Bagi Sarah Gamal, menjadi pengadil bola keranjang yang memakai hijab pertama yang mengambil bahagian dalam Sukan Olimpik memberi impak yang sangat bermakna walaupun berada jauh di luar gelanggang.
Sarah akan membuat sejarahnya sendiri. Ketika dia mengambil alih gelanggang di Tokyo, dia akan menjadi pengadil bola keranjang Olimpik pertama yang melakukannya dengan memakai hijab.
Dia mencipta kejayaannya ke peringkat teratas dalam sukan ini ketika Persekutuan Bola Keranjang Antarabangsa mengubah peraturan mengenai penutup kepala pada tahun 2017 dengan membuang larangan mengenakan tudung.
Wanita berusia 32 tahun itu telah merasmikan beberapa kejohanan antarabangsa sejak itu, tetapi Olimpiknya mempunyai kepentingannya yang tersendiri apatah lagi ketika dia berusaha untuk mengikut jejak pengadil lain yang bertudung.
Ads
“Syukurlah, banyak pengadil yang memakai hijab yang mempunyai keraguan untuk meneruskan karier mereka kini tidak lagi rasa gusar,” kata Sarah kepada ABC News.
Image processed by CodeCarvings Piczard ### FREE Community Edition ### on 2021-04-26 19:27:49Z | |
“Pada masa lalu, banyak yang berpendapat mereka tidak akan pernah dapat mengendalikan permainan antarabangsa dan karier mereka hanya akan terbatas dalam pada pertandingan tempatan.”
“Tetapi kini saya gembira dapat memainkan peranan dan melakukan perbezaan,” tambahnya.
Ads
“Pengadil yang bertudung sekarang memiliki setiap alasan untuk mempercayai bahawa mereka dapat membawa karier mereka ke peringkat antarabangsa. Banyak yang memberitahu saya bahawa mereka terinspirasi dengan kejayaan saya.”
Ads
Sarah yang dilahirkan di kota Alexandria di Mediterranean mula bermain bola keranjang pada usia 5 tahun sebelum menjadi pengadil ketika berusia 15 tahun.
Walaupun bekerja sebagai jurutera awam di bandar kedua terbesar di Mesir, Sarah menggambarkan bola keranjang sebagai sebahagian penting dalam hidupnya.
“Tampil di Olimpik ini adalah impian dan ia tidak akan berakhir di sini. Saya mahu mengambil bahagian dalam lebih banyak Sukan Olimpik dan kejuaraan dunia,” katanya.
Sunscreen wuduk sering menjadi persoalan dalam kalangan Muslimah yang menjaga penampilan dan dalam masa sama mahu memastikan ibadah dilakukan dengan sempurna. Cuci sunscreen guna air tak cukup untuk wuduk? Pakar jelas beza skincare dan kosmetik supaya orang ramai tidak terus keliru tentang rutin pembersihan wajah yang betul.
Isu ini nampak remeh, namun hakikatnya ia boleh memberi kesan kepada kesempurnaan ibadah harian seorang Muslimah. Ramai beranggapan cukup sekadar membilas muka dengan air sebelum mengambil wuduk, walaupun sebelumnya memakai foundation, cushion atau sunscreen.
Malah ada juga yang percaya produk tertentu “mesra wuduk” walaupun tidak dicuci dengan sempurna. Di sinilah pentingnya memahami asas perbezaan antara skincare dan kosmetik supaya tidak tersalah langkah dalam rutin pembersihan wajah.
Dalam konteks sunscreen wuduk, persoalan utama ialah sama ada lapisan produk tersebut menghalang air daripada sampai ke kulit. Dalam wuduk, air mesti mengenai kulit secara langsung tanpa sebarang penghalang yang kalis air.
Jika sesuatu produk membentuk lapisan yang tidak larut air, sekadar bilasan biasa mungkin tidak mencukupi. Justeru, memahami sifat dan formulasi sesuatu produk menjadi kunci utama sebelum mengambil wuduk.
Perkongsian oleh Profesor Dr. Siti Hamidah di Facebook menjelaskan perbezaan ini dari sudut formulasi sains yang mudah difahami.
Menurut beliau, semua orang perlu tahu beza antara “skincare” dan “kosmetik”, termasuk lelaki supaya boleh berkongsi maklumat yang tepat dengan pasangan masing-masing.
Skincare ialah produk penjagaan kulit yang lazimnya tidak berwarna seperti:
Dari sudut teknikal, kebanyakan skincare bersifat oil-in-water. Formulasi ini lebih mudah dibersihkan dan boleh ditanggalkan dengan air yang banyak.
Sebagai contoh, jika seseorang hanya memakai serum sebelum tidur dan bangun untuk solat malam, memadai membasuh wajah dengan air sebelum mengambil wuduk kerana ia tidak membentuk lapisan kalis air yang tebal.
Kosmetik pula biasanya mempunyai warna dan digunakan untuk tujuan mekap seperti:
Kosmetik bersifat water-in-oil, iaitu formulasi yang tidak mudah larut dalam air. Dalam proses pembuatannya, terdapat bahan pewarna (colorant) yang sangat likat dan melekat, seumpama cat minyak. Disebabkan sifatnya yang pekat dan tidak larut air, ia sukar dibersihkan hanya dengan bilasan biasa.
Menariknya, sunscreen juga termasuk dalam kategori kosmetik walaupun tidak berwarna. Ini kerana sunscreen merupakan antara produk paling kompleks dan kebanyakannya tidak larut air, terutama yang berlabel water resistant atau waterproof.
Dalam perbincangan tentang sunscreen wuduk, perkara paling penting ialah cara membersihkannya. Menurut penjelasan Profesor Dr. Siti Hamidah, semua produk water-in-oil iaitu kosmetik mesti dicuci menggunakan cleanser atau makeup remover. Air sahaja tidak mencukupi untuk melarutkan lapisan tersebut.
Jika lapisan kosmetik masih melekat dan menghalang air sampai ke kulit, ia boleh menimbulkan keraguan dari sudut kesempurnaan wuduk. Justeru, langkah paling selamat ialah melakukan pembersihan yang sempurna terlebih dahulu sebelum mengambil wuduk.
Beliau turut mengingatkan agar berhati-hati dengan dakwaan bahawa foundation tidak perlu dicuci dengan cleanser kerana perkara ini boleh melibatkan soal ibadah.
Profesor Dr. Siti Hamidah merupakan pemegang PhD dalam Kejuruteraan Kimia (berkaitan nano emulsion) dari Loughborough University pada tahun 2008. Penjelasan beliau membuka mata ramai bahawa memahami formulasi produk bukan sekadar ilmu kecantikan, tetapi juga penting untuk memastikan rutin pembersihan wajah dilakukan dengan betul.
Dalam isu sunscreen wuduk, pengetahuan asas tentang sains formulasi membantu kita membuat keputusan yang lebih tepat dan berhati-hati.
Sebagai hijabi, menjaga penampilan itu digalakkan. Namun memastikan air wuduk benar-benar sampai ke kulit adalah lebih utama. Isu sunscreen wuduk bukan sekadar tentang kecantikan, tetapi tentang keyakinan dalam beribadah.
Jadi selepas ini, jangan hanya bilas dengan air jika memakai sunscreen atau mekap — bersihkan dengan sempurna menggunakan cleanser yang sesuai supaya ibadah lebih yakin, sah dan tenang.
Siapa tidak mengenali pengacara dan pelakon Dahlia Eleanor Iking atau lebih sinonim dengan nama Daphne Iking. Cuba untuk menjadi seorang mualaf baru yang betul-betul mendalami Islam dan kekal istiqomah. Salah satu caranya adalah dengan meninggalkan whatsapp group yang menurutnya tidak memberi faedah.
Figura ini sering menjadi pengacara di majlis pelancaran hijab dan majlis rasmi yang lain. Malah umum pastinya keliru dengan penampilan dan anutan beliau.
Berbicara secara dekat bersama Daphne membuat admin tertarik ingin tahu lebih dekat pendekatannya mengenai Islam dan cara beliau menguruskan diri sebagai seorang saudara baru. Juga bagaimana cara didikan beliau terhadap dua anaknya, Putera Iman 4 dan Puteri Isabell ketika di bulan Ramadan lalu.
Mula mendekati agama dengan mengikut kelas usrah dan mendalami Al Quran. Dengan pengalaman yang dilaluinya beliau merasakan cara menyampaikan agama Islam yang agak kasar tidak akan terkesan di hati bagi mereka yang baru menganut agama suci ini dan ia adalah pandangan peribadi Daphne.
Kristian adalah agama anutannya sebelum memeluki Islam dan mendalami Al Quran. Daphne juga pernah mendalami kitab bible dan seronok serta teruja untuk mendalami Al Quran kerana kedua-duanya mempunyai persamaan.
Setiap kali beliau mendalami baris ayat serta maksud Al Quran dan jika ada sesuatu berlaku yang memberi pengajaran untuknya, Daphne akan terus mendalami kita suci ini.
Pengajaran dari Surah An Nisa sendiri, kita tidak boleh ada private conversation dan mengatakan hal orang lain. Lalu Daphne mengambil keputusan untuk mengundurkan diri dari beberapa kumpulan whatsapp selain mendiamkan diri.
Ini adalah bagi mengelak dirinya dari terjerumus dan merosakkan ibadahnya. Melainkan kumpulan whatsapp yang disertainya itu bertujuan untuk charity, kebaikan dan menyatukan ummah.
Seringkali muncul di majlis-majlis pelancaran tudung berjenama terkenal seperti Duck Scarves dan Nealofar Hijab, seringkali juga soalan yang sama diajukan kepadanya. Daphne bila mahu berhijab? Jawapannya, “Ya umum tahu saya telah memeluk Islam dan sering muncul majlis seperti ini, bukan tidak bersedia lagi meskipun koleksi hijab penuh dua laci”.
“Satu lagi nasihat paling melekat di minda saya, apabila ustazah saya memberi teguran, sempurnakan solat dahulu insyallah perasaan untuk berhijab akan datang dengan semulajadi.” Kongsi Daphne ketika ditemui ketika majlis pelancaran Doily Duck baru-baru ini.
Mempunyai pelbagai koleksi dari pelbagai jenama seperti Duck, Cakenis, Nealofar dan pelbagai lagi, beliau tidak meletakkan standard dan gaya untuk berhijab. Sebagai pengacara non hijab wear adalah salah satu hint atau petunjuk untuk Daphne berhijab satu hari nanti, Insya-Allah.
Bagi Daphne mendidik anak untuk bermula puasa tidak menjadi masalah baginya kerana suami sentiasa memberi dorongan dan tunjuk ajar. Belajar berpuasa sejak zaman di USM, “Memandangkan saya mempunyai rakan Melayu jadi tiada masalah untuk saya berpuasa”.
Beliau mula berpuasa sebagai Islam 8 tahun lalu, Daphane dan anak perempuannya Isabell yang kini berusia 11 tahun tidak menjadi masalah baginya. Namun lain pula ceritanya bagi anak lelaki beliau, Iman yang berusia 4 tahun.
Iman mempunyai semangat untuk berpuasa seperti Ibu dan ayah serta kakaknya. Rajin bangun sahur akan tetapi Iman tidak tahu lagi konsep puasa yang sebenar. Puasa yang pertama adalah yang paling bermakna buat beliau kerana masa berkumpul bersama keluarga amat berharga baginya.
Seperti muslim yang lain Daphne juga digalakkan oleh suami untuk mengerjakan terawih bersama. Beliau akui masih kurang pengetahuan mengenai Islam, terutama mengenai solat sunat mahupun solat wajib, tetapi suami mendorong untuk mengikuti apa yang dilakukan oleh jemaah lain, sedangkan Daphne hanya hafal surah Al-Fatihah.
Beliau sedar banyak lagi kekurangan yang perlu diperbaiki, namun sebagai mualaf Daphne berharap orang di sekeliling memahami dan memberi dorongan serta teguran secara kasih sayang. Bercerita mengenai pengalamannya berterawih yang lalu, beliau rasa tersinggung dengan teguran seorang jemaah lain mengenai penampilannya.
Daphne akui ketika itu beliau tidak sempurna dan memakai pengilat kuku. Salah seorang jemaah terlihat lalu menegur secara kasar, “Ini tak sah, sembahyang tak sah ini”. Dengan nada penekanan dan sedikit kasar ketika itu saya begitu tersinggung dengan teguran itu”. Ada juga teguran lain yang mengguris hati saya sebagai saudara Islam yang baru menganut agama Islam.
Dengan perasaan berbaur sedih dan protes saya bercerita kepada suami. Mujur suami seorang yang positif, memujuk agar jangan tersinggung dengan perbuatan mereka. Bagi Daphane tidak salah menegur, tetapi harus dibuat dengan nada kasih sayang dan lembut bukan secara kasar.
Raya bagi Daphne untuk dia berehat dari sebarang aktiviti. Sepanjang raya selalunya tiada aktiviti yang memenatkan, cukaplah sahaja dengan berehat bersama keluarga atau bercuti bersama rakan terdekat.
Destinasi percutian selalunya jarang dirancang seawalnya kerana dia dan suami suka membuat keputusan saat akhir. Walau bagaimanapun persediaan wajib beraya tetap disediakan seawalnya.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Aurat wanita adalah seluruh anggota tubuhnya kecuali wajah dan dua telapak tangannya. Leherdan rambutnya adalah aurat di hadapan lelaki ajnabi (bukan mahram) walaupun sehelai.
Pendek kata, dari hujung rambut sampai hujung kaki kecuali wajah dan dua telapak tangan adalah aurat yang wajib ditutup.
Hal ini berlandaskan firman Allah Subhanahu wa Ta’ala,
“Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak darinya.” [TMQ An-Nur (24):31].
Namun bagaimana pula situasi apabila seorang wanita baru menyedari yang rambutnya terkeluar ketika sedang solat atau selepas solat? Persoalannya sah atau tidak solat yang dilakukan?
SOALAN:
Adakah kena ulang semula kalau orang perempuan tidak sedar rambutnya terkeluar dari tudung ketika dia solat dan selepas solat baru sedar?
JAWAPAN:
Jika rambut itu terkeluar ketika dalam solat sebelum salam maka solatnya batal dan jika sudah terkeluar sebelum lagi dia memulakan solat maka solatnya tidak sah dan wajib atas kedua masalah ini mengulangi akan solat tersebut.
Jika dia yakin rambut tersebut terkeluar selepas memberi salam maka solatnya sah tidak perlu diulangi.
Tersebut pada kitab Hasyiah Syarwani : قول المتن: (ما سوى الوجه والكفين) أي حتى شعر رأسها وباطن قدميها ويكفي ستره بالأرض في حال الوقوف فإن ظهر منه شئ عند سجودها أو ظهر عقبها عند ركوعها أو سجودها بطلت صلاتها
Maksudnya: “Dan aurat perempuan itu semua anggota selain muka dan dua pergelangan tangan sehingga rambut kepalanya dan dua tapak kakinya dan memadai dua tapak kaki itu tertutup dengan lantai ketika berdiri. Maka jika terbuka suatu dari auratnya ketika sujudnya atau terbuka tumitnya ketika rukuknya atau sujudnya nescaya batal solatnya.”
Dan tersebut pada kitab Mughni Ibnu Qudamah:
وقال الشافعي تبطل لانه حكم تعلق بالعورة فاستوى قليله وكثيره كالنظرة
Maksudnya: “Dan telah berkata Imam Syafie batal solatnya (sebab terbuka aurat) kerana bahawasanya hukum yang berkait dengan aurat adalah bersamaan samada sedikit atau banyaknya seperti hukum memandangnya.”
TIP MEMASTIKAN RAMBUT TIDAK TERKELUAR KETIKA SOLAT:
2. Pakai serkup kepala yang selesa, tidak terlalu ketat dan tidak terlalu longgar. Serkup kepala yang terlalu ketat akan membuatkan anda kurang selesa manakala serkup yang longgar akan membuatkan rambut mudah terkeluar.
3. Jika solat bersama rakan, minta rakan lihat jika ada rambut yang terkeluar dari anak tudung atau serkup.
4. Jika berambut panjang, ikat rambut dengan kemas bagi mengelakkan ada rambut yang terkeluar ketika solat.