Perjalanan hijrah masing-masing mempunyai cerita tersendiri. Kita sebagai manusia biasa usah menilai terlampau awal jika kita tidak tahu pengakhiran sesuatu cerita. Hijrah itu juga bermaksud berubah kepada arah yang lebih baik. Mungkin dengan cara membakar, membuang atau menanam pakaian lama dapat membantu gadis ini berubah, jadi biarkan ia.

“Saya terpaksa buka tudung masa bekerja dan pakai balik lepas kerja” kata Tasha
Sumber tiktok: Tashaempire

Hijrah hijab bukan perkara yang mudah apabila seseorang itu sudah terbiasa dengan kehidupannya yang dahulu, sebagai contoh memakai pakaian yang sangat seksi. Kekal istiqamah itu bukanlah perkara yang mudah. Pasti macam-macam cara telah dilakukan buat mereka yang ingin berubah ke arah kebaikan. Bahkan, ada yang terima ujian berat dan ada juga yang dipermudahkan perjalanannya!

Baru-baru ini tular tentang wanita yang bernama Tasha ini menerusi akaun Tiktoknya apabila dia menanam baju-baju seksi miliknya dahulu. Ia menjadi bahan bualan warganet atas sebab baju yang ditanam itu masih dalam keadaan yang elok. Ada juga yang berpendapat Tasha hanya inginkan viral. Ramai juga yang menyokong dengan apa yang dilakukan oleh Tasha kerana perkara ini hanya akan menambahkan dosa lebih-lebih lagi pakaian-pakaian tersebut seksi dan tidak menutup aurat.

“Baju seksi lebih baik saya tanam sahaja, kalau prelove nanti saya hanya tanggung dosa hampa.

“Baju-baju seksi saya banyak sudah terperam dalam almari. Ada juga yang dah dibeli tapi tak sempat pakai dan saya lupuskan sahaja,” luah Tasha

“Saya terpaksa buka tudung masa bekerja dan pakai balik lepas kerja” kata Tasha
Sumber dari instagram TashaEmpire

Tujuan utama Tasha adalah dia ingin berhijrah dengan lebih sempurna tanpa melihat belakang akan masa lalunya yang sudah biasa berpakaian terdedah. Lokasi baju-baju seksi itu ditanam dia belakang kawasan lapang rumahnya dan dibantu rekod oleh pekerjanya yang ingin menyimpan video tersebut sebagai kenangan.

Dahulu Tasha merupakan seorang kru kabin yang sudah terbiasa dengan kehidupan sosial sehingga lupa akan agama. Tetapi bukan berhenti di situ sahaja. Tasha mengambil keputusan untuk berhenti berkhidmat sebagai kru kabin dan mula menjadi usahawan buat perniagaannya sendiri.

Artikel Berkaitan: Hijrah Hijab Afina Apabila Alami Mimpi Nampak Wanita Bercahaya Dalam Masjid.

“Saya nak kosongkan almari sebab tu saya tanam pakaian seksi tu. Untuk pakaian yang muslimah saya juga menjualnya mengikut apa yang pengikut mahukan.

“Saya juga teringat pesan mak dahulu. Kalau baju itu saya tak tahu nak buat apa, boleh saja buat ia sebagai pengelap kaki,” kata Tasha yang nekad berhijab.

Banyak yang telah Tasha hadapi sepanjang penghijrahannya memakai hijab itu. Antaranya, Tasha terpaksa membuka tudung sewaktu bekerja kemudian pakai semula bila sudah habis kerja. Menurut Tasha, penghijrahan ini juga ingin melatihnya menjaga dirinya dan peluang untuknya mempelajari agama lebih mendalam.

“Saya terpaksa buka tudung masa bekerja dan pakai balik lepas kerja” kata Tasha

Selain itu, Tasha juga mempunyai pakaian yang boleh digunakan buat para wanita muslimah. Malah dia menjual dengan harga yang sangat murah kerana ramai juga permintaan baju-baju cantik dan branded dijual online. Jelas, Tasha tidak mahu berkompromi dengan hal berkaitan tuntutan agama dan kerana itulah dia tidak mahu sedekah atau beri baju-baju seksi ke tempat pengumpulan baju tersebut.

Artikel Berkaitan: “Rasa Segan Sangat, Rasa Macam B*gel Tanggal Tudung,” – Hijrah Hijab Daphne Iking Buat Ramai Terharu

Bagus sungguh melihat apabila saudara sesama Islam berusaha untuk terus istaqamah memakai hijab. Ternyata lain individu lain cara penghijrahan dan istaqamahnya. Ramai warganet mendoakan Tasha agar terus istiqamah dengan penghijrahan hijabnya itu. Semoga dipermudah! Amin.

+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

https://www.youtube.com/watch?v=nI1Nlp_l3oA&list=PLwTVJflD5bmEfl5dvN8Y8DfarjYGHwZGI&index=9

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI