Walaupun ada yang mengambil keputusan untuk menanggalkan hijab, tetapi ramai juga yang melakukan penghijrahan. Dan saat hijab tersarung di mahkota nan satu, aura mereka begitu terserlah sekali. Memamg tak puas mata memandang melihat kecantikan selebriti yang cukup anggun sekali bila berhijab.
Follower mereka juga suka melihat penampilan selebriti berhijab ini setiap kali muat naik foto di laman sosial Instagram.
Ada juga yang menjadikan mereka sebagai idola serta inspirasi buat hijabi di luar sana yang baru berjinak-jinak untuk berhijab.
Terbaru pelakon Lisa Surihani yang memang mendapat pujian apabila mengambil keputusan berhijab sebaik balik dari mengerjakan umrah di tanah suci Mekah. Wajah Lisa sangat cantik dan serasi sekali apabila mengenakan hijab.
Ayuh, kita lihat selebriti berhijab lain yang mana penampilan memang sangat cantik mengenakan tudung dengan gaya tersendiri.
“Kalaulah aku tak buat benda itu mesti tak jadi apa-apa…” atau “Kalau aku fikir masak-masak sebelum bagi dia tadi mesti takkan ada apa yang merisaukan, ini dah jadi lain pulak.”
Mungkin itu menjadi dialog buat kita yang sering pertikaikan tentang suatu perkara yang telah berlaku. Apabila telah jadi sesuatu pasti ‘kalau’ pada permulaan ayat akan menjadi pencetus rasa penyesalan anda.
Menurut Portal Rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, perkara ini mungkin berpunca dengan permainan fikiran tentang penyesalan pada suatu perkara. Barangkali, ia membuatkan seseorang terlalu asyik memikirkan perkara yang sudah berlaku.
Terdapat satu hadis Baginda SAW yang boleh dijadikan panduan untuk memastikan adakah benar Baginda SAW melarang umatnya untuk berfikir tentang perkara yang sudah berlaku.
Maksudnya: Sekiranya sesuatu menimpa kamu maka janganlah kamu ucap “kalau” aku buat seperti itu dan ini tetapi ucaplah Allah telah menetapkan apa yang Dia kehendaki dan lakukan. Sesungguhnya perkataan “kalau” membuka peluang kepada syaitan untuk merosakkan akidah.[1]
Kita seeloknya tidak mempersoalkan perkara yang sudah berlaku dengan ‘kalau’ malah fikirkan mungkin ada ketentuan Allah SWT menetapkan ia berlaku. Di nukilkan pula dari Imam al-Nawawi pandangan al-Qadi ‘Iyad yang menysarahkan hadis ini, katanya:
Maksudnya: Sebahagian ulama menyebutkan bahawa larangan tersebut adalah bagi mereka yang beriktikad dengan ucapan tersebut semata-mata seperti kalaulah dia tidak melakukan seperti itu pasti dia tidak ditimpa musibah. Manakala bagi mereka yang menyerahkan segalanya kepada Allah SWT seperti tidaklah seseorang itu ditimpa musibah melainkan itu merupakan kehendak Allah SWT, maka mereka ini tidak termasuk dalam larangan tersebut.[2]
Menerusi nukilan Imam al-Nawawi, mereka yang beriktikad (percaya) jika tidak melakukan suatu perkara yang sedemikian pasti tidak akan timpa kecelakaan adalah salah. Ianya seolah-olah mempertikaikan kekuasaan Allah SWt.
Maksudnya: Sabdaan Nabi SAW “Sesungguhnya perkataan “kalau” membuka peluang kepada syaitan untuk merosakkan akidah” bermaksud diletakkan dalam hati perkara-perkara yang bertentangan dengan ketentuan Allah SWT dan syaitan mewaswaskan seseorang dengan perkara itu.[3]
Jadi adalah lebih elok kita mengucap dan memahami setiap perkara yang berlaku adalah atas ketentuanNya yang ingin menguji kita. Setiap perkara ada solusinya dan mempersoalkan bukanlah jalan yang terbaik.
Pelakon yang popular menerusi filem Tentang Bulan, Fatin Nur Afifah Shamsudin atau lebih mesra disapa dengan panggilan Fatin Afeefa kini sedang berusaha istiqamah bertudung dan menutup aurat sepenuhnya sejak kembali dari tanah suci mengerjakan umrah tempohari.
Lebih menarik lagi, apabila penampilan terbaharu ini membuatkan Fatin Afeefa kelihatan sungguh manis! Penampilan Fatin yang menutup aurat dan berhijab telah mengundang pujian ramai.
Mana tidaknya, automatik nampak isteri Aliff Awang ini kelihatan muda remaja! Langsung tidak nampak seperti ibu kepada dua cahaya mata.
Malah, keanggunanya cukup terserlah terutama ketika menyarung persalinan rona hitam dengan tudung polos warna senada, terserlah sisi penuh keayuan pelakon berusia 28 tahun itu.
Selain netizen, penampilan Fatin turut mendapat perhatian rakan-rakan artis yang memuji wajah cantik dan pesonanya yang begitu menawan.
Sebelum ini Fatin atau nama sebenarnya Nur Afifah Shamsudin menjadi bualan warga maya selepas momen dia sedang membeli tudung bertebaran di media sosial.
Ini selepas suaminya sanggup membelanjakan wang hampir RM5,000 untuk menghadiahkan Fatin 19 helai tudung berjenama mewah dalam usaha aktres ini untuk menutup aurat.
Sebut sahaja aplikasi Tiktok, pasti ramai yang teruja dan memberi pelbagai reaksi terutamanya golongan muda. Sekarang ini, TikTok telah menjadi platform untuk melakukan pelbagai ‘trend’ ataupun ‘content’ tarian, fesyen, hiburan dan juga mukbang.
Sedang anda ‘scroll’ Tiktok, pasti akan terjumpa dengan beberapa jenis influencer berasal dari luar negara yang gemar untuk makan makanan yang unik dan pelik. Dalam kebingungan melihat video tersebut pasti anda pernah tertanya-tanya adakah ia halal di makan dalam aspek agama Islam kan?
Seperti yang tular baru-baru ini apabila ada seorang ‘pak arab’ yang dilihat makan siput babi atau escargot dan telah menimbulkan tanda tanya ramai. Sehingga ada yang meminta pandangan dan pencerahan daripada Ahli Dewan Negara, yang juga bekas Mufti Wilayah Persekutuan iaitu Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri di laman Twitter.
Sebelum membahas lebih lanjut, mari kita fahami dahulu definasi siput babi. Siput babi atau nama saintifiknya Achatina fulica merupakan sejenis siput daratan. Di Malaysia, masyarakat menggelarnya siput babi, dalam Bahasa Perancis ia digelar Escargot dan dalam bahasa arab dikenali sebagai Halazun.
Kebiasaannya, masakan ini sering dihidangkan di restoran Perancis sebagai pembuka selera dan biasanya dimasak dalam sos mentega yang kaya dan berbau bawang putih.
Menurut Pejabat Mufti Persekutuan, siput babi merupakan sejenis siput daratan. Ia adalah haiwan moluska dari kelas gastropoda (berjalan dengan perut). Berbeza dengan siput akuatik yang menggunakan insang, siput babi yang menggunakan paru paru untuk bernafas (pulmonata). Ia mempunyai cengkerang yang agak besar, padat dan berbentuk piramid dengan spira.
Siput sedut atau nama saintifiknya pula ialah Cerithidea obtuse; salah satu spesies siput air dari kelas gastropoda yang termasuk dalam famili Potamididae. Siput sedut adalah antara haiwan yang hidup di kawasan hutan bakau (mangrove ecosystem) dan ianya halal untuk dimakan sepertimana yang diriwayatkan dalam surah al-Maidah ayat 96:
هو الطهور ماؤه الحل ميتته
Maksudnya : “Air laut itu suci lagi menyucikan dan halal bangkainya.”
Riwayat Abu Daud (83), al-Tirmizi (69) dan al-Nasaie (59)
Imam al-Nawawi juga telah menyatakan bahawa pendapat yang paling sahih menurut mazhab Syafie bagi mana-mana hidupan air yang tidak menyerupai ikan ialah semuanya halal dimakan tanpa perlu disembelih. Ia adalah sebagaimana yang telah dinaskan oleh Imam Syafie di dalam al-Umm dan Mukhtasar al-Muzani. (Lihat al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, 9/31-32 dan al-Mu’tamad di al-Fiqh al-Syafie, 2/548)
Sepertimana yang dinyatakan (di atas), siput terbahagi kepada dua iaitu siput darat dan siput akuatik. Siput akuatik iaitu siput sedut halal untuk dimakan tapi bagaimana pula dengan siput babi atau Escargot ini? Untuk pengetahuan anda, para ulama sendiri mempunyai dua pandangan yang berbeza.
Pendapat yang pertama ialah siput darat HARAM dimakan kerana ia termasuk dalam kategori serangga atau haiwan yang tidak mempunyai darah merah seperti lalat, semut, cicak dan seumpamanya.
Pengharamannya adalah disebabkan oleh ia dianggap jijik (kotor) dan tabiat semulajadi manusia menjauhinya. (Lihat al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh, 4/2793) Imam al-Nawawi menyebutkan bahawa:
Maksudnya : “Menurut mazhab kami (Syafie) ia adalah haram (dimakan). Ini juga adalah merupakan pendapat Abu Hanifah, Ahmad dan Daud.” (al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, 9/16)
Pengharaman ini adalah selari sebagaimana firman Allah SWT :
Maksudnya :“dan ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik, dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk.”
(Surah al-A`raf : 157)
Tambahan itu, Ibn Hazm al-Zahiri juga ada menyebutkan di dalam kitabnya bahawa TIDAK HALAL untuk makan siput daratan dan juga apa sahaja haiwan yang tergolong sebagai hasyarat (iaitu serangga atau haiwan kecil yang melata) seperti cicak, kumbang, semut, lebah, lalat dan lain-lain yang termasuk dalam kategorinya kerana haiwan-haiwan tersebut tidak boleh disembelih.
Hal ini kerana sembelihan hanya berlaku pada leher atau dada (haiwan tersebut) sahaja. Adapun mana-mana haiwan yang tidak boleh disembelih, maka tiada jalan atau cara untuk memakannya. Oleh itu, ia adalah haram (dimakan) kerana terdapatnya halangan untuk memakannya (tidak boleh disembelih) kecuali bangkai yang tidak perlu kepada sembelihan. (al-Muhalla, 6/77)
Pendapat kedua daripada Imam Malik seperti yang dinukilkan oleh Imam al-Nawawi; menyatakan bahawa semua hasyarat atau haiwan yang tidak mempunyai darah merah seperti siput daratan adalah halal dimakan. Terdapat riwayat daripada al-Talib bin Tha‘labah al-Tamimi R.A, beliau berkata:
صحِبْتُ النَّبيَّ صلّى اللهُ عليه وسلَّم فلم أسمَعْ لحشَرةِ الأرضِ تحريمًا
Maksudnya:“Aku telah bersahabat dengan Nabi SAW dan tidak mendengar mengenai pengharaman hasyarat (serangga dan haiwan kecil yang melata).
Tambahan lagi, Imam Malik pernah ditanya berkenaan sejenis haiwan yang disebut sebagai siput (halazun) yang terdapat di padang pasir dan melekat di pokok-pokok. Adakah ia boleh dimakan? Beliau menjawab dengan berpendapat bahawa hukumnya adalah seperti belalang.
Sekiranya ia masih hidup, kemudian ia dimatikan dengan cara direbus atau dipanggang, maka tidak mengapa memakannya. Sekiranya ia telah mati (yakni mati dengan sendirinya), maka ia tidak boleh dimakan — kerana dianggap menjadi bangkai
Selain itu juga, Abu al-Walid al-Baji turut menyebutkan:
Maksudnya:“Hukum siput adalah sebagaimana hukum belalang. Imam Malik berkata: ‘Sembelihannya adalah dengan cara merebusnya atau mencucuknya dengan duri atau jarum sehingga ia mati disebabkan perkara tersebut, sambil disebutkan nama Allah — yakni basmalah — seperti mana disebutkan juga basmalah ketika mencabut kepala belalang.
Sebagai kesimpulan, Hijabista cenderung untuk mengikuti pendapat Mazhab Syafie serta majoriti ulama termasuklah padangan daripada Dr. Zulkifli sendiri bahawa escargot ini haram dimakan kerana ia bukan haiwan yang disembelih dan jika ia mati, ia tergolong sebagai bangkai. Sebagaimana jumhur ulama yang menganggap ia sebagai jijik dan kotor, kita haruslah menjauhi perkara-perkara tersebut. Wallahua’alam.
Cushion cepat oksida boleh membuatkan solekan menjadi kusam dan tidak sekata. Ketahui 7 cara mudah untuk mengelakkan masalah ini supaya makeup kekal segar dan tahan lama.