Sejak berhijrah, selebriti terkenal iaitu Mizz Nina atau nama sebenarnya Shazrina Azman tidak lagi aktif dalam industri hiburan tetapi memilih untuk lebih mendekatkan diri dalam hal kemanusiaan dan juga kerohanian.
Tidak lagi menoleh ke belakang, perubahan hidupnya sentiasa menjadi contoh buat muslimah yang ingin berubah di jalan Allah dan kekal istiqomah. Berkongsi kisahnya mengenai hijab, Mizz Nina ternyata ada kisahnya yang tersendiri yang ingin dikongsi bersama semua.
Tahun ini sudah tahun keenam saya mengenakan hijab.
2019 merupakan tahun keenam sejak saya mula mengenakan hijab. Alhamdulillah… pantasnya masa berlalu! Saya ingin menzahirkan rasa cinta saya dan sokongan kepada semua saudara muslim di seluruh dunia yang berjuang setiap hari bagi mengikut perintah Tuhan, yang berbangga dengan diri mereka dan identiti sebagai seorang muslim sama seperti saya.
Ads
Hijab itu pilihan saya, cara saya mengekspreskan cinta dan serahkan diri pada Allah. Ia adalah pakaian yang melindungi saya dan orang yang saya kasih daripada sebarang perkara yang tidak baik, sebaik saya melangkah dengan yakin dengan hati yang ikhlas hanya untuk Tuhan saya.
Ramai rakan artis dan juga pengikut laman sosialnya yang tersentuh dengan apa yang dimuat naik oleh Mizz Nina dan berharap mereka dapat sama-sama kekal istiqomah di jalan Allah.
Sempena Ramadhan ini, Mizz Nina juga turut mengajak seluruh muslimah untuk turut serta dalam cabaran berhijab selama 30 hari. Usahanya itu ternyata disambut baik oleh semua termasuklah pelakon dan penyanyi terkenal, Fazura.
Untuk sister yang baru ingin mulakan langkah berhijab, apa kata sama-sama sertai cabaran ini? Takpe sis, kita boleh mulakan perlahan-lahan dahulu. InsyaAllah, niat kita itu nanti akan dipermudahkan dan terus istiqomah di jalan Allah.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
“Saya mahu menjadi muslimah yang baik. Insya-Allah.”
Sekian lama menyimpan keinginan berhijrah akhirnya pelakon kelahiran Singapura, Hannah Delisha, 24, tekad berhijab, sejak empat hari lalu.
Pelakon jelita kelahiran Singapura, Hannah Delisha mengumumkan dirinya sudah berhijab sejak lima hari lalu setelah sekian lama menyimpan hasrat itu.
Hannah atau nama sebenarnya, Hannah Adlina Blackburne Birch telah memberikan persoalan kepada pengikut laman sosialnya apabila memuat naik gambar bertudung dengan kapsyen bertulis Bismillah pada hari Isnin lalu.
Fotonya itu mendapat pujian ramai termasuklah rakan artis, malah lebih 200,000 tanda suka dan ribuan komen positif yang menyokong penghijrahannya itu.
Thank you all for your kind dua’a.
My dua’a, may Allah bless you with endless happiness and keep us steadfast on the path of Imaan.🤲🏻🤍
-hannah delisha-
Menurut Hannah, dia bersyukur niatnya yang tersimpan sekian lama itu akhirnya menjadi kenyataan.
“Jika ikutkan, saya sudah berniat mahu memakai hijab sejak Ramadan lalu. Bagaimanapun, disebabkan terikat dengan komitmen drama Cinta Sekali Lagi, niat berhijrah terpaksa ditangguhkan dahulu.
“Namun, saya tidak menangguhkan hasrat sebaik selepas penggambaran. Semoga saya terus istiqomah. Alhamdulillah.
“Saya mula bertudung sejak empat hari lalu. Namun, hanya berkongsi berita penghijrahan dalam laman sosial, kelmarin,” katanya kepada BH Online.
Pelakon Mencintaimu Mr.Photographer ini juga mengakui jiwanya kini lebih tenang setelah berhijab.
“Saya hanya menunaikan tanggungjawab kepada Allah SWT. Dalam hidup, kena sentiasa berubah dan memperbaiki kekurangan diri.
“Saya juga bersyukur kerana keputusan dibuat pada saat tiada hutang penggambaran yang memerlukannya tidak bertudung,” jelasnya.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Meskipun menutup aurat merupakan kewajipan, tetapi ia memerlukan tekad yang kuat untuk seseorang individu itu berubah ke arah kebaikan dan tidak lagi menoleh ke belakang. Itulah keazaman pelakon, Puteri Sarah yang juga merupakan isteri kepada Syamsul Yusof. Menurutnya, sekali sudah berhijab, dia akan terus kekal berhijab. Tiada istilah membuka hijab kembali di dalam kamus hidupnya.
2018 menandakan sudah 5 tahun Puteri Sarah mengenakan hijab dan dia akui kini semakin selesa dengan imejnya ini. Ketika hadir ke Kumpulan Media Karangkraf, Hijabista sempat bertanya tentang pengalaman hijrahnya.
Saya mula berhijab sejak tahun 1 Januari 2013. Pada awalnya agak kekok, lama-kelamaan saya semakin selesa dan saya tidak nekad untuk tidak akan menoleh ke belakang lagi.
Pada waktu itu, memang sudah lama saya berniat untuk berhijab. Cuma keadaan sekeliling tidak membantu saya untuk berubah. Namun, pada tahun 2013, saya memang betul-betul nekad untuk berubah. Kebetulan, adik saya sudah pun berhijrah dan ia menguatkan lagi hati saya untuk berhijab. Dan saya tidak tahu mengapa, pada tahun 2012, saya banyak diberi tawaran penggambaran yang memerlukan saya untuk berhijab. Mungkin itu merupakan panggilan dari Allah yang mengajak saya untuk berubah.
Pada waktu itu, saya dipanggil untuk menjadi model muslimah bagi butik Najjah. Saya agak rapat dengan pemilik butik Najjah dan jenama ini juga banyak menaja pakaian serta hijab sekiranya terdapat sebarang penggambaran yang memerlukan saya bertudung. Itulah kali pertama saya menjadi model muslimah. Selepas tamat sesi fotografi, pemilik butik Najjah menghadiahkan saya tudung dan saya memang tidak tahu bagaimana untuk memakainya. Jadi, mereka ajarkan saya cara memakainya dan saya terus pakai tudung tersebut sehingga tiba di rumah. Semasa dalam perjalanan pulang ke rumah, saya rasa sangat selesa berhijab dan tiada rasa untuk membukanya langsung. Tiba di rumah, saya bertanya pendapat ibu bapa saya jika saya mahu memakai tudung seperti ini untuk selamanya. Mereka berdua tentunya bersetuju dan melihat persetujuan mereka, saya tidak fikir panjang lalu terus membuat keputusan untuk berhijab.
Tentunya mereka sungguh gembira melihat perubahan saya terutamanya ayah saya. Ayah saya merupakan seorang tabligh dan apabila saya meminta pendapat mereka, ayah saya terus bersetuju dan berdoa agar saya kekal berhijab sampai bila-bila. Alhamdulillah, berkat doa mereka akhirnya saya berubah ke arah yang lebih baik.
Pada permulaan saya mula berhijab, saya memang tidak berapa tahu bagaimana mahu menggayakan tudung. Jadi, saya memilih untuk memakai instant shawl. Bila ada sebarang penggambaran, jurusolek yang akan pakaikan tudung untuk saya. Pada tahun 2013, saya berhenti daripada dunia lakonan dan kerja di sebuah butik selama dua tahun. Dari situ, saya mula belajar bagaimana untuk berfesyen dan menggayakan hijab.
Saya lebih banyak mengikuti hijabi-hijabi yang berasal dari Middle East. Saya sukakan gaya mereka yang tetap menutup aurat walaupun berfesyen. Tetap memakai baju serta tudung yang labuh. Sangat cantik dan sopan!
Sewaktu saya mula berhijab, tidak ramai yang berhijab kerana mereka takut tiada tawaran lakonan. Tetapi pada saya, saya tidak memikirkan itu semua. Saya hanya mahu berubah. Alhamdulillah, selepas berhijab, semakin banyak tawaran yang datang sehingga saya terpaksa menolak beberapa tawaran lakonan kerana pada waktu itu saya sudah mahu berhenti daripada industri ini. Nasihat saya, jangan berhijab hanya sekadar menutup kepala sahaja. Pakaian dan perangai pun perlu dijaga juga. Malu itu tetap perlu ada pada seorang wanita.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Memasuki bulan Febuari dianggap hari cukup istimewa. Ini kerana selain dari bulan ini hanya ada 28 atau 29 hari, Febuari juga cukup bermakna buat semua wanita yang berhijab sempena sambutan #worldhijabday di seluruh dunia. Hari di mana kita meraikan wanita Muslimah memuliakan mereka yang berhijab. Biarpun berhijab, tetapi pandangan kita tetap teguh dan berpendirian dalam memperjuangkan hak-hak wanita. Walaupun pelbagai cabaran ditempuhi, tetapi diharapkan kita wanita yang memilih untuk berhijab ini terus kekal istiqomah.
Sebagai ‘public figure’, pastinya tumpuan terarah pada mereka apabila mengambil keputusan untuk berhijrah. Ada antaranya yang tumbang di separuh jalan dan ada juga yang tetap iman di hati tanpa menanggalkan apa yang telah menutupi mahkota mereka. Malah bukan sahaja bahagian itu yang ditutup tetapi juga aurat sebagai Muslimah terjaga sepenuhnya.
Bagi selebriti Shazrina Azman atau Mizz Nina yang telah berhijrah lima tahun lalu turut mengucapkan syukur kepada Tuhan kerana masih kekal dengan hijrahnya. Walaupun masa berlalu terlalu pantas, tetap dia tetap memberikan sokongan tidak berbelah bagi kepada semua wanita yang berhijab di seluruh dunia. Tetap bangga dengan jati diri sebagai Muslimah sejati dan jadi seperti diri sendiri.
Ucapan ini diungkapkan dirinya di laman instagramnya sempena meraikan #worldhijabdayyang disambut pada 1 Febuari lalu.
Menurut isteri kesayangan Noh Hujan ini pemakaian hijab adalah pilihannya sendiri. Ini adalah sebagai salah satu cara untuk menyampaikan kasih dan cintanya tidak berbelah bagi Allah SWT.
Malah cara pemakaiannya sekarang ini adalah untuk melindungi diri dan orang yang disayangi dari sebarang ‘kesakitan’. Malah apa yang menjadi pilihanya (menutup kepala dengan kebijaksaan sebagai penghias mahkotanya) itu semua dilakukan adalah hanya untuk Allah SWT.
Posting#worldhijabday ini memberi reaksi positif daripada followernya yang setia mengikuti perkembangan diri Mizz Nina dari sebelum hijrah hingga dengan penampilan dirinya sekarang.
Ramai memuji betapa indah kata-kata diluahkan Mizz Nina. Malah ada juga menjadikan dia sebagai motivasi dan sumber inspirasi. Posting ini mendapat hampir 24K like dan rata-rata mengharapkan agar Mizz Nina kekal istiqomah dengan pilihan yang dibuatnya.
syareefa.mastura masyaAllah sis you are beautiful inside n out..may rahmat Allah Alwys be with u sistaa missnina
nazirahisa_ You are so inspired. May Allah bless you. Ameen
@nurarisamaryam Alhamdulillah. Kak @officialmizznina cantik berhijab. MashaAllah!!! Moga Allah permudahkan semua ibadah Kak Nina. Aamiin!!! Sayang kakak seperti kakak sendiri kerana Allah!
natrahashin Ur modesty and istiqamah is such an inspiration.
Transisi Mizz Nina nyata memang mengejutkan semua peminatnya. Dia yang nekad berhijab sebaik pulang dari mengerjakan haji bersama suaminya dan sehingga hari ini dia terus dengan imej yang sama.
Sewaktu awal-awal berhijab, dia juga turut melayari video di Youtube seperti Rubina, Yaz The Spaz dan beberapa personaliti lain yang kelihatan trendy walaupun dalam balutan menutup aurat.
Menurutnya dia selesa dengan imejnya kini dan akan terus istiqomah dengan penghijrahannya. Apatah lagi, mendapat sokongan suami tercinta untuk lebih mendekati Islam dan Tuhan.
World Hijab Day disambut pada 1 Febuari setiap tahun. Hari ini begitu istimewa kerana mengajak semua wanita Muslimah di dunia untuk mengenakan dan mengetahui lebih mendalam maksud berhijab. Sudah lima tahun diadakan dan ia memang mendapat sambutan cukup memberangsangkan seluruh dunia.
Pertama kali diadakan di New York, Amerika Syarikat yang bertujuan untuk memberi info kepada wanita bukan Islam mengerti tentang Islam dan hijrah. Hal ini dilakukan untuk mengurangkan rasa diskriminasi terhadap wanita berhijab dan sebagai salah satu pencegahan Islamophobia, khususnya di negara barat untuk mewujudkan keamanan seluruh dunia.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di