Mengalami masalah saraf pada kedua-dua kakinya sejak lahir bukan menjadi penghalang buat Nadiatul Nabilah Mazli menamatkan pengajiannya di GIATMARA Kuantan, Pahang.
“Hidup ini bukan seperti kisah Cinderella yang penuh dengan keajaiban yang menawan tetapi perlukan usaha dan sikap tidak pernah berputus asa untuk mencapai impian”-Nadiatul Nabilah Mazli.
Kisah hijabi ini wajar dijadikan inspirasi buat ramai. Meskipun fisiknya tidak sempurna, gadis ini tidak patah semangat untuk meneruskan pelajaran dalam bidang Graphic Design & Advertising di GIATMARA Kuantan. Bahkan, sebelum ini, Nadiatul sudahpun memiliki Diploma Pengurusan Perniagaan dari Kolej Antarabangsa Perniagaan dan Pengurusan di Cheras, Kuala Lumpur.
Facebook GIATMARA Pagoh
Nadiatul Nabilah akui bersyukur perjalanannya di GIATMARA berjalan lancar walaupun tergolong sebagai graduan Orang Kurang Upaya (OKU).
“Walaupun saya memerlukan tongkat dan kerusi roda untuk bergerak, namun ALLAH tetap memberikan saya kejayaan dalam pengajian. Alhamdulillah” ujar gadis ini melalui Sinar Bestari.
Selain itu, anak kelahiran Kuantan ini mengatakan bahawa GIATMARA banyak membantunya terutama dalam melengkapkan ilmu kemahiran dalam reka bentuk grafik. Dia berasa seronok sepanjang pengajiannya. Nadiatul juga sempat menyatakan bahawa pusat latihan kemahiran tersebut berjaya membentuk peribadi mulia dan melahirkan pelatih berkemahiran yang mampu menonjol dalam bidang masing-masing.
Bukan daripada keluarga yang senang
Nadiatul (kiri) bersama Ibunya
Nadiatul memanjatkan rasa syukur apabila diterima untuk belajar di GIATMARA kerana dia bukanlah datang daripada keluarga yang senang.
“Alhamdulillah, di GIATMARA ini, saya hanya perlu membayar RM200 sahaja sepanjang pengajian sehinggalah tamat praktikal. Malah, GIATMARA juga memberikan elaun khas sebanyak RM200 sepanjang belajar di sini.
“Dengan elaun ini, dapatlah menampung sedikit sebanyak perbelanjaan peralatan pengajian, minyak motor, makan dan minum serta banyak lagi,” jelas anak sulung daripada tujuh adik beradik ini.
Ads
Pernah di ‘reject’ majikan kerana tidak sempurna
Gadis ini juga sempat berkongsi bahawa pelbagai permohonan pekerjaan telah diisi sebelum ini, namun keputusan yang diterima sangat mengecewakan. Rata-rata majikan tidak menerimanya bekerja atas sebab kecacatan yang dimiliki.
“Kata mereka, adakah saya mampu bekerja dengan baik dan dapat bergerak ke sana sini terutamanya jika perlu naik dan turun tangga,”
“Saya sedar diri tidak sempurna, namun adakah disebabkan itu saya tidak boleh bekerja ‘makan gaji’ seperti orang lain?” luahnya lagi.
Singkat diulas, Nadiatul Nabilah menyatakan bahawa tiada siapa pun di dunia ini yang mahu dilahirkan dalam keadaan tidak sempurna. Namun sebagai manusia, dia menerima segala ketentuan daripada Allah SWT dan yakin setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya.
Kini, gadis tersebut telah berjaya membuka perniagaan sendiri iaitu Syarikat Anne Nadia Creative Solution. Syarikatnya juga menawarkan perkhidmatan reka bentuk latar pentas, sepanduk, resume, tag nama, penanda arah, kad kahwin dan sebagainya untuk keperluan masyarakat. Nadiatul Nabilah juga sempat menitipkan pesanan kepada golongan OKU agar terus berusaha dan tidak berputus asa dalam apa jua perkara yang dilakukan.
Sumber info dan gambar: Sinar Bestari, Facebook GIATMARA Pagoh dan Anne Nadia
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Setiap manusia perlu bimbang walaupun pada zahirnya dia sudah cukup melakukan amal kebaikan, namun masih terdapat perkara yang akan menghalang rohnya ditempatkan bersama orang soleh ketika meninggal dunia kelak.
Sebahagian ulama menyatakan, apa yang dimaksudkan dengan hutang sesama manusia itu ialah hutang yang sengaja tidak dibayar. Ketika itu, seseorang itu akan terus menanggung dosa sehinggalah dia menghadap Allah SWT.
Ikuti perkongsian wanita ini, Ana Mahabu.
Kebanyakan manusia tidak lari dari masalah hutang samada wang ringgit atau benda-benda yang lain. Paling banyak orang berhutang adalah melibatkan wang ringgit. Sudah semestinya apabila berhutang hendaklah membayarnya namun sangat sukar untuk berbuat demikian. Samada tidak mampu atau memang liat untuk membayarnya.
Berhutang boleh menyebabkan putus tali persahabatan dan persaudaraan. Kawan yang baik boleh menjauhkan diri dari kita kerana hutang. Manakan tidak, apabila ternampak kelibat kita, dia (yang berhutang) akan menjauhkan diri. Nombor telefon kita juga akan di ‘block’ nya.
JANGAN HALAL JIKA ORANG BERHUTANG?
Kadang-kadang orang yang hutang kita tidak merasa apa-apa sekiranya terserempak dengan kita. Yang terasa malunya adalah diri kita yang memberi hutang. Malu untuk menuntutnya kembali.
Ramai di kalangan kita malas untuk bertanya lagi, lalu menghalalkan sahaja hutang tersebut dengan mudah. Memang bagus dan mulia sikap sebegini namun agak kurang beruntung. Kenapa dikatakan kurang beruntung?
Dari Sulaiman bin Buraidah dari ayahnya, katanya :
“Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Sesiapa yang memberi masa kepada orang berhutang yang kesempitan, dia akan mendapat pahala satu sedekah untuk setiap hari.
“Kemudian aku mendengar baginda berkata, ‘Sesiapa yang memberi masa kepada orang yang berhutang yang kesempitan, dia akan mendapat dua pahala sedekah untuk setiap hari’.
“Aku pun bertanya, Wahai Rasulullah, engkau berkata, ‘Sesiapa yang memberi masa kepada orang berhutang yang kesempitan, dia akan mendapat pahala satu sedekah untuk setiap hari’. Kemudian aku mendengar engkau berkata lagi, ‘Sesiapa yang memberi masa kepada orang yang berhutang yang kesempitan, dia akan mendapat dua pahala sedekah untuk setiap hari’.
Contoh: Jika anda memberi tempoh 2 bulan untuk melunaskan hutang kepada si peminjam, maka selama 2 bulan itu anda akan mendapat satu pahala sedekah setiap hari, Insya’Allah.
Apabila telah sampai tempoh dua bulan tadi, anda beri lagi masa kepada peminjam, maka ketika itu anda akan mendapat 2 pahala sedekah setiap hari, Insya’Allah.
Tetapi apakah nilainya satu pahala sedekah itu? Berapa banyak? Berikut beberapa hadis lain bagi menunjukkan betapa besarnya satu pahala sedekah itu.
Sebenarnya banyak lagi hadis berkaitan dengan kelebihan bersedekah termasuklah mengubati penyakit jasmani. Begitu besar pahala sedekah sehingga boleh menghapuskan dosa, menghindarkan Ner4ka, menjadi naungan di Mahsyar. Sebenarnya amalan sedekah ini adalah amalan yang besar manfaatnya.
Anda pula memiliki pahala sedekah setiap hari, hanya kerana anda melanjutkan tempoh kepada peminjam untuk membayar hutang. Boleh jadi hutang itu hanya RM10 sahaja. Mungkin juga hanya beberapa ringgit.
Jadi, biarlah jika hutang anda berpuluh tahun tidak dibayar, anda tetap mendapat pahala sedekah setiap hari yang sangat besar di sisi Allah.
Akhir sekali, jika siberhutang telah mampu untuk membayarnya walaupun setelah dia mati melalui warisnya, maka ketika itu, anda sedekahkanlah sahaja kerana ada hadis lain yang menyebut:
Semoga ianya memberi pengetahuan yang bermanfaat. Wallahu a’lam.
Oleh itu elok juga kita jangan terus halalkan orang yang berhutang dengan kita. Tapi berikan dia masa untuk membayarnya.
Sumber kredit: Ana Mahabu
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Garam merupakan sumber ketiga yang paling banyak di dalam tubuh manusia. Akan tetapi adakah anda tahu tentang kewujudan garam Epsom? Garam Epsom mempunyai banyak kebaikan dan khasiatnya terutama sekali buat wanita yang berhijab!
Pasti ramai juga yang tak tahu tentang garam Epson ini. Jadi, garam Epson ini merupakan garam yang dihasilkan dari sebatian magnenesium, sulfur serta oksigen sehingga menjadi magnesium sulfat. Buat yang tidak tahu, garam Epson ini bukanlah garam yang digunakan di dapur tetapi ia lebih tepat digunakan di dalam perubatan atau rawatan tradisional.
Kegunaan garam ini boleh melegakan dan merawat penyakit yang berada di dalam badan kita. Antara kegunaan utama garam Epson ini adalah untuk menghilangkan stres dan tekanan dengan cara menjadikan sebagai sapuan, minuman atau rendaman.
Garam mempunyai banyak kegunaan tidak kira dari segi masakan atau kesihatan. Oleh kerana itu, ini 6 kebaikan yang boleh digunakan kepada tubuh badan kita termasuklah:
Sudah menjadi lumrah atlet untuk mempunyai prestasi badan yang kuat dan cergas supaya dapat membantu badan pada tahap yang baik. Menurut kajian Journal of the International Society of Sports Nutrition, pengambilan suplemen yang berasaskan daripada magnesium sulfat dapat membantu individu dalam meningkatkan prestasi dan proses pemulihan.
Ianya bukan perkara yang pelik jika seseorang itu mengambil garam sebelum atau selepas mereka bersukan!
Otot juga merupakan faktor utama kecergasan seseorang itu. Tubuh manusia memerlukan magnesium yang mencukupi untuk mengelakkan daripada kekejangan otot.
Malah penggunaan garam Epson ini dapat membantu merawat dan melegakan otot anda. Selalunya, ia digunakan dari bentuk air rendaman atau ubat sapuan.
Masalah stres berpunca daripada kerungan magnesium dalam tubuh badan dan memberi tekanan pada otak. Malah, zat kimia diperlukan dalam otak untuk mengawasi emosi anda.
Selalunya, pengambilan garam adalah secara oral atau topikal dan boleh membantu tubuh badan serap magnesium yang banyak lalu boleh membuat mental menjadi lebih tenang.
Rupanya garam dapat memberi manfaat untuk merawat insomnia. Bagi mereka yang tidak tahu, garam boleh membantu untuk meningkatkan penghasilan hormon melatonin.
Hormon melatonin dan zat kimia dalam otak yang seimbang sangat penting untuk mendapatkan kualiti dan kuantiti tidur yang cukup. Jadi, setiap kali anda sukar untuk tidur. Cuba mandi air suam bersama garam agar anda lebih tenang dan relaks.
Sembelit merupakan perkara yang selalu terjadi sekiranya berkaitan perut. Ini kerana kekurangan magnesium atau mineral. Mineral dalam ubat sembelit berfungsi untuk menarik air ke dalam sistem pembuangan manusia lalu merawat sembelit.
Oleh kerana itu, pengambilan garam secara oral boleh membantu untuk merawat sembelit. Perlu diingatkan supaya mendapatkan nasihat daripada doktor ya!
Salah satu cara untuk menjaga kesihatan rambut wanita adalah dengan penggunaan magnesium. Magnesium merupakan satu mineral yang boleh membantu melancarkan sirkulasi darah di dalam kulit kepala anda. Sangat sesuai untuk wanita berhijab kerana risiko mendapat kegatalan kulit kepala. Jadi, garam Epson ini dapat membantu mengurangkan kegatalan dan menyihatkan kulit kepala.
Garam Epson ini juga dapat membantu melembapkan kulit kepala sekali gus membantu dalam penumbuhan rambut dengan lebih lebat, tebal dan sihat. Anda boleh menggunakan garam ini seperti mana and menggunakan syampu ketika sedang mandi.
Walau bagaimanapun, disarankan untuk mendapatkan nasihat daripada doktor untuk mengamalkan garam ini. Penjagaan diri sangat penting buat wanita. Selamat mencuba!
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Beruntunglah bagi sesiapa yang berjaya memanfaatkan kehadiran Ramadan dengan melakukan banyak amal kebajikan. Kedatangan hari raya menjadikan umat Islam dapat bergembira atas segala nikmat kurniaan daripada Allah SWT.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Bagi orang yang berpuasa ada dua kegembiraan iaitu kegembiraan ketika berbuka puasa dan kegembiraan ketika bertemu dengan Tuhannya.” (Hadis riwayat Muslim)
Tatkala umat Islam berbuka puasa sepanjang bulan Ramadan, mereka akan berasa gembira. Kegembiraan merujuk kepada rasa syukur kerana berpeluang menunaikan perintah Allah SWT. Bukan kegembiraan itu kerana dapat lari daripada larangan makan dan minum pada siang hari. Bagi menzahirkan kesyukuran dan kegembiraan menyambut Aidilfitri nanti, umat Islam perlu meraikannya dengan mengikuti jejak langkah serta sunah yang dianjurkan Rasulullah SAW.
Itulah semangat yang perlu ada dalam diri setiap Muslim. Antara sunah Rasulullah SAW ketika hari raya ialah sentiasa mengagungkan Allah SWT dengan ungkapan takbir, tasbih dan tahmid. Apabila terbenam matahari pada hari terakhir Ramadan, perbanyakkanlah mengingati Allah SWT sebagai tanda mensyukuri nikmat kurniaan-Nya.
Telah menjadi kewajipan setiap orang Islam untuk merai dan memuliakan tetamu. Tetamu adalah amanah yang kita tidak boleh melayaninya sambil lewa. Melayani tetamu adalah sunnah Nabi SAW. Apa lagi jika tetamu itu adalah tetamu istimewa yang bukan sahaja datang bertandang malah membawa kepada kita hadiah-hadiah yang istimewa.
Kita hendaklah menyambutnya dengan penuh kegembiraan. Selamat datang wahai tetamu yang sungguh istimewa.
Syawal adalah tetamu yang ketiga yang datang kepada mereka-mereka yang telah melalui Ramadhan dengan baik. Mereka layak menerima hadiah yang istimewa Syawal iaitu mereka telah menjadi suci bersih dan kembali kepada fitrah.
Pada 1 Syawal mereka meraikannya dengan bertakbir tanda kemenangan menjadikan Aidilfitri begitu bermakna kepada mereka. Hadiah Syawal yang kedua adalah puasa sunat enam hari buat melengkapkan puasa Ramadhan.
Rasulullah SAW bersabada, “Barangsiapa berpuasa pada bulan Ramadhan lalu diiringi puasa enam hari bulan Syawal bererti telah berpuasa setahun penuh” ( H.R. Muslim, Abu Daud, At-Tirmizi dan Ibnu Majah)
1. Mandi sebelum menunaikan solat Hari Raya.
Imam Malik rh meriwayatkan sebuah hadis di dalam al-Muwatto’ (الموطأ)
Maksudnya: “Sesungguhnya Abdullah bin Umar akan mandi pada pagi hari Raya al-Fitri sebelum beliau keluar ke tempat solat hari raya.”
Al-Imam al-Nawawi menyebut para ulama telah bersepakat atas sunatnya mandi untuk solat hari raya.
2. Makan sebelum menunaikan solat hari raya ‘Eid al-Fitri dan untuk ‘Eid al-Adha makan selepas solat.
Termasuk di dalam adab berhari raya al-Fitri ialah makan dahulu sebelum keluar untuk menunaikan solat hari raya. Ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari daripada Anas bin Malik katanya:
Maksudnya: “Sesungguhnya Rasulullah saw tidak keluar pada pagi hari Raya al-Fitri, sehinggalah Baginda makan terlebih dahulu beberapa biji tamar… dan baginda memakannya dalam jumlah yang ganjil.” [HR Al-Bukhari: 953].
Sekiranya tidak ada tamar, makanlah sesuatu yang harus dimakan. Al-Imam Ibnu Hajar al-Asqalani mengulas hadis ini dengan berkata: “Ini kerana untuk mengelakkan (anggapan) adanya tambahan dalam berpuasa, ianya juga (petunjuk) bersegera mentaati arahan Allah swt (untuk tidak berpuasa pada hari tersebut).” [Fath al-Bari: 2/446].
3. Bertakbir pada hari Raya
Takbir hari raya adalah termasuk sunnah yang agung berdasarkan firman Allah swt:
Maksudnya: “Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu bertakbir mengagungkan Allah atas petunjuknya yang diberikan kepada kamu, supaya kamu bersyukur.” [Al-Baqarah: 185].
Waktu bertakbir bagi Hari Raya al-Fitri ialah bermula pada malam raya iaitu setelah tenggelamnya matahari pada hari akhir Ramadhan sehingga masuknya imam ke tempat solat untuk solat hari raya.
4. Lafaz Takbir Hari Raya
Di dalam Musannaf Ibnu Abi Syaibah dengan sanad yang sahih daripada Ibnu Mas’ud ra. yang bertakbir pada hari Tasyrik dengan lafaz:
Maksudnya: Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, tidak ada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan Allah Yang Maha Besar, Allah Yang Masa Besar dan bagi Allah segala puji-pujian.”
5. Ucapan Tahniah Pada Hari Raya
Termasuk dalam adab berhari raya ialah menyampaikan ucap tahniah sesama muslim dengan sebarang ucapan yang baik seperti ucapan:
1. تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ – Semoga Allah menerima (amalan) dari kami dan anda semua).
2. عِيْدُ مُبَارَكْ – (Selamat) hari raya yang diberkati.
6. Berpakaian baru/cantik di Hari raya
Daripada Jabir ra. katanya: “Nabi saw mempunyai satu jubah yang baginda akan memakainya untuk dua hari raya dan hari Jumaat.” [Sahih Ibnu Khuzaimah: 1765].
Demikian juga al-Baihaqi meriwayatkan dengan sanad yang sahih, bahawa Ibnu Umar sentiasa memakai pada hari raya seindah-indah pakaiannya.
Memakai pakaian cantik pada hari raya ini adalah untuk kaum lelaki. Adapun untuk kaum wanita mereka boleh mengenakan pakaian yang biasa (disebelah luar/atasnya) seperti sabda Nabi saw:
لا تَمْنَعُوا إِمَاءَ اللَّهِ مَسَاجِدَ اللَّهِ، وَلَكِنْ لِيَخْرُجْنَ وَهُنَّ تَفِلاتٌ
Maksudnya: “Jangan kamu tegah hamba perempuan Allah dari masjid Allah, tetapi hendaklah kaum wanita keluar dalam keadaan meninggalkan wangian” [HR: Ahmad dan Abu Daud “Sahih”].
Keluar dengan berpakaian biasa diluar dan tidak bertabarruj berhias dan mengenakan wangian yang boleh dihidu baunya oleh lelaki ajnabi. Sekiranya wanita berkumpul dalam kelompok mereka sahaja tidak mengapa untuk berpakaian cantik.
7. Keluar ke tempat solat melalui jalan lain dan balik daripadanya melalui jalan yang lain.
Maksudnya: “Adalah Nabi saw, pada hari raya baginda membezakan jalan (pergi dan balik dari solat hari raya).” [Al-Bukhari: 986]
8. Solat Hari Raya
Para ulama berbeza pendapat tentang hukum solat hari raya. Sebahagian mengatakan hukumnya sunat muakkad, sebahagian yang lain mengatakannya fardhu kifayah dan sebahagian yang lain mengatakan hukumnya adalah fardhu ain (wajib), berdosa bagi sesiapa yang meninggalkannya. Inilah pendapat Mazhab Imam Abu Hanifah, pendapat ini dipilih juga oleh beberapa orang ulama’semasa.
Cara-caranya (kaifiyat) Solat Hari Raya.
a. Solat hari raya tidak perlu dilaungkan azan dan iqamah. Ditunaikan sebanyak 2 rakaat. Rakaat pertama ada 7 kali takbir dan rakaat kedua ada 5 kali takbir. Hukum bilangan-bilangan takbir ini adalah sunnat bukan wajib. Jika takbir ini tertambah atau terkurang, solat hari raya tetap sah. Sunnah mengangkat tangan ketika takbir-takbir ini kerana thabit dari para sahabat Nabi saw.
b. Imam membaca pada rakaat yang pertama surah al-Ala (سبح اسم ربك الأعلى) dan pada rakaat kedua membaca al-Ghasiah (هل أتاك حديث الغاشية) berdasarkan hadis riwayat Muslim, atau membaca surah Qaf (ق) pada rakaat pertama dan membaca surah al-Qamar (القمر) pada rakaat kedua, juga berdasarkan hadis riwayat Muslim. Kedua-dua bacaan ini sahih dari Nabi saw.
c. Dilakukan solat raya terlebih dahulu diikuti khutbah. Ini berdasarkan hadis di dalam Musnad Ahmad daripada Ibnu Abbas r’anhuma:
Maksudnya: “Aku menyaksikan Rasulullah saw menunaikan solat hari raya sebelum khutbah, kemudian baginda berkhutbah.”
d. Menyegerakan solat hari raya dan tidak memanjangkannya.
Disunatkan menyegerakan solat hari raya selepas terbitnya matahari. Ibnu Hajar al-Asqalani di dalam Fath al-Bari menukilkan perkataan Ibnu Battal (ابن بطال): “Telah sepakat para fuqaha’ bahawa solat hari raya tidak dilaksanakan sebelum atau ketika terbit matahari, sebaliknya ia dilakukan ketika disunatkan solat sunat.”
9. Keluar dengan berjalan kaki ke tempat solat hari raya
Daripada Ali bin Abi Tolib r.a. katanya: “Termasuk di dalam sunnah, mendatangi (solat) hari raya dengan berjalan kaki.” [Riwayat al-Tirmizi dan beliau menghasakannya]. Kata al-Tirmizi: “Beramal dengan hadis ini kebanyakan para ulama, mereka memandang sunat orang lelaki keluar (untuk solat hari raya) dengan berjalan kaki.” Kata Ibnu al-Munzir: “Orang yang berjalan kaki ke hari raya (tempat solat hari raya) adalah lebih baik dan lebih hampir kepada maksud tawadhu’, dan tidak mengapa bagi sesiapa yang berkenderaan.”
Ibnu Majah meriwayatkan daripada Ibnu Umar katanya:
Maksudnya: “Adalah Rasulullah saw keluar ke tempat solat Hari Raya dengan berjalan dan baginda pulang darinya juga dengan berjalan.” [Sahih Ibnu Majah “Hasan”]
Bagi mereka yang uzur atau rumahnya jauh dari musalla / masjid tidak mengapa naik kenderaan.
10. Wanita uzur juga keluar menyaksikan solat hari raya.
Para wanita keluar untuk menunaikan solat hari raya adalah termasuk di dalam sunnah Nabi saw. Dari Umm Atiyyah r.’anha katanya: “Kami disuruh oleh Nabi saw untuk mengeluarkan mereka (semua wanita) pada hari raya al-Fitri dan al-Adha; wanita yang baru baligh atau hampir baligh, wanita haid dan anak dara. Adapun wanita haid diasingkan daripada tempat sembahyang.”
11. Zakat Fitrah
Nabi saw menyuruh membayar zakat al-Fitr sebelum solat hari raya. Harus mengeluarkannya sehari atau dua hari lebih awal berdasarkan hadis Ibnu Umar r.’anhuma yang diriwayatkan oleh al-Bukhari
وكانوا يعطون قبل الفطر بيوم أو يومين
Maksudnya: “Adalah mereka (sahabat Nabi saw) mengeluarkan (zakat al-Fitr) sebelum hari raya sehari atau dua hari.”
Sesiapa yang menunaikan zakat fitrah selepas solat hari raya maka ia tidak dikira sebagai zakat fitrah berdasarkan hadis Nabi saw daripada Ibnu Abbas r.’anhuma:
من أداها قبل الصلاة فهي زكاة مقبولة، ومن أداها بعد الصلاة فهي صدقة من الصدقات
Maksudnya: “Sesiapa yang membayarnya (zakat fitrah) sebelum solat (hari raya), maka itulah zakat fitrah yang diterima, dan sesiapa yang membayarnya selepas solat, maka ianya hanya sekadar sedekah dari sedekah yang lain.”
Maka itu cara dan adab menyambut tetamu Allah yang istimewa lengkapi dengan berpuasa enam syawal lengkaplah puasa kita menjadi seolah-olah berpuasa setahun yang tidak ada tawaran yang begitu hebat melainkan di bulan Syawal.
Namun kebanyakan dari kita pemergian Ramadhan disambut dengan gembira dan Syawal disambut riang.Pemergian Ramadhan tidak ditangisi dan tiada lambaian perpisahan. Sebaliknya Syawal dipenuhi dengan keseronokan berpesta raya dan rumah terbuka.
Puasa enam dilupakan dan puasa ganti ditangguhkan. Satu lagi hadiah istimewa telah di abaikan kerana mengejar keseronokan dunia. Sambutlah tetamu istimewa ini dengan sepenuh hati. Marilah kita menyambut kedatangan tetamu-tetamu ini dengan hati penuh keinsafan.
Tetamu istimewa ini datang membawa hadiah-hadiah yang istimewa yang mungkin tidak akan kita perolehi lagi tahun hadapan kerana tiada siapa yang boleh menjamin kita akan hidup lagi di tahun hadapan.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Cushion cepat oksida boleh membuatkan solekan menjadi kusam dan tidak sekata. Ketahui 7 cara mudah untuk mengelakkan masalah ini supaya makeup kekal segar dan tahan lama.