Seperti yang diketahui ramai, Elfira Loy sudah pun berlepas ke Tanah Suci untuk menunaikan umrah bersama ahli keluarganya empat hari yang lalu. Syukur kerana dalam usia yang muda, Elfira Loy telah dijemput Allah untuk menjejakkan kaki di sana. Bukan semua berpeluang untuk merasai pengalaman ini.
Hijabista sendiri berasa sungguh teruja melihat gambar-gambar serta insta story yang dikongsikan oleh Elfira sendiri di laman Instagram miliknya. Memang manis, sopan dan cantik Elfira Loy dengan jubah, tudung labuh dan niqabnya. Terserlah keayuannya.
Dalam satu gambar yang dikongsinya di Instagram, Elfira turut meluahkan rasa gembiranya kerana dijemput Allah untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci. Difahamkan pada awalnya Elfira tidak dapat melalakukan umrah kerana berada dalam keadaan yang ‘tidak suci’. Namun, berkat doa, zikir sepanjang jalan dan usaha, akhirnya dia berjaya juga melakukan umrah pertamanya. Elfira akui memang sebak.
Selain Elfira Loy, terdapat beberapa selebriti lain yang turut terbang ke Tanah Suci untuk menunaikan umrah. Antaranya ialah Wawa Zainal dan Rozita Che Wan. Wawa Zainal telah ke Tanah Suci ditemani ayahnya kerana suaminya, Aeril Zafrel tidak dapat ikut serta disebabkan ada urusan kerja yang perlu diselesaikan.
Manakala Rozita Che Wan pula ke Tanah Suci ditemani suaminya, Zain Saidin. Nampaknya kali ini Rozita dan Zain menunaikan berdua tanpa ditemani anak-anak.
Apa pun, Hijabista doakan segala urusan mereka dipermudahkan dan mendapat umrah yang mabrur. Alhamdulillah mereka semua telah dijemput ke rumah Allah. Doakan agar satu hari nanti kita semua dapat menjejakkan kaki ke sana pula. InsyaAllah…
Sejak kebelakangan ini ramai hijabi lebih senang memilih kerjaya sebagai instafamous atau influencer. Membuat paid review dengan menggunakan medium laman sosial instagram, kebanyakan dari mereka berpeluang jana pendapatan cecah ribuan ringgit. Salah seorangnya adalah influencer yang viral kerana mempunyai wajah persamaan dengan penyanyi popular, Aiman Tino. Pyka Rahman yang berasal dari Temerloh Pahang ini baru berusia 19 tahun dan bekerja sepenuh masa sebagai influencer. Dia juga mengumpul follower di laman instagram 111K.
Menurut Pyka dia tidak menyangkan akan terbabit dalam kerjaya ini. Malah bersyukur kerana persamaan wajahnya dengan penyanyi remaja popular Aiman Tino membuka ruang dan peluang untuk kekal popular di alam maya.
“Hahahaha thank you Aiman! Kalau tak kerana muka dia, belum tentu Pyka jadi seperti hari ini. Sebenarnya tak sama pun, cuma ada beberapa gambar yang nampak sedikit sama. Tetapi tetap disebabkan viral, Pyka dapat naikkan nama Pyka di alam maya.
“Pyka start jadi influencer pada Mac 2017. Pada mulanya, saya terima klien untuk review product mereka di account instagram Pyka. Dari situ Pyka buat duit dengan ambil sedikit bayaran untuk setiap slot review yang klien mahukan.
“Semakin lama, semakin banyak permintaan. Dari review, Pyka mula hadir ke event beberapa jenama. Biasanya kalau untuk hadir event pun Pyka ambil bayaran. Ini kerana klien minta kita post di instagram. Sampai ke hari ni Pyka masih lagi review product dan juga hadir ke mana-mana event,” ujarnya membuka cerita permulaan bergelar influencer.
Tambahnya lagi, setelah hampir setahun dalam bidang ini Pyka mula terasa keseronokannya. Malah dia juga turut mendapat pendapatan dengan cara cukup mudah.
“Income yang kita dapat hanya dengan cara yang mudah. Misalnya jika satu event dalam RM300 hingga RM500. Kita cuma perlu hadir ke event dan ambil gambar. Dan kalau attend event tu adalah salah satu yang Pyka suka sebab dapat menambah kenalan baru.
“Sebulan Pyka melalui laman instagram, Pyka boleh dapat pendapatan sekitar RM3 ribu hingga ke RM6 ribu sebulan bergantung pada sesuatu musim. Lagi rajin kita buat review lagi tinggi hasil pendapatan kita,” jelas Pyka yang gemar membuat review produk klien skincare dan juga outfit.
Tambahnya dia tidak kisah berulang alik dari tempat tinggalnya di Temerloh ke Kuala Lumpur jika perlu menghadiri event daripada klien.
“Saya tak kisah berulang alik. Lagipun tak jauh dalam 3 jam sudah boleh sampai ke Kuala Lumpur. Biasanya saya akan tinggal dua tiga hari dan pergi untuk beberapa event. Saya suka pergi sebab boleh tambah kenalan.
“Pyka sebenarnya adalah full time influencer dan dalam masa sama part time study marketing. Jadi setiap kali tak ada event, Pyka akan join open marketing class yang ada. Untuk tambah ilmu marketing. Open marketing class pula cuma sehari dua sahaja dan tak menjejaskan waktu Pyka bekerja,” jelasnya yang turut mendapat sokongan ahli keluarga terhadap kerjayanya sekarang.
“Memandangkan background family Pyka juga dalam bisnes, jadi pada awalnya agak susah untuk mereka terima. Alhamdulillah sekarang, family sudah mula faham cara Pyka bekerja dan minat Pyka.
“Mereka bagi sokongan pada Pyka. Cuma Pyka akan beritahu setiap perkembangan Pyka kepada keluarga. Nasihat mereka asalkan pandai jaga diri sudah memadai,” cerita Pyka yang memberi tafsiran tersendiri maksud sebenar influencer itu.
Bagi Pyka influencer itu bermaksud sesuatu pengaruh yang menaikkan nama setiap brand yang bekerjasama dengan Pyka. Jika Pyka tidak mampu untuk naikkan nama dia orang, Pyka tak layak jadi seorang influencer.
“Memandangkan influencer ini hanyalah seorang social media celebrity, jadi pendapatan tidaklah setinggi golongan artis. Pendapatan yang tak menentu ini dan takut untuk upah orang lain bekerja dengan kita sebagai pembantu.
‘Jadi setiap kerja yang influencer dapat, kami kena aturnya sendiri. Mungkin disebabkan bahagian pengurusan itu kurang yang menjadikan influencer ini lambat dalam beberapa perkara,” jelasnya berkenaan soalan jika ada influencer yang bermasalah untuk dihubungi.
Menurutnya yang mempunyai follower lebih 100 ribu ini mengakui turut menerima kecaman daripada netizen. Walaupun masih muda, tetapi Pyka berjaya mengatasinya dengan cara tersendiri.
“Pyka cuma biarkan sahaja setiap kecaman dari netizen. Mungkin netizen yang suka mengecam ini sebab dia tak dapat apa yang kita dapat.
“Susah kalau kita nak minta netizen faham kita, jadi Pyka rasa biar Pyka yang faham netizen ini. Makin kita layan, makin dia orang suka mengecam,” katanya yang mula berhijab sejak usianya 6 tahun. Ibunya yang dipanggil Ummi telah membelikan tudung sejak dia masih kecil dan alhamdulillah masih kekal berhijab hingga kini.
Menurut Pyka dia sebenarnya tidak ada stail tertentu untuk hijab. Ini kerana setiap kali memakai tudung mesti dengan gaya yang berbeza-beza.
“Jika tanya sama ada bawal atau shawl? Dua2 pun Pyka suka. Sebab Pyka tak suka kekal dalam satu gaya sahaja. Untuk idola dalam berfesyen, Pyka jadikan Neelofa sebagai idola dan kalau di luar negara pula, Pyka jadikan Noor Tagouri sebagai idola,” katanya yang turut mengucapkan terima kasih kepada semua followernya yang sentiasa melihat kehidupan dia di instagram.
“Terima kasih atas komen positif yang dilemparkan. Pyka harap anda semua akan kekal dengan Pyka sampai bila-bila.
“Dan terakhir terima kasih untuk ummi. Ummi yang paling faham setiap minat Pyka hari ini dan sentiasa inginkan yang terbaik untuk Pyka ILOVEYOUMOM,” tambah Pyka sebelum mengakhiri perbualan.
Jarang di antara kita culas meminta dikejarkan rezeki dan sering kali berusaha mencari rezeki. Selain usaha keras, anda boleh dikejar-kejar rezeki jika sering mengamalkan 5 doa ini. Anda boleh buktikan sendiri.
Banyak orang yang telah berusaha sekuat tenaga dalam bekerja, namun hanya Allah yang menentukan hasilnya. Bahkan tak jarang setelah berusaha keras dalam berikhtiar, rezeki yang diinginkan atau diharapkan tak kunjung tiba.
Meski rezeki sudah ada yang mengatur, namun untuk menjemputnya agar lebih cepat anda perlu mengamalkan beberapa doa ini.
Hal ini sudah banyak yang membuktikan dan hasilnya pun tak mengecewakan. Perlu usahan dan mencuba insyallah diizinkan.
“Ya Allah, Dzat Yang Mahakaya dan memberikan kekayaan, berilah kekayaan yang abadi kepadaku. Wahai Dzat Yang Maha mulia dan yang memberikan kemuliaan, berilah kemuliaan kepadaku dengan kemuliaan kekuasaan-Mu. Wahai Dzat yang mempermudah semua urusan, berilah kemudahan kepadaku di dalam semua urusan dunia dan agama, wahai Dzat yang paling diharapkan, ya Allah.”
Alloohumma zidnaa wa laa tanqushnaa wa akrimnaa wa laa tuuhinaa wa a’athinaa wa laa tahrimnaa wa aatsirnaa wa laa tu’tsir ‘alainaa wa ardhinaa wardhoo ‘annaa.
“Ya Allah, tambahkanlah rezeki kepada kami, jangan Engkau kurangi. Muliakanlah kami dan jangan Engkau hinakan kami. Berilah kami dan jangan Engkau halangi kami. Pilihlah kami dan jangan Engkau tinggalkan kami, dan janganlah Engkau cegah kami.”
Alloohumma innii as-aluka an tarzuqonii rizqon halaalan waasi’an thoyyiban min ghoiri ta’abin wa laa masyaqqotin wa laa dhoirin innaka ‘alaa kulli syai-in qodiir.
“Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu agar melimpahkan rezeki kepadaku berupa rezeki yang halal, luas dan tanpa susah payah, tanpa memberatkan, tanpa membahayakan dan tanpa rasa lelah dalam memperolehnya. Sesunggunya Engkau berkuasa atas segala sesuatu.”
Robbanaa anzil ‘alainaa maa-idatan minas samaa-i takuunu lanaa ‘iidan li awwalinaa wa aakhirinaa wa aayatan minka warzuqnaa wa anta khoirur rooziqiin.
“Wahai Tuhan kami, turunkahlah kepada kami suatu hidangan dari langit (yang haru turunnya) akan menjadi hari raya bagi kami, yaitu bagi orang-orang yang bersama kami dan yang datang sesudah kami, dan menjadi tanda bagi kekuasaan Engkau, berilah kami rezeki, dan Engkau pemberi rezeki yang paling utama.”
Sumber: DUNIA AKHIRAT
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Dalam zaman teknologi ini semakin ramai yang lebih senang menggunakan medium sosial untuk pelbagai tujuan. Salah satunya adalah berdakwah dengan cara perkongsian ilmu. Isteri kesayangan Datuk Aliff Syukri, Datin Seri Shahida juga tidak ketinggalan berkongsi ilmu kepada followernya. Perkongsiannya mengenai hukum mengingati mati memberi keinsafan dan ingatan kepada kita yang masih hidup untuk lebih bersedia kerana kematian itu boleh datang pada bila-bila masa sahaja.
Ramai yang berterima kasih kepada Datin Shahida atas perkongsian berguna ini untuk terus muhasabah diri.
Ayuh kita fahami perkongsian ilmu yang dimuat turut tiga hari lalu dan mendapat lebih 10 ribu like di instaram.
Hukum Mengingati Mati
Walau bagaimanapun keadaan yang bergolak dalam pemikiran manusia. Namun Islam menganjur umatnya (sunat) supaya mengingati mati. Samada cara termenung menggambarkan saat-saat kematian itu ditempuhi, menziarahi orang sakit, menziarahi kubur, menghantar jenazah ke kubur dan sebagainya.
Mengingati mati adalah berbeza hukumnya dengan bercita-cita hendak mati, kerana bercita-cita hendak mati yang nekad dengan putus asa, tidak sabar atas penderitaan adalah bukan sifat seorang Islam mukmin dan ditegah oleh syarak ( haram ) kerana nekad sedemikian kadangkala boleh membawa pembunuhan diri.
Adapun memohon dipendekkan umur dengan sebab kezaliman yang berlaku dan tidak ada jalan bagi menghindarinya adalah diharus dengan secara bersandar, seperti kata doanya, bermaksud : “Ya Allah hidupkanlah aku sekiranya kehidupan itu memberi kebaikan kepadaku dan matikanlah aku sekiranya kematian itu menjadi kebaikan kepadaku”.
Untuk Renungan Siapa yang memasuki kubur dengan tidak membawa bekalan samalah seperti orang yang belayar di lautan dengan tidak berperahu! (Sayidina Abu Bakar As Siddiq)
Untuk pengetahuan, Datin Seri Shahida juga sedang mengandung anak keempatnya. Buat masa ini pasangan jutawan ini sudah mempunyai 3 anak kandung dan juga 2 orang anak anak angkat mereka.
Linda Hashim bakal bergelar mutawifah bermula tahun hadapan selepas mengikuti kursus sebagai persediaan membimbing jemaah wanita menunaikan ibadah umrah, sambil terus aktif dalam dunia lakonan.