Wanita memang suka kelihatan cantik dan bergaya. Tentu rasa tak lengkap rasanya kalau seharian tidak melihat cermin. Tidak salah kalau nak bergaya cuma sebagai seorang wanita beragama Islam, anda perlu berpakaian mengikut syariat yang telah ditetapkan.
Jika dilihat, ramai wanita masa kini yang berpakaian ala kadar. Memang sudah menutup aurat tetapi pakaian yang dipakai terlalu ketat hingga menampakkan bentuk tubuh. Seharusnya sebagai seorang muslimah, anda seharusnya tahu apa yang boleh dipakai dan apa yang tidak boleh dipakai.
Jadi, sebelum anda membeli satu pakaian itu, ambil kira perkara-perkara ini terlebih dahulu.
1. Menutup Kepala & Betis Di Hadapan Lelaki Ajnabi
Dari Fatimah binti Qais diriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w berkata:
“Sesungguhnya aku tidak suka jika tudungmu terlepas atau terbuka kain yang menutupi kedua betismu.” – Hadis Riwayat Muslim
Ads
2. Labuhkan Pakaian
Firman Allah Taala yang bermaksud:
“Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan jilbab (pakaian) mereka ke atas tubuh mereka; cara yang demikian untuk mereka lebih dikenali (sebagai perempuan yang baik-baik), maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” – Surah Al-Ahzab: 59
3. Menutup Dada
Firman Allah Taala yang bermaksud:
Ads
“Dan, janganlah mereka memperlihatkan perhiasan (tubuh) mereka kecuali yang zahir daripadanya, dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka.” – Surah An-Nur: 31
4. Tidak Menyamai Pakaian Agama Lain
“Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia dalam kalangan mereka.” – Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud
5. Tidak Bertelanjang
“Ada dua golongan penghuni neraka yang belum pernah aku lihat… dan wanita-wanita yang berpakaian tetapi bertelanjang.” – Hadis Riwayat Muslim
Ads
6. Elak Memakai Wangian Yang Mengghairahkan
Sekiranya seorang wanita memakai wangi-wangian untuk menghilangkan bau yang kurang enak pada badan, ia diharuskan. Tetapi jika bertujuan untuk memikat lelaki sehingga menyebabkan mereka ghairah untuk mendekati, maka dilarang sama sekali. Sekiranya anda memakai wangian untuk suami, ia dikira sebagai ibadah.
Dari Abu Musa Al-Asya’ari, dia berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
“Apabila seseorang wanita memakai minyak wangi, lalu dia melewati suatu kaum hingga mencium aromanya, maka dia adalah wanita begini dan begini. Rasulullah s.a.w menyatakannya dengan nada tinggi.”
7. Tidak Menyerupai Pakaian Berlainan Jantina
Elakkan daripada memakai pakaian yang berlainan jantina hingga mengelirukan orang ramai yang melihat. Jadi, sarung pakaian yang sesuai dengan peribadi anda sebagai seorang wanita Muslim yang sentiasa memelihara diri ketika keluar dari rumah.
Solat Tahajud memang ajaib. Hanya mereka yang mengamalkannya sahaja yang tahu. Begitulah istimewanya solat Tahajud sehingga mampu membuatkan seorang wanita ini pergi ke Makkah tujuh tahun berturut-turut. Sesungguhnya wanita ini insan yang terpilih sehingga mampu menjadi tetamu Allah setiap tahun.
Ikuti perkongsian Hajjah Rohana Saad bercerita tentang ajaibnya solat Tahajud yang dijadikannya sebagai rutin harian.
Astaghfirullah Hal Adziim.. sebelum saya bercerita kisah benar ini berkenaan keajaiban solat Tahajud, saya beristighfar terlebih dahulu agar di ampunkan dosa-dosa saya bercerita hal ini.. saya benar-benar ingin memberi perangsang pada anda untuk yakin sebenar-benar yakin akan kekuasaan ALLAH SWT, saya bukan nak riak. Semoga ALLAH mengampuni dosa-dosa saya.
Pada usia saya mencapai 50 tahun, saya ingin benar bersolat depan Kaabah. Waktu itu, saya telah lama tidak bekerja..saya pencen perkhidmatan awam di umur genap 40 tahun. Saya hanya bergantung pada suami dan anak sulung segala perbelanjaan kehidupan. Amat mustahil dalam kemelesetan ekonomi tahun 2011 saya dapat menjejak kaki ke Tanah Suci. Tambahan masalah lagi anak bungsu saya masih bersekolah dan amat payah untuk meninggalkan beliau untuk mengurus diri ke sekolah selama dua minggu semasa ketiadaan saya. Namun sebagai satu usaha saya lazimkan diri berdoa dengan bersungguh waktu solat Tahajud.
SELALU SOLAT TAHAJJUD
Suatu pagi.. selepas saya bertahajud kira-kira jam 4 pagi, saya berdoa dengan airmata mohon agar ALLAH permudahkan saya ke Tanah Suci. Selepas berdoa, dengan airmata yang masih ada saya terlena di atas sejadah. Dalam masa saya terlena tersebut saya bermimpi arwah ibu memandang saya tetapi macam berkata “Cikna pergilah dalam bulan September dan bulan November”..
Saya terjaga dari tidur apabila terdengar azan subuh berkumandang. Saya terus melihat kalander rupanya cuti Hari Raya puasa jatuh sama dengan cuti sekolah selama 12 hari dibulan September tahun 2011 tersebut. Tapi saya pelik jugak kenapa arwah sebut juga bulan November? Saya maklumkan pada anak sulung mimpi tarikh tersebut dan beliau terus menempah tempat untuk saya ke Tanah Suci bulan September kerana di masa yang sama ALLAH murahkan rezeki buat keluarga saya.
JEJAK KAKI KE MAKKAH TUJUH TAHUN BERTURUT-TURUT
Buat pengetahuan anda semua, ALLAH telah menjemput saya menjadi tetamuNYA bukan saja tahun 2011 tapi juga 2012, 2013, 2014, 2015, 2016 (Haji) dan 2017.. Rupanya bulan November tu maksudnya termasuk pergi haji. Masa tahun 2016 musim hajinya bulan November. Alhamdulillah. ALLAH telah menyediakan ruang pertolongan yang begitu luas. Pada setiap malam ALLAH membuka pintu seluas-luasnya supaya hamba-hambaNya yang bangkit menadah dua tangan berdoa dan meminta kepadaNya.
Abu Hurairah ra meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Tuhan kita, Maha Suci dan Maha Mulia KedudukanNya, pada setiap malam turun ke langit dunia yang paling rendah sekali di sepertiga akhir malam lalu menyeru: Adakah terdapat sesiapa yang berdoa kepadaKu nescaya Aku kabulkan? Adakah sesiapa yang meminta kepadaKu nescaya aku perkenankan? Adakah terdapat sesiapa yang memohon ampun dariku nescaya Aku ampunkan?” (HR Muslim)
Ayuh kita jadikan solat Tahajud sebagai salah satu amalan dalam kehidupan harian kita. Solat Tahajud juga merupakan salah satu terapi jiwa yang paling berkesan selain sebagai satu wadah untuk mendekatkan diri kepada Allah.
Ajal itu pasti datang. Tepat pada masanya. Dan kita semua tak terkecuali.
Jadikanlah kematian kita satu destinasi yang kita tak sabar untuk bertemu dengan Rabb kita.
Jadikanlah kehidupan kita memberi manfaat kepada orang lain. Moga manfaat itu menjadi saham di akhirat kita. Pahala yang hidup. Ibarat tak perlu bekerja tapi saham pahala terus mengalir.
Siapkan bekal kita pulang.
Abam meninggal ketika tidur. Difahamkan ashraf sinclair juga meninggal waktu tidur.
Apa jaminan kita akan hidup bila kita tidur?
Tiada.
Bila hidup kita merasa berat membuat ibadah sunat, tidak mengapa. Tapi jangan tinggalkan ibadah yang wajib. Paksakan diri untuk buat yang wajib.
Jangan tinggal solat 5 waktu. Jangan tinggal puasa tanpa uzur. Jangan tidak membayar zakat. Tutup aurat. Elakkan diri membuat dosa. Cepat-cepat bertaubat ketika melakukan dosa.
Jangan kita lalai mencari rezeki sehingga meninggalkan solat. Rezeki kita sudah dijamin, syurga kita yang belum dijamin. Perbaiki ibadah yang membawa kita ke syurga.
Imam al-Ghazali berpesan: “Carilah hatimu di tiga tempat. Temui hatimu sewaktu bangun membaca al-Quran. Tetapi jika tidak kau temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat. Jika tidak kau temui juga, carilah hatimu ketika duduk tafakur mengingati mati. Jika kau tidak temui juga, maka berdoalah kepada Allah, pinta hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati.”
Jadikan kematian itu sebagai peringatan dan hidayah. Andai masih tidak mahu berubah ke arah kebaikan, maka dengan cara apa lagi mahu Allah beri hidayah?
Doa Rasulullah saw yang paling banyak adalah: “Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku di atas agama-Mu.” Riwayat Imam Ahmad dan al-Tirmizi
Andai terdapat sedikit kebaikan dalam post ini, mohon doakan semoga kebaikan itu dapat membawa kita ke syurga di sisi Allah bersama-sama. Aamiin.
Ya Allah, akhirkan kami dengan husnul khotimah.
Sumber kredit: Ahmid Shazwan via Tazkirah Permata Ilmu
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Hanya bergelar suri rumah sepenuh masa, tetapi hijabi muda ini berjaya meraih pendapatan bulanan sekitar lima angka apabila menjadi Personal Shopper (PS). Bukan produk makanan atau kosmetik ataupun kecantikan tetapi lebih selesa untuk menjadi peniaga secara online kepada telekung jenama Siti Khadijah (SK). Hampir lima tahun menjadi PS telekung ini, Nurfateha Hussen boleh tersenyum bangga apabila kerjayanya dihargai pemilik SK sendiri.
Bagi Norfateha, 28 tahun yang duduk di Shah Alam dia mula menjadi PS sejak tahun 2014 lagi dengan menjual barangan pakaian Muslimah. Lepas setahun cari pengalaman, dia kemudiannya mengambil keputusan untuk menjual telekung SK ini sejak 2015.
Selepas lahirkan anak kembar, ambil keputusan bergelar Personal Shopper.
Kriteria tertentu jadi PS telekung SK
“Sebelum itu memang saya menjual pakaian butik Muslimah sebelum saya dipilih untuk menjual telekung SK. Memang pihak pengurusan memilih kriteria tertentu untuk menjadi PS rasmi mereka dan termasuk saya hanya ada 5 orang sahaja.
“Kriteria utama pemilihan untuk menjadi PS khas mereka adalah kita punya konsistentasi dalam mengambil order, cara kita layan customer yang kita tahu pelbagai ragam,” ujar Nurfateha yang mula terfikir untuk menjadi PS setelah melahirkan anak kembarnya.
Menurutnya sebelum itu dia menjaga anak kembarnya dan apabila keduanya sudah putus susu dan sudah besar sedikit, dia mula memikirkan apa perkara baru mahu dibuat ketika itu.
“Kebetulan pula tempat tinggal saya di sekitar Seksyen 7 Shah Alam memang banyak butik Muslimah yang tumbuh bagai cendawan lepas hujan. Dari situ saya terfikir untuk ambil order daripada mereka yang tidak berkesempatan membeli barangan dihajati.
“Daripada ambil order di butik Muslimah dan lepas setahun barulah saya jadi Personal Shopper sepenuh masa untuk telekung SK ini. Alhamdulillah sudah lima tahun bekerja sebagai PS kepada SK dan pendapatan boleh mencecah RM5,000 sebulan.
“Kalau ada jualan sale terutama di musim perayaan atau bulan tertentu, insya-Allah pendapatan akan bertambah. Kalau bulan biasa bolehlah cecah pendapat sekitar RM2,000 hingga RM3,000 sebulan. Bergantung pada kerajinan ambil order dan lagi banyak tempahan dibuat, pendapatan juga akan menjadi berganda,” jelasnya lagi.
Ketika ditanya apa tip tertentu bagi PS seperti dirinya yang boleh memperoleh pendapatan lumayan dalam masa singkat, Nurfateha tidak lokek berkongsi rahsianya.
“Bagi saya perkara utama bagi PS ini adalah perlu sabar. Ini kerana kita layan customer dengan pelbagai kerenah dan soalan yang diajukan melalui pesanan WhatsApp.
“Walau kita marah sekalipun dengan sikap mereka, tetapi perlu jawab dengan baik dan sopan. Sebagai PS kita kena tanam kepercayaan mereka pada kita. Kalau kita dapat trust mereka, insya-Allah jika ada apa-apa promosi mereka akan tetap beli dan guna khidmat PS kita.
“Tip lain, kita juga perlu bijak promote khidmat PS kita pada orang lain. Cara kita nak yakinkan orang yang kita ini sebagai PS jalankan servis bagus. Maksudnya kita bukan scammer terutama dalam urusan pos barang, pickup barang dan sebagainya.
“Begitu juga cara kita ambil oder, penjelasan tentang produk yang kita jual sebab customer tak nampak apa yang kita jual. Mereka hanya melihat dalam sosial media tetapi tak dapat nak rasa produk yang kita jual. Jadi tugas kita beritahu in detailing produk berkenaan,” tambah Nurfateha lagi yang membuat penghantaran barang secara pos dan hanya self pickup di rumahnya sahaja.
Paling penting sabar dan layan customer sebaiknya.
Menurut Nurfateha juga sepanjang lima tahun bergelar PS SK, memang tidak sukar untuk menjual telekung jenama ini pada pengguna.
“Bagi saya, telekung SK ini sekali orang pakai mereka akan rasa itu telekung solat paling the best daripada apa yang mereka pakai sebelum ini. Rekaannya yang cantik, kemas, material fabrik yang kita mahu tidak lusuh, panas dan sangat selesa dibuat sembahyang.
“Lagi satu SK ini orang lihat jenama dia besar dan takut untuk belinya sebab nampak mahal. Jadi medium PS ini sangat bagus sebab mereka boleh tanya lebih detail. Pengguna tidak segan nak tanya apa yang mereka nak tahu tentang produk ini. Kita kena faham produk ini sebelum terangkan pada mereka.
“Sebenarnya sebagai PS ada juga kita berdepan dugaan bila ada kalangan pembeli tidak buat bayaran setelar buat tempahan. Tetapi kebanaykan PS sekarang ambil full payment dulu sebelum mendapatkan barangan berkenaan.
Koleksi ternary termasuk baju ‘ready to weer’ turut di peraga malam itu.
“Dan cabaran lain pula kita kena tanam trust orang untuk beli produk yang kita jual itu. Maklumlah kebanyakan pembeli online sekarang takut kena scam jadi kita kena yakin pengguna bahawa kita adalah PS yang betul,” katanya yang tidak sangka akan dipilih menerima Anugerah Pembeli Peribadi Sedekad Siti Khadijah dalam kalangan PS yang ada.
Anugerah beri semangat
Malah anugerah diraih ini juga turut memberi semangat kepadanya untuk bekerja lebih keras menjual SK demi menjana keuntungan berlipat ganda dalam membantu kewangan keluarga.
Nurfateha ditemui ketika majlis Makan Makan Gala Siti Khadijah di Putrajaya baru-baru ini. Majlis ini bersempena sambutan ulangtahun yang ke 10 jenama tekekung ini di pasaran. Perjalanan sedekad yang membawa tema Sedekad Kesetiaan bagi meraikan seluruh kakitangan Siti Khadijah di Malaysia dan Indonesia sebagai menghargai dedikasi mereka dalam menjayakan empayar Siti Khadijah.
Sebahagian pekerja cemerlag empayar telekung Siti Khadijah.
Dalam ucapannya, Puan Padzilah Enda Sulaiman, yang merupakan pengasa Siti Khadijah mengimbau perjalanannya 10 tahun lalu dengan hanya menghasilkan 200 pasang telekung pertama, kini syarikatnya mampu memproduksi sehingga 2,000 helai sehari.
Dalam majlis berkenaan, SK turut memberi penghargaan kepada pekerja cemerlang lain selain persembahan artis Aman Ra, Jay Jay dan Nora.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Kris Dayanti baru sahaja menyambut hari lahirnya yang ke-50 dalam sebuah pesta glamor, KD Fifty.
Dihadiri oleh keluarga dan rakan-rakan, majlis ini memberi peluang kepada...