dari atas hingga ke bawah. Tambahan pula Dato’ Sri bijak dalam mengenakan hijab yang bercorak, maka gaya OOTD ini tidak bosan malah ia secukup rasa!
Persis anak muda! Warna hitam menaikkan lagi nilai mahal dalam stail Dato’ Sri walaupun ia hanya sekadar OOTD biasa. Ganya cukup mudah, hanya sarungkan ‘cardigan’ potongan pendek bersama-sama dengan helaian dalam berona terang seperti warna hijau yang disarungkan oleh Dato’ Sri ini. Ringkas, bukan? Jika kamu tiada ‘cardigan’ jenis ini, sarungkan sahaja kemeja bersaiz ‘oversized’ untuk dijadikan sebagai outerwear. Untuk gaya ini, solekan yang sedikit tebal menjadi kunci utama dalam menaikkan seri keseluruhan gaya.
Padanan rona biru dan hitam ini sememangnya mudah untuk kamu miliki. Seperti gaya kasual Dato’ Sri ini, kamu hanya perlu padankan jaket atau ‘blazer’ potongan pendek bersama-sama dengan ‘blouse’ panjang untuk menghidupkan gaya fesyen yang sopan. Sudah pasti dua pilihan warna ini sudah tersedia ada dalam ‘wardrobe’ kamu kan? Jadi, tidak perlu buntu untuk fikir gaya yang ingin disarungkan untuk stail ‘work from home’ kamu. Sehelai jaket ataupun ‘blazer’ mampu untuk menaikkan gaya formal seseorang! Kamu semestinya sudah bersedia untuk menghadiri ‘meeting’ secara online!
Selesa dan bersahaja. Jika sebelum ini, rekaan ‘cardigan’ labuh ini dipadankan dengan warna nude, apa kata kita padankan pula dengan warna hitam? Seperti warna putih, warna hitam juga ialah warna asas yang sesuai dipadankan dengan apa-apa warna sekalipun. Untuk OOTD ini, Dato’ Sri tampak anggun dan mewah dalam gaya kasualnya. Hanya diserikan dengan pilihan akseseori ‘handbag’ serta corak hijab yang sesuai, pastinya menjadikan keseluruhan penampilan kamu ‘perfect’! Jadi apa tunggu lagi? Ayuh kemaskan ‘wardrobe’ kamu dan gayakan fesyen persis Dato’ Sri Siti Nurhaliza. Selamat mencuba!
SimplySiti jenama kecantikan terkemuka Malaysia yang diasaskan oleh Dato’ Sri Siti Nurhaliza, dengan bangganya melancarkan rangkaian produk baharu serta memperkenalkan kempen amal SimplySiti Sejuta...