Tidak hanya soal penampilan, menurunkan berat badan dan memiliki tubuh ideal juga dapat mencegah dari pelbagai jenis penyakit. Selain itu, memiliki berat badan ideal akan membuat tubuh lebih segar dan tentu sahaja, lebih keyakinan diri.
Dalam mengimpikan berat badan ideal, saat ini banyak sekali berbagai jenis diet yang menjanjikan penurunan berat badan dengan waktu yang singkat. Sebelum anda mencubanya, anda harus tahu jenis-jenis diet yang akan anda jalani. Jom, semak lima jenis diet yang boleh membantu anda menurunkan berat badan!
1. Diet Keto (Ketogenic)
Diet yang popular beberapa tahun terakhir ini adalah diet yang mengharuskan anda menggunakan makanan tinggi lemak tetapi sedikit karbohidrat. Tujuannya adalah, tubuh anda akan mencapai keadaan ketosis. Dalam keadaan ketosis tersebut, tubuh akan menjadikan lemak sebagai energi utama. Masih banyak pendapat pro dan kontra mengenai sistem dari diet keto. Tetapi, diet keto dianggap efektif dalam mengurangi berat badan dalam waktu yang cukup singkat.
2. Generals Motors Diet (GM)
Ditemukan pada tahun 1985 di Amerika Syarikat, ketika ini diet GM juga popular dilakukan oleh wanita asia. Diet GM sendiri adalah diet yang mengharuskan anda membuat jadual pengambilan makanan yang sedikit kalori namun memiliki tinggi gizi yang harus dilakukan selama 7 hari berturut-turut.
Sebahagian besar, makanan yang akan dimakan terdiri dari sayur dan buah. Selama menjalankan diet ini, anda diharuskan meminum air putih sebanyak 12-15 gelas sehari. Tetapi walau dinilai efektif dalam menurunkan berat badan, diet ini tidak sesuai untuk diet mampan kerana kurang pengambilan protein dan lemak membuat nutrisi di tubuh menjadi tidak seimbang. Selain itu, setelah anda melakukan diet GM besar kemungkinan berat badan anda akan naik kembali jika anda tidak menjaga pengambilan makanan.
IKLAN
3. Diet Mayo
Saat ini tidak jarang catering makanan sihat yang menyediakan menu diet mayo. Diet mayo merupakan diet yang membatasi penggunaan karbohidrat dan garam. Diet ini dijalankan selama 7-13 hari secara berturut-turut. Menjanjikan penurunan berat badan yang cukup drastik, membuat diet mayo popular di Asia.
Dengan penggunaan garam secara minima, membuat anda akan lebih sering buang air kecil. Karena, tidak ada garam yang mengangkut air dalam tubuh. Kerana tidak ada air yang terikat dan frekuensi buang air kecil bertambah, anda akan mengalami penurunan berat badan yang drastis kerana hilangnya cairan di tubuh.
IKLAN
Sama seperti diet GM, diet mayo juga tidak boleh dilakukan secara terus menerus. Ketika 7-13 hari tersebut sudah selesai, peluang berat badan naik kembali juga akan terjadi jika anda tidak menjaga pengambilan.
4. Diet OCD (Obsessive Corbuzier’s Diet)
Jenis diet yang dipopularkan oleh Deddy Corbuzier sejak tahun 2013 ini tetap menjadi diet yang popular untuk mengurangkan berat badan. Memiliki konsep yang hampir serupa dengan puasa, diet OCD ini mengharuskan anda mengatur tangga makan. Anda diperbolehkan untuk makan pada waktu tertentu.
IKLAN
Anda boleh makan makanan yang kaya dengan protein dan serat tidak ketinggalan juga karbohidrat. Setelah itu, anda tidak boleh makan sampai batas waktu yang telah anda tentukan. Hingga kini, masih banyak perdebatan mengenai diet OCD ini sendiri. Tetapi sudah banyak yang membuktikan bahawa diet ini sangat efektif menurunkan berat badan tanpa rasa lapar.
5. Food Combaning Diet
Yang terakhir adalah diet food combaning, diet yang mengatur pola makan dengan tujuan tercapainya syarat-syarat homeostastis tubuh, dan salah satunnya tandanya adalah dengan pH tubuh yang cenderung netral sedikit biasa. Dalam diet ini, anda boleh makan makanan 3 kali sehari dan memenuhi semua nutrisi seperti lemak, serat, karbohidrat, protein dan lainnya.
Dalam diet ini, ada beberapa aturan yang harus anda ikuti. Seperti ketika sarapan, anda hanya boleh makan buah. Ketika makan siang, jika anda makan protein haiwan maka hindari karbohidrat. Jika ingin makan karbohidrat, maka pilihlah protein sayuran sebagai sampingan. Dan yang menariknya, anda boleh makan sampai perut anda terasa kenyang. Wah, menarik untuk di cuba kan!
Itu dia lima jenis diet yang popular dan efektif dalam menurunkan berat badan. Tapi yang harus anda ingat, metabolisme tubuh individu berbeza-beza, sehingga anda boleh mencuba diet yang paling efektif untuk tubuh anda. Agar diet berhasil, jangan lupa untuk rutin olahraga dan minum air putih yang banyak!
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Penyakit hiperhidrosis ini terbahagi kepada dua iaitu ‘primary hyperhidrosis’ dan ‘secondary hyperhidrosis’. Selalunya pesakit di bawah kelompok primary berpunca dari masalah saraf dan secondary berpunca dari penyakit lain contohnya obesiti, kanser, thyroid dan lain-lain lagi.
“Apa perasaan penulis jika orang akan membuat riak muka terkejut, jelik dan geli apabila bersalaman dengan anda, dan selepas itu mereka mengelap tapak tangan mereka di seluar, dan melakukannya di hadapan anda? Sudah tentu malu dan terasa dihina!”
Meskipun perit untuk diterima, namun jauh di sudut hati, wujud rasa redha dengan ketentuan Illahi. Taufiq Al Rahman, 29, seorang pereka fesyen dari Melaka, membuka lembaran bicara dengan menyingkap kembali saat pertama kali dia mengetahui tentang penyakit yang dihidapnya, Hiperhidrosis. Apa salahnya jika berpeluh? Tidak normalkah jika berpeluh? Pasti itu persoalan yang timbul saat anda membaca tajuk ini, namun, adakah ia perkara biasa jika kadar peluh lebih banyak dan deras melampau dari normalnya? Ya! Hiperhidrosis adalah sejenis penyakit yang berkaitan dengan masalah peluh berlebihan yang terjadi dalam satu peratus populasi.
“Saya masih ingat lagi, ketika saya masih di sekolah rendah, jari saya kerap tergelincir dari pensel ketika sedang menulis dan buku tulis ataupun kertas peperiksaan menjadi lembap dan basah menyebabkannya hancur dan lunyai kerana peluh yang banyak di seluruh tapak tangan. Namun, saya anggap itu normal sehinggalah saat saya di diploma, perasaan ingin tahu itu membuak-buak dan akhirnya saya membuat sedikit kajian dan bacaan sendiri daripada blog, forum, tabloid dan bertanya kepada pihak-pihak yang boleh dipercayai. Dari situ saya betul-betul mengenali penyakit Hiperhidrosis ini”.
Bertanyakan mengenai momen yang tidak boleh dilupakan sepanjang menghidap penyakit ini, Taufiq jujur mengatakan bahawa keyakinan dan motivasi dirinya turun mendadak apabila melihat orang yang berjabat tangan dengannya membuat riak muka geli dan jelik, dan mengelap tapak tangan mereka di seluar, ketika masih dihadapannya. Bagi dirinya, perlakuan itu seolah-olah menjadikan dia manusia yang hina dan jijik.
“Tahap Hiperhidrosis saya adalah berskala 7 dari 10. Peluh saya terutamanya di tangan, boleh mengalir hingga ke pergelangan tangan. Peluh di tapak kaki saya pula boleh meninggalkan kesan tapak kaki jika berjalan tanpa kasut di atas simen. Teruk bukan? Situasi ini secara tidak langsung membantutkan beberapa aktiviti harian saya. Contohnya jika bersukan, saya hanya boleh melakukan aktiviti berenang kerana saya berasa lebih selesa dan yakin. Bukan itu sahaja, malah ia turut membahayakan keselamatan diri ketika saya memandu apabila tangan saya tergelincir dari ‘steering kereta’ kerana keadaan tapak tangan saya yang semakin basah terutamanya ketika cuaca panas. Oleh kerana keadaan peluh di tapak tangan tidak boleh dikawal, saya juga mengalami kesukaran untuk mengendalikan telefon bimbit kerana ia jenis ‘touchscreen’. Mengenai peluh di tapak kaki pula, saya sering kali tergelincir di tengah jalan. Bayangkan kaki saya terkeluar daripada sandal? Sangat memalukan! Saya juga sentiasa menukar stokin kerana jika tidak, kaki saya akan menghasilkan bau yang busuk dan meningkatkan kadar kelembapan pada kaki. Akhirnya, kuku kaki saya dijangkiti kulat”.
Tidak bernokhtah disitu sahaja, malah menurut Taufiq, sebagai seorang pereka fesyen, apa yang membimbangkan dirinya adalah apabila dia harus sentiasa berhati-hati dalam melakukan hal kerja rekaan bajunya kerana risau akan menjejaskan fabrik pelanggan yang disebabkan peluh di tapak tangannya.
“Untuk memastikan keadaan fabrik pelanggan dijaga rapi, saya melapik tangan dengan kertas dan sebagainya supaya peluh tidak akan menjejaskan fabrik pelanggan yang akan menyebabkan kekuningan. Selain itu juga, saya harus menukar segala peralatan jahitan (jenis besi) seperti jarum, jarum peniti, gunting, dan termasuklah beberapa komponen mesin jahit kerana ia menjadi berkarat selepas saya menggunakannya walaupun sementara”.
Mengenai rawatan pula, Taufiq lebih selesa tidak melakukan apa-apa rawatan kerana dia tahu, Hiperhidrosis ini tidak mengancam nyawa. Tambahan pula proses rawatan memakan belanja yang besar. Apa yang penting, dia harus sentiasa positif dan cekal menjalani hari-hari seterusnya kerana meskipun penyakit ini tidaklah merbahaya, namun jika tidak kuat dari segi mental, ia bisa membunuh keyakinan diri. Maka, diri terus hanyut ditenggelami rasa sedih dan gelora emosi.
“Sebagai seorang muslim, saya sentiasa percaya kepada kententuan Illahi. Redha. Pasti ada hikmah pada hari-hari mendatang. Syukur saya ucapkan kerana memiliki keluarga dan kenalan yang benar-benar memahami. Saya cuma berharap agar rakyat Malaysia lebih sedar dan faham tentang penyakit ini. Mereka harus sedar Hiperhidrosis bukanlah virus yang berjangkit, dan ia bukanlah merbahaya. Rakyat Malaysia juga harus peka dengan perasaan dan emosi kami supaya dapat membantu menguatkan lagi mental kami. Kepada penghidap Hiperhidrosis, ini bukanlah noktah dalam kehidupan kita. Harus kekal positif dan ceria setiap masa”.
FAKTA MENGENAI HIPERHIDROSIS:
Suntikan Botox, ubat-ubatan dan krim adalah rawatan bersifat sementara. Manakala kaedah pembedahan boleh menghilangkan peluh di kawasan yang bermasalah.
Pun begitu, walaupun tempat yang bermasalah itu sudah dilakukan pembedahan, Hiperhidrosis ini boleh terjadi di kawasan lain seperti ketiak, dada, bahagian sulit dan sebagainya.
Tahap keberkesanan rawatan tidak seratus peratus.
Hanya 3% hingga 5% manusia sahaja yang menghidap penyakit ini.
Hipoglisemia juga antar punca utama penyakit Hiperhidrosis.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Seorang organisasi dan guru pembersihan telah berkongsi rahsianya untuk menghilangkan kotoran solekan pada pakaian dan dia hanya menggunakan satu bahan ruji rumah.
Ibu dua anak, Chantel Mila, lebih dikenali sebagai Mama Mila, berkata dia menggunakan krim pencukur untuk menghilangkan kotoran solekan seperti asas dan gincu daripada pakaian.
Video ini tular hack kecantikan menghilangkan kesan kotoran di leher baju tular di APL TikTok
Chantel mula-mula menyapu krim pencukur ke seluruh noda dan biarkan ia meresap selama sepuluh minit. Selepas itu, dia menggunakan berus atau kain untuk menggosok noda dalam gerakan membulat. ‘Anda boleh melihat noda berkurangan serta-merta,’ katanya. Dia kemudian hanya membasuh pakaian seperti biasa di dalam mesin basuh dan kotorannya hilang sepenuhnya.
Video Chantel menerima lebih 40,000 tontonan dan beberapa komen.
Terima kasih banyak dia atas hack mudah dan berkongsi kaedah mereka sendiri untuk menghilangkan kotoran degil.
‘Ini sangat bagus,’ kata seorang wanita. ‘Saya juga membuat pes dengan baking soda dan lemon dan saya sapukan dengan lembut.’
‘Anda benar-benar superhero,’ tulis wanita lain.
Dia menambah, ‘Saya mempunyai begitu banyak kotoran solekan pada pakaian saya tanpa tahu bagaimana untuk menanggalkannya – sehingga sekarang!’
Chantel juga berkongsi formula untuk semburan DIY yang menghilangkan kotoran peluh dari pakaian dalam masa sepuluh minit sahaja. Dia menggunakan campuran hidrogen peroksida dan cecair pencuci pinggan untuk menghilangkan kotoran peluh dari pakaian dengan mudah.
‘Ini adalah cara paling mudah untuk menghilangkan kotoran deodoran ketiak selamanya,’ dia menulis kapsyen TikTok tularnya.
Dia mencampurkan dua bahagian hidrogen peroksida dengan satu bahagian cecair pencuci pinggan untuk menghasilkan semburan. Dia kemudian menuang campuran itu ke dalam botol dan menyemburkannya pada pakaian yang bernoda, biarkan ia berendam selama sepuluh minit. ‘Campuran yang kuat akan menghilangkan noda dengan segera,’ katanya. Dia kemudiannya membasuh pakaian dalam mesin basuh seperti biasa.
Walaupun helah biasanya digunakan pada pakaian putih, Chantel berkata 3% hidrogen peroksida dan masa rendam yang lebih singkat sepatutnya berfungsi dengan baik pada pakaian gelap.
Walau bagaimanapun, dia masih mengesyorkan ujian tampalan terlebih dahulu kerana bahan yang berbeza mungkin bertindak balas secara berbeza terhadap campuran DIY. Kedua-dua cara ini boleh juga diaplikasikan pada tudung yang terkesan dengan alat solekan. Selamat mencuba sis!
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Orang kata, wajah suami isteri bila seiras itu tandanya jodoh panjang. Pelik bukan? Macam mana wajah suami isteri boleh seiras? Apa puncanya? Memang banyak anggapan di kalangan masyarakat kalau orang yang berjodoh itu cenderung memiliki wajah yang mirip.
Menurut seorang pakar psikiatri, Dr Ahmad Rostam Md Zain melalui perkongsian di laman Twitter miliknya, dia menerangkan dengan lebih jelas mengenai isu ini.
FAKTA MENARIK MENGAPA PASANGAN KELIHATAN SEIRAS
Sudah tentu kita kerap kali terjumpa pasangan yang sudah berkahwin wajah mereka kelihatan seiras dan hampir serupa.
Kalau tidak kenal, mungkin ada yang akan kata mereka kembar @ bersaudara sedangkan mereka sebenarnya tidak. Sains ada jawapannya.
1. Kajian yang dikeluarkan pada 2011 mendapati bahawa kita cenderung untuk memilih pasangan yang ada iras muka kita @ iras dengan ibu ayah kita sendiri.
2. Teori ‘assortative mating’ pula menyimpulkan kita cenderung memilih orang yang mempunyai ciri fizikal dan strata sosial yang setara.
3. Pasangan juga cenderung untuk mempunyai tabiat, bahasa badan dan gaya yang sama yang menunjukkan ikatan emosi yang selesa dan saling percaya.
4. Sistem imun badan juga akan mula menjadi hampir sama setelah lama bersama jadi tidak hairanlah jika seorang sakit, yang seorang lagi juga bakal tidak sihat.
5. Pengalaman hidup menyebabkan mereka melalui turun naik emosi dan cabaran yang sama. Kedutan di muka juga boleh berlaku di tempat yang sama.
6. Kajian Robert Zanjonc menunjukkan, lebih tinggi tahap kegembiraan dan kebahagian yang dialami oleh 1-1 pasangan, lebih iras mereka akan kelihatan.
Sungguh, bahagia boleh dilihat, dirasa dan dikongsi.
Pasti anda masih ingat pelantun suara lagu 'Dan Sebenarnya', Yunalis Mat Zara’ai atau sering disapa sebagai Yuna yang kini sudahpun berjaya melebarkan sayapnya di peringkat Antarabangsa.