Gara-gara tidak membuat perancangan awal, ramai yang tersepit selepas musim perayaan. Perbelanjaan menyambut Aidilfitri bagaikan tsunami yang boleh melumpuhkan kewangan seseorang. Poket kosong, hutang bertambah dan terpaksa ikat perut dan meminjam demi kelangsungan hidup adalah senario yang biasa terjadi.
Persediaan menghadapi musim ini memerlukan belanja besar. Perbelanjaan bulanan anda pada masa itu mungkin meningkat dua atau tiga kali ganda daripada biasa! Justeru, bagaimanakah caranya sambutan Aidilfitri dapat dirayakan dengan selesa tanpa meninggalkan lubang besar pada poket anda?
Berikut adalah tujuh langkah mudah yang boleh anda jadikan panduan:
1. Buat analisa keperluan menyeluruh
Senaraikan keperluan anda pada musim perayaan ini – apa yang perlu dibeli dan diganti ataupun apa yang boleh dikitar dan guna semula barangan sedia ada. Contohnya hiasan dalaman rumah. Adakah langsir yang ada itu perlu diganti ataupun diubah bentuk agar dapat menimbulkan suasana berlainan? Begitu juga sofa ruang tamu. Jika masih elok, tidak perlu diganti baru. Sekadar mencuci dan menukar sarungnya sudah memadai. Analisa keperluan ini hendaklah dibuat secara menyeluruh, membabitkan semua aspek kehidupan anda.
Ads
2. Persediaan diri dan keluarga
Berapakah bajet untuk baju baru? Cukupkah RM300 ataupun RM1,000? Jika mempunyai anak-anak, cukupkah RM300 bagi setiap orang termasuk baju Melayu/baju kurung dan juga pakaian harian? Anda boleh menyedia baju baru ini lebih awal. Ambil kesempatan beli borong semasa jualan akhir tahun. Ketika ini anda dapat membeli berpasang-pasang kain pada harga runtuh. Yang bijak akan menghantar kepada tukang jahit di kampung kerana upahnya rendah. Begitu juga pakaian harian, anda boleh membeli semasa jualan murah.
3. Duit raya
Amalan memberi duit raya sangat digalakkan. Ia adalah satu pemberian, sedekah, sumbangan ataupun tanda terima kasih pada insan tersayang dan mereka yang dekat dalam hidup anda. Berapakah peruntukan duit raya yang perlu anda sediakan tahun ini? Untuk semua anak-anak saudara dan juga anak jiran berapakah jumlahnya yang ingin anda berikan pada setiap seorang. Adakah RM2, RM5 ataupun RM10? Untuk ibu bapa dan juga ibu bapa mentua bagi mereka yang sudah berumah tangga, berapa pula jumlahnya? Bagaimana pula dengan saudara jauh yang lanjut usia ketika anda bertandang ke rumah mereka? Tentukan jumlahnya supaya mudah anda membuat perkiraan.
Ads
4. Servis kenderaan dan balik kampung
Agenda utama utama musim perayaan adalah balik kampung kecuali mereka yang tiada kampung! Ziarah-menziarahi sanak-saudara, mengerat dan menjalin semula hubungan yang terputus, bergerak dari satu tempat ke satu tempat lain memerlukan belanja untuk minyak kenderaan, tol dan juga makan-makan sepanjang perjalanan. Sebelum itu, pastikan kenderaan anda sudah diservis terlebih dahulu. Pastikan tayarnya tidak botak dan masih dalam keadaan baik, dan minyak hitamnya sudah berganti bagi memastikan kelancaran perjalanan anda. Berapakah peruntukan yang perlu anda sediakan. Adakah RM500 mencukupi?
5. Kuih-muih, juadah pagi raya
Buat perancangan berapa jenis kuih raya yang ingin anda sediakan, apakah menu istimewa di pagi raya dan juga menu utama ketika rumah terbuka. Dengan menyenaraikan jumlah dan jenisnya, anda boleh bajet berapa jumlahnya yang perlu anda keluarkan. Cukupkah RM500 ataupun RM1000 termasuk rumah terbuka? Satu kaedah jimat adalah dengan bertukar-tukar biskut raya dengan beberapa orang kawan. Anda buat sejenis dan mereka juga buat sejenis. Jika berpakat dengan lima orang kawan, anda boleh dapat lima jenis kuih. Anda boleh buat satu lagi kuih sebagai kelainan.
Ini antara aspek penting yang perlu anda ambil kira. Malapetaka datang tanpa disangka. Sediakan bajet untuk menghadapi saat genting seperti kemalangan ataupun tiba-tiba kenderaan anda meragam. Adakah RM500 mencukupi?
7. Buat unjuran perbelanjaan
Musim perayaan seperti Aidilfitri datangnya saban tahun. Setiap tahun anda menempuhnya dalam pelbagai keadaan sama ada ketika itu anda masih bujang ataupun sudah berkeluarga. Pastinya setiap tahun perbelanjaan untuk musim perayaan ini akan bertambah dengan tambahan bilangan anak bagi yang berkeluarga. Secara tidak langsung anda sudah boleh membuat unjuran berapa jumlah perbelanjaan yang perlu dikeluarkan sepanjang musim perayaan ini. Oleh itu, ada baiknya jika anda membuat perancangan awal. Katakanlah jumlah yang anda perlukan untuk menyambut musim perayaan ini RM4000. Bahagikan jumlah berkenaan dengan 12 bulan. Sebulan anda hanya perlu asingkan dalam RM330 saja. Jadi, bila sampai masanya tidaklah anda rasa terbeban!
SUMBER: SURAIYA MOHD NOOR, PERUNDING KEWANGAN & PERWAKILAN HARTA ISLAM
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Penyanyi dan usahawan, Mila Jirin mengenang kembali saat pertama kali hatinya terdetik untuk mengenakan hijab lebih kurang sembilan tahun yang lalu.
Menurut Mila atau nama sebenarnya Norsyarmilla Jirin, pada peringkat awal, niatnya untuk berhijab hanyalah sekadar untuk menutup rambutnya yang rosak.
Namun, dia sendiri tidak menyangka alasan tersebut juga yang menjadi asbab dia ingin berhijrah ke arah yang lebih baik.
“Pada 2014, saya ingat lagi waktu itu yang rambut saya rosak teruk kerana kerakusan saya sendiri. Nak buat macam-macam jenis gaya. Sekejap kerinting, lurus balik dan macam-macam lagilah. Padan muka.
“Selepas itu, terdetik di hati saya untuk bertudung. Walaupun pada mulanya bertudung itu hanya kerana nak menutup rambut yang rosak tapi saya bersyukur kerana itu menjadi asbab saya bertudung.
“Alhamdulillah, Allah tidak membolakbalikkan hati saya. Walaupun pada awalnya niat itu tidak betul, alhamdulillah Allah betulkan juga niat tu dan saya dapat bertudung serta menutup aurat.
“Nak cakap fasal tak tahu, sebenarnya memang dah tahu dah pun. Cuma buat-buat tak tahu pada waktu itu,” katanya.
Kisah tersebut dikongsikan oleh juara program Akademi Fantasia musim ke-5 itu menerusi sebuah hataran video di laman Instagram miliknya.
Video tersebut dikongsikan sebagai respon ekoran ramai rakan selebriti yang kini sedang diuji hingga memutuskan untuk tidak lagi mengenakan hijab. Mila turut menitipkan doa agar hati rakan-rakanya dijentik Allah untuk kembali istiqomah.
“Moga Allah tidak membolakbalikkan hatinya, memberikan hidayah dan bimbingnya ke arah kebaikkan. Kita semua ini tidak sempurna dan banyak dosa.
“Cuma tanggungjawab kita untuk menegur, kita sudah laksanakan. Tinggal doakan yang baik-baik je InsyaAllah,” kongsinya lagi.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari Media Hiburan
Ketahuilah betapa besarnya fadhilat dan kelebihan membaca Surah Al-Ikhlas ini. Namun begitu, kita tidak seharusnya hanya memikirkan ganjaran tersebut kerana ia merupakan kehendak Allah SWT bagi sesiapa sahaja yang dikehendakiNya.
Membaca Surah Al-Ikhlas iaitu merupakan kecintaan kita kepada Al Quran dan sunnah Rasulullah SAW. Marilah kita mempraktik dan memperbanyakkan membaca surah ini secara terusan.
Sabda Rasulullah s.a.w:
“Sesiapa membaca surah Al-Ikhlas sekali, dikurniakan kepadanya pahala seperti pahala orang yang membaca 1/3 Al-Quran.”
Sabda Rasulullah s.a.w:
“Sesiapa membaca surah Al-Ikhlas sebanyak 3 kali nescaya mendapat pahala seperti pahala orang yang membaca Al-Quran sekali khatam.”
Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali khatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.
Rasululllah SAW bersabda:
“Sesiapa yang membaca 10 kali surah Al-Ikhlas siang dan malam; Maka Allah memberinya sebuah istana dalam syurga.” (HR: Imam Ahmad & Imam Adarimi.)Diriwayatkan pula dari Ali bin Abi Talib, katanya, Rasululllah SAW bersabda:
“Sesiapa yang membaca surah al-Ikhlas 10 kali selepas solat Subuh, maka ia tidak akan tergelincir sekalipun syaitan memperdayanya dengan sungguh-sungguh.”
Bacalah Surah Al-Ikhlas selepas selesai solat fardhu sebagai amalan harian. InsyaAllah berkat surah Al-Ikhlas yang kita baca itu, kita akan mendapatkan kebaikan di dunia dan akhirat.Apabila kita membaca Surah Al-Ikhlas 3 X selepas setiap solat fardu, kita mengubati diri kita sendiri.
Daripada Abu Hurairah; Rasululllah SAW bersabda:
“Surah Al Ikhlas adalah penawar segala penyakit (Rohani / Jasmani).” (HR: Ibnu Majah r.a.)Sabda
Rasulullah s.a.w:
“Sesiapa membaca surah Al-Ikhlas sebanyak 11 kali, nescaya Allah akan sediakan baginya satu mahligai indah dalam syurga.”Sabda Rasulullah s.a.w:“Sesiapa membaca surah Al-Ikhlas pada perkuburan sebanyak 11 kali, kemudian dihadiahkan pahalanya kepada ahli kubur, nescaya diberikan kepada si pembacanya pahala sebanyak bilangan ahli kubur di situ.”
Rasululllah SAW bersabda:
“Sesiapa yang membaca surah Al-Ikhlas sebelas kali setiap selesai solat Subuh maka dirinya akan dijaga dari perbuatan dosa selama sehari tersebut.”
Membaca surah Al-Ikhlas dan ‘Al- Mu’awwidzatain’ sebanyak 3 kali pada waktu Subuh dan Asar, InsyaAllah maka kita akan selamat dari merbahaya sehingga tiba Subuh dan Asar berikutnya. Sesiapa membaca di dalam solat sunat dhuha, surah kursi10 kali pada rakaat pertama dan surah Al-ikhlas 10 kalipada rakaat kedua, mendapat keredaan Allah SWT dan insyallah ada rezekinya pada hari itu.Bacalah Al-Ikhlas 11 kali dan ditiupkan pada tengkuk orang yang degil untuk lembutkan hati mereka.
Sabda Rasulullah s.a.w:
“Sesiapa membaca surah Al-Ikhlas sebanyak 51 kali setiap hari, nescaya dibangunkan dari kuburnya terus ke syurga.”Sabda Rasulullah s.a.w:“Sesiapa membaca surah Al-Ikhlas sebanyak 1000 kali dan dia tidak menzalimi manusia, tidak mencuri, tidak berzina dan tidak minum minuman yang memabukkan, nescaya Allah ampunkan kesalahan yang dilakukan olehnya dalam tempoh 50 tahun.”
Sabda Rasulullah s.a.w:
“Sesiapa membaca surah Al-Ikhlas sebanyak 200 kali setiap hari serta ia tidak mempunyai hutang dengan manusia, nescaya dituliskan baginya 1500 kebajikan dan dihapuskan dosanya yang telah dilakukan dalam masa 50 tahun.”
Sesiapa membaca surah ini sebanyak 21 kali sebelum tidur, kemudian mengiring ke sebelah kanan, nescaya diseru pada hari Kiamat:
“Wahai hamba Ku, pergilah engkau ke pihak kanan dan masuklah ke dalam syurga.”
Sabda Rasulullah s.a.w:
“Sesiapa yang membaca surah Al-Ikhlas sebanyak 100,000 kali, nescaya dikurniakan baginya pahala seperti orang yang telah menebus dirinya dari neraka.”Sabda Rasulullah s.a.w:Sesiapa membaca surah Al-Ikhlas sebanyak 1000 kali, nescaya dikurniakan kepadanya kesukaan dan ditempatkan di dalam syurga.”
Membaca Al-Ikhlas 1000 kali, bermakna ia telah pun membeli dirinya kepada Allah Ta’ala. “Sesiapa yang mampu membaca Al-Ikhlas seribu kali bererti ia telah menebus dirinya dari neraka.” Bacalah Surah Al-Ikhlas 1,000 kali selepas solat Subuh dan Maghrib, berdoalah minta apa yang dihajati, Allah akan mengabulkan semua yang dimaksudkan.
Sabda Rasulullah s.a.w:
“Orang-orang yang membaca surah Al-Ikhlas sebanyak 1000 kali lebih dikasihi oleh Allah SWT daripada orang yang membelanjakan 200 ekor kudanya untuk perang sabilillah.”
Bacalah surah ini sebelum kita memulakan apa-apa saja pekerjaan kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada di dalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.Dari Ubay Ibn Ka’ab – Rasulullah SAW bersabda : “Sesiapa membaca Surah Al-Ikhlas satu kali, maka Allah SWT menganugerahkan kepadanya pahala seorang yang beriman kepada Allah SWT, MalaikatNya, Kitab-KitabNya dan Rasul-RasulNya, dan Dia menganugerahkan kepadanya dari pahala seperti pahala syuhada.
“Sesiapa membaca surah Al-Ikhlas sebanyak 3 kali ketika masuk ke dalam rumahnya, terpelihara dari kepapaan dan dikasihi oleh jiran-jirannya.Diriwayatkan daripada Saidina Saad As-Saidi r.a. bahawa beliau mengadu kepada Baginda Rasulullah s.a.w tentang kefakiran dan kesempitan hidup yang dialaminya.
Sabda Baginda s.a.w:
“Apabila engkau hendak masuk ke rumahmu, bagilah salam kepada orang yang ada di dalam rumah, sekiranya tiada sesiapa, berilah salam kepadaku dan bacalah surah Al-Ikhlas sekali.”
Setelah itu, diamalkan oleh beliau. Tidak lama kemudian melimpah ruah rezekinya sehingga jiran-jiran disekitar rumahnya. Sebelum anda masuk rumah, bacalah surah Al-Ikhlas sebanyak 3 kali.
Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca ‘Bismillah’. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut.
Nota: Berkenaan memberi salam kepada malaikat. Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.Sabda Rasulullah s.a.w: “Sesiapa yang tidak membaca ‘Bismillah’ pada permulaan makannya (kerana terlupa), bacalah surah Al-Ikhlas ketika selesai dari makan.”
Bacalah Surah Al-Ikhlas 1,000 kali selepas solat fardhu, kemudian bacalah doa berikut :(untuk menundukkan Orang Zalim) “Sesungguhnya daku menguasakan roh surah ini, panas dan sejuk, kepada roh…. (sebutlah nama orang berkenaan) yang zalim itu.
“Supaya ditunaikan segala hajat, melunaskan segala hutang piutang dan bala, mendapat rezeki yang banyak, mendapatkan zuriat dan sebagainya. Tunaikan solat hajat sebanyak empat rakaat dan satu salam di tempat yang sunyi dari manusia.
Pada rakaat pertama : Bacalah surah Al-Fatihah sekali dan surah ini 10 kali
Pada rakaat kedua : Bacalah surah Al-Fatihah sekali dan surah ini 20 kali
Pada rakaat ketiga : Bacalah surah Al-Fatihah sekali dan surah ini 30 kali
Pada rakaat keempat : Bacalah surah Al-Fatihah sekali dan surah ini 40 kali
Setelah memberi salam, bacalah surah Al-Ikhlas sebanyak 50 kali, selawat ke atas Nabi 50 kali, Istighfar 50 kali dan baca ‘Laa hawlaa walaa quwwatailla billahhil ‘aliyyil ‘azim’ sebanyak 50 kali. Kemudian dipohon apa-apa hajat, InsyaAllah berhasil.
Untuk mengubati penyakit, tulis surah ini pada bekas kayu sebanyak 7 kali. Kemudian dipadamkan dengan air dan diberi minum kepada orang yang sakit. InsyaAllah segera sembuh. Diriwayatkan bahawa sesiapa membaca surah ini ketika sakit yang membawa kematian, nescaya dapat kelepasan dari fitnah dan himpitan kubur.
Apabila hari Kiamat, ia akan diangkatkan oleh malaikat dengan sayapnya hingga selamat melalui shirat (titian shirat Al-Mustaqim) dan masuk ke dalam syurga.
Sabda Rasulullah SAW:
“Sesiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga.”
Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby).Rasulullah SAW, sebelum beradu (tidur), Baginda membaca surah Al-Ikhlas, surah Al-Falaq dan surah An-Naas pada dua belah tangannya lalu disapukan ke muka dan seluruh tubuhnya. Dilakukan sebanyak 3 kali oleh Baginda SAW.
Jika dibaca 3 surah ini (surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Naas) pagi dan petang, nescaya tidak mengalami apa-apa kesusahan. Bacalah Surah Al-Ikhlas 3 X sebelum terbit matahari dan 3 X selepas terbenam matahari. Allah selamatkan dari segala kejahatan.
Sesiapa membaca surah Fatihah, Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Naas setiap satu 7 kali selepas solat Jumaat, nescaya terpelihara dari perkara keji dan segala balas hinggalah ke Jumaat yang berikutnya. Kata Syeikh Abu Hassan As-Syazuli: “Apabila engkau hendakkan keikhlasan, maka bantulah dirimu dengan membaca surah Al-ikhlas.” Daripada Ibnu Abbas r.a.,
Rasulullah SAW telah bersabda:
“Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang Sahara itu seluas dari timur hingga ke barat (masyrik ke maghrib). Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas.
Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka:
Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.” Para sahabat kagum tercengang mendengarnya. Lantas Rasulullah SAW bertanya :”Herankah kamu, sahabat-sahabatku ? Mereka menjawab : ” Ya benar, kami heran.”
Beliau melanjutkan :”Demi Allah yang diriku ditangan-Nya,“Qul Huwallahu Ahad” tertulis disayap Jibril A.S.
“Allahush Shomad” tertulis disayap Mikail A.S . “Lam Yalid Walam Yulad” tertulis disayap Izrail A.S .
“Walam Yakun Lahu kufuan Ahad” tertulis disayap Israfil A.S.
Maka barang siapa diantara ummatku membaca “Qul Huwallahu Ahad” niscaya dikurniai Allah ia pahala orang yang membaca Taurat, Injil, Zabur dan Al-Quran.” Kemudian beliau bertanya lagi:”Hairankah kamu, mendengarnya? . Mereka menjawab:”Ya, benar kami hairan.”
Lantas beliau bersabda :”Demi Allah yang diriku ditangan-Nya,
“Qul Huwallahu Ahad” tertulis di kening Abu Bakar Shiddiq.
“Allahush Shomad” tertulis dikening Umar Al-Faruq.
“Lam Yalid Walam Yulad” tertulis dikening Usman Zin-Nurain.
Dan “Walam Yakun Lahu Kufuan Ahad” tertulis dikening Ali As-Sakhiy.
Maka barangsiapa membaca Surat Al-Ikhlas niscaya dikurniai Allah ia pahala Abu Bakar, Umar, Usman dan Ali. Diriwayatkan oleh Iman Bukhari, sabda Nabi Muhammad s.a.w:
“Sesiapa membaca ‘Qul Huwa’llahu Ahad’ 100,000 kali, maka sesungguhnya ia telah menebus dirinya dari Allah, maka menyeru yang menyeru dari pihak Allah di langit dan di bumi. Ku saksikan bahawa sifulan itu telah menjadi pemerdekaan Allah SWT sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari sisi Allah SWT , Sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari neraka’. Inilah yang dinamakan membaca Qulhua’llah ahad satu khatam iaitu 100,000 kali dengan diwiridkan seberapa ribu kesanggupan kita sehari.”Sebuah kisah yang terjadi di zaman lampau bahawa seorang lelaki meninggal dunia.
Alangkah sedihnya perasaan kedua ibu bapanya. Maka pada malam setelah anak itu dikebumikan, ayahnya bermimpi melihat anaknya diseksa di dalam neraka Jahannam. Malam ke 2 si ayah bermimpi melihat anaknya sedang bersukaria di dalam syurga. Lalu si ayah bertanya dalam mimpi itu kepada anaknya:
“Semalam aku melihat engkau di dalam neraka, mengapa malam ini engkau berada di dalam syurga pula?” Jawab si anak: “Hari ini ada orang yang lalu dekat kuburku dan ia hadiahkan surah Al-Ikhlas 3x dan pahalanya dihadiahkan kepadaku. Itulah sebabnya ayah lihat saya berada di dalam syurga sekarang.”
Sabda Rasulullah Saw yang maksudnya : “Hai Aisyah, engkau jangan tidur dulu sebelum engkau kerjakan empat perkara :
Selesai Solat, Aisyah pun berkata : “Rasulullah, tebusanmu ibu dan ayahku, Rasulullah suruh saya mengerjakan empat perkara yang saya tidak sanggup melakukannya pada waktu ini.” Baginda tersenyum, seraya bersabda :
“Apabila engkau membaca Qul Huwallahu Ahad (tiga kali), maka seolah-olah engkau telah mengkhatamkan Al-Quran. Jika engkau membaca shalawat kepadaku dan kepada semua Nabi sebelumku, maka kami nanti akan mensyafaatkanmu pada hari kiamat. Dan apabila engkau meminta ampunkan orang-orang mukmin, maka tentu semua mereka nanti akan rela kepadamu. Dan apabila engkau membaca “Subhanallah, Walhamdulillah, Walailahaillallah, Wallahu Akbar, maka sesungguhnya engkau bererti telah mengerjakan Haji dan Umrah.”
Pada suatu hari Rasulullah Saw sedang duduk dalam mesjid Madinah. Tiba-tiba datang rombongan mengusung jenazah untuk di shalatkan. Para sahabat mempersilahkan Nabi untuk menyembahyangkannya.
Beliau bertanya : “Apakah mayat ini meninggalkan hutang? Mereka menjawab : “Ya, benar, dia meninggalkan hutang sebanyak 4 dirham.” Lantas beliau bersabda : “Saya tidak mau menyembahyangkan mayat yang meninggalkan hutang. Solatkan kamulah dia. “Pada saat itu Jibril pun datang seraya berkata :
“Hai Muhammad, Allah berkirim salam kepadamu. Dia berfirman : “Aku sudah mengutus Jibril menyamar seperti mayat itu dan sudah melunaskan hutangnya. Tegaklah, solatkan dia kerana dia sudah diampuni Allah dan barang siapa yang ikut menyembahyangkannya, nescaya diampuni Allah pula dosanya.” Nabi Muhammad Saw pun bertanya:
“Hai Jibril, dari mana dia memperoleh kehormatan ini?” Jibril menjawab: “Dia mendapat kehormatan itu, kerana setiap hari membaca seratus kali Qul Huwallahu Ahad.” Didalamnya terdapat keterangan tentang sifat-sifat Allah dan pujian terhadap-Nya” Hadis itu menunjukkan barang siapa membaca “Qul Huwallahu Ahad” seratus kali dalam sehari, maka Allah akan melunaskan hutangnya sebelum mati.
Menurut Hadis Anas bin Malik, Rasulullah Saw bersabda yang maksudnya ” Barang siapa membaca Qul Huwallahu Ahad sepuluh kali dibina Allah untuknya satu istana didalam syurga. Barangsiapa membacanya 20 kali, dibina Allah untuknya dua istana dalam syurga. Barangsiapa membacanya 30 kali maka dibina Allah untuknya tiga istana dalam syurga. Umar bin Khattab berkata: ” Ya, Rasulullah, kalau begitu akan banyaklah istana kami dalam syurga” Maka Rasulullah SAW bersabda :
“Allah lebih lapang (luas) dari pada itu.” Maksudnya, bagi Allah berapapun jumlah istana itu soal mudah. Hadis Anas bin Mali menyatakan bahwa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : “Barangsiapa membaca Qul Huwallahu Ahad sekali, dia diberkati.
Barangsiapa membacanya dua kali dia dan keluarganya diberkati.Barangsiapa membacanya tiga kali, dia, keluarga dan jiran tetangganya diberkati. Barangsiapa membacanya 12 kali, dibina Allah untuknya 12 istana didalam syurga. Jika dibacanya 100 kali, maka dihapuskan Allah dosanya (dosa kecil) selama 50 tahun, kecuali pertumpahan darah dan harta benda. Jika dibacanya 200 kali, dihapuskan dosanya 100 tahun.
Jika dibacanya 1000 kali, niscaya sebelum mati telah dilihat atau diperlihatkan kepadanya tempatnya dalam syurga.”Menurut Hadis Al-Baihaqi, dari Umamah Al-Bahili, bahawa Jibril telah mendatangi Nabi SAW bersama dengan 70.000 Malaikat di Tabuk Jibril berkata :
“Rasulullah, saksikan jenazah Muawiyah dari Tabuk bersama Jibril dan sejumlah Malaikat lain. Kemudian Rasulullah SAW bersabda :
“Jibril, apa sebabnya Mu’awiyah beroleh martabat seperti itu.? Jibril menjawab :”Dia memperoleh kehormatan itu, akibat membaca “Qul Huwallahu Ahad setiap hari, sedang berdiri, duduk, ruku’ dan berjalan.”Sekian, Wallahu’alam bisshawab.
Selamat beramal.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Surah Al-Fatihah sudah menjadi surah yang biasa kita baca, hafal dan dengari. Memang sudah dari kecil, sebagai umat Islam, kita wajib mengamalkan surah Al-Fatihah dalam kehidupan harian kita. Surah Al-Fatihah sebenarnya adalah surah yang pertama diturunkan secara lengkap dan sekali gus memberi keistimewaan dan perbezaan berbanding dengan surah-surah lain dalam Al-Quran.
Bukan itu sahaja, surah Al-Fatihah juga ialah surah pembuka Al-Quran dan juga di dalam solat. Itulah sebabnya, jika kita mengamalkan surah Al-fatihah ini dalam kehidupan seharian kita, ia akan memberi banyak ganjaran kepada kita sebagai umat Islam.
Berdasarkan sebuah hadith yang menyatakan seperti berikut:
“Ketahuilah aku ingin mengajarmu satu surah yang sangat agung dalam al-Quran sebelum aku keluar masjid. Lalu Nabi SAW pergi supaya dia boleh keluar daripada masjid.
Aku mengingatkan baginda tentang apa yang ingin disebutkan, lalu Baginda SAW bersabda, surah ini ialah al-Sab‘ al-Mathani [tujuh ayat yang penuh dengan pujian] dan merupakan surah al-Quran yang teragung yang pernah diberikan kepadaku.”
(Riwayat Al Bukhari)
Antara kelebihan surah Al-Fatihah adalah:
Menurut Laman Web Rasmi Mufti Wilayah Persekutuan, surah al=Fatihah adalah antara ayat al Quran yang digunakan sebagai penawar, syifa, ruqyah atau penyembuh.
Imam al-Nawawi berkata:
Sunat membaca kepada orang yang sakit dengan al-Fatihah berdasarkan hadith Nabi SAW:
وَمَاأَدْرَاكَأَنَّهَارُقْيَةٌ؟
Maksudnya: Tidakkah kamu ketahui bahawa surah Fatihah bersifat ruqyah.
(Riwayat al-Bukhari (5736) dan Muslim (2201))
Surah ini juga dapat dijadikan sebagai ruqyah atau penyembuh serta dapat dirujuk kepada peristiwa bagaimana seorang sahabat Rasulullah SAW bernama Abu Sa’id al-Khudri R.A yang telah menjampi seorang ketua kabilah yang terkena sengatan binatang berbisa.
Beliau membaca al-Fatihah untuk merawat dan dengan izin Allah SWT, ketua kabilah itu sembuh seperti sediakala*.
*Hadith Riwayat Muslim (5863)
2. DITURUNKAN HANYA UNTUK NABI SAW
Surah al Fatihah adalah satu surah yang diturunkan secara ekslusif untuk Nabi Muhammad SAW sahaja dan tidak pernah diturunkan surah yang seumpamanya melalui kitab Taurat, Injil dan Zabur.
Maksud: Abu Hurayrah dan Ka ‘ab RA berkata, “Rasulullah SAW bersabda, “Tidak pernah Allah SWT menurunkan dalam Taurat atau Injil seperti Umm al-Quran, iaitu surah yang mempunyai tujuh ayat yang bersifat al-Mathani dan surah ini terbahagi antara-Ku dan hambaku dua bahagian, dan bagi hamba-Ku yang separuh itu apa yang mereka pinta.
(Riwayat Al-Tirmidhi, al-Nasa’i, dan Ahmad)
Marilah kita bersama-sama mengamalkan surah Al-Fatihah dalam kehidupan harian kita danjanganlah lupakan surah ini kerana sesungguhnya ia memiliki keistimewaan tersendiri. Selamat beramal.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Sunburn hijabi boleh menyebabkan kulit merah, pedih, panas dan menggelupas akibat pendedahan kepada sinaran UV. Ketahui 8 cara berkesan untuk meredakan selaran matahari dan melindungi kulit dengan selamat.