Pelakon Fouziah Gous merupakan antara selebriti yang memulakan kariernya sebagai seorang pramugari. Pernah terbang bersama Malaysia Airlines, pelakon ini juga antara selebriti yang memiliki wajah yang anggun serta tubuh badan yang ideal!
Baru-baru ini, Fouziah Gous memuat naik videonya yang sedang memberikan ‘announcement’ ala-ala pramugari di laman Instagramnya. Menurutnya, pengalamannya menjadi seorang pramugari selama 5 tahun menggamit kembali memorinya. Lantas, video ini dimuat naik dan mendapat pujian ramai dari netizen. Ternyata, Fouziah Gous memiliki ciri-ciri lengkap sebagai seorang pramugari dengan lenggok suaranya serta senyuman manisnya yang ayu, pasti menjadikan kamu tersenyum lebar jika melihat Fouziah Gous menjadi pramugari dalam pesawat yang kamu naiki!
Bukan itu sahaja, selebriti kesayangan ramai ini juga turut memuat naik videonya bercakap sambil melihat skrip sambil memegang sebuah botol yang dijadikan sebagai mikrofon. Sungguh lucu!
Oleh kerana videoya yang menarik hati ramai serta kelucuannya memegang sebuah botol, video tersebut mendapat komen yang positif dan ada juga yang berhasrat untuk melihat selebriti Fouziah Gous menjadi pramugari di depan mata!
Ads
Ads
Apa-apapun, team Hijabista terhibur dengan video yang dimuat naik oleh selebriti ini! Senyuman ayunya sentiasa menghiasi dunia seni tanah air!
Perasaan untuk menunaikan ibadah umrah mahupun haji adalah suatu perkara yang sukar di bayangkan. Hati kian terasa berdebar untuk melihat ‘syurga dunia’ buat mereka yang bakal melawatinya kelak.
Sudah tentu ramai yang ingin kelihatan suci dan cantik untuk berada di Mekah. Lantas wanita ini berkongsi keterujaannya memakai telekung berharga Rm6,080 untuk mengerjakan umrah!
Memuat naik perkongsian video mengerjakan umrah di media sosial, pemilik Bawal Exclusive, Haliza Maysuri, mendapat perhatian orang ramai apabila mengerjakan umrah. Tetapi telekung yang di padankan pula bukanlah pada harga yang biasa-biasa.
Mengambil keputusan untuk memaklumkan harga telekung berjumlah RM6,080, dia meluahkan rasa teruja memakainya untuk beribadat di Mekah. Namun, tujuannya bukanlah untuk menunjuk atau riak kepada orang ramai.
“Pakai telekung harga RM6,080. Ini baru tetamu VIP Allah.” tulisnya di dalam video itu.
Boleh dilihat corak dan rekaan telekung itu juga amat cantik dan unik berpatutan pada harganya. Memang tidak boleh disangkal ia cukup sempurna untuk mereka yang inginkan keistimewaan ketika beribadat.
Sudah tentu ramai yang memberikan komen dan reaksi apabila video itu dimuat naik ke media sosial. Ada yang beranggapan wanita tersebut ‘tersalah’ dalam menggunakan ayat ‘VIP Allah’.
Ada juga yang menyatakan niat perlu betul bukan untuk bermegah. Lantas Haliza sendiri menyatakan dia juga telah menyumbang untuk taja kakitangan serta kenalan yang tidak mampu untuk membayar kos umrah.
“Memang rutin saya taja kakitangan dan kenalan-kenalan yang kurang mampu, pakej RM15000.00 satu kepala. Tapi tidak perlulah nak dicanang satu dunia.” jawabnya untuk meredakan salah faham tentang perkongsiannya.
Bukan mudah untuk memilih busana pernikahan. Hari tersebut merupakan penanda kehidupan seorang wanita akan berubah selama-lamanya. Pilihan busana menjadi satu perkara yang kadangkala memeningkan kepala.
Rona putih bersih menjadi pilihan menandakan permulaan hari yang baik serta terbinanya sebuah mahligai yang diharapkan berkekalan sehingga ke syurga. Empat selebriti popular tanah air ini, memilih untuk mendapatkan khidmat pereka fesyen tempatan tanah air dalam merealisasikan impian busana pernikahan mereka yang akan tersemat rapi sebagai lipatan memori manis sepanjang hidup.
MIRA FILZAH x RIZMAN RUZAINI Siapa boleh lupa dengan baju kurung Pahang mewah rekaan Rizman Ruzaini untuk si cantik manis, Mira Filzah ketika majlis pernikahnnya. Memilih rona putih bersih, rekaan baju kurung ini ringkas namun tatahan batuan perincian di bahagian hujung lengan dan labuh baju memberikan satu ‘statement’ gaya yang cukup memukau. Dilengkapi pula dengan layah panjang meleret sesuai dengan gaya bagai ratu sehari.
INTAN LADYANA x HATTA DOLMAT Perkahwinan Intan dan suaminya, Haris mendapat perhatian ramai bukan sahaja dek jarak usia mereka namun keutuhan cinta di antara mereka cukup mengagumkan. Memilih busana rekaan Hatta Dolmat, siluet baju kurung moden diilhamkan untuk hari pernikahannya. Hatta mereka busana tersebut dengan ringkas namun apa yang menariknya ia disuntik dengan elemen dramatik kain meleret. Selain itu tambahan sulaman corak bunga timbul memberikan nuansa rasa nan romantis.
ERNIE ZAKRI x AMAZÉ Penyanyi bervokal hebat ini memilih busana rekaan pereka fesyen kesayangannya Zeed Jamil & Amar Madfie yang bernaung dibawah jenama Amazé. Mengambil siluet kurung Pahang, busana mewah ini dihiasi dengan kombinasi sulam tebuk yang diinspirasikan oleh Sulam Tekat tiga dimensi sebagai perincian utama. Biarpun siluet busana ini nampak tradisional namun potongannya yang sofistikated menjadikannya kelihatan moden dan lain daripada yang lain.
NEELOFA x ALIA BASTAMAM Boleh dikatakan perkahwinan Neelofa antara yang dinanti-nantikan oleh para peminatnya. Ramai berteka-teki siapakah pereka fesyen yang akan menjadi pilihannya sementelah penampilannya telah berubah 360 darjah berbanding dahulu. Akhirnya Alia Bastamam dipilih dan ternyata pilihannya tepat. Masih kekal dengan DNA yang sopan sebagai seorang Muslimah yang berniqab, Alia bijak mengadunkan gaya sopan dan mewah. Rekaan gaun potongan duyung yang longgar dimewahkan dengan pilihan fabrik perincian dan juga tamabahan bulu pelepah menyerlahkan gaya romantis. Kehadiran ‘cape’ yang labuh meleret seolah-olah menggantikan penggayaan veil yang tidak digayakan Neelofa.
Ha, yang mana satu busana pernikahan yang anda suka? Mungkin empat gay aini boleh menjadi inspirasi untuk anda hijabi yang bakal melangsungkan pernikahan kelak.
Pelakon dan pengacara jelita, Mira Filzah ibu kepada Wan Amir Khair ini sentiasa memukau para peminat dengan kejelitaannya serta personaliti lemah lembutnya yang menawan hati semua yang melihatnya.
Memuat naik foto di laman instagram, isteri tercinta kepada Wan Emir Astar itu tampil selepas bersalin dengan imej terbaharu yang lebih stailo dan tetap bergaya, mengejutkan ramai juga kerana menjadi seorang pempengaruh media sosial Mira masih mempunyai pengaruh gaya inspirasi hijabi di luar sana.
Memperagakan pelbagai koleksi berjenama mahupun tempatan, menariknya kali ini sudah 3 tahun berkerjasama bersama jenama antarabangsa iaitu UNIQLO ramai akui selebriti kesayangan ramai ini punya daya tarikan tersendiri. Menurut Mira lagi, beliau sangat gembira dan berbangga apabila disunting untuk memperagakan koleksi-koleksi dari UNIQLO walaupun ini bukan jenama pertama yang Mira pernah bekerjasama.
Menariknya lagi Mira Filzah menggayakan Koleksi Pakaian Musim Gugur/Musim Sejuk HANA TAJIMA FOR UNIQLO 2022. Koleksi LifeWear ini muncul daripada gabungan tumpuan UNIQLO pada pakaian harian yang menggabungkan fungsi dan fesyen yang luar biasa, dan bentuk elegan dan siluet lembut Hana Tajima yang terus memikat wanita di seluruh dunia bersesuaian dengan imej yang dibawa selebriti ini.
Pelbagai koleksi dari UNIQLO, Mira Filzah gemar menggayakan koleksi daripada pereka fesyen yang berpangkalan di New York, Hana Tajima. Barisan baharu mempersembahkan pakaian dengan gaya yang ringkas namun ikonik.
“Setiap koleksi Hana Tajima sebenarnya berbeza-beza mengikut musim dan setiap koleksi mempunyai keistimewaan yang berbeza-beza, ” ujar Mira lagi.
Katanya lagi setiap yang helaian yang digayakan, rekaan dan fabrik menjadi keutamaan. Apatah lagi helaian itu perlu membuat anda selesa ketika disarungkan di badan.
Koleksi Hana Tajima ini mempunya reka bentuk yang elegan dan halus yang menyerlahkan kecantikan dan keperibadian setiap pemakai mencipta rupa yang unik dan menambahkan sinaran lembut kepada kehidupan seharian. Koleksi ini yang menggunakan tiga jenis bahan iaitu rayon dan lyocell yang lembut dan berbulu, satin yang sangat berkilat, dan flanel hangat bagi menampilkan perincian dan reka bentuk yang inovatif seperti potongan yang menyerlahkan kecantikan dan aksen lipatan yang halus.
Mengulas mengenai koleksi terbaru, Hana Tajima berkata, “Menggayakan pakaian bermula dengan bertanya pada diri sendiri bagaimana perasaan anda. Siapa saya dengan memakai pakaian ini? Setiap pakaian mempunyai penampilan tersendiri. Ia menyatakan sebahagian daripada keperibadian dan keanggunan kita, membolehkan kita menjadi orang yang kita inginkan.”
Pakaian yang memancarkan ekspresi anggun menambah keyakinan kepada kehidupan seharian. Hanya dengan menyarungkan pakaian bergaya dan ringan ini secara santai yang menyampaikan kecantikan yang bermaruah, pemakainya serta-merta dibawa lebih dekat dengan orang yang mereka inginkan.
Namun tidak salah sekiranya hijabi ingin bergaya tetapi mengekalkan imej sopan, pada Mira Filzah yang gemar menyarungkan inner tudung dari Hanna Tajima pilihan koleksi ini adalah yang terbaik kerana dengan koleksi ini anda tiada kengkangan untuk menyuaipadankan dengan helaian laian. Malah setiap helaian selesa dan sesuain untuk imej hijabi yang bertudung.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Cushion cepat oksida boleh membuatkan solekan menjadi kusam dan tidak sekata. Ketahui 7 cara mudah untuk mengelakkan masalah ini supaya makeup kekal segar dan tahan lama.