Setiap manusia perlu bimbang walaupun pada zahirnya dia sudah cukup melakukan amal kebaikan, namun masih terdapat perkara yang akan menghalang rohnya ditempatkan bersama orang soleh ketika meninggal dunia kelak.
Sebahagian ulama menyatakan, apa yang dimaksudkan dengan hutang sesama manusia itu ialah hutang yang sengaja tidak dibayar. Ketika itu, seseorang itu akan terus menanggung dosa sehinggalah dia menghadap Allah SWT.
Ikuti perkongsian wanita ini, Ana Mahabu.
Jangan Halalkan Jika Ada Orang Berhutang Dengan Anda. Nak Tahu Kenapa Jom Baca Dulu
Kebanyakan manusia tidak lari dari masalah hutang samada wang ringgit atau benda-benda yang lain. Paling banyak orang berhutang adalah melibatkan wang ringgit. Sudah semestinya apabila berhutang hendaklah membayarnya namun sangat sukar untuk berbuat demikian. Samada tidak mampu atau memang liat untuk membayarnya.
Berhutang boleh menyebabkan putus tali persahabatan dan persaudaraan. Kawan yang baik boleh menjauhkan diri dari kita kerana hutang. Manakan tidak, apabila ternampak kelibat kita, dia (yang berhutang) akan menjauhkan diri. Nombor telefon kita juga akan di ‘block’ nya.
JANGAN HALAL JIKA ORANG BERHUTANG?
Kadang-kadang orang yang hutang kita tidak merasa apa-apa sekiranya terserempak dengan kita. Yang terasa malunya adalah diri kita yang memberi hutang. Malu untuk menuntutnya kembali.
Ramai di kalangan kita malas untuk bertanya lagi, lalu menghalalkan sahaja hutang tersebut dengan mudah. Memang bagus dan mulia sikap sebegini namun agak kurang beruntung. Kenapa dikatakan kurang beruntung?
Dari Sulaiman bin Buraidah dari ayahnya, katanya :
“Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Sesiapa yang memberi masa kepada orang berhutang yang kesempitan, dia akan mendapat pahala satu sedekah untuk setiap hari.
“Kemudian aku mendengar baginda berkata, ‘Sesiapa yang memberi masa kepada orang yang berhutang yang kesempitan, dia akan mendapat dua pahala sedekah untuk setiap hari’.
“Aku pun bertanya, Wahai Rasulullah, engkau berkata, ‘Sesiapa yang memberi masa kepada orang berhutang yang kesempitan, dia akan mendapat pahala satu sedekah untuk setiap hari’. Kemudian aku mendengar engkau berkata lagi, ‘Sesiapa yang memberi masa kepada orang yang berhutang yang kesempitan, dia akan mendapat dua pahala sedekah untuk setiap hari’.
Lalu baginda bersabda, ‘Dia akan dapat pahala satu sedekah untuk setiap hari sebelum tiba waktu pembayaran. Jika tiba masa pembayaran lalu dia masih memberi masa, dia akan mendapat pahala dua kali sedekah untuk setiap hari’.” [HR Ahmad 22942; Isnaduh Sahih]
Contoh: Jika anda memberi tempoh 2 bulan untuk melunaskan hutang kepada si peminjam, maka selama 2 bulan itu anda akan mendapat satu pahala sedekah setiap hari, Insya’Allah.
Apabila telah sampai tempoh dua bulan tadi, anda beri lagi masa kepada peminjam, maka ketika itu anda akan mendapat 2 pahala sedekah setiap hari, Insya’Allah.
Tetapi apakah nilainya satu pahala sedekah itu? Berapa banyak? Berikut beberapa hadis lain bagi menunjukkan betapa besarnya satu pahala sedekah itu.
“Sedekah memadamkan dosa sepertimana air memadamkan api.” [HR al-Tirmidzi 2616; Sahih]
“Hindarkan dirimu dari Ner4ka walaupun hanya dengan separuh kurma, jika tidak ada maka dengan bertuturlah kata yang baik.” [Muttafaq ‘alaih]
“Setiap orang di bawah naungan sedekahnya sehingga diputuskan hukum di antara manusia.” [HR Ahmad dan Hakim dan disahihkan oleh Al-Albani]
Sebenarnya banyak lagi hadis berkaitan dengan kelebihan bersedekah termasuklah mengubati penyakit jasmani. Begitu besar pahala sedekah sehingga boleh menghapuskan dosa, menghindarkan Ner4ka, menjadi naungan di Mahsyar. Sebenarnya amalan sedekah ini adalah amalan yang besar manfaatnya.
Anda pula memiliki pahala sedekah setiap hari, hanya kerana anda melanjutkan tempoh kepada peminjam untuk membayar hutang. Boleh jadi hutang itu hanya RM10 sahaja. Mungkin juga hanya beberapa ringgit.
Jadi, biarlah jika hutang anda berpuluh tahun tidak dibayar, anda tetap mendapat pahala sedekah setiap hari yang sangat besar di sisi Allah.
Akhir sekali, jika siberhutang telah mampu untuk membayarnya walaupun setelah dia mati melalui warisnya, maka ketika itu, anda sedekahkanlah sahaja kerana ada hadis lain yang menyebut:
“Sesiapa yang memberi masa kepada orang berhutang yang kesempitan atau menghalalkan hutang itu, Allah akan melindunginya di bawah bayanganNya.” [HR Muslim 7512].
Semoga ianya memberi pengetahuan yang bermanfaat. Wallahu a’lam.
Oleh itu elok juga kita jangan terus halalkan orang yang berhutang dengan kita. Tapi berikan dia masa untuk membayarnya.
Sumber kredit: Ana Mahabu
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI