Kebanyakan dari kita mesti jarang mendengar mengenai ‘Hoarding Disorder‘ kan. Tetapi sedarkah kita bahawa kebanyakan daripada sebenarnya mengalami masalah ini. ‘Hoarding Disorder‘ adalah satu tabiat sayang nak buang barang hingga terkumpul dengan banyaknya. Eh, macam biasa je kan ? Jom kita baca perkongsian mengenai hoarders ini menerusi @AimanPsikologi di twitter.
Sebut sahaja nama Siti Shahrizah Saifudddin ataupun Eja, pasti terbayang pelakon yang sering membintangi drama ‘babak air mata’ dengan berjaya sehingga meninggalkan kesan di hati penonton saat melihat lakonannya.
Bagaimanapun, kini sudah hampir lapan tahun kita tidak melihat Eja menghiasi kaca televisyen, hingga timbulnya dakwaan bahawa dia merajuk dan pelbagai spekulasi lain.
Tampil menjernihkan semula spekulasi dan kekeliruan yang timbul, akres senior, Eja mendedahkan bahawa dirinya mengambil keputusan untuk mengundurkan diri dan berehat seketika daripada bidang lakonan.
Menurutnya lagi, tiada istilah merajuk, tetapi keputusan berkenaan diambil bertujuan memberikan lebih fokus kepada anak-anak, pengajian Al-Quran dan perniagaan sambal miliknya.
“Tiada istilah merajuk kerana saya sendiri buat keputusan untuk mengundurkan diri dan berehat kerana mahu memberikan fokus kepada anak saya yang memasuki tingkatan satu.
“Saya tolak tawaran berlakon kerana fokus saya ketika ini, memang kepada anak dan pengajian saya. Alhamdulillah minggu lepas saya baru sahaja grad dalam pengajian Al-Quran dan Tajwid selama enam tahun,” ujarnya lapor portal hiburan tempatan.
Jelaz Eja lagi, punca sebenar dia menyepikan diri sepanjang lapan tahun dari dunia seni adalah kerana kesibukkan menguruskan rumah tangga, pengajian Al-Quran serta perniagaan miliknya.
Mengulas isu berhubung kerinduan untuk kembali berlakon dan menghiasi kaca televisyen yang telah ditinggalkan, ini respon mengejutkan dari Eja!
“Perasaan rindu itu belum ada lagi, belum timbul. Jadi jiwa dan roh itu belum lagi untuk kembali berlakon. Namun saya tidak berani mengatakan seratus peratus berhenti berlakon.
“Cuma buat masa sekarang ini saya boleh kata, saya berehat. Insyallah di masa akan datang saya tidak tahu. Saya sentiasa berdoa Allah permudahkan urusan perniagaan saya.
“Saya hanya mampu merancang, Allah sebaik-baik perancang. Andai suatu hari memang ditakdirkan saya kembali, saya berlapang dada,” ujarnya.
Sekadar info, Eja dijangka membuat kemunculan bagi salah sebuah rancangan terbitan Suke TV berjudul ‘Suke Celeb Raya’ bagi tujuan mempromosikan perniagaan sambal miliknya.
Hobi menanam pokok-pokok hiasan sememangnya bagus. Ianya sebagai satu terapi untuk ketenangan selain bagus untuk ekosistem. Tanaman hiasan yang ditanam di dalam rumah juga bagus untuk membersikan udara di dalam rumah.
Walau bagaimanapun sebelum menanam pokok-pokok hiasan, ada baiknya anda mempunyai sedikit ilmu.
Berikut perkongsian Eddie Putera yang boleh dijadikan panduan.
Ramai yang sekarang teruja dan terjebak dengan indoor plants. Satu element yang amat best dalam rumah, menyihatkan mental dan meransang kesihatan minda.
Tapi kena ingat, pokok ialah benda hidup. Dan apabila kita sudah commit untuk membela benda hidup, ia jadi tanggungjawab untuk kita pastikan dia sihat dan tidak mati. Sama macam bela kucing atau hamster. Kita dah jadi mami dan papa pokok. Kejam kalau kita beli dan pokok mati.
SEDIKIT TIP UNTUK JAGA POKOK DI DALAM RUMAH:
1. Cahaya, cahaya dan cahaya. Cahaya jauh lebih penting dari air bagi pokok. Kalau kita abaikan air, masih boleh diselamatkan pokok. Tapi kalau cahaya tak cukup, Sama macam kita minum air tapi tak makan nasi. Make sure pokok dapat cahaya at least 6 jam satu hari. Letak tepi tingkap atau sliding door. Yang paling baik, kita tambah artificial lighting untuk bantu photosintesis. Wa kasi letak rail lights kat ceiling and spot pada setiap pokok.
2. Wa ada 2 batch pokok. Satu batch kat luar, satu kat dalam rumah. Then tukar, gilir gilir setiap 1 bulan atau 6 minggu. Kadang kadang wa biar jer kat luar seminggu dua.. baru bawa masuk balik. Macam kita juga, pokok perlukan tukar tukar angin bercuti dan makan sedap sedap.
3. Pastikan ada udara mengalir. Kipas atau angin dari luar. Sebab kalau kita jenis yang suka spray daun dengan air untuk buang habuk, air tak boleh lekat pada daun terlalu lama. Akan jadi penyakit. Dan angin yang mengalir akan menyejukkan pokok. Pokok pun macam kita, kalau panas, dia rimas.
4. JANGAN oversiram. Cucuk jari dalam compost. Kalau ada compost melekat kat jari, tak payah siram dulu. Kalau debu jer lekat maknanya air dah kurang. baru siram. Paling afdal, angkat semua masuk toilet, and bukak shower… kasi mandi.. biar air semua keluar kot bawah pasu baru angkat keluar dan anginkan. Wa bikin 7-10 hari satu kali.. TAK PAYAH siram hari hari. Jangan dengar tokey nursery klengtong.
5. Tak payah baja memahal. Cukup sebulan sekali bawak keluar, letak baja taik ayam/kambik 5 6 ketul dalam pot. Biar satu malam, besok bawak masuk.
6. Alat alat menanam dan trimmimg kena cukup. Tak payah beli memahal. MR. DIY atau kedai RM2 pun ada.
7. Kalau rasa macam banyak kerja, dan menyusahkan, beli jer pokok plastik. Jangan jadi orang yang KEJAM dan pembunuh pokok.
Tren makan hidangan salad udang yang masih hidup semakin diikuti orang ramai. Tidak kira artis tempatan, orang ramai sudah mulai tertanya-tanya adakah enak memakan udang yang masih ‘meloncat-loncat’ itu?
Namun, timbul spekulasi menyoalkan hukum memakan hidangan salad udang hidup, mengikut mazhab Imam Syafie yang dijelaskan oleh bekas Mufti Wiliyah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, ianya makruh!
Pasti perasaan ingin mencuba berkobar-kobar setelah melihat keunikan hidangan yang disediakan itu. Tetapi kita perlu juga ambil kira soal status makanan itu sebelum mencuba.
Meskipun jelas ternyata di Surah al-Maidah ayat 60 tentang bangkai hidupan laut adalah suci:
أُحِلَّ لَكُمْ صَيْدُ الْبَحْرِ
Maksudnya :“Dihalalkan bagi kamu binatang buruan laut.” (Surah al-Maidah : 96)
Tetapi ia makruh untuk memakan hidupan laut yang masih hidup kerana seperti menyeksanya tanpa keperluan. Hal ini kerana hidupan laut cepat mati, maka boleh ditunggu saat ia mati sebelum memasak.
Jika dilihat cara memakan salad udang hidup itu juga kelihatan agak kejam. Walaupun kita menyembelih haiwan sekalipun, ada caranya yang lebih baik seperti sabda Rasullah SAW:
إنَّ اللَّهَ كَتَبَ الإحْسانَ على كُلِّ شيءٍ، فَإِذا قَتَلْتُمْ فأحْسِنُوا القِتْلَةَ، وإذا ذَبَحْتُمْ فأحْسِنُوا الذَّبْحَ، وَلْيُحِدَّ أَحَدُكُمْ شَفْرَتَهُ، فَلْيُرِحْ ذَبِيحَتَهُ
Maksudnya :“Sesungguhnya Allah telah mewajibkan berbuat baik kepada setiap sesuatu. Apabila kamu semua hendak mematikan (haiwan), matikanlah dengan cara yang terbaik. Apabila hendak menyembelih, sembelihlah dengan cara yang terbaik. Hendaklah kamu menajamkan pisau dan mengistirehatkan sembelihannya.” Riwayat Muslim (1955)
Terbitkan rasa sifat kemanusiaan terhadap haiwan walaupun tujuannya adalah untuk memakan. Makruh bukan bermaksud menghalalkan cara anda untuk sertai tren ini, malah ianya lebih baik dihindarkan.
Sumber: TheRakyatPost dan Laman Rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di