Sememangnya rezeki seseorang itu sudah menjadi ketentuan takdir namun terpulanglah kepada kita untuk berusaha mendapatkannya dengan sebaik mungkin kerana Allah tidak akan mengubah nasib seseorang itu selagi mana dia tidak mengubah dirinya sendiri.
Biarpun berasal daripada keluarga yang susah, ia tidak sesekali menghalang Zunita Ramli untuk berjaya dalam hidup sehingga disenaraikan antara 10 wanita hebat Asia Tenggara (ASEAN).
Berkongsi kisahnya di laman sosial, pengasas Tokyo Organic HQ ini menceritakan pahit manis kehidupannya sejak dari kecil hinggalah kini menjadi seorang ikon yang disegani.
SAYA BUKAN LAHIR ATAS DULANG EMAS
“Sedar diri kau tu sikit”
Benar, saya bukan lahir atas dulang emas. Saya lahir atas lantai rumah papan yang hampir reput je. Saya membesar dengan keringat arwah abah dan mak yang mencari rezeki besarkan saya.
Arwah abah, peniaga pasar malam je. Abah jual burger & ayam goreng. Seronok, sebab dapat makan burger dan ayam free. Hehe. Memang dari kecil, saya dah diusung ke sana ke mari dalam van dan dah biasa dengan panas terik, ribut petir masa berniaga.
Dan sampai sekarang, saya tak pernah malu nak mengaku benda tu.
Ads
NOTHING COMES EASY
Perjalanan Allah aturkan untuk saya, cantik sangat. Allah kurang kan kat sini, tapi Dia lebihkan kat sana. Walaupun saya lahir dalam serba kekurangan, tapi Allah anugerahkan saya minda yang baik. Benda ni latih diri saya untuk berusaha bersungguh-sungguh untuk dapatkan sesuatu.
Nothing comes easy. I don’t have anyone that can give whatever I want. I must work hard for it.
Bila saya mula bisnes Tokyo Organic HQ, I know what I want. I want to touch billion of lives in this world with my products. I want to be a bridge between Malaysia, Japan and the world.
That’s why saya buat macam-macam kolaborasi dengan Tokyo Organic. Sebelum ni dengan syarikat Jepun, Salam Groovy Japan dan terbaru sekarang ni, koleksi raya TO x Tupperware Brands Malaysia dan TO x Nakanishi Wagyu.
Bukan mudah nak yakin kan syarikat-syarikat ni bekerjasama dengan kita, bermacam juga cabaran yang berlaku. Tapi Allah mudahkan jalan tu, Alhamdulillah.
Ads
ALLAH TELAH MENYIAPKAN SAYA SELAMA INI
Tipulah kalau saya cakap sepanjang tu tak ada yang nak jatuhkan saya, nak musnahkan impian saya, nak runtuhkan semangat saya.. but they forgot what Allah had prepared me all these whiles. I may look soft from the outside but not from the inside.
Dan bila disenaraikan sebagai salah seorang Wanita Hebat (Fantastic Women) di kalangan 10 wanita hebat ASEAN yang lain di Jepun oleh Asean-Japan Center, ia memang sesuatu yang luar biasa bagi saya. I will never believe I have come to this stage.
Jika saya beritahu diri saya yang umur 10 tahun dulu, saya takkan percaya saya sampai ke tahap ini. Yelah, orang kampung, sekolah kampung. Eh dulu pun tak reti cakap inggerishhh.
But now really… nothing can stop me.
Because I believe, the people who crazy enough to think they can change the world are the ones who do.
Ads
Memang menginspirasikan sungguh kisah beliau ini. Perkongsiannya ini banyak mengajar agar kita jangan mudah mengalah biarpun ramai yang cuba menjatuhkan. Percayalah, jika kita utuhkan hati pasti kejayaan akan menjadi milik kita suatu hari nanti.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shopee
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Diam tak diam sudah hampir 40 hari pengasas komsetik Dnars Skincare Allahyarham Hajah Faziani Robhani bertemu Maha PenciptaNya. Dan tiga hari lepas telah diadakan majlis tahlil untuk mengingati pemergian Allahyarhamah.
Dalam status dimuat naik anak perempuannya, Irdiena Hakim, 16 tahun turut memberitahu amalan yang tidak akan dilupakan oleh arwah ibunya itu.
Antaranya adalah bersedekah dan memberi makan walaupun kepada musuh. Jika melihat instagram anak perempuan Allahyarham bagaikan dalam melihat semangat juang dalam dirinya.
Malah dalam satu posting dimuat turut juga dia memberitahu bahawa kesedihan itu bukan penamat segalanya, tetapi permulaan kepada sebuah kebangkitan.
dnarfaziani kesedihan bukanlah penamat buat segalanya ,namun ia adalah sebuah permulaan bgi sebuah ‘KEBANGKITAN
Biarpun kehilangan insan paling disayangi, tetapi gadis muda ini kelihatan sudah bersedia untuk memikul tanggung jawab meneruskan legasi perniagaan keluarga yang telah dimulakan oleh ibunya ini.
Sekali imbas seperti melihat diri Allahyarhamah Faziani, malah wajah kedua-duanya juga juga hampir sama.
Seperti kebanyakan hijabi lain, dia yang baru berusia 16 tahun uga bijak bergaya dengan #OOTD yang digemarinya. Memang saling tak tumpah seperti ibunya sendiri.
Pasangan selebriti terkenal iaitu Fazura dan Fattah Amin telah merakamkan semula lagu ‘Seloka Hari Raya’ bersama-sama sebagai hadiah buat para peminat yang tidak jemu-jemu menyokong mereka.
Menariknya, klip musik video lagu tersebut turut dihasilkan dan telah dimuat naik di laman YouTube pada 16 Mei yang lalu.
Video tersebut menarik perhatian ramai kerana wajah mereka berdua termasuk ahli keluarga mereka telah dianimasikan.
Ramai peminat yang terhibur melihat video tersebut terutama apabila melihat ‘baby bump’ dalam video tersebut.
Walaupun tidak dapat terlibat dalam penggambaran video tersebut disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), namun hasilnya tetap memuaskan hati!
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza sekali lagi melakar sejarah tersendiri apabila berjaya meninggalkan momen terindah dalam Konsert Fenomena: Siti Nurhaliza Live In Singapore 2024 baru-baru ini.
Konsert anjuran SAH Entertainment yang berlangsung selama dua hari di Dewan The Star Theatre Singapore itu berjaya memgumpulkan kira-kira 10,000 penonton.
Selain kehebatan vokal dan persembahan yang ditonjolkan, ramai yang memuji penampilan penyanyi kelahiran Pahang ini yang disifatkan sangat anggun dan gorgeus!
“Ada dua persalinan yang mendapat sentuhan saya. Satu busana moden yang dianggap sudah jadi macam ‘makanan’ kita. Cuma agak mencabar nak siapkan baju tradisional sebab kalau silap langkah, ia boleh jadi macam baju songket pengantin!
“Saya cuba yang terbaik kerana nak nampak ia ada elemen glamor di samping masih mengekalkan aura kemelayuannya. Memang menguji sebab sepanjang proses menyiapkan busana itu, saya di tanah suci bagi menunaikan Haji.
“Jadi tak dapat nak pegang depan mata. Kami hanya berkomuniksasi menerusi panggilan video saja, namun syukur kerana dipermudahkan.
“Untuk persalinan itu, saya fokus kepada perincian di mana ia disulami dengan puluhan ribu manik-manik halus selain ada tassel, kerawang serta dawai di bahagian bahu bagi memberikan ilusi ‘3D’ pada rekaan,” kata pereka fesyen berusia 42 tahun ini.
KAGUM CARA KERJA
Kagum dengan cara kerja yang ditunjukkan Datuk Seri Nurhaliza sepanjang dua hari berada di belakang pentas, Ezuwan Ismail turut memuji pengurusan masa figura bersuara merdu itu.
“Bersyukur kerana kami serasi dan mudah bekerjasama. Dia peramah, selalu senyum dan profesional, termasuk pihak pengurusannya juga. Meski pun dia tersohor, namun sikap rendah diri itulah yang sebenarnya memudahkan proses kerja.
“Saya percaya, pengalamannya yang kini hampir tiga dekad di dalam industri membuatkan dia cukup matang, selain menghormati peranan setiap orang yang berada di sekeliling.
“Sewaktu saya sampai di belakang pentas, dia sudah pun siap bersolek dan bertelekung sebab nak menunggu waktu solat. Kemudian barulah dia akan pakai busana sambil dibantu pembantu wanita sebelum membuat persembahan,” katanya.
HASIL REKAAN DIPUJI DATUK K
Ezuwan Ismail juga terharu apabila suami Datuk Seri Siti Nurhalizaa iaitu Datuk Khalid Mohamad Jiwa atau Datuk K turut menghargai persalinan yang direka buat isteri tercinta.
“Alhamdulillah Datuk K suka dengan baju yang saya buat. Dia sempat beri isyarat ‘thumbs up’ sambil kata cantik. Iyalah, bukan senang nak dapat pujian sedemikian daripada Datuk K.
“Rasa berbaloi bila terima dedikasi tersebut mengenangkan kita sendiri bertungkus-lumus mahu beri yang terbaik demi konsert skala besar di negara orang,” akhiri Ezuwan Ismail.
Meraih keputusan cemerlang dan menerima anugerah terbaik akademik di universiti pastinya menjadi momen paling bermakna bagi mereka yang telah berusaha dengan bersungguh-sungguh.
Segalanya akan rasa...