Gempa bumi yang teruk melanda Turkiye dan Syria telah mendapat perhatian negara luar untuk datang membantu rakyat di sana. Bahkan, ramai juga sukarelawan dari Malaysia yang turut datang memberi bantuan.

Aktivis Farah Lee menghuraikan rasa sebak apabila melihat sendiri perjumpaan jenazah bayi yang masih cukup sihat di bawah runtuhan bangunan kediaman tujuh tingkat di Nurdag, Gaziantep.

Artikel berkaitan: ‘Penat Sangat. Tapi Penat Yang Bahagia’- Berkat Usaha, Farah Lee Berjaya Miliki Kereta Mewah

‘Tak Dapat Bayangkan Keperitan Mereka’ – Farah Lee

Tidak menafikan, Farah Lee menzahirkan rasa sebak dan sedih melihat keadaan tanah runtuh di sana. Katanya, ibu kepada jenazah bayi tersebut terkilan jika pasukan penyelamat bertindak cepat mungkin anaknya masih hidup.

Aktivis serta pempengaruh itu juga akui ini merupakan satu misi yang sangat sukar baginya. Dia juga meminta doa serta sumbangan kepada orang ramai demi memabntu mereka.

View this post on Instagram

A post shared by Farah Lee (@farahlee_)

 “I did not wish to experience this but yeah terjadi depan mata. Di runtuhan yang sama khabarnya juga ada mangsa yang dijumpai masih hidup walau selepas 7 hari,

IKLAN

“Juga ada baby yang meninggal masih cukup sifat, meraung ibunya masa jumpa tu. Katanya kalau rescue team cepat, mungkin anaknya masih hidup. Allah Allah,

“Writing this pun dah sebak. I cannot imagine. The hardest mission I’ve ever experienced. Give them strength ya Rabb, give us strength ya Allah.” tulisnya.

Artikel berkaitan: Farah Lee Ajak Ibu Bapa Didik Anak Cintai Sukan Sunnah Nabi SAW. Ini Hadiah Untuk Maream

Sakit Tapi Masih Nak Bantu!

IKLAN

Farah Lee juga memuatnaik satu video berdurasi 3 minit tentang perjalanan mereka di sana. Semua yang terakam sangat mensyahdukan dan ada juga wargamaya perasan keadaannya yang tampak sedikit pucat dan sakit.

“Kak Farah, muka nampak lesu sangat! Jaga diri elok-elok. Makan habbatussauda!

“Moga dipermudahkan segala urusan kalian semua disana, jaga diri,

IKLAN

“Moga dipermudahkan segala urusan kalian di sana!” komen wargamaya supaya Farah dan pasukan jaga juga kesihatan mereka di sana.

Sekadar info, badan kebajikan milik Farah Lee dan FL.Childrity bersama lain-lain badan kebajikan bukan kerajaan (NGO) Malaysia sedang menjalankan misi bantuan di Turkiye dan Syria akibat gempa bumi yang berlaku di sana selama 14 hari.

Sumber: Instagram @farahlee_

+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI