HomeBerita“Sekali ‘pi’ (meninggal dunia) sampai empat (orang) Saya memang betul-betul sedih….”- Mohd...
“Sekali ‘pi’ (meninggal dunia) sampai empat (orang) Saya memang betul-betul sedih….”- Mohd Hazman, Anak Lelaki Tunggal Mangsa Kemalangan Empat Sekeluarga
Berita kemalangan yang melibatkan empat sekeluarga yang terkorban dalam nahas jalan raya yang membabitkan tujuh buah kenderaan di Kilometer 277.1 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan di Perak, semalam, begitu meruntun jiwa.
Kemalangan di Kilometer 277.1 Lebuhraya Utara Selatan dekat Ipoh itu membabitkan enam kereta dan sebuah treler dan empat mangsa tersebut dilaporkan tersepit sebelum berjaya dikeluarkan anggota bomba serta disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Hanya dengan sekelip mata, dua beradik, seorang lelaki dan seorang perempuan yang merupakan waris mangsa yang terkorban kehilangan kedua ibu bapa dan saudara kandung.
Jenazah pesara polis Rahim Ramli, 60, dan isterinya Siti Petimah Omar, 59, serta dua anak perempuan mereka Nor Hadirah, 28, dan Nor Hamizah, 27, tiba di Masjid Tuan Haji Abdul Latiff, Permatang Pasir kira-kira 1.30 pagi, selepas selesai menjalani proses bedah siasat di Unit Forensik, Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh, Perak.
Ratusan ahli keluarga dan rakan-rakan hadir sejak pukul 11 malam tadi bagi memberi penghormatan terakhir dan menanti urusan pengebumian empat jenazah tersebut yang dikebumikan dalam satu liang lahad di tanah perkuburan masjid itu kira-kira pukul 3 pagi.
ANAK LELAKI TUNGGAL MASIH TERKEJUT
Anak lelaki tunggal pasangan itu Muhamad Hazman Rahim, 20, berkata beliau masih terkejut dan sedih kerana bukan sahaja menjadi anak yatim piatu sekelip mata, namun turut kehilangan dua kakak kesayangan.
Ads
Katanya beliau hanya mengetahui mengenai kemalangan maut membabitkan empat ahli keluarganya itu selepas dimaklumkan oleh seorang lagi kakaknya Nor Fatini, 22.
“Sekali ‘pi’ (meninggal dunia) sampai empat (orang), bukan satu, bukan dua dan bukan tiga. Saya memang betul-betul sedihlah kerana empat ahli keluarga meninggal sekelip mata macam tu (kemalangan).
“Waktu kakak telefon cakap ayah dan mak dah meninggal, saya memang terkejut sebab semalam (Isnin) saya balik jumpa (mereka), cium tangan apa semua. Tengok-tengok hari ini (petang semalam) tak ada dah,” katanya kepada pemberita selepas selesai pengebumian.
Muhamad Hazman berkata beliau kini sedang menjalani latihan praktikal di sebuah syarikat di Perlis memang mengetahui ibu dan ayah serta dua kakaknya dalam perjalanan ke Kuala Lumpur untuk menghantar Nor Hadirah yang bekerja di sana.
Ads
“Saya dah tahu yang mereka semua akan ke Kuala Lumpur untuk menghantar kakak (Nor Hadirah) ke tempat kerjanya setelah lama bercuti dan saya pun macam biasa akan cium tangan mak ayah sebelum balik semula ke Perlis, dalam masa sama saya maklumkan akan pulang ke rumah apabila saya cuti.
TINGGAL DUA BERADIK
“Apabila jadi macam ini (kehilangan empat ahli keluarga serentak), saya sedih tak tahu nak cakap macam manalah. Tinggal saya dengan seorang lagi kakak (Nor Fatini),” katanya yang beberapa kali menahan sebak dan menangis.
Muhamad Hazman yang pada mulanya kelihatan dapat mengawal emosi, ‘tewas’ apabila jenazah ahli keluarganya dibawa masuk satu-persatu ke dalam masjid untuk diberikan penghormatan terakhir.
Ads
Manakala Nor Fatini yang sejak awal dilihat sangat sedih sering menyeka air matanya sambil ditemani saudara mereka.
Pengebumian empat beranak itu berlangsung dalam hujan renyai dan diselubungi suasana hiba apabila ramai saudara, kenalan serta penduduk setempat turut menghadiri upacara berkenaan.
Jenazah empat sekeluarga yang maut dalam kemalangan itu telah selamat dikebumikan di Permatang Pasir, Permatang Pauh awal pagi ini.
Sebelum ini penyertaan gadis ini dalam pertandingan ratu cantik mengejutkan ramai. Maklumlah dirinya yang berhijab tetapi cukup berani menyertai pertandingan sedemikian. Siapa sangka dengan keazaman yang tinggi membolehkan Nurul Zuriantie Shamsul , 21 tahun, mengharumkan nama negara apabila menduduki tempat kelima dalam pertandingan Ratu Cantik Miss Universe New Zealand 2018. Tampil cukup anggun dengan dress labuh rona emas perincian batuan manik yang diserikan dengan hijab juga rona sedondon.
Malah solekan mantap juga menyerikan lagi penampilan gadis manis ini yang telah berpindah ke New Zealand bersama keluarga ketika berusia lima tahun.
Nurul yang merupakan anak kelahiran Ampang Selangor memberitahu saat paling indah dalam pertandingan berkenaan adalah apabila melihat kedua-dua ibu bapanya yang penuh rasa bangga melihat dirinya diumumkan sebagai lima finalis teratas.
Mengakui tidak kecewa dengan keputusan itu sebaliknya terharu dengan apabila diumumkan sebagai salah seorang daripada Top 5.
Malah pelajar tahun akhir jurusan Psikologi di Universiti of Waikato New Zealand ini turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang menyokongnya sepanjang menyertai pertandingan berkenaan.
“Alhamdulillah untuk tempat kelima ini. Saya berterima kasih kepada semua yang menyokong saya. Ia tidak berlaku tanpa kasih sayang dan sokongan anda. Ia begitu bermakna untuk saya.
“Ini hanyalah permulaan dan saya tidak sabar untuk apa yang Allah telah rancang untuk saya. Hari ini juga hari ulang tahun ke-21 saya dan saya akan meneruskan fasa kehidupan seterusnya,” katanya dalam satu catatan di laman Instagramnya.
Dia juga berkata sentiasa bersikap tenang, tidak gugup dan berpusa hati sepanjang acara akhir itu berlangsung.
Sebelum ini dia berjaya menjadi antara 20 finalis yang mara ke peringkat akhir pertandingan berkenaan. Disiarkan secara langsung Sabtu malam waktu Malaysia melalui laman sosial facebook Miss Universe New Zealand.
Nurul juga mencatat sejarah apabila menjadi satu-satunya peserta Asia beragama Islam dan bertudung yang berjaya mara ke pentas akhir pertandingan ratu cantik itu di New Zealand.
Sementara itu, peserta berusia 27 tahun, Estelle Curd dimahkotakan sebagai pemenang Miss Universe New Zealand 2018, sekali gus mewakili negara itu bagi pertandingan Miss Universe ke-67 yang bakal berlangsung di Bangkok, akhir tahun ini.
Tinggal beberapa hari sahaja lagi Ramadan akan pergi tinggalkan kita dan Syawal pula bakal menjelma. Hijabi kini pasti sedang sibuk dan kalut dengan persiapan Hari Raya. Tidak dapat dinafikan, sesetengah hijabi lebih suka membeli-belah di saat-saat akhir kerana tidak sempat membeli-belah dan sibuk dengan kerja.
Kebiasaanya, membeli-belah di saat akhir juga lebih untung kerana anda tentu akan dapat lebih banyak diskaun. Betul tak? Okay, kalau anda berada di sekitar Damansara dan masih mencari-cari baju raya yang cantik-cantik, Hijabista cadangkan 6 butik yang boleh anda pergi. Paling penting, baju-baju yang dijual memang stailo.
Poplook sentiasa hadir dengan rekaan yang unik dan stailo. Dalam masa yang sama, ia tetap mengekalkan ciri-ciri muslimah yang mahu tampak sopan dan manis. Terletak di The Curve, Mutiara Damansara, anda harus kunjungi butik ini dengan segera kalau tak nak baju yang anda suka kehabisan saiz.
Terletak di Kota Damansara, Neng Geulis merupakan antara butik yang turut menjual tudung serta busana raya. Tahun ini, Neng Geulis hadir dengan pelbagai pilihan warna bermula daripada warna nude sehinggalah ke warna yang terang.
HIJUP merupakan jenama terkemuka di Indonesia yang turut popular di Malaysia. Mengetengahkan konsep fesyen berbentuk Islamik, HIJUP menjual pelbagai jenis produk rekaan pereka fesyen muslimah Indonesia. Jika sebelum ini anda perlu membeli melalui online, kini anda boleh pergi sahaja ke butik fizikal pertama mereka di Malaysia yang terletak di The Curve, Mutiara Damansara. Tentu Syawal ini anda tampak lebih anggun, sopan dan menawan.
Jika anda merupakan penggemar baju bercorak flora dan abstrak, busana dari butik NAJJAH merupakan pilihan yang tepat untuk anda! Rekaan yang minimalis ini tentu buat hijabi tampak lebih ayu dan manis.
Kini anda tidak perlu ke Shah Alam lagi kerana butik Haqqi sudah dibuka di TTDI. Jika anda rasakan Haqqi hanya menjual keperluan haji & umrah, ternyata anda silap! Haqqi turut menjual busana dan hijab daripada jenama-jenama terkemuka seperti Ameera Zaini dan EL by ELFIRA LOY.
Nak bergaya macam Neelofa di pagi raya? Jangan lupa singgah ke butik Naelofar Hijab yang terletak di TTDI. Pelbagai koleksi tudung terkini yang boleh anda dapati di sana.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Penyelidik China menunjukkan bahawa makan kentang goreng dikaitkan dengan peningkatan risiko kebimbangan sebanyak 12 peratus dan peningkatan risiko kemurungan sebanyak 7 peratus.
Kajian ini juga menunjukkan bahawa lelaki muda paling banyak dipengaruhi oleh pengambilan kentang goreng.
Menurut Prosiding Akademi Sains Kebangsaan, menunjukkan bahawa puncanya adalah akrilamida, sebatian yang dihasilkan apabila makanan berasaskan kentang digoreng.
Kajian mencadangkan bahawa penggunaan akrilamida yang berpanjangan pada orang dewasa boleh menyebabkan mereka menunjukkan tingkah laku yang menyerupai kemurungan dan kebimbangan.
Keputusan menunjukkan bahawa seseorang yang makan kentang goreng mempunyai 12 peratus peningkatan risiko kemurungan berbanding mereka yang makan daging putih goreng.
Kentang goreng juga dikatakan menyebabkan obesiti, diabetes dan penyakit jantung. Ini kerana kentang goreng tinggi kalori dan lemak tepu.
Satu hidangan kentang goreng mengandungi kira-kira 63 gram karbohidrat. Walaupun karbohidrat adalah salah satu nutrien penting yang diperlukan oleh tubuh, makan terlalu banyak daripadanya tidak baik untuk kesihatan anda.
Bukan sahaja tinggi karbohidrat, kentang goreng juga mengandungi garam dan lemak tambahan yang berasal dari minyak yang digunakan untuk menggorengnya.Oleh sebab itu, makan terlalu banyak kerepek ubi boleh menyebabkan obesiti, diabetes jenis 2, penyakit jantung, dan kanser.
Kandungan lemak yang tinggi dalam kentang goreng juga boleh menyebabkan penambahan berat badan. Satu hidangan kentang goreng mengandungi kira-kira 24 gram lemak, agak banyak berbanding had lemak harian 65 gram.
Kajian yang dijalankan oleh Pusat Kecemerlangan Diabetes dan Obesiti di Universiti Washington di Seattle juga menunjukkan bahawa pengambilan lemak yang berlebihan boleh merosakkan sel-sel saraf di dalam otak yang mengawal berat badan.
Selain itu, paras garam yang tinggi juga boleh menyebabkan pengekalan air, yang membawa kepada peningkatan jumlah pada skala.
Kuncinya disini Hijabi adalah mengonsumsi sewajarnya sahaja.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
SimplySiti jenama kecantikan terkemuka Malaysia yang diasaskan oleh Dato’ Sri Siti Nurhaliza, dengan bangganya melancarkan rangkaian produk baharu serta memperkenalkan kempen amal SimplySiti Sejuta...