Daripada perihal rambut sehinggalah ke alat solek, senantiasa pasti akan ada jalan pintas untuk lebih tampil lebih cantik daripada sedia kala. Hijabista senaraikan trik kecemasan untuk mendapatkan roman rupa idaman dalam masa beberapa minit sahaja setiap hari menerusi kolum DIY Cantik kali ini.
Ikhtiar itu adalah lebih baik daripada mempertontonkan sikap “tidak-apa”, bukankah begitu?
1) Gunakan serbuk soda yang digosok pada gigi untuk pemutihan gigi.
Anda sudah jemu dengan kit pemutih gigi yang kurang terkesan? Apa kata campurkan satu sudu besar serbuk soda dengan tiga titik hidrogen peroksida. Jadikan ia sebagai ubat gigi untuk memudarkan kesan kekuning-kuningan pada barisan gigi anda. Apa salahnya mencuba, manalah tahu ia benar-benar menjadi buat anda.
2) Mayones melindungi mahkota rambutmu
Pelakon terkenal, Blake Lively ada mendedahkan dalam satu temu bual, bahawa si dia mengaplikasikan mayones sedari akar rambut sebelum mandi. Tujuannya supaya sabun tidak menyingkirkan kelembapan rambut yang merupakan penyebab kekeringan dan rambut tampak tidak bermaya. Hanya perlu pastikan bahawa anda membilas dengan cara yang betul.
Ads
3) Madu sebagai pupur muka
Madu mentah punya ciri-ciri antibakteria dan cukup efektif untuk menyurutkan butir jerawat. Luncurkan madu pada keseluruhan kulit wajah, dan biarkan ia selama 10 minit sebelum membilas bersama air suam. Sesetengah orang melaporkan bahawa madu mentah penyebab kesan toksin bertindak balas dan wajah semakin bermasalah. Cuma untuk kesan jangka masa yang panjang, ia merupakan satu penyelesaian yang baik.
4. Lesapkan bulu roma kaki dengan perapi rambut
Lupakan nawaitumu untuk berbelanja lebih demi membeli gel atau cecair untuk menghilangkan bulu roma secara berasingan. Guna sahaja perapi rambut yang tersedia di kamar mandi. Kesan aplikasi perambut rambu tersebut bakal membuat bulu roma anda bertukar menjadi lebih lembut dan lantas, ia akan lebih mudah untuk dihapuskan menggunakan pencukur atau ‘razor-blade’.
Ads
5) Menggunakan minyak bunga primrose untuk menyembuhkan kesan luka
Picit dari kapsul dan aplikasi pada bahagian yang berkenaan. Ia mempunyai ciri-ciri anti-radang untuk menyurutkan kesan kemerah-merahan. Sebelum melelapkan mata, apa kata aplikasikan bahan ini dan biarkan ia semalaman untuk kesan penyembuhan luka dengan lebih pantas.
6. Guna jeli petroleum untuk kesan cantik maksima
Jeli petroleum mempunyai penggunaan yang tiada hadnya. Oleskan ke seluruh kaki dan sarungkan stoking sebelum tidur, untuk kulit kaki yang anti-rekahan. Jika anda mewarnakan rambut sendiri pula, jeli petroleum boleh diaplikasikan pada garisan anak rambut untuk mengelakkan pewarna terkena pada kulit muka. Ia juga boleh digunakan untuk merapikan kening yang tumbuh meliar; rapikan sahaja tanpa memantisnya.
Asid dan Vitamin C yang terkandung dalam buah oren dikatakan berupaya untuk mengelupaskan sel-sel kulit mati dengan menyentalnya pada bahagian kaki dan siku. Pasti akan terzahir daya efektifnya…katakan tidak pada siku nan hitam dan kaki yang berkarah atau berdaki.
Ekstra Info:
“Saya menggunakan serbuk soda yang dicampuri air lalu ditempek pada wajah untuk menyingkirkan bintik-bintik hitam yang menodai wajah. Biarkannya sehingga ia kering menyerap dan bersihkannya lalu aplikasikan pelembap.”—Amber Angelle, Editor Penyelidik
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Sebagai seorang wanita yang aktif, penting untuk kita selalu mengutamakan penjagaan diri dari bahagian atas hinggalah ke bawah. Jangan sesekali jadikan penat sebagai alasan untuk anda abaikannya. No, no, no! Siapa lagi nak sayangi diri kita kalau bukan diri sendiri.
Apabila menjalani kehidupan yang serba aktif, pastinya pelbagai masalah akan timbul. Jika tidak dijaga dengan sempurna pasti menimbulkan masalah di kemudian hari. Namun semua ini boleh diatasi sekiranya anda memilih produk yang tepat dan berkualiti sebagai ‘sahabat baik’ yang mampu merawat, melindungi dan menaikkan seri seorang wanita berhijab. Jagalah diri bagai seorang ratu lantas mampu memancarkan ‘noor’ dalam penampilan.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Bahagian yang menjadi keutamaan para wanita pastinya adalah kulit wajah. Selepas seharian wajah terdedah kepada cahaya matahari dan iklim yang tidak menentu apatah lagi cahaya lampu di dalam gimnasium yang mampu menyebabkan kulit kusam dan kering, paling merisaukan apabila muncul jerawat atau lebih teruk, breakout!
Seperti yang dialami oleh Nurfuadi Ruzalli, 37, yang aktif bersenam, masalah kulit kusam dan kering seringkali menjadi kekangan utama untuk menjalani aktiviti kecergasan dengan selesa dan penuh yakin.
Apatah lagi, solekan tidak dikenakan saat bersenam, pastinya masalah kulit yang kering dan kusam harus diatasi agar mampu tampil menawan. Lebih berseri, lebih bersemangat untuk melakukan aktiviti senaman. Betul tak?
Segala masalah pasti ada solusinya! Untuk para wanita yang mempunyai masalah kulit kering dan kusam seperti Nurfuadi, mulakan rutin penjagaan kecantikan yang betul. Kenali rangkaian penjagaan kecantikan ini, formula yang diperbaharui dari Good Virtues Co. Rangkaian siri pencerahan ini merangkumi pembersih wajah, toner wajah dan krim pelembap siang & malam.
Ya! Semestinya sebelum memulakan hari anda mulakan dengan membersih muka dengan Good Virtues Co. Brightening & Hydrating Cleanser yang diperkaya dengan asid amino membersihkanliang romadengantidakmengeringkankulit. Tambahan pula ia dilengkapi dengan Vitamin C agar wajah kulit lebih cerah. Barulah anda mampu tampil cantik dan berseri!
Langkah untuk mendapatkankelembapan berganda penting bagi semua penjagaan kecantikan.Dengan Good Virtues Co. Brightening & Hydrating Toner yangmengandungi ekstrak cendawan membantu menghaluskan liang roma yang memberi 60x hidrasi kepada kulit anda dan hasilnya kulit lebih cerah.Toner penyegar ini tanpa alkohol, menyegarkan kulit tanpa menyebabkan pengelupasan dan kekeringan. Anda mendapat pengalamanpenjagaan wajah yang menarik.
Rutin kecantikan anda tidak akan lengkap tanpa pelembap muka. Menariknya dengan Good Virtues Co. Brightening & Hydrating Day Moisturizer yang mengandungi SPF dapat melindungi kulit daripada sinaran UV serta mengekalkan PH semula jadi kulit anda. Setelah puas melakukan aktiviti siang, baik pulih kulit dengan Good Virtues Co. Brightening & Hydrating Night Moisturizer.
Krim malam ini mengandungi struktur kristal cecair untuk penyerapan yang lebih baik. Sesuai untuk semua jenis kulit, ia juga langsung tidak melekit dan mudah diserap terus ke dalam kulit. Mudah bukan untuk menjaga kulit wajah? Pastinya wajah anda akan kelihatan lebih berseri-seri selepas ini dengan rangkaian kulit yang selamat & halal.
Pasti ramai yang mengalami masalah rambut gugur, kulit kepala gatal dan berbau apabila seharian menyarungkan tudung dengan material yang tidak sesuai. Tambahan pula apabila melakukan senaman ataupun aktiviti kecergasan yang mengeluarkan peluh dengan banyak, rambut akan berbau kepam dan menimbulkan rasa tidak selesa. Jangan jadikan alasan berhijab untuk tidak menjaga mahkotamu ini.
Bagi Saree, 22, aspek yang paling penting bagi hijabi yang berhijab sepertinya, saat melakukan aktiviti senaman ialah rasa selesa dan yakin dengan diri sendiri. Namun, masalah rambut yang dihadapi membuatkan dirinya hilang keyakinan diri. Rambut gugur dan gatal apabila berpeluh kadang-kala membuatkan dirinyaa terasa ‘kecil’ dalam kalangan rakan-rakannya. Walaupun orang tak nampak masalah ini di sebalik hijab, tetapi ia mampu menggoyah keyakinan diri sebagai wanita.
Sudahlah rambut gugur ditambahkan kegatalan kulit kepala yang melampau ketika bersenam, satu lagi masalah yang dialami adalah rambut berbau kepam di sebalik tudung menyebabkan dia berasa tidak lagi mahu bersenam. Down sangat!
Bukan Saree juga yang menghadapi masalah ini, malah ramai hijabi di luar yang aktif mengahadapi masalah ini tapi tidak tahu solusinya. Apabila berhijab anda perlu ada penjagaan berganda, dengan syampu & tonik khas dari Good Virtues Co. Hair Fall Series.
Anda boleh menggunakan Good Virtues Co.Hair Fall Control Shampooyang mampu membersihkan kulit kepala anda dengan lembut dan menjadikannya lebih kuat. Produk ini dirumus khasdengan ekstrak daun Loquat dan Semanggi Merah untuk menguatkan folikel rambut. Ekstrak Akar Halia menggalakkan kulit kepala yang sihat, manakala Minyak Habbatus Sauda Organik menyuburkan rambut yang lebih lembut dan licin. Biarkan kecantikan anda bersinar di sebalik hijab! Penggunaan syampu amat penting kerana ia membantu membersihkan kotoran seperti minyak yang menjadi punca rambut gugur dan berbau.
Untuk penjagaan lebih rapi lengkapkan rejim penjagaan denganpemakaian tonik rambut selepas memakai syampu. Ia boleh dipakai ketika rambut basah ataupun kering hanya urut pada kulit kepalasehingga menyerap sepenuhnya.Kenali Good Virtues Co. Hair Fall Tonic yang dirumus dengan Minyak HabatussSauda Organik, semanggi merah, daun loquat dan ekstrak akar halia. Produk ini membantu mengurangkan rambut gugur sekaligus berbau wangi sepanjang hari biarpun anda behijab. Menariknya, ia boleh digunakan setiap hari.
Aktiviti senaman juga barangkali akan menyebabkan badan berbau sehingga meninggalkan rasa yang tidak menyenangkan. Sudah pasti, anda mahu tampil lebih wangi dan segar walaupun seharian bergerak ke sana ke sini. Bila peluh melekat hingga mengeluarkan bau yang tak disenangi, pastinya diri akan malu untuk bergaul dengan orang ramai sehingga berasa sangat rendah diri.
Begitulah yang dialami oleh Aminah, 32, menurutnya apabila bersenam sudah pasti badan akan mengeluarkan peluh yang akan menyebabkan bau dan rasa melekit yang menyebabkan ketidakselesaan.
Bukan sahaja rasa melekit, malah bau akibat berpeluh mengurangkan tahap keyakinanan diri dan diri pasti mula mempersoalkan tentang pendapat orang lain tentang bau badan.
Siapa yang tidak mahu tampil wangi sepanjang masa bukan? Inilah penyelesaian untuk kekal wangi sehingga 48 jam tidak kiralah seaktif manapun diri anda. Nyahkan sahaja bau tubuh badan anda dengan pilhan Good Virtues Co. Perfumed Shower Cream. seperti Cherry Blossom, Ylang Ylang & Rose. Krim mandian ini, diformulasikan dengan Minyak Habbatus Sauda Organik, dan air Micellar yang berfungsi untuk membersihkan secara mendalam dan memastikan kulit anda berseri, sihat dan lembap sepanjang hari. Pilihan ekstrak bunga Cherry Blossom, Ylang Ylang atau Rose untuk wangian yang tahan lama sehingga 48 jam.
Jadi, tunggu apa lagi? Segera dapatkan rangkaian produk Good Virtues Co. di gedung farmasi, Watsons, Lotus & pasaraya terkemuka berhampiran anda untuk penjagaan diri yang terbaik dan menyeluruh. ‘Glow Up’ kecantikan diri, pastinya aura menarik akan terpancar saat anda mula menjaga dan menyayangi diri sendiri!
Tak susah pun nak kelihatan cantik, janji ada kemahuan untuk memastikan wajah dan penampilan sentiasa jelita dan menawan. Seperti perkongsian wanita ini di laman sosial facebook menggunakan 4 bahan alami untuk memastikan wajah lebih cerah dan paling penting kelihatan pinkish.
Dalam posting yang dikongsi melalui laman facebook Seri Sairi menggunakan amalan minum campuran susu kunyit bersama badam dan madu.
Menurutnya minuman ini berkhasiat bukan sahaja untuk luaran, tetapi juga dalaman. Apa yang penting selamat kerana menggunakan bahan semulajadi dan juga menjimatkan.
PETUA UNTUK WAJAH PINKISH BERSERI-SERI
Seri nak share petua orang dulu-dulu nak naikkan seri wajah agar nampak lebih cerah ‘pinkish’ dan berseri-seri.
Salah satunya dengan mengamalkan minuman campuran susu kunyit badam madu ni.
Banyak khasiatnya baik dari segi kecantikan dalaman dan luaran.Ia selamat sebab menggunakan alam semulajadi serta menjimatkan.
Minum sebelum tidur,lagi-lagi masa datang bulan.
Boleh diamalkan seminggu 2x.
Korang cubalah.komfem bangun pagi nampak muka glowing pinkish.
Bahan
susu rendah lemak 2 inci kunyit hidup ditumbuk kasar badam ditumbuk kasar 2 sudu madu
Caranya
– masukkan susu rendah lemak di dalam periuk – kemudian masukkan kunyit yang ditumbuk kasar,kacau sebati dengan api yang perlahan. – masukkan pula badam dan kacau sebati. – masukkan susu ke dalam gelas dan biarkan suam. – selepas itu masukkan pula 2 sudu madu.
Khasiat susu
– mengurangkan stress – mengurangkan senggugut ketika haid(PMS)
Khasiat madu
– mengatasi insomnia – memperlambatkan penuaan – menjaga kelembapan kulit
Khasiat badam
– rendahkan risiko darah tinggi dan serangan jantung – turunkan berat badan – melancarkan peredaran darah
Khasiat kunyit
– kurangkan tahap kolestrol dalam badan – memperbaiki sistem penghadaman – mencegah kanser
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Dr. Amalina Bakri nama yang cukup dikagumi dan menjadi idola buat hijabi muda. Kebijaksanaannya dalam bidang akademik memang tidak dipertikai sejak mencapai keputusan cemerlang dalam SPM tahún 2004. Kini beliau menyambung pengajian dalam bidang kedoktoran di luar negara. Baru-baru ini Dr. Amalina turut berkongsi empat cara mudah buat mereka yang mahu lancar dalam berbahasa Inggeris.
Menurut doktor muda ini, ada 4 cara dilakukan olehnya bagi membolehkan beliau fasih berbahasa Inggeris. Dan perkongsiannya di laman twitter miliknya DrAmalinaBakri ini sangat berguna bagi mereka yang mahu memahirkan diri dalam bahasa kedua ini.
Fabrik polyester mudah berbau walaupun sudah dicuci? Ketahui punca sebenar menurut penyelidik UiTM serta cara berkesan menghilangkan bau hapak pada pakaian sukan.