Masihkah Hijabi ingat dengan figura yang satu ini? Pemilik nama Raja Farah Raja Aziz atau lebih mesra disapa sebagai Raja Farah. Malah, nama ini bukanlah nama asing dalam industri seni tanah air apabila penglibatanya sekitar awal tahun 2000 membuahkan hasil.
Sepanjang pembabitannya sebagai anak seni, Raja Farah sudah membintangi banyak drama dan filem. Ini termasuklah drama Durrani, Manjalara, Gadis Dari Bintang serta filem Apa Kata Hati, Anak Halal, Sal dan Aku Masih Dara.
Namun, seiring meningkat usia, selebriti wanita ini telah berubah kearah yang lebih baik selepas mendirikan rumah tangga. Raja Farah kini terlihat lebih manis sejak berhijab dan memutuskan untuk menutup aurat sepenuhnya.
Ibu Empat ‘Cahaya Mata’ Ini Begitu Manis Berhijab!
Hijabista tumpang bahagia tengok kehidupan Raja Farah sekarang. Meski tidak dinafikan, lama tak nampak kelibat aktres ini di kaca televisyen mahupun majlis-majlis hiburan tanah air.
Malah, sejak mendirikan rumah tangga, dia yang pernah popular dalam filem Haq ini seakan sepi daripada karier seni dan lakonan hingga namanya kian lenyap.
Lebih-lebih lagi apabila sudah bertukar status dan galas tugas ibu dan menjadi insan lebih baik serta menikmati bahagia di samping keluarga. Kini tumpuan Raja Farah pastinya kepada anak-anak tersayang dan suami tercinta.
Untuk rekod, Raja Farah dilahirkan pada 5 Julai 1988 dan kini berusia 35 tahun. Dia mendirikan rumah tangga bersama Iskandar Ismail pada 6 September 2015 dan kehidupan pasangan ini lebih bermakna dengan kehadiran empat cahaya mata iaitu dua lelaki dan dua perempuan.
Ads
Empat anak Raja Farah dan Iskandar Ismail ialah Imran, Ilham, Intan dan bayi perempuan yang baru sahaja dilahirkan pada 9 Jun lepas yang menjadi pelengkap hidup Raja Farah dan suami untuk memiliki empat cahaya mata.
Raja Farah mula dikenali sebagai model iklan komersial TV menerusi iklan Beras Floral. Selain berlakon, dia juga berbakat sebagai pengacara TV dan pernah mengendalikan program Voice Out dan Suara Emas Bintang RTM 2007.
Moga segala urusan Raja Farah dan rumah tangga bersama suami kekal bahagia hingga ke syurga.
Ads
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari HIJABISTA
Tertarik dengan keindahan ajaran agama Islam menyebabkan lelaki ini mengambil keputusan untuk memeluk Islam. Apa yang dipelajari dalam Islam sepanjang bergelar lelaki Muslim menjadikan Mohd Taufiq Abdullah, 42 tahun, seorang yang tabah dan cekal menghadapi ujian dari Allah. Siapa sangka setelah hampir dua tahun berkahwin dengan pilihan hati, Nurliyana Abdul Raziff, 33 tahun, dia diuji Tuhan apabila isteri tersayang disahkan menghidap Para Tiroid hingga boleh membahayakan nyawa.
Bagi Taufiq, apa yang dihadapi ini adalah ujian dari Tuhan untuk menguji keimanan hamba-Nya selepas dia memeluk agama Islam. Sebelum ini mereka berdua berkenalan di tempat kerja sama dan berkahwin pada 2011.
Sudah hampir 9 tahun usia perkahwinan mereka dan walaupun diduga begitu, lelaki ini tetap setia berada di belakangnya isterinya itu. Malah sebelum berkahwin dia sudah tahu isterinya mempunyai masalah buah pinggang, tetapi tetap mahu melamarnya sebagai seorang isteri.
Betapa cintanya pada wanita ini cukup luhur dan suci. Tidak kira apa keadaan fizikalnya, dia tetap setia menjaga isteri tersayang sejak dua tahun lalu. Ternyata ketabahan dan kesetiaan Mohd Taufiq ini menjaga Liyana membuatkan netizen cukup kagum dengan pengorbanannya.
“Apa yang kami tempuhi sekarang ini saya anggap sebagai takdir. Saya tetap bersyukur di sebalik kepayahan ini, syukur ramai yang tampil beri sokongan moral dan sumbangan bagi meringankan beban kami,” katanya.
Liyana disahkan penghidap Para Tiroid sejak 2016 lagi dan kesengsaraan jelas terpancar di wajahnya apabila tulang rahang kini membesar hingga menyebabkan mulut terkeluar dan menjejaskan penglihatan.
Bukan itu sahaja, dia juga turut mengalami penyusutan berat badan daripada 55kg hingga kini hanya 23 kg. Malah ketinggiannya juga menurun daripada 1.5 meter kepada 1.3 meter.
Menurut Liyana, akibat mulutnya semakin membesar, dia tidak boleh mengunyah kerana ketumbuhan tiroid dalam mulut semakin membesar hingga menutup saluran rongga. Kini Liyana hanya bergantung pada susu khas yang diberikan suaminya.
Walaupun begitu, doktor tidak mengesyorkan dia menjalani pembedahan membuang ketumbuhan tiroid kerana pada masa sama dia juga mempunyai masalah buah pinggang dan jantung.
Malah masalah kesihatan itu menyukarkan doktor pakar untuk menjalankan pembedahan kerana Nurliyana tidak boleh disuntik ubat bius atau diberikan ubat tidur kerana keadaan jantungnya yang lemah.
Sejak usia 9 tahun Liyana dikesan mengalami sistemik lupus eritematosus atau lupus yang menyebabkan anti-body dalam badannya lemah dan dia mudah diserang penyakit.
Hijabista terharu dengan penderitaan yang dialami oleh Liyana dan betapa dalamnya rasa cinta antara mereka tanpa mengenal perubahan fizikal kerana yang penting dalam hidup bersama hingga ke jannah.
P/S: Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan meringankan beban keluarga Liyana boleh membuat sumbangan melalui akaun Bank Islam atas nama Nurliyana Abd Razif: 050580-2014-5124
Sering kali bila tiba waktu lunch, mula lah perut terasa sebu dan badah sudah tidak bermaya.Namun kita tidak boleh memberikan berpuasa sebagai alasan tidak boleh melakukan kerja harian seperti biasa.Jadi kami kongsikan 7 tip yang berguna di bulan puasa ini. Selamat beramal.
Namun, tahukah anda bahawa lauk-pauk masin sebegitu akan membuatkan tubuh anda cepat kering lalu berasa dahaga? Ini adalah disebabkan reaksi tubuh terhadap garam di mana ia memerlukan kuantiti air lebih banyak untuk membasmi rasa masin tersebut. Jadi, sila elak menikmati makanan yang masin ketika sahur.
Menurut sunnah nabi, seseorang perlu mengunyah makanan 40 hingga 44 kali untuk pastikannya betul-betul hancur sebelum ditelan. Dengan itu, makan dalam kuantiti sedikit pun sudah boleh terasa kenyang!
Kekacang adalah gabungan nutrien yang penuh termasuklah protein serta lemak dan serat yang baik untuk membuatkan perut cepat kenyang. Jika bosan untuk menikmati nasi ketika sahur, anda boleh makan segenggam kekacang pilihan (gajus/badam/walnut/kacang tanah). Cara ini pasti membantu.
Tetapi mengikut kajian saintifik, taktik meminum segelas air sebelum makan adalah terbaik untuk buat perut terasa kenyang.Jadi, sebelum menikmati sajian sahur, terlebih dahulu jangan lupa untuk meminum segelas air kosong.
Jika ingin menghalang tubuh dari kehilangan nutrien serta kekurangan bendalir, sila makan buah dan sayur-sayuran dalam kuantiti yang lebih banyak. Setiap jenis buah yang berlainan warna memiliki vitamin dan nutrisinya tersendri.
Di bulan Ramadhan, cuba sibukkan diri dengan tugasan harian seperti menyiapkan kerja sehabis mungkin di pejabat mahupun alihkan perhatian dengan menonton siri televisyen kegemaran ketika hujung minggu. Membaca Al-Quran pun membantu! Bila lagi anda hendak kumpul pahala berlipat kali ganda kan?
Bijian penuh seperti oat, biji chia dan granola umpamanya kaya dengan serat dan protein yang boleh menguatkan otot bahkan secara tidak langsung membekal tenaga ke dalam tubuh agar kekal cergas dan bermaya sepanjang hari.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Sejak adanya media sosial, ia menjadi satu wadah buat golongan alim ulamak atau selebriti mennggunakannya untuk tujuan menyebar dakwah kepada masyarakat. Perantara secara terus menerus ini menjadikan ia cara paling mudah mengajak umat manusia membuat kebaikan dan meninggalkan segala laranganNya. Salah seorang selebriti yang aktif menggunakan cara ini adalah Irma Hasmie. Baru-baru ini dia ada memuat turun status bagi mereka yang sengaja melewatkan solat.
Perkongsiannya ini dibuat dalam dua status berasingan dan mendapat reaksi postif follower. Hukumannya memang cukup menakutkan apabila seseorang itu akan diseret tubuhnya ke neraka selama 70 tahun. Subhanallah.
Menurut Irma, kisah disampaikan di laman instagramnya itu adalah petikan dari ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Faqih Razak semasa menyampaikannya di Masjid Tanjung Piandang.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Walaupun Solat 5 Waktu Tetapi malaikat akan tetap Menyeret kita Ke Neraka Jika Melakukan “INI”…
Sekadar renungan dan peringatan bersama…. Para Malaikat menyeretnya melalui orang ramai, menuju ke arah api neraka yang menjulang2.
Dia menjerit sekuat hati dan tertanya2 jika ada mana2 orang yang mampu membantunya.
Tak Pernah Tinggal Solat, Rajin Bersedekah
Dia menjerit lagi sambil menyebutkan semua kebaikan yang telah dia lakukan; bagaimana dia sering membantu ibu bapanya. Bagaimana dia tidak pernah tinggal puasanya, tidak pernah tinggal solatnya, selalu bersedekah dan rajin membaca al-Quran.
Dia terus menjerit lagi, namun tiada seorangpun tampil membantunya.
Para malaikat terus mengheret dia. Dan… mereka semakin hampir dengan kawah api neraka.
Dia menoleh ke belakang dan ini rayuannya yg terakhir. Dia teringat…
Tidak! Rasulullah SAW pernah bersabda; “Bagaimana bersih seseorang yang mandi di sungai lima kali sehari dari kotoran, begitu juga bersihnya orang yang melaksanakan solat lima kali seharian daripada dosa2 mereka”
Dia menjerit lagi sekuat tenaga: “Solat saya? Solat saya? Doa saya?” Kedua-dua malaikat tidak berhenti, dan terus mengheretnya ke tepi jurang neraka. Bahang api neraka yang membahang terasa menyambar mukanya.
Dia menoleh ke belakang sekali lagi, tetapi matanya telah kering dari sebarang harapan dan dia tidak mempunyai apa-apa lagi yang tinggal di dalam dirinya.
Salah satu malaikat menolak dia masuk ke kawah neraka Jahannam. Dia mendapati dirinya terawang di udara dan sedang jatuh ke dalam kawah api.
Dia mandapati dirinya terus melayang dan akhirnya jatuh ke dalam kawah api neraka yg menjulang tinggi selama 70 tahun.
Setelah 70 tahun sengsara dibakar api, tiba2 terasa tangannya diraih oleh satu lengan.
Kerana Laksanakan Perintahnya Di Saat Akhir
Dia ditarik kembali ke atas.
Apabila dia mengangkat kepalanya, dia melihat seorang lelaki yang sangat tua dengan janggut putih yang panjang memegang tangannya.
Lelaki itu kelihatannya sangat daif. Sambil menyapu debu di tubuhnya dia bertanya lelaki tua itu: “Siapakah anda?” Orang tua itu menjawab: “Aku lah solat anda” “Mengapa kamu begitu lewat bantu saya? Wahai solatku, saya telah terjunam ke dalam neraka selama 70 tahun! Kenapa setelah tubuh saya hangus dan hampir berkecai baru kamu datang selamatkan saya?? Kenapaaa…?.”
Orang tua itu tersenyum sambil menggelengkan kepalanya, dan berkata: “Adakah awak lupa? Selama hidup di dunia dulu awak sentiasa laksanakan saya pada saat-saat akhir!!” “Setiap kali Maghrib awak beri tumpuan pada drama tv dulu.. “Zuhur awak lewat. Awak utamakan kerja dari saya. Asar dan Subuh selalu di hujung waktu. “Awak ingatkah itu semua??” Jerkahan lelaki tua itu mengejutkannya dari tidur…
Dia terjaga dan mengangkat kepalanya dari tidur. Seluruh tubuhnya basah oleh peluh ketakutan…
Ketika itu juga dia mendengar laungan azan dikumandangkan menandakan masuknya waktu Solat Subuh.
Dia bangun dengan cepat dan mengambil wudhu. Dia berjanji tidak akan melengahkan solat lagi. Dia sedar kesalahannya kini. Dia telah mendapat petunjuk yang maha benar.
Kongsikan kisah ini kepada keluarga dan kawan2 anda. Mungkin anda boleh membantu mereka agar tidak melengah2kan solat lagi…. (-Petikan dari ceramah Ustaz Faqih Razak di Masjid Tanjung Piandang)
Ramai yang memberi komen berterima kasih atas perkongsian ini dan ramai juga yang mahu sharing ilmu yang dicurahkan oleh selebriti cantik ini.
Rata-rata berterima kasih kepada Irma atas ingatan dan nasihat yang sangat berguna. Mereka turut mendoakan Irma sentiasa di rahmati Allah di dunia hingga ke syurga.
@riyaniani1911Subhanallah…masya Allah…terima kasih Irma atas peringatan dan nasihat yg sangat2 berguna buat kami semua…semoga irma sentiasa d rahmati Allah d dunia hingga ke jannah…
@fyra_jelithainspireThanks for sharing@irmahasmie…semoga kita semua berada di dalam peliharaan Allah swt, in shaa Allah. Aamiin..
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Cushion cepat oksida boleh membuatkan solekan menjadi kusam dan tidak sekata. Ketahui 7 cara mudah untuk mengelakkan masalah ini supaya makeup kekal segar dan tahan lama.