Masalah lingkaran gelap pada bahagian bawah mata yang juga dipanggil sebagai mata ‘panda’ ini merupakan satu masalah yang sering terjadi kepada wanita yang sering tidur lewat dan tidak mendapat tidur yang cukup. Selain itu, pemakanan yang diambil juga boleh menyebabkan kemunculan lingkaran gelap pada bawah mata.
Anda tidak perlu risau kerana setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya. Jalan paling mudah adalah dengan menggunakan bahan-bahan alami. Antara bahan alami yang boleh digunakan adalah kunyit kerana kunyit mengandungi antioksidan, anti-penuaan dan anti-inflamasi.
Ads
Selain itu, kunyit juga kaya dengan serat, kalsium, vitamin dan mineral. Perlu anda tahu bahawa kunyit tidak memiliki toksin dan tidak memberi sebarang kesan sampingan. Malah, ia juga berguna untuk menjaga kelembapan kulit dan menghilangkan mata panda anda itu.
Ads
Jom kita cuba buat masker kunyit ini!
Ads
Bahan-bahan:
Kunyit
Tepung
Jus lemon
Jus tomato
Cara-cara:
Ambil sedikit kunyit yang telah ditumbuk hingga halus.
Campurkan dengan setengah sudu teh jus lemon.
Kemudian, tambah sedikit tepung dan satu sudu teh jus tomato.
Sapukan pada lingkaran gelap pada sekitar mata anda.
Biarkan selama 10 minit dan bilas hingga bersih.
Gunakan masker ini sehingga lingkaran gelap pada bawah mata semakin pudar. Kini, ucapkan selamat tinggal pada mata panda anda. Selamat mencuba!
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Kulit memainkan peranan penting dalam melindungi badan anda, jadi penting untuk mengambil langkah untuk menggalakkan kesihatan kulit. Menjaga kulit anda tidak perlu rumit atau memakan masa dan boleh menjadi sifat kedua dengan cepat, semudah memberus gigi.
Anda boleh memastikan kulit kelihatan hebat dengan melindungi daripada pelbagai masalah, daripada kulit merekah kepada penuaan pramatang kepada kanser kulit. Itulah sebabnya penting untuk membangunkan tabiat kulit yang sihat dan masih belum terlambat untuk mulakan. Berikut ialah lima petua perlindungan kulit yang boleh anda masukkan ke dalam rutin kecantikan dengan segera.
Mesej ini pasti telah didengari berjuta kali, tetapi ada sebab yang kukuh. Sinaran ultraungu yang dipancarkan oleh matahari menyebabkan pelbagai jenis kerosakan kulit, termasuk kanser kulit, kedutan awal, jeragat dan perubahan warna.
Menggunakan produk penjagaan kulit yang menawarkan perlindungan ultraviolet adalah salah satu cara terbaik untuk membantu memastikan kulit kelihatan segar dan muda. Gunakan pelindung matahari setiap hari dan gunakan semula dengan kerap setiap kali anda berada di luar rumah untuk tempoh yang lama. Orang ramai digalakkan pelindung matahari yang lebih berasaskan mineral atau fizikal dengan SPF sekurang-kurangnya 30.
Di sinilah penjagaan kulit benar-benar dan akhirnya bertemu dengan keseronokan. Hello ULTRA VIOLETTE! New BBF anda!
Vi untuk singkatannya. Selepas 3 tahun menghadapi masa depan kalis di Australia, visa Vi akhirnya diluluskan dan secara rasmi mendarat di Malaysia! Pelindung matahari, tidak pernah membosankan. Pengasas Bec Jefferd dan Ava Matthews bersetuju, mereka benar-benar muak menggunakan produk SPF yang menyesakkan, melekit atau menyengat yang terasa tidak menyenangkan di wajah mereka, tapi bukan Vi pelindung matahari ini bukan sahaja menjanjikan perlindungan matahari, tetapi juga kelihatan, dirasakan dan bertindak seperti penjagaan kulit teratas anda. Oleh itu Vi dan rangkaian Skrin Kulitnya dilahirkan, khusus untuk menjadikan SPF sebagai MVP rutin kecantikan anda. Rugi tak cuba!
Petua lain boleh dicuba untuk membantu melindungi kulit anda daripada matahari:
Cuba petua ini untuk mengekalkan kelembapan kulit anda.
Kudis sejuk disebabkan oleh jangkitan virus pada kulit yang bersempadan dengan bibir, manakala bakteria boleh menyumbang kepada jerawat dan keadaan kulit yang lain. Memberi perhatian yang teliti kepada perkara yang menyentuh kulit anda boleh membantu mengurangkan peluang terdedah kepada kuman. Mulakan dengan petua ini:
Bertindak segera dengan pertolongan cemas juga penting, sekiranya terdapat gigitan pepijat atau calar. Pakar mengesyorkan membersihkan tapak, menggunakan salap antibiotik jika terdapat luka pada kulit, menggunakan pembalut bersih dan membersihkan tapak dua kali sehari apabila ia sembuh.
Mencuci muka adalah penting untuk membuang kotoran, minyak, kuman dan sel mati dari kulit anda. Walau bagaimanapun, menyental muka pun boleh menyebabkan kerengsaan dan menyebabkan kulit. Kalau boleh elakkan produk penjagaan kulit pengelupasan yang kasar.
Periksa kulit anda dengan kerap untuk kenali tahi lalat atau tanda-tanda lain kemungkinan kanser kulit. Berbincang dengan pakar dermatologi anda tentang jenis perubahan yang membimbangkan anda. Keadaan kulit tertentu memerlukan nasihat pakar dermatologi, termasuk jerawat yang kerap, kulit kering yang meradang atau merengsa dan ruam kulit yang tidak hilang, kerana ini boleh menjadi tanda salah satu daripada pelbagai jenis dermatitis, atau keradangan kulit.
Walau bagaimanapun, sekiranya anda pernah melihat sebarang masalah kulit yang lain, adalah penting untuk mendapatkan rawatan perubatan untuk menyelesaikannya dengan cepat dan mengelakkan kulit anda berisiko.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Siapa tidak mengenali selebriti, Diana Amir. Dia yang merupakan salah seorang pengacara dan juga sangat aktif dalam aktiviti kemanusiaan atau sukarelawan. Sejak mengambil keputusan berhijab, Diana Amir dilihat begitu menjaga penampilannya agar sentisa tampil cantik, selesa dan paling penting menjaga auratnya.
Biarpun sudah berhijab, tidak membataskannya untuk tampil bergaya mengikut citarasa. Diana lebih senang memilih shawl yang dililit ringkas serta menutup aurat.
Dan sempena sambutan harijadinya, Diana telah membuat tutorial tudung khas buat followernya di laman sosial Instagram.
Menurutnya, dia penah berjanji untuk membuat tutorial tudung tetapi kekangan hal seperti rasa segan, ketidaan neck cover dan sibuk melayan anak-anak menyebabkan hasrat iu tertangguh.
Tetai sebagai birthday treat buat followernya yang bejumlah 1.3 juta, dia telah berkongsi tutorial mudah setiap kali menggayakan shawl panjang. Menurutnya dia selesa menyarung tudung dengan kepanjangan dua meter dan lebar 60 cm.
Malah bagi mengelakkan tudung dipakai sentiasa kemas dan on point, Diana memberi tip dengan memastikan meletakkan beberapa jarum di bahagian kiri kanan tudung agar kekal terletak sehingga akhir majlis dihadiri.
achecheq Alhamdulillah..mmg dh lama tnggu style shawl sis ni…tq..selesai bab shawl..pakai skincare apa la plak sbb x pernah x cantik
rozaa1514 Senang gila tengok kak diana pakai shawl, kalau saya pakai ni haru hahaha, entah kena pin mana satu dulu, tu smpai sekarang saya pakai tudung sarung je senang hihi..
dina_amani Alhamdulillah.. Finally I found toturial for shawl yg labuh
yuyujelaek stujuuuu…ske pin byk byk gakkk…sb t tudung ble begerak² misti tudung haruuu hahhaha…happy birthday sis d
kizi.mk Senangnya tgk kak diana lilit shawl..tq for the tips..boleh ikut ni…
Tidak hanya soal penampilan, menurunkan berat badan dan memiliki tubuh ideal juga dapat mencegah dari pelbagai jenis penyakit. Selain itu, memiliki berat badan ideal akan membuat tubuh lebih segar dan tentu sahaja, lebih keyakinan diri.
Dalam mengimpikan berat badan ideal, saat ini banyak sekali berbagai jenis diet yang menjanjikan penurunan berat badan dengan waktu yang singkat. Sebelum anda mencubanya, anda harus tahu jenis-jenis diet yang akan anda jalani. Jom, semak lima jenis diet yang boleh membantu anda menurunkan berat badan!
Diet yang popular beberapa tahun terakhir ini adalah diet yang mengharuskan anda menggunakan makanan tinggi lemak tetapi sedikit karbohidrat. Tujuannya adalah, tubuh anda akan mencapai keadaan ketosis. Dalam keadaan ketosis tersebut, tubuh akan menjadikan lemak sebagai energi utama. Masih banyak pendapat pro dan kontra mengenai sistem dari diet keto. Tetapi, diet keto dianggap efektif dalam mengurangi berat badan dalam waktu yang cukup singkat.
Ditemukan pada tahun 1985 di Amerika Syarikat, ketika ini diet GM juga popular dilakukan oleh wanita asia. Diet GM sendiri adalah diet yang mengharuskan anda membuat jadual pengambilan makanan yang sedikit kalori namun memiliki tinggi gizi yang harus dilakukan selama 7 hari berturut-turut.
Sebahagian besar, makanan yang akan dimakan terdiri dari sayur dan buah. Selama menjalankan diet ini, anda diharuskan meminum air putih sebanyak 12-15 gelas sehari. Tetapi walau dinilai efektif dalam menurunkan berat badan, diet ini tidak sesuai untuk diet mampan kerana kurang pengambilan protein dan lemak membuat nutrisi di tubuh menjadi tidak seimbang. Selain itu, setelah anda melakukan diet GM besar kemungkinan berat badan anda akan naik kembali jika anda tidak menjaga pengambilan makanan.
Saat ini tidak jarang catering makanan sihat yang menyediakan menu diet mayo. Diet mayo merupakan diet yang membatasi penggunaan karbohidrat dan garam. Diet ini dijalankan selama 7-13 hari secara berturut-turut. Menjanjikan penurunan berat badan yang cukup drastik, membuat diet mayo popular di Asia.
Dengan penggunaan garam secara minima, membuat anda akan lebih sering buang air kecil. Karena, tidak ada garam yang mengangkut air dalam tubuh. Kerana tidak ada air yang terikat dan frekuensi buang air kecil bertambah, anda akan mengalami penurunan berat badan yang drastis kerana hilangnya cairan di tubuh.
Sama seperti diet GM, diet mayo juga tidak boleh dilakukan secara terus menerus. Ketika 7-13 hari tersebut sudah selesai, peluang berat badan naik kembali juga akan terjadi jika anda tidak menjaga pengambilan.
Jenis diet yang dipopularkan oleh Deddy Corbuzier sejak tahun 2013 ini tetap menjadi diet yang popular untuk mengurangkan berat badan. Memiliki konsep yang hampir serupa dengan puasa, diet OCD ini mengharuskan anda mengatur tangga makan. Anda diperbolehkan untuk makan pada waktu tertentu.
Anda boleh makan makanan yang kaya dengan protein dan serat tidak ketinggalan juga karbohidrat. Setelah itu, anda tidak boleh makan sampai batas waktu yang telah anda tentukan. Hingga kini, masih banyak perdebatan mengenai diet OCD ini sendiri. Tetapi sudah banyak yang membuktikan bahawa diet ini sangat efektif menurunkan berat badan tanpa rasa lapar.
Yang terakhir adalah diet food combaning, diet yang mengatur pola makan dengan tujuan tercapainya syarat-syarat homeostastis tubuh, dan salah satunnya tandanya adalah dengan pH tubuh yang cenderung netral sedikit biasa. Dalam diet ini, anda boleh makan makanan 3 kali sehari dan memenuhi semua nutrisi seperti lemak, serat, karbohidrat, protein dan lainnya.
Dalam diet ini, ada beberapa aturan yang harus anda ikuti. Seperti ketika sarapan, anda hanya boleh makan buah. Ketika makan siang, jika anda makan protein haiwan maka hindari karbohidrat. Jika ingin makan karbohidrat, maka pilihlah protein sayuran sebagai sampingan. Dan yang menariknya, anda boleh makan sampai perut anda terasa kenyang. Wah, menarik untuk di cuba kan!
Itu dia lima jenis diet yang popular dan efektif dalam menurunkan berat badan. Tapi yang harus anda ingat, metabolisme tubuh individu berbeza-beza, sehingga anda boleh mencuba diet yang paling efektif untuk tubuh anda. Agar diet berhasil, jangan lupa untuk rutin olahraga dan minum air putih yang banyak!
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Cloud skin ialah trend solekan lembut yang memberi efek kulit halus, segar dan natural. Ketahui cara hasilkan kemasan makeup yang nampak mahal dan elegan.