Tuhan jika hendak beri hidayah, bila-bila masa saja Dia boleh beri jika Dia berkehendak. Sebab itulah kita tidak boleh menghukum pahala dan dosa atau masa lampau seseorang itu seperti kita suci dan bersih dari dosa.
Kisah yang tular baru-baru ini di laman Twitter mengenai Murni Hidayah Azman Tang,23, yang pertama kali bertemu suaminya, Muhammad Azmi Che Muda,31, di kelab malam menarik perhatian ramai.
Mesra dipanggil Ninie, dia berkata kepada mStar bahawa dia bertemu dengan suaminya buat pertama kali sekitar pertengahan tahun lalu di sebuah pusat hiburan di Kuala Lumpur.
Dalam tempoh perkenalan yang singkat,mereka telah melangsungkan perkahwinan dan tidak lagi menjejakkan kaki ke kelab malam.
Sama-sama sertai kelas mengaji Al-Quran
Tambahnya, mereka sama-sama menyertai kelas mengaji Al-Quran pada Ramadhan lalu dan nekad berubah bersama ke arah kebaikan.
Ads
“Masa tahun 2018, sebelum jumpa suami pun saya sudah memperlahankan aktiviti ke kelab malam, tapi waktu itu ada kawan ajak jumpa di Trec.
“Saya pergi masa itu bukan untuk enjoy, tapi niat untuk teman kawan sahaja. Masa tulah jumpa suami saya, dia tegur dan cakap nak berkawan.
“Saya terpikat sebab dia respect saya, dia tak sentuh saya. Saya rasa selesa, kenapa dia nak protect padahal kami tak kenal pun,” jelasnya.
Katanya, dia dan suami ada menjejakkan kaki ke kelab malam dua kali selepas berumah tangga.
Ads
Tekad baiki diri
Namun, dia mula sedar dan berniat untuk berubah sebelum nekad mengajak suami untuk memperbaiki diri dan tidak lagi ke mana-mana pusat hiburan.
“Bila pergi sana, tiba-tiba nampak ramai anak Melayu termasuk saya. Saya terfikir, sampai bila nak duduk sini?
“Saya paksa diri dan ajak suami berubah. Saya pun bukannya baik. Namun, sebagai isteri, saya kena ajak dia ke arah kebaikan,” ujarnya lagi.
Masa untuk bertaubat sudah singkat.
Bercerita mengenai kelas mengaji,suaminya begitu bersungguh-sungguh sewaktu dia menyuarakan hasrat untuk menyertai kelas Al-Quran.
Ads
“Dulu waktu kecil boleh baca. Tapi bila dah lama tinggal, kena polish baliklah.
“Saya minta suami cari kelas sebab teringin nak baca dengan lancar. Tanpa bertangguh, dia terus cari.
“Kalau kejut dia bangun waktu Subuh pun sama. Sekali kejut terus dia bangun. Dia tak akan bertangguh walau lima minit.
“Saya juga ada beli buku untuk belajar agama. Saya sedar, kita manusia dah berada di akhir zaman. Memang ada masa untuk bertaubat, tapi masa tu dah singkat, “ kata Ninie.
Sementara itu di Twitter, ramai yang terharu dengan kisahnya yang begitu menginspirasikan dan berharap agar Ninie yang sedang hamil terus istiqomah bersama suaminya.
Memiliki wajah yang cerah tidak semestinya memerlukan anda menggunakan rawatan wajah menggunakan bahan alami atau sebarang krim pemutih wajah. Anda boleh melakukannya tanpa sebarang ubat dengan hanya menjalani perintah agama sahaja.
Dalam Islam, mendapatkan wajah yang berseri dan awet muda itu cukup mudah, asalkan anda rajin melaksanakan ibadah seperti solat dan lain-lain lagi. Hijabista kongsikan tip yang berguna untuk anda kekal cantik dan berseri dengan hanya mengikut apa yang digalakkan di dalam Islam.
Berwuduk merupakan perkara yang akan kita lakukan sebelum bersolat. Berwuduk bermakna membasuh anggota badan mulai daripada wajah hingga kaki. Ia tidak hanya buat anda bebas dari kotoran tetapi baik untuk kecantikan kulit terutamanya wajah. Tidak hairanlah orang yang selalu berwuduk nampak lebih berseri, segar dan awet muda.
Senyum bukanlah satu perkara yang sukar, malah sangat mudah. Senyum juga termasuk dalam ibadah dan sebab itu kita sangat digalakkan untuk sentiasa senyum. Selain mendapat pahala, anda juga akan tampak lebih cantik, manis dan berseri apabila senyum hingga membuatkan anda kelihatan muda. Siapa tak nak nampak muda kan?
Perasaan iri hati dan hasad dengki ini tentu sahaja ada dalam diri setiap manusia. Namun, anda perlu bijak mengawalnya agar ia tidak menguasai diri. Jika anda perasan, individu yang suka mendengki ini memiliki wajah yang kusut dan kusam hingga menyebabkan mereka kelihatan lebih tua kerana jarang tersenyum. Jadi, hindari sikap iri hati agar jiwa tetap terjaga dan sentiasa damai. Apabila hati bersih, fikiran pun jadi lebih tenang.
Dalam Islam, menyayangi anak yatim sangat digalakkan kerana ia juga merupakan salah satu cabang untuk anda ke syurga. Sebenarnya, menyayangi anak yatim akan membuatkan hati anda menjadi lebih lembut dan penuh dengan kasih sayang. Kelembutan akan terpancar melalui wajah hingga anda terlihat cantik luar dan dalam.
Solat merupakan kewajipan bagi setiap umat Islam kerana ia merupakan tiang agama. Ternyata gerakan dalam solat boleh membantu wajah anda kelihatan lebih segar dan berseri, terutamanya gerakan sujud. Ketika sujud, darah akan mengalir ke seluruh wajah dan memasuki otak sehingga tidak hanya menyihatkan, malah bermanfaat juga untuk kecantikan wajah.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Mendapat keberkatan dalam menjalani hidup seharian bukan mudah. Ada segelintir kita lalai sebenarnya mudah sahaja jika sesuatu pekerjaan itu dimulakan dengan keberkatan. Jangan culas dengan zikir yang disarankan ini, jadikan hari anda satu permulaan bermakna dan diberkati olehNya.
Bagi seorang muslim, tidak seharusnya masa kita berlalu dengan begitu sahaja. Maka dikala pagi dan petang sentiasalah bertasbih, beristigfar, bertahmid dan berdoa kepada Allah dengan zikir yang ma’thur (berasal daripada Nabi SAW). Jiwa yang tenang lagi tenteram pasti hadir apabila kita mengingati Allah.
Ini adalah bacaan zikir harian pagi dan petang. Bacaan zikir ini disusun secara teratur dan lengkap bagi memudahkan para pembaca menghayatinya.
Zikir ini adalah sahih dari Nabi SAW. Setiap sanad hadis dan sumber dicatatkan di bawah setiap zikir yang dinyatakan untuk pembaca membuat rujukan lanjut.
Semoga panduan zikir harian ini dapat membantu anda.
Bagi seorang muslim, tidak seharusnya masa kita berlalu dengan begitu sahaja. Maka dikala pagi dan petang sentiasalah bertasbih, beristigfar, bertahmid dan berdoa kepada Allah dengan zikir yang ma’thur (berasal daripada Nabi SAW). Jiwa yang tenang lagi tenteram pasti hadir apabila kita mengingati Allah.
Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya)
Barangsiapa membaca kalimat ini ketika pagi hari, maka ia terjaga dari (gangguan jin) hingga waktu petang. Dan barangsiapa mengucapkan pada waktu siang, maka dia terjaga dari (gangguan) jin hingga pagi hari. – Hadis riwayat al-Hakim, 1/562
Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa. Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat. Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan. Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya. Barangsiapa membaca tiga surah tersebut tiga kali setiap pagi dan petang, maka itu (tiga surah tersebut) cukup baginya dari segala sesuatu.” – Hadis riwayat Abu Daud 4/322, al-Tirmizi 5/567 dan lihat sahih al-Tirmizi 3/182
Kami telah memasuki waktu pagi dan kerajaan hanya milik Allah, segala puji bagi Allah. Tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) kecuali Allah Yang Maha Esa, tiada sekutu bagiNya. BagiNya kerajaan dan bagiNya pujian. Dialah Yang Maha Kuasa atas segala sesuatu. Wahai Tuhan! Aku mohon kepadaMu kebaikan pada hari ini dan kebaikan sesudahnya. Aku berlindung kepadaMu dari kejahatan hari ini dan kejahatan sesudahnya. Wahai Tuhan! Aku berlindung kepadaMu dari kemalasan dan kejelekan pada hari tua. Wahai Tuhan! Aku berlindung kepadaMu dari seksaan di Neraka dan kubur.
– Hadis riwayat Muslim 4/2088
4.
Ya Allah! Dengan rahmat dan pertolonganMu kami memasuki waktu pagi, dan dengan rahmat dan pertolonganMu kami memasuki waktu petang. Dengan rahmat dan pertolonganMu kami hidup dan dengan kehendakMu kami mati. Dan kepadaMu kebangkitan (bagi semua makhluk)
Hadis riwayat at-Tirmizi 5/466, dan lihat sahih at-Tirmizi 3/142
5.
Ya Allah! Engkau adalah Tuhanku, tidak ada Tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau, Engkaulah yang menciptakan aku. Aku adalah hamba-Mu. Aku akan setia pada perjanjianku dengan Mu semampuku. Aku berlindung kepadaMu dari keburukan yang ku lakukan. Aku mengakui nikmatMu kepadaku dan aku mengakui dosaku. Maka, ampunilah aku. Sesungguhnya tiada yang mengampuni dosa melainkan Engkau.
Barang siapa membacanya dengan yakin ketika waktu petang, lalu dia meninggal dunia pada malam itu, maka dia masuk Syurga. Dan demikian juga ketika pagi hari. – Hadis riwayat al-Bukhari 7/150
6.
Ya Allah! Sesungguhnya aku pada waktu pagi ini mempersaksikan Engkau, Malaikat yang memikul ‘Arasy-Mu. Malaikat-malaikat dan seluruh makhlukMu, bahawa sesungguhnya Engkau adalah Allah, tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau Yang Maha Esa, tiada sekutu bagiMu dan sesungguhnya Muhammad adalah hamba dan utusanMu.
7.
Ya Allah! Nikmat yang kuterima atau diterima oleh seseorang di antara makhlukMu pada pagi ini adalah dariMu. Maha Esa Engkau, tiada sekutu bagiMu. BagiMu segala pujian dan kepadaMu pujian syukur (dari seluruh makhlukMu)
Barang siapa yang membacanya pada waktu pagi, maka sesungguhnya dia telah bersyukur pada hari itu. Barangsiapa yang membaca ini pada waktu petang, maka sungguh telah bersyukur pada malam itu.” – Hadis riwayat Abu Daud 4/318, al-Nasa’i dalam kitab ‘Amal al-Yaum wa al-Lailah no. 7
8.
Ya Allah! Selamatkan tubuhku (dari penyakit dan yang tidak aku inginkan). Ya Allah! Selamatkan pendengaran ku (dari penyakit dan maksiat atau sesuatu yang tidak aku inginkan). Ya Allah! Selamatkan penglihatanku, tiada tuhan (yang berhak disembah) melainkan Engkau. Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung denganMu dari kekufuran dan kefaqiran. Aku berlindung kepadaMu dari seksa kubur, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Engkau.
Hadis riwayat Abu Daud 4/324, Ahmad 5/42, al-Nasa’i dalam ‘Amal al-Yaum wa al-Lailah no. 22, hal 146, Ibn Sunni no. 69 al-Bukhari dalam al-Adab al Mufrad. Syaikh Abdul Aziz bin Baaz menyatakan sanad hadis tersebut hasan.
9.
Allah jualah yang mencukupi (segala keperluanku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) kecuali Dia, kepadaNya aku bertawakkal. Dialah Tuhan yang menguasai ‘Arasy yang agung.
Barang siapa membacanya ketika pagi dan petang sebanyak tujuh kali, maka Allah akan mengcukupkan baginya dari perkara dunia dan akhirat yang menjadi perhatiannya – Hadis riwayat Ibn Sunni no.71 secara marfu dan Abu Daud secara mauquf 4/321. Syuaib dan Abdul Qadir al-Arnauth berpendapat isnad hadis tersebut sahih. Lihat Zad al-Ma’ad 2/376
10.
Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon kebajikan dan keselamatan di dunia dan akhirat. Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kebajikan dan keselamatan dalam agama, dunia, keluarga dan hartaku. Ya Allah, tutupilah auratku (aib dan sesuatu yang tidak layak dilihat orang) dan tenteramkanlah aku dari rasa takut. Ya Allah, peliharalah aku dari muka, belakang, kanan, kiri dan atasku. Aku belindung dengan kebesaranMu, agar aku tidak disambar dari bawahku (oleh ulat atau bumi pecah yang membuat aku jatuh dan lain-lain)
– Hadis riwayat Abu Daud dan Ibn Majah
11.
Ya Allah! Yang Maha Mengetahui yang ghaib dan yang nyata, wahai Tuhan pencipta langit dan bumi, Tuhan segala sesuatu dan yang merajainya. Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang haq melainkan Engkau. Aku berlindung denganMu dari kejahatan diriku, syaitan dan bala tenteranya, dan aku (berlindung dengan Mu) dari berbuat keburukan terhadap diriku atau menyeretnya kepada seorang Muslim
– Hadis riwayat al-Tirmizi dan Abu Daud
12.
Dengan nama Allah yang apabila disebut, segala sesuatu di bumi dan langit tidak akan berbahaya, Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Barang siapa membacanya sebanyak tiga kali ketika pagi dan petang, maka tidak ada sesuatu pun yang membahayakan dirinya”
– Hadis riwayat Abu Daud 4/323, al-Tirmizi 5/465, Ibn Majah dan Ahmad. Lihat sahih Ibn Majah 2/332. Ibn Baaz berpendapat isnad hadis tersebut hasan dalam Tuhfah al-Akhyar hal.39
13.
Aku redha sebagai Tuhan, Islam sebagai agama dan Muhamad Sebagai Nabi (yang diutus oleh Allah).
Barang siapa membacanya sebanyak tiga kali ketika pagi dan petang, maka hak Allah memberikan keredhaan-Nya kepadanya pada hari kiamat” – Hadis riwayat Ahmad 4/337, al-Nasa’i dalam ‘Amal al-Yaum wa al-Lailah no.4. Abu Daud 4/418, al-Tirmizi 5/465 dan Ibn Baaz berpendapat isnad hadis tersebut hasan dalam Tuhfah al-Akhyar hal.39
14.
Wahai Tuhan Yang Maha Hidup, wahai Tuhan Yang Berdiri Sendiri (tidak perlu segala sesuatu) dengan rahmatMu aku minta pertolongan, perbaiklah segala urusanku dan jangan diserahkan kepadaku sekalipun sekejap mata (tanpa mendapat pertolongan dariMu) Hadis al-Hakim menurut pendapatnya, hadis tersebut adalah sahih dan imam al-Dzahabi menyetujuinya, lihat kitabnya 1/545, dan Sahih al-Targhib wa al-Tarhib 1/273
15.
Kami masuk pagi, sedang kerajaan hanya milik Allah, Tuhan sekalian Alam. Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepadaMu agar memperoleh kebaikan, pembuka (rahmat), pertolongan, cahaya, barakah dan petunjuk pada hari ini. Aku berlindung kepadaMu dari keburukan apa yang ada di dalamnya dan kejahatan sesudahnya. Hadis riwayat Abu Daud 4/322 serta Syuaib dan Abdul Qadir al-arnauth dalam Tahqiq Zad al-Ma’ad 2/273
16.
Pada waktu pagi kami memegang agama Islam, kalimah ikhlas, agama Nabi kita Muhammad, dan agama bapa kami Ibrahim, yang berdiri di atas jalan yang lurus, Muslim dan tidak tergolong orang-orang musyrik
– Hadis riwayat Ahmad
17.
Maha Suci Allah, Aku memujiNya
– Hadis riwayat Muslim
18.
Tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain Allah Yang Maha Esa, tidak ada sekutu bagiNya. BagiNya kerajaan dan segala pujian. Dialah yang berkuasa atas segala sesuatu. (Dibaca sepuluh kali, atau sekali dalam keadaan malas)
– Hadis riwayat Abu Daud 4/319, Ibn Majah dan Ahmad
Barang siapa membacanya sebanyak seratus kali dalam sehari, maka baginya (pahala) seperti memerdekakan sepuluh hamba, ditulis seratus kebaikan, dihapus darinya seratus keburukan, baginya perlindungan dari syaitan pada hari itu hingga petang. Tidak seseorang itu dapat mendatangkan yang lebih baik dari apa yang dibawanya kecuali ia melakukan lebih banyak lagi dari itu – Hadis riwayat al-Bukhari 4/95; Muslim 4/2071
19.
Maha Suci Allah, aku memujiNya sebanyak makhlukNya, sejauh keredhaan-Nya, seberat timbangan ‘ArasyNya dan sebanyak tinta tulisan kalimahNya (Dibaca tiga kali setiap pagi hari)
– Hadis riwayat Muslim
20.
Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon kepadaMu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik. Ya Allah Aku memohon kepadaMu ilmu yang bermanfaat dan amalan yang diterima (Dibaca pada waktu pagi) Hadis riwayat Ibn Sunni dalam ‘Amal al-Yaum wa al-Lailah, no.54, dan Ibn Majah no.925. Isnadnya hassan menurut Abdul Qadir dan Syuaib al-Arnauth dalam Tahqiq Zad al-Ma’ad 2/375
21.
Aku memohon ampun kepada Allah dan bertaubat kepadaNya (Dibaca 100 kali dalam sehari)
– Hadis riwayat al-Bukhari
22.
Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna dari kejahatan makhluk yang diciptakanNya (Dibaca 3 kali pada waktu petang) Barang siapa membaca doa ini pada waktu petang sebanyak tiga kali, tidak berbahaya baginya sengatan (binatang berbisa) pada malam itu” – Hadis riwayat Ahmad 2/290, al-Nasa’i dalam ‘Amal al-Yaum wa al-Lailah, no.590 dan Ibn Sunni no 68. Lihat Sahih al-Tirmizi 3/187, Sahih Ibn Majah 2/266 dan Tuhfah al-Akhyar, hal. 45
23.
Zikir harian ini boleh diamalkan pada waktu pagi dan petang. Tiada penetapan untuk mengikut aliran susunan, boleh dibaca sebahagian atau mengambil salah satu ayat.
Sumber rujukan zikir harian ini adalah dari buku Al-Ma’thurat yang disunting oleh Mohamad Zaki (Pustaka Ilmuwan)
Zikir yang khusus ialah bacaan yang melibatkan tasbih (Subhanallah), tahmid (Alhamdulillah) dan tahlil (Laa ila haa illaallah) dan takbir (Allahu Akbar).
Bacaan-bacaan ini selalunya kita jadikan wirid selepas solat fardu lima waktu dan juga zikir dalam sunat Aidilfitri dan Aidiladha.
Zikir juga boleh dibaca pada bila-bila masa terluang, dalam waktu pagi dan petang, siang atau malam – sebagai tanda kita sentiasa mengingati Allah dan kebesaranNya.
Doa pula ialah suatu penyataan hasrat hati individu muslim memohon pertolongan, ampun, perlindungan dan restu Allah SWT dalam hal-hal berkaitan kehidupannya di dunia dan Akhirat.
Semoga panduan zikir harian dapat memberi kebaikan kepada anda semua.
Ramadan tinggal hanya beberapa hari sahaja lagi. Pecutan mengejar pahala perlu lebih laju agar kita semakin banyak mengejar pahala. Dalam kegembiraan menyambut Syawal tanda kemenangan meskipun dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), hati sebak kerana terpaksa mengucapkan selamat tinggal pada bulan Ramadan.
Seperti perkongsian Datuk Dr Ustazah Norhafizah Musa yang memberi ingatan kepada netizen untuk menangis di hujung Ramadan ini. Banyak perkara yang perlu ditangisi sebelum berakhirnya bulan paling mulia dari seribu bulan ini.
Ayuh ikuti perkongsian Ustazah Norhafizah yang boleh kita jadikan peringatan untuk diri kita sendiri.
MENANGISLAH! MENANGISLAH! Di hujung Ramadhan ini, tangisanlah menjadi penawar untuk penyakit hati… tangisan melembutkan hati yg keras… menangislah untuk hati yg masih belum bisa memaafkan…
hati yg belum redho… hati yg belum bersyukur… hati yg masih lupa tujuan hidup… hati yg sibuk dgn dunia… menangislah juga utk hati yg dikecewakan manusia… mudah2an jadi kaffarah yg sempurna… menangislah utk hati yg tidak pandai menyayangi dan menghargai….
Mudah-mudahan dgn tangisan itu mata hati lebih jernih… menangislah utk ramadhan yg telah disia-siakan… mana tangisanmu utk kematian yg semakin mendekat tapi bekalmu semakin menipis… menangislah utk setiap tangisan yg tidak ada makna hanya kerana makhluk … menangislah utk mata mu yg kering tanpa airmata walau rukuk dan sujud di hadapan Allah…
Ya Allah berapa banyak tangisan yg akan menyelamatkan… dari jurang hina dan binasa… Ya Rabb kurniakan kami airmata yg Engkau redhoi.
Bersyukurlah andai saat ini Allah datangkan jalan utk menangis kerana kasihNYA kepada kita.
Puasa Nabi Daud menjadi pilihan ramai yang mahu rutin lebih stabil, seimbang dan kurang menekan berbanding intermittent fasting untuk kesihatan tubuh dan emosi.