Baru-baru ini, nama usahawan kosmetik terkenal, Dato Seri Vida menjadi tular disebabkan reaksi yang diberikannya mengenai sesetengah individu yang hanya mengharapkan bantuan tanpa berusaha.
Ramai yang memberikan maklum balas terhadap kenyataan beliau termasuklah usahawan, Rozita Ibrahim atau lebih mesra disapa sebagai Bonda Rozita.
Ujarnya, tiada siapa yang suka meminta-minta namun disebabkan desakan hidup mereka tidak jalan lain untuk mendapatkan bekalan makanan dan pendapatan.
Dato Vida ” janganlah gunakan alasan PKP pendapatan terjejas sampai nak beli Pampers anak pun tak boleh – usaha ”
Sy minta maaf dulu pd datuk Vida apa sy ulas ni adalah baik2 belaka utk semua orang.
Dalam keadaan sekarang bukan isu rakyat Malas kerja ..!! Kalau dulu xda COvid mana ada org kibar bendera putih nak minta makanan ..!! Byk lagi pemalas jahat penipu besar tak pakai bendera putih pun, itu lagi mencuri malas yg lebih jahat. menakutkan ,dibenci oleh negara.
Ads
Sy pernah lalui kemiskinan tp bukan dlm Covid – Tak semua org miskin meminta2 ..!! ayat malas x sesuai digunakan dlm rakyat stress. Kita simpati kita kena ada sensitivity sbb manusia sekarang sgt teruk perasaannya.
Posting berhati2 utk menjaga perasaan hati semua orang ” rakyat tolong rakyat – kami x nak ada yg kelaparan & bunuh diri ..!!
Org bersimpanan RM byk ada sikit % je, klu lama mana pun x boleh bertahan. Covid ni x tau lama mana lagi
lihat saja berapa byk company besar bankruptcy. Berapa byk hilang kerja & bercerai sbb Covid. Dlm isu sekarng kita jgn salahkan sesiapa pun ..!!
Ads
Kita semua dah cukup tertekan. Kita semua usaha nak membantu kurangkan tekanan.
Beliau bagaimanapun turut memuji Dato Seri Vida yang telah memberikan motivasi pada orang ramai untuk terus berusaha namun mungkin nasihatnya itu tidak berapa sesuai pada situasi saat ini.
LOGIKNYA tak da org suka naikan bendera putih. Sy tengok pun sedih dan sy tak gembira dengan keadaan negara kita sekarang, sbb rakyat kita bukan jenis meminta minta.
Ads
Semua org nak kerja, x harap duit kerajaan ..!! Kita nak kehidupan bebas dulu. Kita semua dh usaha mcm2.
kalau dah Kawat besi, saman sana sini, Viral langgar SOP, sedangkan anak rumah lapar itu tekanan besar pd Kami. Belum lagi sakit risau ,rindu mak ayah tua di kampung.
Bonda respect Dato Vida juga sbb niat dia bagus nak kasi motivasi pd rakyat Msia yg mana niat dia baik sangat. Tetapi rakyat kita x perlu motivasi begitu saat begini. mereka lagi down nanti.
Mereka dlm gelora & down , jgn kita tambah kepedihan mereka. Kita org tua Dato Vida, byk pengalaman suka duka.
Pasti ramai yang sering merasakan duit sentiasa tidak cukup. Lebih-lebih apabila waktu hujung bulan. Kadang-kala yang terima gaji besar juga rasa kekurangan, tapi ada juga yang bergaji rendah tapi sentiasa rasa cukup. Bagaimana tu?
Menerusi perkongsian di twitter oleh @ABGKYO, dia telah menceritakan pengalamannya mengenai rezeki yang telah mengubah hidupnya.
Usahlah berduka mengenai rezeki dan janganlah kedekut sebaliknya kita perlulah banyak memberi dan berkongsi sesama manusia juga. Mintalah pada Tuhan InsyaAllah segalanya akan ditunaikan olehNya.
“Maaf…anda disahkan menghidap kanser tahap empat.” Apakah perkataan pertama yang diungkapkan tatkala mendapat perkhabaran sedih ini? Terkesima, diam atau mungkin menangis. Itulah biasanya reaksi pesakit kanser apabila disahkan menghidap penyakit yang diibaratkan seperti bom jangka.
Berbeza pula dengan tokoh ulamak dan juga pendakwah bebas, Ustaz Hanafi atau nama asalnya, Mohamad Hanafiah Abdul Malek. Apabila doktor memberi tahu bahawa beliau menghidap hidap kanser limfoma tahap 4, perkataan pertama yang keluar dari mulut beliau adalah alhamdulillah.
ALHAMDULILLAH YA ALLAH, ALHAMDULILLAH YA RAHMAN
“Alhamdulillah Ya Allah..Alhamdulillah Ya Rahman..Alhamdulillah Ya Rahim. Terima kasih Ya Allah….dalam jutaan orang, Engkau pilih aku untuk menerima hadiah yang sebesar ini. Doktor pun terkejut kenapa saya sebut alhamdulillah.
“Doktor bertanya kepada saya, tidakkah saya panik, risau dan sebagainya? Saya jawab, tidak. Saya terima ketentuan ini dengan hati yang lapang, tenang dan terbuka. Alhamdulillah pagi keesokan harinya, kami terpaksa melakukan pembedahan secepat mungkin.
“31 Januari 2017 saya dapat tahu saya hidap kanser, 1 Februari 2017 terus lakukan pembedahan. Alhamdulillah pembedahan yang mengambil masa lima jam itu berjaya mengeluarkan kanser saya yang lebih kurang berat 1 kg. Usus saya terpaksa dipotong 1.4 meter dan ia antara yang terpanjang pernah dipotong dalam sejarah,”ungkap Ustaz Hanafi yang merupakan penasihat Majlis Agama Dakwah Malaysia.
KENA JUGA KANSER WALAUPUN AKTIF & LASAK
Ustaz Hanafi telah pun melalui pembedahan dan kemoterapi. Sebelum menghidap kanser, Ustaz Hanafi merupakan seorang jurulatih Silat Gerak Pusaka Malaysia dan jurulatih Chi Kung. Seleberiti Tanyalah Ustaz Dan Halaqah TV3 dan TV9 ini juga pernah memenangi perlawanan tenis di Melaka.
“Saya pernah memenangi pertandingan ke-3 pertandingan Free Fight Martial Art DuniaPernah menunggang motosikal berkuasa tinggi dengan kelajuan 310 km/h, saya ada punching bag, hari-hari saya buat lebih kurang 100 tumbukan dan tendangan. Saya mampu berkayuh basikal sejauh 20 km satu hari. Pendek kata saya terlalu banyak dan aktif melakukan aktiviti lasak yang saya ceburi.
“Saya sangat berminat dengan aktiviti mengangkat berat di gimnasium. Walaupun saya makan banyak, badan saya tetap kurus tapi perut saya membesar sedikit. Saya selalu kena demam, buang air besar keluar darah dan juga batuk keluar darah.
“Saya ingat saya batuk keluar darah sebab saya motivator, saya bagi semangat pada orang agaknya, menjerit lebih sikit keluar darah, Buang air besar keluar darah kemungkinan besar saya sangka saya salah makan. Jadi itulah sangkaan saya sebelum saya disahkan menghidap kanser,”cerita Pengarah Al Iman Motivation/Rumah Sahabat Sidim Malaysia ini.
Ketika berada di Tanah Suci, Makkah, semasa membawa jemaah umrah, Ustaz Hanafi merasakan keadaan tubuhnya semakin lama semakin lemah.
“Saya minum air zam zam, saya doa depan Kaabah, Ya Allah, kalau ada penyakit dalam badan aku ini, Engkau keluarkanlah. Sampai di hotel, perut saya memulas dan saya buang air besar tetapi yang keluar bukan najis tapi darah lebih kurang dalam dua gayung kalau tidak silap saya. Terlalu banyak darah yang keluar. Saya amalkan diet tetapi diet saya salah. Saya hendak turunkan berat badan saya yang beratnya 130 kg.
“Saya pergi ke gimnasium tapi dalam masa yang sama saya suka makan yong tau foo, fishball, fishcake, crabstick. Macam-macam saya makan dan terlalu banyak makanan segera yang saya makan, banyak benda-benda yang segera, akhirnya menyebabkan saya diagnos kanser,” jelas tokoh pendakwah bermotosikal dari kerajaan Malaysia 2018/19.
LARI DARI HOSPITAL
Meskipun diuji dengan penyakit tersebut namun langsung tiada terdetik perasaan kenapa Allah menguji diri beliau seperti itu. Ustaz Hanafi menghidap kanser limfoma ketika usianya masih muda namun dia tetap tenang.
“Apa yang saya lakukan ialah saya berdoa kepada Allah. Ya Allah, Engkau hendak ambil nikmat yang lain, silakan Ya Allah tapi Engkau jangan ambil nikmat daripada aku iaitu berdakwah dan solat berjemaah. In Shaa Allah tiada lagi undangan ceramah yang saya tidak penuhi. Saya tetap pergi ceramah walaupun dengan keadaan yang lemah.
“Semasa sesi kemoterapi, ada satu kisah menarik. Ketika itu sesi kemoterapi yang ke empat. Saya lari dari hospital sebab malam itu saya telah berjanji untuk menyampaikan ceramah di Angkatan Tentera Udara Malaysia di Sungai Besi. Saya terpaksa minta tolong PA ambil saya, larikan saya sekejap, selepas itu balik semula ke hospital.
“Balik dari ceramah, sampai sahaja di hospital, saya kena marah. Tapi saya sudah berjanji. Janji kena tunaikan. Adalah pembohong besar, mereka yang kena kanser mereka kata tak sakit. Sakitnya sampai hari ini masih terasa. Badan kita berasa sangat lemah. Cuma yang boleh menyebabkan saya kuat mungkin berkat doa orang ramai.
KOMA LIMA HARI
Ustaz Hanfi pernah koma selama lima hari, langsung tidak sedar. Namun ketika beliau sedar orang datang walaupun sedang sakit, beliau akan senyum dan akan buat tangan (tanda bagus). Akui Ustaz Hanafi, beliau sendiri tidak tahu kekuatan itu datang dari mana.
“Saya ada sebuah motosikal yang saya sayang. Motosikal Kawasaki GTR 1400. Saya memang minat dengan motorsikal itu. Motosikal itu saya kumpul duit dengan susah payah untuk membelinya. Tiba-tiba bila dapat tahu kena kanser, saya ada masalah kewangan.
“Apabila berita tersebar melalui media massa dan juga surat khabar, jadi apa yang berlaku, ramai orang tidak panggil saya ceramah sebab orang kata Ustaz Hanafi sakit jadi hilanglah sumber pendapatan. Ia merupakan satu cabang yang besar dan akhirnya apa yang berlaku ialah saya terpaksa jual motosikal kesayangan saya itu.
“Itu memang agak sedih. Kemudiannya keluarga saya terpaksa kurangkan kos perbelanjaan, banyaklah beberapa aset saya yang terpaksa di jual untuk menampung rawatan kos kemoterapi. Saya bila berhadapan dengan isteri dan anak-anak, saya takut mereka rasa lemah. Jadi saya sentiasa tersenyum, positif dan bagi mereka semangat. Saya tak boleh bayangkan kalau mereka hidup tanpa saya,” ujar Presiden Sifu Bikerz Malaysia ini.
MINTA IZIN KEPADA ALLAH LAKSANAKAN MISI
Misi Ustaz Hanafi ialah untuk menyiapkan sekolah tahfiz anak yatim. Misi itu akhirnya berjaya direalisasikan. Turut dibina madrasah dan surau untuk arwah ibu beliau, juga sebuah rumah pemulihan akhlak di Bendang Limbong, Taiping Perak.
“Saya ada misi. Saya minta izin kepada Allah. Ya Allah, siapkanlah ini dahulu. Alhamdulillah sekarang semuanya sudah siap. Bagi mereka yang belum kena kanser, jangan berlagaklah. Jangan angkuh. Jangan sombong. Allah tak suka orang sombong.
“Jangan cabar Allah. “Aku hisap rokok banyak mana pun aku tak kena kanser. Aku makan apa sahaja pun tak kena kanser. Aku tak ikut diet, aku ni darah tinggi tak kena kanser pun. Jadi jangan cabar Allah.
“Saya kena kanser ini kemungkinan besar, dosa saya tak jaga makan. Saya memang suka makan. Saya ‘ride’ ke utara ke mana pun saya suka makan dan saya makan. Saya tak ikut Sunnah Nabi Muhammad SAW berhenti sebelum kenyang. Saya nak makan apa, saya makan sahaja sehingga Allah bagi balasan macam ini, teguran kepada saya,” jelas Ustaz Hanafi panjang lebar.
FORMULA LIMA ‘S’ DAN DUA Z
Kesan daripada usus yang 1.4 meter ketika pembedahan itu masih dirasai oleh Ustaz Hanafi hingga ke hari ini. Akui Ustaz Hanafi, rasa tidak selesa itu tetap ada malah rasa sakit itu juga masih ada.
“Bagi pesakit kanser yang sedang melawan sakit kanser, saya bagi formula lima S dan dua Z. S yang pertama ialah syukur atau SABAR. The Power when you say alhamdulillah, jiwamu akan jadi lapang, hatimu akan jadi tenang. Kita akan tenang berhadapan dengan ujian. Tenang ketika menerima rawatan. Tenang ketika berhadapan dengan kanser itu sendiri. Tenang ini hanya datang daripada jiwa yang sentiasa bersyukur.
“S yang kedua ialah SANGKA BAIK. Orang cakap saya sangat positif sehingga doktor-doktor pernah cakap yang mereka tak pernah jumpa pesakit kanser macam saya. The king of positive thinking adalah bersangka baik kepada Allah. Apa yang Allah hendak bagi selepas ini. Apa sebab Allah bagi sakit kanser. Untuk apa. Mesti ada sesuatu yang lebih besar Allah akan beri sama ada syurga ataupun ada nikmat-nikmat dunia yang lain. Macam saya, mungkin sebagai sumber inspirasi kepada pesakit kanser yang lain.
“S yang ketiga ialah SOLAT. Sakit macam mana pun, jangan tinggal solat. Alhamdulillah saya koma lima hari, mengikut cerita isteri saya, setiap kali azan, saya tersedar dan saya tayammum, saya solat. Lepas solat, saya koma semula. Wallahualam.
“S yang empat ialah SEDEKAH. Saya tak ada banyak duit. Ketika itu saya menghadapi masalah kewangan yang besar. Perniagaan saya, jemputan ceramah berkurangan, apa yang boleh saya katakan ialah duit itu hamper tiada. Tapi saya cuba setiap kali solat Subuh di masjid, saya akan bersedekah atas nama arwah ibu saya. Sebab sedekah ini boleh memadamkan dosa. Bersedekah ini menyebabkan mungkin dosa itu Allah padam, kemurkaan Allah itu Allah padam, jadi Allah sembuhkan saya sedikit demi sedikit.
“S yang ke lima ialah SUPLEMEN. Saya bertaubat ubah gaya pemakanan dan tinggalkan cara pemakanan yang dulu. Saya amalkan pemakanan yang sihat, makan makanan seimbang dan saya rajin membaca buku dalam dan luar negara bagaimana untuk merawat kanser melalui pemakanan.
“Akhir sekali selepas lima S tadi, dua Z itu ialah ZIKIR Allah. Pesakit kanser yang berhadapan dengan sakit ini, banyakkanlah berzikir. Kita tidak tahu bila kita akan dijemput pergi jadi biarlah kita pergi dengan mampu menyebut raja segala zikir, laillahaillah.
“Dan Z yag terakhir ialah banyakkan ZIARAH. Barang siapa yang bertawakal, Allah akan menunjukkan jalan keluar dan memberi bantuan. Wallahualam.”
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Di khabarkan hari ini, 8 November, akan berlaku fenomena Gerhana Bulan Penuh pada kedudukan yang paling jauh dengan Bumi (apogee) iaitu dengan jarak 404,923km. Fenomena ini dapat dilihat secara keseluruhan di negara Asia, Australia, Amerika Utara dan Selatan serta pada sebahagian utara dan timur Eropah.
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menyeru semua masjid dan surau di sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya untuk mengadakan jemaah solat sunat dan khubah gerhana bersempena fenomena hari ini. Kenyataan itu dimuat naik di laman rasmi Twitter sekaligus memaklumkan gerhana bulan penuh akan berlaku pada jam 6.45 petang hingga 8.49 malam.
Perkongsian mengenai gerhana bulan penuh ini telah dimuat naik di laman sesawang Agensi Angkasa Malaysia – MYSA, fenomena ini berlaku apabila cakera Bulan berpaksi pada bayang umbra bumi yang berada di pertengahan bayang itu. Keadaan ini juga pernah berlaku dua kali pada tahun 2018.
Malaysia juga tidak terlepas untuk menyaksikan fenomena ini. Ia akan mula terlihat pada jam 4.02 petang dan akan berakhir pada jam 9.56 malam mengikut waktu tempatan. Namun, kita tidak dapat menyaksikan permulaan fasa gerhana penumbra dan separa yang berlaku apabila Bulan berada di bawah ufuk.
Jangan risau! Masyarakat di Malaysia juga berpeluang untuk menyaksikan fenomena ini apabila Bulan mulai terbit di ufuk timur ketika ia mula mengalami fasa gerhana penuh bagi penduduk di Sabah dan Sarawak. Bagi mereka yang duduk di kawasan Semenanjung Malaysia, fenomena tersebut hanya akan mula terlihat sewaktu fasa gerhana maksimum sehingga fasa gerhana penumbra berakhir pada jam 9.56 malam.
Sudah menjadi kepastian untuk umat Islam mengerti kekuasaan Allah SWT yang mencipta sekalian alam. Maka, ini merupakan salah satu tanda fenomena yang mengukuhkan lagi Allah SWT menguasai segala-galanya.
Usaha dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) untuk mengajak hampir seluruh masjid dan surau di kawasan Kuala Lumpur dan Putrajaya untuk adakan solat sunat dan khutbah gerhana bulan penuh. Ia bagi mengimarahkan orang ramai untuk mensyukuri serta mengagungkan kekuasaan Allah SWT.
Susulan Fenomena Gerhana Bulan Penuh yang dijangka berlaku pada 8 November 2022 (Selasa) jam 6.54 petang hingga 8.49 malam, JAWI menyarankan agar semua masjid, surau Jumaat dan surau di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya melaksanakan solat sunat serta Khutbah Gerhana pic.twitter.com/t0PJ4jf3q0
Di fahamkan lagi, solat sunat dan khutbah Gerhana Bulan Penuh ini dilakukan seusai solat Maghrib untuk di Semenanjung. Manakala bagi Wilayah Persekutuan Labuan pula perlu melaksanakan selepas solat Isya’ pada hari ini. Ada juga di selitkan cara melakukan solat sunat ini pada laman sosial media Twitter.
Cara Solat Sunat Gerhana Bulan
1.Niat & Takbiratul Ihram
2.Baca Al-Fatihah & Surah Lain
3.Ruku’ Yang Panjang
4.Iktidal, Baca Al-Fatihah & Surah Lain
5.Ruku’ Yang Panjang & Iktidal
6.Sujud Yang Panjang
7.Duduk Antara 2 Sujud
Jelas di sebut tentang kebesaran serta kekuasaan Allah SWT yang meliputi segalah aspek kehidupan Manusia. Mengikut Firman-Nya yang di sebut dalam al-Quran:
Maksudnya :“ Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi; dan (pada) pertukaran malam dan siang; dan (pada) kapal-kapal yang belayar di laut dengan membawa benda-benda yang bermanfaat kepada manusia; demikian juga (pada) air hujan yang Allah turunkan dari langit lalu Allah hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta Ia biakkan padanya dari berbagai-bagai jenis binatang; demikian juga (pada) peredaran angin dan awan yang tunduk (kepada kekuasan Allah) terapung-apung di antara langit dengan bumi; sesungguhnya (pada semuanya itu) ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah kekuasaanNya, kebijaksanaanNya, dan keluasan rahmatNya) bagi kaum yang (mahu) menggunakan akal fikiran.”
Rahsia kulit flawless Tiffany Young akhirnya terbongkar! Ketahui bagaimana Eucerin Spotless Brightening membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit dengan hasil menakjubkan.