Gelaran ‘Biduanita Negara’ yang diraih menjadi pengiktirafan terbesar bagi penyanyi nombor satu negara, Dato’ Sri Hajah Siti Nurhaliza Tarudin sepanjang 30 tahun penglibatannya dalam industri seni.
Bintang legenda kesayangan ramai ini dinobatkan dengan gelaran itu selepas menerima Anugerah Khas Biduan Negara pada majlis Anugerah Seni Negara (ASN) 2024 yang berlangsung di Kuala Lumpur pada Rabu. Anugerah disampaikan oleh Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Khairul Firdaus Akbar Khan.
Lebih membanggakan, DS Siti Nurhaliza merupakan individu keempat yang menerima Anugerah Biduan Negara selepas Allahyarham Saloma (1978), Allahyarham Datuk Sharifah Aini (2006) dan Allahyarham Tan Sri SM Salim (2013).
DS Siti Nurhaliza tampil manis dan sopan dalam persalinan istimewa rekaan Ezuwan Ismail. Manakala wajahnya yang jelita dirias sempurna oleh jurusolek profesional tersohor, Epie Temerloh.
Tatkala berkongsi momen gembira itu dengan para peminat dan pengikutnya, platform media sosial milik penyanyi berusia 45 tahun ini dihujani ucapan tahniah serta pujian.
“Lafaz syukur dan setinggi penghargaan saya kepada semua pihak yang telah memberikan kepercayaan untuk saya menerima anugerah ini.
“Jujur dari lubuk hati terdalam, perancangan ke hadapan masih panjang, sejauh mana pun karier ini dilalui, saya memahami akar yang kuat mengikat hati dan jati diri.
“Terima kasih di atas doa dan ucapan daripada semua pihak, platform dan individu, saya dengan rendah hati mendoakan agar kita semua dikurniakan kebaikan dunia akhirat.”
DS Siti Nurhaliza turut berterima kasih kepada semua yang mendukung dan melihat detik jatuh bangunnya sebagai anak seni.
“Alhamdulillah. Dengan penuh kerendahan diri, saya bersyukur kehadrat Allah swt di atas apa yang dipinjamkan kepada saya selama ini. Terima kasih buat semua yang melihat jatuh bangun saya dan berada mendukung karier saya dalam apa jua keadaan.”
Memetik kata-kata DS Siti Nurhaliza ketika memberikan ucapan pada majlis berprestij itu, seni bukan semata-mata untuk mencipta nama tetapi dapat mendekatkan dirinya dengan masyarakat.
Ads
“Saya berpeluang bertemu peminat dari pelbagai bangsa dan latar belakang termasuk memperkenalkan Malaysia apabila membuat persembahan di luar negara. Saya bersyukur kerana karier seni ini mematangkan diri saya seterusnya memberikan inspirasi serta pengaruh yang baik kepada masyarakat.”
DS Siti Nurhaliza turut menyatakan komitmennya untuk terus memberikan yang terbaik demi industri seni tanah air.
“Insya-Allah saya akan terus memberikan yang terbaik untuk industri muzik tanah air dan bawa muzik kita ke peringkat lebih jauh lagi, lebih tinggi,” ujarnya.
Selaku penerima Anugerah Khas ASN 2024: Biduan Negara beliau menerima wang tunai RM30,000 di samping kain songket, watikah serta trofi dan status sebagai Seniman Tamu.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Sesetengah individu mengalami masalah di mana berat badan tidak naik-naik walaupun sudah makan dalam kuantiti yang banyak. Keadaan ini tentu akan membuatkan anda stress dan asyik memikirkan cara yang sesuai untuk menaikkan berat badan.
Pasti ada sebab mengapa berat badan anda tidak naik-naik walaupun anda sudah makan dengan banyak. Menerusi perkongsian di akaun Facebook milik pakar pemakanan bernama Alhafizah A. Ramos, dia turut berkongsi sebab berat badan susah naik meskipun sudah makan dengan banyak.
Kebanyakan individu yang kurang berat badan akan fikir bahawa metabolisme badan mereka tinggi. Mungkin ya. Tetapi sebenarnya ada beberapa faktor dan sebab lain yang menjadi punca berat badan anda statik.
Jom kita baca punca-punca yang dikongsi oleh Alhafizah A. Ramos. Semoga bermanfaat untuk anda semua.
Golongan kurang berat badan selalu tersisih bila dietitian bercerita pasal makanan. Asyik cerita macam mana nak kurus, nasib mereka yang kurus pula tak terbela. Marilah cerita sikit pasal topik ni.
Biasanya orang yang kurang berat badan, akan fikir yang metabolisma badan mereka tinggi. Sebab tu susah naik berat badan walaupun dah makan macam gajah! Betulkah? Anda pasti anda makan macam gajah? Memang betul ada sesetengah orang mewarisi genetik metabolisma yang tinggi. Makan sikit, tapi kalori terbakar banyak.
Tapi ada banyak faktor lain mengapa anda susah sangat nak naik berat. Metabolisma tinggi tak boleh dijadikan alasan semata. Mesti ada tabiat makan yang anda amalkan, menjadi punca berat badan tak naik-naik.
Saya akan senaraikan antara sebab-sebab umum.
Ini memang antara punca utama. Believe it or not, food is the last thing in their mind. Pelik kan. Tapi itulah mereka. Dorang malas fikir nak makan apa, nak makan mana. Mengunyah pun kalau boleh malas! Bukan macam kita. Tengah mengunyah sarapan dah fikir apa nak makan tengahari.
Bila malas makan, mula lah skip makan. Terutamanya sarapan. Sebab tiada selera atau alasan rush pergi kerja. Bila sibuk kerja, sanggup berlapar sebab kerja lagi penting daripada makan.
Kalau makan kurang, kalori sehari kurang, memang susah naik berat! Tabiat ini berbahaya kerana akan mengundang sakit gastrik. Bila sekali kena, lagi merana hidup. Serius.
Jadi, cuba jangan skip makan. Sesibuk mana pun, standby sekurang-kurangnya satu kotak susu. Cuba tanamkan rasa cinta pada makanan yang sedap-sedap. Tanam azam, untuk makan sarapan, tengahari dan malam setiap hari. Kalau sahur, jangan sahur air kosong ja. Tiada kalori! Paling kurang cuba minum susu atau overnight oat campur susu.
Bila makan, tak banyak pun. Dia kata, dia dah ambil sarapan. Tapi sarapan dia kopi 3-in-1 sahaja. Berapa kalori lah sangat. 20-50 kalori, semua gula. Sekejap dah terbakar. Banyak makan pun, kebanyakannya makanan ringan macam kerepek, aiskrim, roti krim… Susah nak tengok makan nasi lauk. Memang tak cukup kalori lah untuk naik berat .
Ada pula yang suka tunggu sampai perut betul-betul lapar sampai hypo baru nak makan. Bila makan berialah ambil nasi lauk banyak2. Orang tengok pun macam tak percaya! Kurus tapi makan banyak gila! Tapi kawan-kawan tak tahu dah berapa hari dah dorang tak makan sepinggan. Haha.
Ada yang suka order makanan banyak2. Tapi bila makan susah nak habis sebab cepat rasa kenyang! Yang jadi mangsa kawan DBKL yang paksa rela perabih semua makanan dia. Kenapa dorang ni cepat kenyang?
Perut ni kenyal seperti getah. Bila puasa, perut hanya sebesar 50-200 ml sahaja. Tapi bila makan, ia boleh mengembang sehingga 2 – 4 liter untuk muatkan makanan! Bagi perut yang sudah terbiasa makan banyak, kapasiti perut adalah lebih besar. Selagi tak penuh, tak kenyanglah! Tapi bagi orang yang kurus, biasanya perut susah mengembang sebab perut mereka jarang-jarang penuh dengan makanan. Baru makan sikit dah rasa sebu.
– Cuba makan sikit-sikit tapi kerap. Daripada makan berat 3 kali sehari, cuba pecahkan jadi 6 kali sehari. Buat alarm reminder untuk makan pada waktunya! Jangan cuba-cuba skip! Nak naik berat ka tak nak?
– Makan sayur yang sudah dimasak. Bukan ulam atau salad kerana sayur mentah besar saiznya. Nanti perut cepat penuh dan cepat kenyang.
– Jangan makan masin atau pedas sangat. Nanti banyak minum, cepat kenyang. Macam mana nasi nak habis?
– Kurangkan makan sup-sup seperti bakso, laksa, mihun sup. Minum sup ni buat cepat rasa kenyang air semata. Kalori pula tak banyak.
– Makan makanan yang tinggi kalori tapi jumlah sedikit. Contohnya; kekacang (segenggam 150 kalori) atau chia seed (sesudu makan 130 kalori – tabur2 atas air, nasi, sayur), buah kering (contoh: kismis satu genggam 120 kalori)
– Tambah ekstra kalori dalam masakan. Contohnya, tambah cheese dalam telur dadar, makan buah sapu peanut butter, gaul minyak zaitun di nasi kosong, minum oat dengan susu.
– Sediakan snek di tempat kerja. Lapar ja, kunyah terus! Tapi jangan pula snek tak sihat. Biskut kering sapu peanut butter (pilih yang 0 gram Trans Fat/Lemak Trans spt jenama Jacob dan tidak bergula), kekacang, kismis, kurma adalah antara snek sihat.
Makan perlahan juga sebenarnya menyebabkan kita kenyang cepat. Terlalu fokus pada makanan yang hendak di makan akan menyebabkan kita mudah habis selera. Kau tengok nasi, nasi tengok kau, kuis-kuis sampai hilang selera! Macam mana nak dapatkan kalori?
Bukanlah nak suruh makan laju sampai tersedak. Tapi cuba jangan makan terlalu perlahan . Makan macam biasa. Jangan tengok sangat makanan tu. Makan ja. InsyaAllah anda akan berjaya habiskan makanan!
Atau makan bersama kawan-kawan. Sambil berborak, anda takkan sedar yang makanan tiba-tiba dah habis sebab sebok sangat membawang. Makan sambil tengok cerita korea dekat laptop pun boleh membantu anda habiskan makanan tanpa sedar.
Memang air penting untuk kesihatan. Tapi air kosong tiada kalori. Terlalu banyak minum air kosong juga akan menyebabkan kekenyangan sepanjang hari. Elakkan makan berulam air. Minum hanya selepas habis makan. Cuba minum air yang berkalori. Sebagai contoh:
Kekurangan vitamin dan mineral sebenarnya didapati boleh menyebabkan selera makan hilang. Oleh sebab itu ada orang kata, bila makan suplemen vitamin B complex, jadi kuat makan. Sebenarnya bukan jadi kuat makan, tapi dia yang kurang zat (bila kurang makan, kita akan kekurangan zat). Jadi bila makan suplemen, orang yang kekurangan zat akan mula rasa lapar. Itu adalah normal.
Jika anda ingin tingkatkan selera makan, cuba makan suplemen vitamin B complex. Kapsul minyak ikan juga didapati boleh menaikkan selera. Lain orang mungkin lain hasilnya. Tapi apa salahnya mencuba!
Jadi mana satu tabiat anda? Kalau anda dah buat semua tips di atas ni tapi masih tak naik-naik berat, sila PM kerana saya tak percaya. Dan, jangan PM saya pula kalau anda cuba makan banyak tapi usaha tu on off. Untuk naikkan berat badan, kita perlukan masa 3-4 minggu makan banyak untuk nampak hasil. Ganbatte!
Ketupat merupakan hidangan yang tidak boleh dilepaskan ketika hari raya. Tak lengkap kalau makan rendang tanpa ketupat kan? Ketupat sendiri adalah hidangan khas maritim Asia Tenggara yang diperbuat daripada nasi yang dibungkus dalam sarung yang diperbuat daripada daun kelapa muda.
Menjelang hari raya, ramai yang berpusu-pusu membeli ketupat, baik pada kulit mahupun sedia untuk digunakan. Itulah sebabnya Hijabista memberi anda petua tentang cara mengait ketupat dan cara menyimpannya supaya tahan lebih lama.
Menganyam agak rumit, terutamanya jika anda baru belajar cara melakukannya. Tetapi itu tidak bermakna ia tidak boleh dipelajari. Jika anda sentiasa berguna, bagaimana anda tahu anda boleh menjadi “pro” seperti nenek moyang kita?
Masih tidak faham? Tonton video tutorial mudah menganyam ketupat ini.
Untuk memastikan ketupat anda lebih lama dan tidak mudah rosak, anda boleh mengikuti petua penyimpanan ketupat ini.
Jangka hayat ketupat juga dipengaruhi oleh kualiti pembungkusan, beras yang digunakan, dan cara penyediaannya. Ketupat yang berkualiti tinggi dan tahan lama perlu dimasak dengan kerap dan tanpa tergesa-gesa.
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Sebelum ini viral apabila tersebarnya foto comel milik kanak-kanak perempuan yang dikatakan paling cantik di dunia. Pemilik nama Dhuhaa Sophea ini menjadi buah hati kesayangan ibunya, bekas model Muslimah popular, Siti Safuraa Hamzah yang berasal dari Terengganu dan bapanya Asadullah Stumbry pula adalah warga Rusia.
Kini mereka menetap di Sweden dan walaupun jauh beribu batu, namun Dhuhaa Sophena tetap menjadi perhatian seluruh dunia. Walaupun dunianya hanya ibu dan ayah serta kaum keluarga terdekat, namun followernya (melalui akaun instagram) ibunya tetap menanti perkembangan terbaru kanak-kanak yang kini sudahpun berusia dua tahun.
Terbaru dalam satu posting ibunya, ada netizen yang DM bertanyakan bagaimana Safuraa mengawasi anaknya kerana Sophea dilihat jarang sekali didedahkan dengan gajet.
Menyedari Sophea jadi perhatian dunia, jadi Safuraa tidak keberatan untu berkongsi tipnya mendidik Sophea yang kini semakin comel dan bijak walaupun belum bersekolah lagi.
Assalamualaikum semua!! .
Okay memandangkan ramai juga yang tanya mommy soalan yg sama seperti diatas, so sy just share apa yg sy apply kt Sophea. I don’t have any tips sbb sy bkn pakar kanak-kanak tp ini hanya cara sy. So mana rasa elok ikut, yang rasa tak, x perlu ikut sbb biasanya kalian lebih tahu apa yg kalian mahukan utk family kalian sendiri . .
Okay Bismillah, camni.. actually pasal tv. Rumah kami mmg takda TV memandangkan my husband and i bukan jenis layan TV. Kami perlukan waktu bersama lebih dari benda lain. So bila waktu bersama, time tu lah waktu utk bersembang, bergurau, bergaduh dan me time utk both of us . Mcm my husband dia punya me time dgn buku & website page utk tahu tentang isu semasa. Utk sy pula, me time dgn phone layan fb/ig ( of course ) ,dan selebihnya settlekan kerja rumah, masak dan layan anak. So at the same time Sophea pun follow apa yg kami buat. Dia akan ambil buku dan baca atau ikut sy buat kerja rumah. .
Pasal video youtube / cartoon , yes!! Sophea pun ada tengok dan layan, tp bukan dia yang kawal gadget tu, sy yang kawal utk dia. Biasanya, sy benarkan dia tgk masa makan je ( breakfast, lunch and dinner ) masa snack sy x bg sbb biasanya kami akan spent time berdua. .
Utk waktu makan pula biasanya amik masa dlm 15-30 minit, jd sepanjang waktu tu sy benarkan, lebih dr tu sy akan stop kan dan bawa dia main bersama utk distract dia dari fikirkan gadget. Biasa dia dh faham bila sy dah ajak dia main, dan dia pun seakan macam bosan tgk cartoon tu lama2. Tp ada juga kadang2 dia macam nk tgk lagi tp sy tegaskan yg masa dah cukup! . Alhamdulillah Sophea biasanya faham bila sy jelaskan dia sesuatu. .
Sebab tu bila ada masa terluang sy atau husband akan bawa dia keluar main kat park atau ke mana2 at least 1-2jam sehari lebih-lebih lagi bila summer ni. Jd dia akan ada banyak activity lain yang dia boleh buat dan main. Bila ada masa terluang kami ke library or coffee bersama tp Sophea minum fresh juice laa hihi . .
Okay tu jelah kot yang sy buat utk dia dan Alhamdulillah sbb sy housewife jd banyak masa sy focus pd family. Untuk ibu2 yg bekerjaya mungkin ada cara tersendiri kan?
Safi Youth Gold Rania memperkenalkan Fasha Sandha sebagai wajah baharu menerusi kempen Semarakkan Seri Keremajaan yang meraikan keyakinan, kekuatan dalaman dan kecantikan wanita Malaysia.