Bertuah sungguh Biduanita Negara kesayangan ramai, Dato’ Sri Siti Nurhaliza apabila ulang tahun kelahirannya yang ke-46 tahun dirai dalam sebuah majlis yang cukup meriah dan mewah baru-baru ini.
Majlis tersebut dihadiri ramai barisan selebriti dan insan-insan ternama tanah air.
Salah seorangnya ialah Datuk Faridah Hanim Haron atau terkenal dengan panggilan Ibu Hanim. Beliau terkenal sebagai ‘guru’ kepimpinan dan organisasi yang banyak mendidik para usahawan dan peneraju pelbagai cabang empayar niaga menggapai kejayaan.
Malah, figura yang berusia hampir 60 tahun ini turut menitipkan kata-kata bermakna buat Dato’ Sri Siti Nurhaliza. Ibu Hanim memuat naik satu video pendek bersama kata-kata bermakna itu di Instagramnya.
“Selamat ulang tahun kelahiran, Dato’ Sri Siti Nurhaliza, permata seni yang tiada tandingan. Dalam perjalanan hidup ini, Ibu menyaksikan keindahan yang Dato’ Sri bawakan, bukan sekadar suara yang menyentuh jiwa, tetapi akhlak yang menyentuh hati.”
Ibu Hanim turut menganggap Dato’ Sri Siti Nurhaliza seorang wanita istimewa kerana sentiasa merendah diri biarpun namanya kini berada di puncak kegemilangan.
“Meski nama meniti setinggi langit, wanita istimewa ini tetap merendah ke bumi, mendekati insan dengan kasih sayang dan rendah hati. Inilah keindahan sejati biduanita negara, bersinar tanpa melukai, menyinari tanpa menghilangkan cahaya orang lain.”
Titip bu Hanim buat Dato’ Sri Siti Nurhaliza agar terus menghasilkan karya terbaik yang menyentuh jiwa semua.
“Semoga Allah terus melimpahkan rahmat dan kasih Nya, memberkati usia yang bertambah ini dengan kesihatan, kebahagiaan dan keberkatan. Teruskan menyentuh hati kami semua dengan karya yang tulus dan jiwa yang ikhlas.”
Untuk info, lebih 20 tahun menimba pengalaman dalam bidang pembelajaran dan pembangunan organisasi, Ibu Hanim meraih pengiktirafan selaku fasilitator profesional bertauliah yang berperanan menyelesaikan isu kompleks di dalam sesebuah syarikat.
Beliau memiliki kelulusan dalam Master in Business Administration (MBA) in Entrepreneurship dari Australian Institute of Entrepreneurship.
Kemampuan Ibu Hanim bukan sebarangan kerana berdasarkan latar belakang karier terdahulu, beliau satu-satunya Pakar Pembangunan Organisasi dan Pengurusan Perubahan yang berjaya melakukan pelbagai perubahan kepada beberapa anak syarikat PETRONAS.
Usai tamat perkhidmatan di PETRONAS, Ibu Hanim dilantik sebagai Penasihat Pembangunan Kepimpinan di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membina kualiti pemimpinnya.
Atas komitmen yang ditunjukkan, beliau menerima pengurniaan darjah Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang membawa gelaran Datuk daripada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Sultan Muhammad V, pada tahun 2017.
Enggan berhenti menabur bakti kepada masyarakat dan mahu memartabatkan anak bangsa di persada dunia, Ibu Hanim menubuhkan syarikat organisasi dan kepimpinan miliknya iaitu Annems Leadership Solution (ALS) Sdn Bhd pada 4 Ogos 2015.
Selama tujuh tahun dalam industri, ALS berjaya melahirkan ratusan usahawan berjaya dan berilmu menerusi program Business Sustainability Solution (BSS).
Wawa Zainal dan Aeril Zafrel adalah dua orang ahli perniagaan yang sangat berjaya. Melalui perkongsian video yang mereka hantar pada akaun syarikat mereka, mereka memberikan minuman percuma kepada orang ramai.
Pasangan itu memberi air percuma kepada orang ramai sepanjang Ramadan. Kelihatan Aeril sedang mengacau air di dalam balang sebelum memasukkan ais krim ke dalam balang.
Pasangan tersebut mahu memberikan air percuma setiap hari kecuali Sabtu dan Ahad di ibu pejabat syarikat mereka di Bangi. Mereka berharap orang ramai datang mengambil balang air yang diberikan secara percuma.
Pada masa yang sama, orang ramai mendoakan pasangan ini sentiasa bahagia dan dapat membantu orang lain. Mereka juga teruja untuk mencuba air balang yang disediakan oleh team Wawa Cosmetics.
Sekadar info, Wawa Zainal berkahwin dengan pelakon Aeril Zafrel secara rahsia pada 25 Februari 2012, dan berkahwin kali kedua pada 4 Februari 2013 di Masjid Jumhuriah, Taman Dato’ Harun, Petaling Jaya.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Bella Attamimi seorang gadis cantik berasal dari Bandung. Berusia 27 tahun, Bella Attamimi terkenal sebagai seorang selebriti yang sangat suka melancong.
Buktinya, Instagram Bella Attamimi dipenuhi dengan koleksi gambar kunjungannya ke pelbagai tempat, baik di dalam mahupun luar negara.
Bukan itu sahaja, Bella Attamimi juga menggemari fesyen dan mengikuti perkembangannya. Tak hairanlah, dia mempunyai gaya yang cukup mempesona!
Bagi yang masih tertanya-tanya tentang gadis ini, berikut 10 fakta menarik tentang Bella Attamimi.
Dilahirkan pada 17 Januari 1995.
Bella Attamimi mempunyai keturunan Arab di kedua-dua belah ibu dan bapanya. Dia juga berdarah Sunda.
Bella Attamimi turut dikenali sebagai seorang selebriti. Dia sering memuat naik kandungan fesyen melalui Instagramnya. Kini, dia mempunyai kira-kira 181 ribu pengikut.
Selain bergelar selebriti, Bella Attamimi rupanya pernah menjadi hos televisyen. Salah satu program yang dihoskannya ialah Halal Living.
Bella Attamimi memang suka pergi melancong. Dia juga sering memuat naik potret perjalanannya melalui Instagram peribadi.
Bukan sekadar melancong, Bella Attamimi juga seorang peminat fesyen yang sering mengikuti perkembangan fesyen khususnya berkaitan hijab.
Bella Attamimi juga sering kelihatan ‘cool’ di Instagramnya. Tak hairanlah dia sering dijadikan inspirasi fesyen buat hijabi.
Selebriti jelita ini rupa-rupanya sedang giat mengisi blog peribadinya iaitu thegirlwitharabstrapss.blogspot.com. Kebanyakan penulisannya ialah mengenai fesyen dan kecantikan.
Personaliti ini bukanlah dari kalangan public figure, tetapi dia mempunyai kelompok peminatnya tersendiri. Mungkin suatu ketika dulu pernah berkongsi hidup bersama personaliti popular di sebuah stesen televisyen. Nama Farah Lee sebelum ini juga jadi viral rentetan beberapa isu yang diperkatakan media di lamam sosial. Namun ibu kepada seorang cahaya mata ini tidak melatah apa yang diperkatakan, malah terus kekal bersemangat menjalani kehidupannya di samping anak perempuannya yang sangat comel dan ‘cheeky’.
Farah Lee atau nama sebenarnya Nurfarahin Romli yang juga seorang blogger popular ini dianggap sebagai ikon muda yang tidak pernah putus asa, sentiasa bersemangat dan kehidupannya sentiada dalam aura positif. Dia juga merupakan graduan Kejuruteraan Mekanikal di Inha University, South Korea.
Mempunyai follower di laman instagramnya hampir 500K, Farah juga sering memuatkan kata-kata motivasi dan positif dalam postingnya yang memberi inspirasi kepada hijabi muda.
Sakit penat macam mana pun, keep buat baik, sebab dengan keadilan Allah, kebaikan akan datang berlipat kali ganda lagi pada kita. #FLwrites
Untuk kekal di dasar, Atau kutip mutiara, timbul, dan sinar yang gusar. #FLwrites
Rahsia Redha memaafkan, adalah sedar yang kau dan diaadalah orang, bukan Tuhan. #FLwriters
Bahagia datang bukan bila kau akhirnya berpasangan, tapi ia bila kau cukup, dengan apa yang ada di tangan. #FLwriters
Try harder, but it’s always okay if you end up needing help. #FLwriters
A secret to forgive — realise that we are all human, we are weak, we are not perfect; and that’s how Allah created us. #FLwrites
Setiap posting kata-kata motivasi yang dimuat turun juga akan mendapat respon baik dari followernya. Ramai menyukai cara Farah Lee mendidik dan mengingatkan pengikutnya
Suka melihat gaya dan penampilan Farah Lee yang sering dimuat turun di laman sosialnya. Cukup simple dengan outfit yang menampilkan gayanya sebagai wanita muda penuh dengan energi.
Jom kita lihat beberapa #OOTD Farah Lee sama ada ketika seorang atau bersama anaknya, Maream yang baru berusia 3 tahun 4 bulan.
Memang nampak sedap sangat acar buah Tengku Ampuan Pahang ni. Kombinasi bahan-bahan dan warna semula jadi acar menjadi pembangkit selera!Memang selayaknya Paduka Baginda memenangi...