Loose powder adalah item paling perlu untuk mengunci pori-pori dan menghasilkan mekap matte tanpa kilauan berlebihan. Selain itu, ia juga digunakan sebagai membentuk contouring anda lebih tajam dengan teknik baking. Jika mekap mula kelihatan cair, anda boleh pantas sapukan loose powder selain menyembur setting spray.
Formula loose powder semestinya lebih ringan kerana kebiasaannya ia hanya mengandungi komponen serbuk dan tidak dilengkapi dengan formula pelembap, Sun Protector Factor (SPF), mahupun foundation. Oleh itu, buat kamu yang mempunyai masalah kulit berminyak atau jerawat, adalah disarankan untuk menyapu loose powder di serata wajah pada setiap kali aplikasi make up kerana formulanya akan membantu menyerap kesan minyak dengan baik.
Sebelum memilih loose powder terbaik, jom semak tip mudah bagaimana anda boleh memilih loose powder yang bertepatan dengan kondisi dan warna kulit anda bagi menyamari kulit yang kusam.
#1 Pemilihan Berus
Lazimnya, bagi mereka yang sudah profesional, penggunaan span seperti “beauty blender” amatlah digalakan, namun bagi seseorang yang baru berjinak-jinak dengan alat solek, sila gunakan berus kerana ia lebih memudahkan.
Caranya, celup berus tersebut ke dalam loose powder yang berkenaan sebelum meletakkannya pada kulit dna hendaklah dibiarkan bedak itu melekat pada kulit beberapa minit (5 hingga 10 minit) sebelum disapu rata untuk hasil solekan yang kemas dan nampak natural.
#2 Simpan Di Kawasan Kering & Sejuk
Loose Powder adalah sejenis bedak yang bertekstur halus. Ia memang direka khas untuk kegunaan wajah dan mampu menutup setiap liang pori yang terbuka.
Bagi memelihara tekstur bedak itu agar tidak rosak, pastikan ia disimpan di kawasan yang kering dan sejuk. Jangan biarkan ia terdedah pada kepanasan serta basahan. Selepas menggunakannya, sila tutup rapat bekas bedak tersebut agar tidak dimasuki habuk yang kemudiannya mungkin merosakkan keadaan bedak serta boleh memberi iritasi pada kulit. Bersihkan bekas setiap kali selepas digunakan.
#3 Pilih Bedak Yang Bersesuaian Dengan Kulit
Aspek pemilihan ini penting agar kulit tidak kelihatan nyata bercapuk apabila berpeluh nanti. Jadi berhati-hati dalam memilih warna bedak kerana ia akan memberi impak yang besar terhadap kulit anda nanti. Selain perlu memastikan serbuk bedaknya benar-benar halus, kalau boleh cari Loose Powder yang mempunyai warna seakan-akan kulit anda atau lebih baik jika ianya satu hingga dua tona lebih cerah daripada warna asal kulit.
#4 Elak Sapu Terlalu Tebal
Untuk mengelak ia menjadi bercapuk, sila gunakan bedak yang dilapis nipis pada bahagian wajah kemudian semburkan “setting spray” yang boleh membantu bedak tesebut melekat rata pada wajah. Hati-hati kerana loose powder biasanya akan kelihatan bercapuk apabila dipancar cahaya lampu seperti dari kamera (camera flash).
#5 Terlupa Untuk Menyapu Rata Bedak
Tidak mahu kelihatan seperti badut, jika anda menggunakan teknik “baking” seperti yang sering dilakukan selebriti Kim Kadarshian, setelah membiarkan ia beberapa ketika untuk menyerap penuh pada kulit, jangan pula terlupa untuk meratakannya kemudian.
#6 Sebelum Menyapu Bedak, Lembapkan Kulit Terlebih Dahulu
Jika bedak disapu pada kulit yang kering bersisik, sudah pasti sapuan tidak akan rata sekaligus menjadi bercapuk bukan? Jadi, sapukan krim pelembap (moisturizer) dahulu pada kulit agar kulit yang kering bersisik itu tadi hilang. Barulah sapuan bedak nampak cantik!
Senarai Loose Powder Yang Terbaik Di Pasaran
1. INNISFREE No Sebum Mineral Powder
Terbaik untuk kegunaan harian
Mengandungi kandungan tinggi Vitamin E, bedak loose ini akan memastikan kesegaran serta kelembapan wajah, biarpun mengenakan solekan tebal. Kini, anda tidak perlu risau lagi tentang timbulnya kesan cela.
No Sebum Mineral Powder dari Innisfree ini dapat mengawal pengeluaran sebum berlebihan atau kesan peluh pada wajah bagi memastikan solekan kekal lebih lama. Ia diperkaya dengan ekstrak Green Tea, Birch, Rumex serta Crispus agar wajah anda tidak kelihatan melekit walaupun sedang melakukan aktiviti luar.
2. SILKYGIRL Shine Free Loose Powder
Harga mampu milik, sesuai buat kulit wanita Asia
Dirumus khas bagi kulit wanita Asia, SilkyGirl Shine Free Loose Powder ini bertekstur serbuk mikro lembut dan terasa sangat licin apabila bersentuhan dengan kulit. Serbuk ini sesuai buat semua jenis kulit terutama buat si kulit berminyak. Walaupun dengan harganya yang mampu milik, loose powder serba lengkap ini diperkaya dengan bahan-bahan bermanfaat bagi mengekalkan kelembapan kulit serta bebas peluh selama 4 jam. Loose powder ini membantu menghasilkan kemasan matte yang sempurna.
3. COSRX Perfect Sebum Centella Mineral Powder
Loose powder bersifat mineral, menenangkan kulit iritasi
Buat kamu yang mempunyai kulit sensitif, pastinya sukar untuk mencari powder yang serasi. Loose powder bersama formula mineral ini memberi perlindungan sepenuhnya, menghidrat dan membaik pulih tona gelap serta menutup cela yang terhasil dari hiperpigmentasi dan ketidaksempurnaan kulit.
Dengan bahan unik yang diserlahkan seperti esktrak buahan Rosa Canina dan Centella Asiatica membantu mengurangkan penampilan kedutan dan menyokong kolagen semulajadi untuk kulit yang lebih licin. Produk ini juga bebas Phthalates, selamat walaupun berkulit sensitif.
4. MARY KAY Translucent Loose Powder
Kesan translucent, sesuai untuk teknik baking
Translucent Loose Powder khas dari jenama Mary Kay adalah serbuk mesra dan lembut pada kulit menjadikan garis halus, kedutan serta ketidaksempurnaan tidak lagi kelihatan. Ianya tahan lama serta mudah untuk digunakan, memberi hasil kemasan natural atau semula jadi yang menawan.
Diuji secara klinikal, translucent powder ini sesuai bagi semua jenis kulit termasuk yang paling sensitif. Diformulasi dengan bebas minyak, wangian, serta paraben, ia membantu meneutralkan nada kulit bagi memberi kesan penampilan kulit bebas minyak sepanjang hari.
5. REVLON Photoready Candid Setting Powder Translucent
Sesuai untuk kulit remaja
Buat para remaja yang gemarkan berswafoto, loose powder keluaran Revlon ini memang serasi buat kamu, terutama yang sedang menyesuaikan diri dengan penggunaan make up. Ringan, kalis air serta berpigmentasi tinggi, tekstur powder yang selesa ini mampu memberi liputan matte berpanjangan sehingga 24 jam lamanya.
Selamat digunakan setiap hari, loose powder ini telah direka demi kesesuaian semua jenis kulit. Gunakan loose powder ini bersama berus muka lembut untuk hasil kemasan yang perfect.
6. MAYBELLINE Fit Me! Loose Finishing Powder
Untuk kulit yang minyak – tampil bebas kilat selama 24 jam
Bersifat bukan komedogenik, Maybelline Fit Me! Loose Finishing Powder ini telah terbukti berkesan buat yang mempunyai kulit cenderung minyak. Ianya memberi hasil kemasan matte yang mampu menutup segala cela serta memberi pengawasan minyak selama 24 jam. Dengan teksturnya ringan, loose powder ini secara intuitif menyembunyikan kesan jerawat, bintik hitam serta menjadi kanvas terbaik pada solekan.
Tambahan pula, ia mengandungi serbuk baldu mikro bagi penyerapan minyak yang pantas. Didatangi dalam 8 tona pilihan, kulit anda akan tampak lebih sempurna.
7. MILANI Make It Last Setting Powder
Loose powder membantu melembapkan kondisi kulit kering
Tekstur bedak yang halus juga lembut dan disalur pula dengan serbuk mikro, Milani Make It Last Setting Powder ini berupaya mengawal kekeringan serta dehidrasi pada kulit sepanjang hari. Ia memberi hasil kemasan airbrush tanpa memberi kilauan dan menghasilkan penampilan kulit yang sempurna.
Formulanya yang bebas paraben, sekaligus, meninggalkan kulit anda tampak lebih lembut dan sempurna sepanjang hari. Tiada lagi masalah kulit kering dan iritasi. Untuk liputan yang lebih menyeluruh, gunakannya bersama Milani foundation.
8. MAC Studio Perfecting Powder
Kemasan matte dengan hasil full coverage
Loose powder dari jenama MAC yang serbaguna ini boleh dipakai sebagai asas solekan mahupun begitu sahaja. Dengan agen perlindungan khusus, ia memberi penjagaan dan daya tahan yang tiada tandingan pada kulit anda sepanjang hari. Dihasilkan dengan tekstur yang lembut, ia mampu mengawal minyak, menyembunyikan tompok kering, kesan capuk serta garis halus.
Sesuai buat kamu yang sedang baru berjinak dengan penggunaan make up kerana ia tidak akan memberi kesan retinol, pengelupasan atau iritasi pada kulit wajah. Hanya sapukan pada T-Zon menggunakan berus lembut, kulit anda akan tampak lebih bermaya.
9. CLINIQUE Blended Face Powder
Loose powder high end terbaik di pasaran
Tanpa paraben, phthalates atau pewangi tiruan serta bersifat 100% bebas alergi, Clinique Blended Face Powder ini telah dihasilkan demi kesesuaian semua jenis kulit. Dirumus dengan campuran mineral, loose powder ini membantu mengawal penghasilan minyak berlebihan serta merawat kondisi kulit akibat kesan penuaan dari sinaran terik matahari.
Telah diuji secara klinikal oleh ahli dermatologi, loose powder ini secara efektif memberi penghidratan serta kesempurnaan berpanjangan. Jangan risau, bedak eksklusif dari jenama Clinique ini boleh digunakan bersama atau tanpa foundation, ikut kesesuaian anda.
10. TOO FACED Peach Perfect Mattifying Loose Setting Powder
Ekstrak Peach, menutup kesan jerawat sedia ada
Hanya dengan 1 atau 2 sapuan, Too Faced Peach Perfect Loose Powder ini mampu menutup segala kesan cela sedia ada seperti jerawat dan jeragat serta meninggalkan kulit tampak sempurna bak sutera. Bukan sahaja ia membantu mencerahkan kulit, malah diformulasi dengan ramuan ekstrak buah Peach dan Ficus Carica, meninggalkan kulit anda dengan haruman menyegarkan.
Tambahan pula, formulanya ringan tidak akan menyumbat liang pori, membantu meningkatkan tekstur kulit serta memberi liputan sempurna sehingga 14 jam. Dengan pilihan 3 tona berbeza, anda kini mampu menyembunyikan kesan ketidaksempurnaan wajah.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI