Pemergian Siti Sarah sememangnya meninggalkan kesan yang mendalam buat kita semua. Meskipun tidak pernah mengenali secara peribadi, namun kisah-kisahnya membuatkan kita semakin jatuh cinta dan sayang kepadanya.
Sama-sama bergelar artis dari zaman remaja, penyanyi terkenal iaitu Elyana berkongsi antara kenangan terakhir mereka bersama apabila arwah telah menghadiahkan banyak tudung buat dirinya.
Beliau juga memuji almarhumah Sarah yang sering bertanya khabar mengenai dirinya dan sentiasa menyokong perniagaan yang dijalankan oleh pelantun lagu Niat tersebut.
I Love You Sarah…
Ads
Al fatihah (dibaca) untuk Siti Sarah..
Awak meninggal kan memori yang indah sepanjang perkenalan. Kita sama2 membesar dalam industri..dari remaja,sampai la dah berumahtangga awak masih tak lupa untuk mencari saya untuk bertanya khabar..saya jual kuih,awak beli…sangat supportive .Dah la cute,pandai nyanyi,baik pulak tu!
Ads
Hari ni,saya pakai salah satu tudung yang awak bagi.Banyak sangat awak bagi saya tudung. Alhamdulillah,sekarang saya dah bertudung so boleh pakai tudung2 yang awak bagi hari2 😊 I love u Sarah…Semoga awak ditempat kan ditempat yang terbaik disisi Allah SWT.. 🙏🏼
Di ruangan komen, ramai rakan artis serta peminat yang turut sebak apabila mendengarkan nyanyian syahdu Elyana itu. Sama-samalah kita doakan agar almarhumah ditempatkan di kalangan insan yang beriman. Amin.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Biarpun figura yang satu ini seorang wanita, namun popularitinya setaraf dengan ustaz selebriti seperti Ustaz Don, Imam Muda Asyraf ataupun Pu Azman. Siapa tidak kenal dengan Ustazah Datuk Dr. Norhafizah Musa, 43 tahun yang sering berkongsi ilmunya melalui dakwah di media sosial. Sikapnya yang lembut dan mesra menjadikan dirinya dikenali ramai. Baru-baru ini beliau membuktikan usia bukan penghalang untuknya menggengam ijazah Doktor Falsafah (PhD), malah ibu kepada tujuh anak ini juga membuktikan kesibukan menguruskan segala-galanya tidak menghalang untuknya mengecap kejayaan.
Inilah yang dikatakan beauty with brain kerana memberi semangat kepada hijabi di luar sana untuk mengecap kejayaan walaupun sudah mempunyai anak.
Kejayaannya yang jadi inspirasi buat wanita di luar sana telah dikongsi oleh pemilik akaun facebook Nurul Husna Kamarudin di laman sosial facebook miliknya.
Ternyata posting ditulis mendapat respon positif dari netizen apabila mendapat butang like 15 ribu dan share pula hampir 8 ribu.
Rata-rata cukup bangga dengan kejayaan dikecapi. Bukan sahaja memiliki wajah cantik, tetapi juga bijak menguruskan segala-galanya termasuk urusan rumah tangga sementelah dikurniakan anak-anak yang semakin meningkat dewasa.
Tahniah Ustazah Dato Dr Norhafizah Musa.
Inilah indikasi contoh terbaek untuk seorang “beauty with brain”.
Orang yang serba cantik raut wajah dan akhlaknya. Santun butir bicara dan lontaran katanya. Indah pakaian dan sejuk mata memandang. Beliau sepatutnya di jadikan idola seluruh muslimah Malaysia.
Ustazah Dato Dr Norhafizah Musa ni memang buat saya rasa inspired sangat nak berjaya macam dia. Even dia dah kaya dan femes dan ada Dato dah pun, tapi still dia spend time and effort unt PhD. PhD ni semua orang tahu bukan benda mudah. Bukan celik celik bangun pergi kelas ambil exam, siap. Bukan. PhD ni macam kena validate knowledge, invent new stand, prove knowledge and provide conceptual and theoretical framework untuk kajian tu.
Mudah kata memang bukan benda mudah. PhD ni bukan kena pandai je, tapi kena ada usaha dan semangat menuntut ilmu yang tinggi. Beliau; yang dah berilmu pun masih tak berhenti menuntut ilmu. Kita pun haris mencontohi beliau. Bekerja keras untuk belajar ilmu terutama ilmu agama; secara langsung (sampai PhD) mahupun secara tak langsung (hadiri kuliah/majlis agama). Semangat menuntut ilmu nak jadi “beauty with brain”.
Tahniah Ustazah. Semoga ilmu dan tauliah yang dicapai dapat menambah ‘power’ dalam dakwah Ustazah. Semoga Allah meredhai perjuangan ustazah.
Percayalah, tak sikit yang beliau berkorban untuk berada di tempat beliau sekarang. Dengan izin Allah, beliau menempa kejayaan demi kejayaan. Semoga terus sukses.
Dan semoga kita, muslimah; sentiasa berusaha untuk tambah ilmu pengetahuan (taksemestinya belajar PhD), sentiasa berusaha nak majukan diri, tak jadi pemalas yang pilih untuk goyang kaki.
Semoga kita, muslimah; tak ambil mudah dengan peranan seorang Wanita. Wanita ni “power” dia besar tau. Sebab dia yang akan didik anak dia. Dia pintu syurga anak dia. So kalo baek wanita tu, insya Allah baeklah generasi hasil didikannya. Jadi nak taknak, kena lengkapkan diri dengan ilmu agama sebaiknya dan kemahiran-kemahiran yang berguna juga.
Begitulah perempuan. Harganya bukan pada kecantikan mahupun pada hartanya. Tapi harga seorang wanita adalah pada hati dan fikirannya. Hatinya yang baik dan penyayang. Hatinya yang jernih dan penyabar. Fikirannya yang tajam dan berilmu. Dari hati dan fikiran yang baek; lahirlah akhlak yang mulia. Disitulah letaknya harga seorang wanita. Bukan pada cantik, bukan dengan pandai bergaya, bukan dengan harta mahupun kekayaan.
Tapi Percayalah, dengan agama, akhlak dan ilmu; seorang wanita akan jadi wanita yang paling cantik dan kaya.
Apa sebenarnya yang kita cari dalam hidup ini selain Redha Tuhan akan kita? Apa yang kita cari dalam dunia ini selain keberkatan? Apa lagi yang kita mahu selain merasa senang dan sejuk hati memandang pasangan dan anak-anak kita? Itulah syurga dunia.
Wanita solehah ni digambarkan adalah sebaik-baik perhiasan. Semoga kita berjaya menjadi dan mendidik wanita solehah.
Dari rahim seorang ibu yang solehahlah akan lahir benih zuriat yang baik. Semoga kita sentiasa berusaha untuk itu.
Begitulah kehidupan. Kalo jadi manusia, jadilah manusia yang banyak memberi manfaat buat masyarakat. Hidup adalah perjalanan menuju akhirat.
Buat semua muslimah yang berhajat menjadi “beauty with brain”, semoga all the forces be with you.
Semoga berbanggalah ibu ayah kerana mempunyai anak yang berilmu, cantik akhlak dan peribadinya.
Semoga beruntunglah suami yang memiliki isteri yang menjadi gedung ilmu dalam rumahtangga dan besar manfaatnya buat masyarakat.
Semoga berbahagialah anak-anak yang diasuh seorang ibu yang salim agamanya dan mulia akhlaknya juga bersih hatinya.
Semoga bergembiralah seorang wanita yang di sayang Allah dan seluruh makhluknya kerana ketinggian ilmu, akhlak dan budinya. Dan semoga perempuan itu adalah KITA SEMUA. Amiiin.
Kisah cinta Uyaina & Raja Syahiran bukalah lagi rahsia, umum mengetahui pasangan selebriti ini sudah lama memadu cinta sejak pertama kali berkenalan pada awal 2019 menerusi rancangan terbitan Astro. Julai lalu, Uyaina menerima rombongan merisik daripada keluarga Raja Syahiran.
Melangsungkan perkahwinan dalam suasana serba sederhana bertempat di Colony KLCC, dengan sekali lafaz pelakon yang terkenal dengan watak Usu Sakinah ini sah menjadi isteri kepada Raja Syahiran.
Pasangan ini dinikahkan oleh abang kandung Uyaina, Mohd Attaful Uzair Arshad yang bersaksikan Pendaftar Penikahan Perceraian dan Rujuk Orang Islam Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Mohd Abd Nasir Abdullah dan dua orang lagi saksi.
Menurut laporan Media Hiburan, Raja Syahiran, 28, menyerahkan mas kahwin berupa sebentuk cincin dan gelang tangan emas buat Uyaina. Tiada pertukaran dulang hantaran dibuat antara pasangan ini dan jumlah wang hantaran juga dirahsiakan atas persetujuan kedua belah keluarga mempelai.
Pasangan ini memilih Eropah sebagai destinasi berbulan madu, namun ketika ini hasrat tersebut terpaksa ditangguhkan ekoran penularan varian baharu virus Covid-19 yang melanda dunia ketika ini.
Tidak lengkap rasanya sesebuah pernikahan jika tidak melihat kepada busana yang digayakan raja dan ratu sehari ini. Mereka berdua tampil ringkas namun ada manis dan serinya.
Uyaina yang juga pengacara rancangan Ratu Hijabista anjuran Hijabista dan Astro pada tahun 2020 dilihat anggun menggayakan baju kurung rona putih yang diserikan dengan sulaman dan perincian rona emas pada bahagian kain dan hujung lengan. Menambahkan lagi seri seorang pengantin bah wanita melayu terakhir busana yang digayakan dilengkapkan dengan pilihan layah dan juga selendang.
Manakala Raja Syahiran pula menggayakan baju melayu tradisional cekak musang rona putih dan dipadankan dengan sampin bersulam benang rona emas bagi tampil sedondon dengan isteri tercinta.
Pengalaman pertama menjadi seorang ibu tentunya menuntut banyak kesabaran. Di samping itu perlu banyak belajar tentang cara-cara mendidik anak terutama yang masih bayi.
Bagi pelakon dan pengacara terkenal, Mira Filzah, bergelar ibu kepada Wan Khair Amir membuatkan dia perlu bersedia apa juga kemungkinan terutama ketika keluar dengan cahaya mata kesayangannya itu.
Maklum sahajalah bayi selalunya mudah sahaja meragam. Jadi sebagai ‘ibu baru’ situasi anak meragam terutamanya ketika di luar adakalanya membuatkan si ibu cepat panik. Inilah yang dilalui oleh Mira Filzah.
Melalui perkongsian di laman Instagramnya, Mira berkongsi pengalamannya ketika pertama kali membawa Wan Khair Amir keluar bersama suaminya, Wan Emir Astar.
First time bawa Amir keluar berdua sahaja dgn @wanemirastar. So Mira duduk belakang dgn Amir. Tak tahu kenapa nervous. Nervous dia lain macam, padahal bukan Amir first time duduk dalam car seat. Tapi first time berdua sahaja dgn Emir.
Mira cepat panic kalau Amir nangis. Selalu terdetik dlm hati, boleh ke handle Amir sendiri, boleh ke itu boleh ke ini. (First time mom kan, banyak sgt “what if” dalam kepala) But Alhamdulillah, Amir baik sangat. Maybe he likes to be in the car. Tidur je sepanjang jalan. (Atau sebab dia tidur jam 5 pagi malam semalam, so pagi tu tidur je lah dalam kereta. 🤓) Time nak balik dia berjaga, tapi diam je sambil pegang tangan Mira. (Haih, my heart)
Nak keluar berdua dgn Amir laaaagiii lah tak berani. Haha. Tunggu Amir besar sikit okay. Oh happy 2 months old sayang Mama! Love you @wankhairamir!
HIJABISTA: Biasalah, kali pertama bergelar ibu tentu banyak perkara yang perlu dipelajari. Lama-lama nanti mesti sudah mahir dan tiada masalah lagi uruskan anak-anak waima hanya keluar berdua sahaja dengan si permata hati.