Ramai yang sudah mula pudar atau terkopek dakwat kekal hasil dari Pilihan Raya Umum ke-15 tempoh hari. Kini, tidak lagi yang gusar untuk menghilangkannya.
Namun, sudah tentu bagi mereka yang tidak ingin menggunakan cecair peluntur akan menggunakan alternatif untuk biarkan ia hilang dengan sendiri. Tetapi adakah ia telus air jika kita mengambil wudhuk?
Adakah kesan dakwat kekal sah wuduk kita?
Sumber dari Canva
Mungkin ada yang tidak tahu tentang perkara ini dan bingung adakah ianya baik sahaja atau perlu kita hilangkan? Menjawab persoalan ini, Ketua Penolong Mufti (Bahagian Penyelidikan), Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Dr Syed Shahridzan Syed Mohamed berkata, jika ada sesuatu yang boleh menghalang air daripada sampai ke kulit ataupun melekat pada kulit, wuduknya akan jadi tidak sah.
Berkongsi tentang maklumat ini, beliau juga menerangkan dengan lebih lanjut agar semua faham ketulusan maklumat ini. Video perkongsian itu di muat naik olehnya di laman sosial Facebook baru-baru ini.
Beliau memaklumkan bahawa rujukkannya kepada kitab fiqh Mazhab Syafie, l’anatut Thalibin. Melalui kitab ini menerangkan kesan dakwat tidaklah memudaratkan iaitu membatalkan wuduk.
Ads
Kata beliau lagi, kesan itu adalah apabila kita boleh kikis pada tempat berkenaan, tidak keluar keladaknya. Ia juga bukan datang dari satu campuran yang tebal yang boleh menghalang air sampai kepada kulit.
“Ini kerana ada yang keliru tentang perkara ini, Walaupun sudah dibasuh dan digosok, tetapi apabila gosok jari kering, ada kesan seperti keladak, tetapi rupanya ia adalah daki kulit.” katanya.
Penggunaan dakwat kekal iaitu indelible ink ini telah lama berkuat kuasa sejak Pilihan Raya Umum ke-13 pada sembilan tahun yang lalu. Dakwat itu pula mempunyai sebatian yang mengandungi nitrat perak dan bila terkena pada kulit ia kan serap ke dalam lapisan tisu mati dan tisu kulit.
Ads
Hal ini ada di bincangkan oleh Muzakarah Jawatan Kuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysiayang telah bersidang sewaktu 8 Ogos 2007. Perbincangan itu lebih fokus untuk mengenalpasti hukum penggunaan Indelible Ink dalam Pilihan Raya Umum Malaysia.
Ads
Hasil dari perbincangan itu, penggunaan indelible ink tidak mengandungi bahan-bahan najis yang diharamkan oleh syarak, juga tidak memudaratkan kepada kesihatan dan menghalang air untuk sampai ke kulit. Oleh demekian, penggunaan dakwat itu dibenarkan oleh syarak kerana ia tidak akan menimbulkan masalah kepada umat Islam.
Tak perlu belanja besar, beli baju raya dari Muaz dan Mydin je tapi Khainina Khalil bongkar rahsia nampak mewah!
Hari Raya semakin hampir, dan pastinya ramai yang sedang sibuk mencari baju raya yang cantik dan bergaya. Namun, tidak semua orang mahu berbelanja besar untuk pakaian yang hanya dipakai setahun sekali.
Nasib baik influencer fesyen terkenal, Khainina Khalil, telah berkongsi review baju raya bawah RM200 yang tetap nampak eksklusif. Jom saksikan video ni…
Hasilnya, ramai mula berpusu-pusu ke Muaz dan Mydin untuk mendapatkan koleksi pakaian bajet ini. Berikut adalah lima sebab mengapa content ini menjadi bualan ramai, terutamanya di kalangan hijabista yang gemar bergaya dengan bajet berpatutan.
1. Tip Styling Bijak untuk Tampil ‘Auto-Mahal’
Khainina Khalil membuktikan bahawa bukan harga yang menentukan keanggunan seseorang, tetapi cara kita menggayakannya. Dengan memilih aksesori yang tepat, mix & match warna yang sesuai, serta pemakaian tudung yang kemas, penampilan boleh kelihatan lebih eksklusif walaupun dengan bajet rendah.
2. Trend Baju Raya 2025 yang Menjadi Pilihan
Dalam video ini, Khainina memperkenalkan beberapa rekaan moden yang sesuai untuk Hari Raya tahun ini. Potongan kurung moden, kebaya labuh, dan jubah elegan menjadi pilihan utama hijabista yang ingin tampil anggun dan sopan.
3. Fenomena Shopping di Muaz & Mydin
Disebabkan ulasan jujur Khainina, butik seperti Muaz dan Mydin kini menjadi tumpuan bagi mereka yang mencari pakaian berkualiti dengan harga mampu milik. Fenomena ini membuktikan betapa besar pengaruh seorang fashion influencer dalam membantu pengguna membuat keputusan bijak.
Tak perlu belanja besar, beli baju raya dari Muaz dan Mydin je tapi Khainina Khalil bongkar rahsia nampak mewah!
4. Inspirasi untuk Berjimat tetapi Kekal Bergaya
Siapa kata bergaya itu perlu mahal? Content seperti ini memberi inspirasi kepada hijabista untuk mencari alternatif yang lebih menjimatkan tetapi tetap nampak eksklusif di pagi Syawal.
5. Khainina Khalil, Ikon Fesyen Mampu Milik
Dengan gaya bersahaja dan ulasan jujurnya, tidak hairan jika Khainina menjadi rujukan ramai dalam dunia fesyen bajet. Setiap cadangan darinya pasti memberi impak besar kepada pengikutnya!
Jadi, buat hijabista di luar sana, jangan lupa tonton video di atas dan dapatkan inspirasi untuk Hari Raya nanti!
“Baru lagi melahirkan, saya buka balik baju bau sabun lagi…”
Usahawan dan pengacara, Noor Neelofa beli apa yang penting seperti botol susu untuk keperluan bayi keduanya, manakala pakaian pula akan ulang pakai baju anak sulongnya Muhammad Bilal.
Tular di media sosial apabila Neelofa kongsi cerita di instagram membuka balik baju-baju lama Bilal yang masih elok disimpan. Ekoran ramai yang memintanya menderma pakaian anak sulungnya, Bilal sekiranya tidak digunakan lagi.
Bukan enggan ‘menderma’ tetapi pemilik nama penuh Noor Neelofa Mohd Noor, 33, menegaskan barang-barang tersebut termasuk pakaian akan digunakan semula oleh bayi keduanya yang bakal dilahirkan tidak lama lagi.
“Anak kedua saya nak guna…”.
“Saya buka semula bungkusan barangan yang Bilal guna ketika bayi. Ramai pula yang mesej saya meminta. Kenapa pula saya nak beri orang sedangkan mahu guna untuk anak kedua.
“Mungkin ada yang tidak tahu saya mengandung ketika ini dan sangka hanya perut buncit sahaja,” katanya menerusi InstaStory.
Neelofa juga mendedahkan dirinya menerima banyak permintaan sebegitu menerusi ruangan mesej dalam media sosial daripada sesetengah wanita yang bakal melahirkan anak tidak lama lagi.
“Jangan ada pula yang mesej saya dalam media sosial, ‘saya hamil, akan melahirkan anak dua bulan lagi dan boleh beri kepada saya?’
“Ini untuk anak saya puan,” tegas pengacara program Next To Neelofa itu sekaligus membidas semua permintaan sebegitu.
Terdahulu pada Mac yang lalu, Neelofa mengesahkan hamil anak kedua selepas foto baby bumpnya tular di media sosial. Sama seperti kandungan bayi pertamanya, dia dan pasangannya Haris Ismail enggan berkongsi wajah anak kedua sehingga pada waktu yang sesuai.
Mungkin ramai yang terlepas pandang, Neelofa pernah kongsi di IGS cara menyimpan baju-baju Bilal yang tidak muat pakai. Tersusun rapi dalam beg plastik yang berkualiti, dengan cara itu baju yang lama boleh diulang pakai untuk bayi seterusnya.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Seperti yang kita semua tahu, Asyalliee telah pun selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada 2 Januari yang lalu. Sekitar seminggu yang lalu, Asyalliee telah pun berkongsi wajah anaknya kepada umum. Bayi lelaki yang diberi nama Haider Mikael ini memang comel sungguh!
Memasuki minggu ketiga bergelar ibu, Asyalliee telah berkongsi pengalamannya melahirkan Haider Mikael kepada para followers di IG. Memang besar pengorbanan seorang ibu yang menahan kesakitan demi melahirkan zuriat yang ditunggu-tunggu.
Lebih mengharukan apabila Asyalliee turut mendoakan para followers yang masih menanti zuriat dapat merasai pengalaman yang dirasai itu. Yang penting, berusaha dan percaya dengan rezeki Allah.
Rindu masa ni. Ramai minta Asya ceritakan pengalaman Asya bersalin kan, nahh bacalah kalau sudi.
Last check up untuk kandungan, Doktor check air ketuban dah kurang dari yang sepatutnya, jadi doktor cakap baby mungkin keluar awal dari due date. Lepas tu check nadi baby and contraction, masa tu jantung baby okay cuma contraction tu dah ada cuma saya yang tak rasa lagi, cuma rasa keras perut macam tu ja.
Saya fikir baby gerak tu yang jadi keras taktau rupanya contraction dan doktor check bukaan rahim sudah 1cm. So we decide datang balik 31 Dec untuk induce. Doktor suruh balik dulu. Balik tu berjalan sana sini lagi saya. Kaki ni tak kenal erti penat betul. Bedal jugak segala makanan yang mengidam.
Pukul 11 pagi saya dan husband terus pergi ke Hospital Andorra and terus masuk labour room untuk check. Nadi baby masih okay tapi contraction pula jadi 2 kali dalam masa 10 minit tapi saya masih tak rasa sakit apa apa pun.
Then doktor check bukaan rahim baru 2cm, mashaAllah nak check bukaan rahim pun rasa macam kena seksa tau sakitnya tapi doktor cakap kawal cara penafasan tu baru tak rasa sakit sangat. Doktor cakap tak payah induce la, doktor kasi chance untuk normal sebab bukaan sudah 2cm dan contraction dah mula.
So doktor minta nurse hantar ke wad. Wad yang kami minta ada patient pula, so sementara tunggu patient tu discharge petang nanti kami masuk dulu wad yang lain. Nasib la dalam wad ada TV siap ada YouTube and Neflix lagi tau. So boleh layan layan dulu then makan apa yang patut sebelum tak boleh makan dah.
Dan nasib la ada kawan kawan yang meneman dikala kami laki bini tak tahu nak buat apa dalam wad tu. Lepastu dalam pukul 3 macam tu baru kami dapat masuk wad yang kami nak. Wad yang kami nak ni besar sikit sebab saya dan husband kami adik beradik ramai so bermalam la satu malam kami kat situ dengan harapan esok baby dah boleh keluar. Dan saya laki bini new year dalam wad je malam tu.
Pukul 10 pagi doktor masuk bilik then check bukaan rahim still 2cm tapi contraction ada. Jadi kami pun decide untuk induce juga akhirnya. Pukul 10 tu doktor masukkan ubat. Lepastu saya cuba berjalan keliling hospital tingkap 3 tu sambil sambil tengok baby baby yang baru lahir.
Then saya buat senaman untuk senang bersalin semua. Pukul 4:30 petang tu doktor datang balik untuk check tapi bukaan rahim baru 3cm then doktor masukkan ubat yang kedua. Lepastu nasib dalam bilik ada TV youtube, saya buka zumba dan berzumba la saya dalam bilik wad tu, buat senaman dan buat jalan itik.
Lepastu rehat dan buka surah Maryam dan berzikir zikir nabi Yunus. Pukul 8 malam doktor check pula dan bukaan dah 4cm terus doktor suruh masuk labour room. Dah masuk labour room, doktor pecahkan dulu air ketuban.
Then baru la start rasa contraction tu, makin lama makin sakit. Tapi nasib la pergi antenatal class yang Andorra buat tu, belajar cara kawal penafasan masa contraction. Sakit contraction tu memang menyeksakan, nasib boleh lagi zikir nabi Yunus , midwife pun turut berzikir sambil usap usap perut saya, husband pula tempat saya patahkan tangan dia, bertabahnya dia.
Setiap kali contraction tu datang husband mesti ingatkan saya suruh kawal penafasan tapi kena marah balik dengan saya sebab saya kata serabut. Jahatnya saya. Pukul 9 malam bukaan sudah 7cm wauu! Patutlah sakitnya kuat.
Lepastu bertahan la saya menahan sakit contraction tu. Pukul 10 tu rasa makin terlampau sakit sangat sangat tapi doktor check baru 8cm dan menahan saya lagi. Makin lama contraction kuat sangat sangat sampai rasa nak lompat lompat saya. Saya cakap kenapa lambat sangat ni kan dah buka 8cm.
Punya la tak tahan sakit tu saya merayu rayu dekat suami saya , saya nak ceaser jer, suami saya dah pusing, pujuk saya cakap jangan nanti lagi sakit ceaser tu. Then midwife pun datang cakap jangan juga, pujuk pujuk saya usap usap sambil berzikir. Tapi masa tu saya dah tak boleh nak berzikir sebab terlampau sakit, bila contraction tu hilang saya hanya tidur rehatkan diri. Punya sakit contraction tu berpusing pusing badan saya atas katil tu.
Suami cakap saya siap isap jari saya lagi tapi saya tak perasan bila saya isap. Lepastu suami bagi saya minum satu sudu minyak selusuh. Then pukul 11:30 tu saya rasa macam nak terberak.
Pukul 11:58 malam doktor sudah nampak kepala baby then terus kecoh labour room tu sekali suami saya. Nasib saya masih ingat cara nak meneran yang diajar masa antenatal class ritu, so saya teran selama 10 minit.
Pada pukul 12:08 pagi sudah keluar anakku yang bernama Haider Mikhael dengan beratnya 3.14kg. Lega rasanya masa dia dah keluar. Suami pula menangis sambil cium cium di pipi dan dahi saya.
Lepas 10 minit menjahit saya toleh ke arah anak saya dan saya rasa macam tidak percaya yang saya sudah mempunyai anak. Rasanya saya baru habis sekolah, huhu. Biasalah umur baru 20 tahun. Rasa sakit itu hilang serta merta bila lihat anak sendiri.
Selepas satu jam dalam labour room after bersalin terus saya masuk wad balik dan berehat. Pagi tu nurse mandikan saya. Doktor yang sambut anak saya namanya Dr.Lily, doktor datang tengok saya dan bagi saya bunga ros.
Tanya keadaan saya macam mana, apa perasaan lepas bersalin dan bagi contoh cara cara nak jaga jahitan semua. Petang tu saya dah discharge, nurse nurse dekat situ semua escort saya dan baby sampai la ke kereta.
Alhamdullilah permulaan 2018 yang baik . Terima kasih Dr.Lily and nurse nurse dekat Andorra hospital, saya sangat sangat suka betul! Ibarat hotel tau hospital ni dan layanan yang sangat bagus sampai la ke pakcik guard dia tau!
Dan terima kasih juga kepada kawan-kawan dan family yang datang bagi semangat dan yang paling penting terima kasih juga kepada suami saya @eboyarbaainyang sentiasa berada di samping saya dari sebelum bersalin sampai la anak ada depan mata.
Memang satu anugerah Allah yang tidak ternilai harganya. Okay sampai disini saja cerita pengalaman saya bersalinkan @haidermikhael.