
Isi Kandungan
ToggleCuaca panas begini kalau dapat makan pencuci mulut yang dingin lagi sejuk memang menyegarkan. Kalau anda teringin menikmati pencuci mulut atau snek yang lazat tapi malas membuatnya, bolehlah mencuba resepi ini. Hanya dua bahan sahaja diperlukan. Senang sangat!
Bahan-bahan:
-Pisang ( Boleh juga digantikan dengan buah-buahan pilihan anda)
-Yogurt mengikut perisa yang digemari
Cara-caranya:
1. Potong pisang kecil-kecil
2. Salutkan yogurt di bahagian luarnya
3. Kemudian bekukan di dalam freezer
4. Bila sudah beku, nikmatilah snek ini yang sungguh lazat bak ais krim!
Mudah bukan? Kalau anda keliru, bolehlah tonton tutorial membuatnya di sini.
https://www.instagram.com/p/CAF64nyAWUO/
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Nuha Bahrin Akui Terkesan Video Nyanyian Lama Kembali Tular, -“Awak Sebenarnya Sudah Mengguriskan Hati Ibu Saya”

Penyanyi yang baru meningkat naik iaitu Nuha Bahrin yang terkenal dengan lagunya Casablanca tidak dapat menahan sebak apabila mengetahui video nyanyiannya dalam sebuah pertandingan realiti sebelum ini kembali tular.
Umum mengetahui bahawa lagu duet penyanyi ini, Nuha Bahrin bersama Naufal Azrin berjudul Casablanca telah mendapat sambutan baik daripada netizen. Namun, disebalik kejayaan lagu duet tersebut, timbul pula satu isu yang tidak menarik baru-baru ini selepas video nyanyian lamanya ketika menyertai pertandingan nyanyian iaitu Vokal Mania, kira-kira dua tahun yang lalu dijadikan bahan jenaka netizen.
Terdahulu, pada Oktober 2020 Nuha dikritik dan dilabel sebagai ‘perosak lagu’ kerana menyanyikan lagu Kekasih Awal dan Akhir milik Datuk Jamal Abdillah dengan cara tersendiri.
Jelasnya, dia tidak mahu peduli dengan kata-kata sindiran tersebut dan langsung tak terasa hati malahan dia sentiasa berdoa diberi kekuatan untuk menempuh cabaran dalam industri hiburan.
“Saya juga cuba melihat daripada sudut positif di mana kecaman dan kritikan itu juga sebagai salah satu peringatan supaya tidak melakukan kesilapan yang sama.
“Tak mengapa, terima kasih kerana mengingatkan saya. Alhamdulilah saya rasa nyanyian saya semakin bertambah baik. Mungkin tidak ‘sesedap’ yang orang sangkakan, mungkin juga tidak mencukupi bagi sesetengah orang, tak apa sebab masih banyak lagi yang saya harus saya pelajari,” ujarnya menerusi temubual bersama Gempak.
Artikel berkaitan: Merancakkan Ekonomi Industri Perkahwinan, Hijabi Perlu Tahu Rancang Majlis Sesuai Dengan Kemampuan Diri
Keluarga turut terkesan
Namun dia juga mengakui bahawa emosinya sedikit terganggu apabila ibunya terkesan dengan komen negatif yang dilemparkan.
“Awak (individu muat naik video) sebenarnya sudah mengguriskan hati ibu saya. Apatah lagi, keluarga dan sepupu saya juga terkesan dengan perkara tersebut.
Kalau awak berniat hendak memburukkan saya, sebenarnya saya sangat risau kerana awak turut mengajak orang lain melakukan dosa dengan menjatuhkan orang lain,” katanya selepas sidang akhbar majlis pelancaran lagu Casablanca dalam versi Arab.
Ketika mengulas mengenai perkara itu, Nuha tiba-tiba mengalirkan air mata dan mengakui hal tersebut sedikit sebanyak membuatkannya beremosi kerana memberikan impak terhadap keluarganya.
“Siapa yang menularkan semula video tersebut, saya tak ada benda yang ingin dikatakan… Saya harap diberi kekuatan untuk maafkan anda.
“Bagi saya jika anda ingin memburukkan saya, saya tidak kisah. Tapi apabila ia sudah melibatkan keluarga, itu sangat melukakan hati saya.
“Siapa yang tidak terluka apabila melihat ahli keluarga terutama ibu mereka dikecam. Sepatutnya saya seorang sahaja yang rasa sakit. Tapi tanpa sedar semua itu beri impak kepada orang sekeliling. Hati saya sedih sangat melihat ibu saya menangis.
“Saya merayu padanya supaya tidak membaca semua komen negatif tersebut. Tak adil bagi mereka untuk turut terluka sebab bukan salah mereka pun.
“Kepada yang memberikan sokongan hingga ke hari ini, saya berterima kasih sangat-sangat” ujarnya lagi.
ARTIKEL BERKAITAN: Seronok Bergurau Tentang Rupa Paras Orang, Jangan Sampai Anda Pula Di Hina Dengan Begitu Teruk
Masyaallah… Buat netizen yang asyik meninggalkan komen negatif itu, boleh lah berhenti. Banyak lagi perkara berfaedah yang boleh dilakukan. Tapi apakan daya, mulut orang kita tak boleh nak tutup. Buat Nuha, teruskan berkarya dan jangan berputus asa di dalam industri ini.
Sumber: Utusan, Gempak dan Instagram Nuha Bahrin
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Neelofa Kongsi Perkembangan Bilal – “Waktu Solat, Dia Akan ‘Stay Around’ Kaki Ayah Dia”

Baru-baru ini, selebriti dan ahli perniagaan terkenal Noor Neelofa mendedahkan perkembangan terbaru anak sulung kesayangannya Muhammad Bilal yang kini berusia lebih setahun.
Menurut Neelofa yang juga bekas pengacara rancangan MeleTop, seperti kanak-kanak lain, dia memaklumkan Bilal pada usia setahun di mana pertumbuhannya sangat pesat.
Artikel Berkaitan : Suami Syukur Neelofa Diterima Menjadi ‘Co Host’ Syarikat Antabangsa, Walaupun Berniqab
Dalam temubual bersama Hijabista, Neelofa memberi perkongsian kepada semua tentang perkembangan anaknya Bilal.
“Sebenarnya di usia Bilal sekarang, terlalu cepat membesar dalam masa minggu ke minggu, dia dah pandai usik kita, dah pandai menyorok, dah boleh pandai main” ujar Neelofa.
Tambahanya lagi, berkongsi tentang perangai Bilal sebelum boleh berjalan dan belum.
“Satu perkara yang I macam sangat-sangat suka, bila saya dan Haris solat jemaah, daripada Bilal tak boleh jalan lagi, kita selalu letak dia tepi sejadah”
“Daripada tak boleh jalan, waktu solat selalu letak sebelah atau cakap taqlim semua, dan apabila dia boleh bejalan dia waktu solat dia takkan lari pergi tempat lain, dia akan stay around kaki ayah dia” katanya lagi.
Neelofa berkongsi perkara ini dan berharap orang ramai menerimanya sebagai panduan ibu bapa membesarkan anak kecil.
“Its a good thing untuk anak-anak ada dalam suasana solat jemaah itu because everytime ajak solat sekali dia akan excited solat sekali” katanya.
Artikel Berkaitan : Cecah Usia 10 Bulan, Neelofa Teruja ‘Bilal’ Dah Mula Bertatih – “Dah Boleh Jalan Dah Dia, Empat Lima Langkah, Jatuh.”
Sekadar info, Neelofa selamat melahirkan anak pertamanya pada penghujung Mac tahun lalu. Selebriti berniqab kini berkahwin dengan Haris Ismail, atau mesra disapa PU Riz, pada 27 Mac 2021.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
BELLA ATTAMIMI Selebriti Muda Yang Sangat Suka Fesyen & Melancong

Bella Attamimi seorang gadis cantik berasal dari Bandung. Berusia 27 tahun, Bella Attamimi terkenal sebagai seorang selebriti yang sangat suka melancong.
Buktinya, Instagram Bella Attamimi dipenuhi dengan koleksi gambar kunjungannya ke pelbagai tempat, baik di dalam mahupun luar negara.
Bukan itu sahaja, Bella Attamimi juga menggemari fesyen dan mengikuti perkembangannya. Tak hairanlah, dia mempunyai gaya yang cukup mempesona!
Bagi yang masih tertanya-tanya tentang gadis ini, berikut 10 fakta menarik tentang Bella Attamimi.
- Dilahirkan pada 17 Januari 1995.
- Bella Attamimi mempunyai keturunan Arab di kedua-dua belah ibu dan bapanya. Dia juga berdarah Sunda.
- Bella Attamimi turut dikenali sebagai seorang selebriti. Dia sering memuat naik kandungan fesyen melalui Instagramnya. Kini, dia mempunyai kira-kira 181 ribu pengikut.
- Selain bergelar selebriti, Bella Attamimi rupanya pernah menjadi hos televisyen. Salah satu program yang dihoskannya ialah Halal Living.
- Bella Attamimi memang suka pergi melancong. Dia juga sering memuat naik potret perjalanannya melalui Instagram peribadi.
- Bukan sekadar melancong, Bella Attamimi juga seorang peminat fesyen yang sering mengikuti perkembangan fesyen khususnya berkaitan hijab.
- Bella Attamimi juga sering kelihatan ‘cool’ di Instagramnya. Tak hairanlah dia sering dijadikan inspirasi fesyen buat hijabi.
- Selebriti jelita ini rupa-rupanya sedang giat mengisi blog peribadinya iaitu thegirlwitharabstrapss.blogspot.com. Kebanyakan penulisannya ialah mengenai fesyen dan kecantikan.
Kredit Foto: Instagrama Bella Attamimi
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI