Debaran menanti hari bahagia, sebuah majlis khatam quran telah diadakan bagi meraikan pelakon dan pengacara terkenal iaitu Mira Filzah, 27 dan juga adiknya, Aina Fadhilah,25 yang bakal bergelar isteri tidak lama lagi.
Pendakwah terkemuka, Asni Mansor yang turut berada di situ telah berkongsi detik-detik indah di majlis tersebut melalui instastory di laman sosialnya. Mira juga dilihat berada dalam keadaan sebak dan turut menitiskan air matanya ketika marhaban sedang dilagukan.
Manis mengenakan rona merah jambu bersama adik tersayang, majlis tersebut dihadiri oleh ahli keluarga serta kenalan rapat termasuklah kakak sulungnya, Ain Farhanah yang sebelum ini menetap di New York.
Difahamkan, Aina akan bernikah terlebih dahulu sebelum Mira yang dijangka bakal bergelar isteri kepada Wan Emir Astar pada bulan Oktober ini. Pasti satu Malaysia tak sabar untuk menantikan majlis Mira! Moga yang baik-baik sahaja untuk adik-beradik ini. Amin.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Tahun ini jenama fesyen terkenal tanah air, LEEYANARAHMAN menampilkan koleksi eksklusifnya sempena lebaran 2025 dengan cara tersendiri. Dengan kapasiti besar, LEEYANARAHMAN memilih Stadium Merdeka sebagai ‘gelanggang’ pertunjukan fesyen bagi koleksi istimewanya itu.
Lebih menarik lagi, buat pertama kalinya LEEYANARAHMAN memilih radio nombor satu di Malaysia, ERA sebagai rakan kolaborasi bagi mempersembahkan pertunjukan fesyen eksklusif Lebaran ERA x LEEYANARAHMAN di Stadium Merdeka.
Pertunjukan fesyen ini mempamerkan koleksi pakaian lelaki, wanita serta tudung eksklusif sempena Aidilfitri 2025.
Dengan pilihan warna lembut dan pastel, koleksi ini menyerlahkan gaya elegan yang sesuai untuk semua golongan.
Pengurus Jenama ERA, Azah Sahrin, menzahirkan keterujaannya atas kolaborasi ini.
“Kami amat berbesar hati kerana LEEYANARAHMAN memilih ERA untuk melancarkan koleksi pakaian terbaharunya. Kerjasama ini luar biasa kerana LEEYANARAHMAN memiliki peminat setia yang sentiasa menyokong produk Bumiputera.
“Kami juga berbangga dapat mengetengahkan barisan penyampai ERA seperti Azad Jasmin, Fazziq, Syazwan, dan Safee Sali untuk memperagakan koleksi ini di runway. Ini merupakan simbol sokongan penuh kami terhadap industri fesyen tempatan.”
Jenama LEEYANARAHMAN yang diasaskan pada 2012 terus menjadi pilihan ramai menerusi inovasi dalam fesyen dan harga mampu milik. Ratusan koleksinya boleh didapati melalui laman sesawang rasmi serta butik utama di Bangi, Selangor.
“Umum mengetahui, koleksi LEEYANARAHMAN sentiasa menepati cita rasa pelbagai lapisan masyarakat. ERA amat teruja untuk memperluaskan kerjasama ini di masa hadapan demi memperkasakan hubungan dagang antara kedua-dua pihak,” tambah Azah Sahrin.
Pertunjukan fesyen ini diserikan dengan persembahan memukau daripada DOLLA, Ismail Izzani dan DJ Mia.
Untuk info, LEEYANARAHMAN diasaskan oleh pasangan suami isteri, Nur Liyana Abdul Rahman dan Muhamad Hafiz Abdul Hamid.
Memiliki sebuah empayar perniagaan pada usia yang masih muda bukan menjadi satu halangan kepada mereka untuk terus menempa kejayaan.
Kerja keras Nur Liyana yang merupakan ibu kepada dua cahaya mata ini cetus inspirasi. 12 tahun bina empayar LEEYANARAHMAN, bisnes mereka turut berkembang menghasilkan pelbagai produk lain. Antaranya busana lelaki dan produk kosmetik.
Moga segala perancangan Nur Liyana dan Hafiz dipermudahkan serta mampu menyuntik inspirasi kepada golongan muda untuk melakar kejayaan sama kelak.
Minggu lalu telah berlangsung majlis pernikahan anak pasangan dua jutawan terkemuka negara, SM Faliq yang merupakan waris kumpulan Naza Group dan juga pasangannya, Chryseis yang merupakan anak kepada jutawan, Tan Sri Vincent Tan dari Berjaya Group. Walaupun sudah lima hari berlalu, keindahan dan keunikan majlis pernikahan ini masih lagi menjadi bualan netizen. Malah pasangan ini juga menjadi carian tertinggi di google sejak umum mengetahui berita pernikahan mereka.
Majlis ini menarik perhatian ramai kerana pertembungan dua budaya yang disatukan dalam majlis penuh eksklusif. Pasangan sama cantik sama padan ini menggayakan persalinan serba putih yang menyerlahkan lagi seri pengantin baru. Berlangsung dalam suasana cukup harmoni yang menyaksikan pertembungan keluarga dari dua budaya berbeza.
Pada majlis penuh bersejarah itu, Chryseis nampak anggun berbusana kurung moden rekaan pereka dari Indonesia, Yefta Gunawan dengan layah putih yang hanya disangkut cantik pada sanggul tinggi. Manakala pasangannya cukup tampan dengan persalinan baju Melayu cekak musang dengan samping dan songkok.
Bukan mereka sahaja mengenakan pakaian kebangsaan, tetapi keluarga kedua belah pihak juga tidak ketinggalan sedondon menggayakan persalinan baju Melayu rona yang sama di majlis berkenaan.
Majlis bertemakan ‘English Garden Wedding’ di langsungkan dalam majlis tertutup di sebuah resort peranginan di The Chateau Spa & Organic Wellness Resort, Bukit TInggi. Menariknya majlis pernikahan ini dihias begitu indah dengan kehadiran bunga mawar merah jambu dan putih tanda cinta yang termeterai antara dua hati.
Apa yang lagi menarik diperkatakan di majlis ini menurut laporan dari Astro Awani, adalah apabila ayah kepada pengantin perempuan, Pengasas Berjaya Group, Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun turut berpantun mengikut lenggok yang sangat beralun.
Seorang yang dikenali dan disegani, Tan Sri Vincent Tan tidak terlepas untuk menunjukkan kepakarannya berpantun kepada kepada pihak lelaki.
Menerusi satu video yang dimuat naik di ‘insta story’ laman sosial Instagram milik syarikat pengurusan acara @laskarsonas, video menunjukkan kepetahan luar biasa yang ditonjolkan Tan Sri Vincent Tan berbalas pantun kepada pihak lelaki yang diwakili oleh SM Faisal SM Nasimuddin.
Video itu meraih perhatian dan sorakan dari tetamu yang hadir di majlis tertutup berkenaan.
Mengimbau memori lalu, anak jutawan terkenal Tan Sri Vincent Tan ini telah dilamar oleh usahawan, SM Faliq SM Nasimuddin, 33 tahun. Faliq merupakan anak lelaki kepada Allahyarham Tan Sri SM Nasimuddin SM Amin melamar Chryseis Tan, 29 tahun, ketika mereka berdua bercuti di Marrakesh. Keduanya kemudian mengikat tali pertunangan sebelum diijabkabul Jumaat lalu.
Masih belum terlambat untuk Hijabista mengucapkan selamat pengantin baru kepada kedua mempelai. Semoga ikatan yang terjalin antara gergasi dunia korporat ini kekal kukuh dan mereka berdua bahagia hingga jannah.
SUMBER FOTO: INSTAGRAM
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Elisabeth Clara Shinta Aritonang atau lebih dikenali sebagai Clara Shinta merupakan selebriti media sosial yang kini sedang mencuri tumpuan ramai.
Wanita kelahiran Medan, Sumatera Utara ini bukan sahaja terkenal dengan content inspirasinya di TikTok dan Instagram bahkan juga personalitinya yang merendah diri.
Lulusan ijazah undang-undang ini turut bergelar usahawan di mana dia terlibat dalam aktiviti mengeksport ikan. Perniagaannya berkembang sehingga ke Filipina dan Amerika Syarikat.
Clara Shinta berjaya membuktikan wanita mampu berjaya dalam pelbagai bidang.
Di tengah kesibukannya sebagai usahawan dan content creator, Clara Shinta tetap memancarkan pesonanya menerusi gaya tudung dan solekan yang sentiasa memukau.
Berikut inspirasi gaya tudung dan solekan Clara Shinta yang boleh menjadi inspirasi para hijabi untuk tampil lebih yakin.
Selendang Hitam & Solekan Elegan
Clara Shinta sering berkongsi foto aktiviti sehariannya di Instagram. Dalam salah satu perkongsiannya, Clara Shinta kelihatan menarik dengan selendang hitam labuh digabungkan dengan outfit bernuansa silver.
Solekan sempurnanya menyerlahkan lagi kecantikan semula jadi Clara Shinta. Bagi melengkapkan penampilan, Clara Shinta memakai beg sandang.
Tudung Bawal & Pembayang Mata Berkilauan
Penampilan Clara Shinta ini cukup menarik dengan tudung bawal berwarna cerah. Sentuhan pembayang mata memberikan kesan kilauan yang sempurna pada solekannya.
Outfit dengan tudung bawal yang ringkas, Clara Shinta kelihatan memukau dalam foto yang dikongsinya. Solekan glowing menyempurnakan lagi penampilan Clara Shinta.
Solekan flashproof yang digunakan membuatkan wajahnya kelihatan flawless.
Tudung & Solekan Glowing Raih Pujian
Kapsyen berbunyi “Semakin ikhlas, semakin tenang” membuatkan ramai pengikut memuji Clara Shinta.
Mereka menyifatkan penampilannya sangat cool dan menenangkan.
Anggun Dalam Setiap Gaya Tudung Ketika OOTD
Bentuk wajah Clara Shinta membuatkan dia sentiasa kelihatan sesuai untuk pelbagai gaya tudung.
Gaya tudungnya yang ringkas digabungkan dengan solekan lembut mencipta kesan elegan.
Dipuji Irish Bella
Penampilan Clara Shinta yang memakai outfit berwarna silver meraih perhatian selebriti terkenal Irish Bella yang memberi komen, “Memang cantik”
Clara kelihatan begitu berseri dengan solekan berkilau yang menyerlahkan raut wajahnya yang ‘sempurna’.
Biarpun tampil dengan gaya tudung dan solekan natural tetapi Clara masih kelihatan glamor sehinggakan ramai yang terpegun dengan penampilannya.