Siti Ameera Liana Ahmad Kamal telah menjadi kebanggaan rakyat Malaysia setelah berjaya meraih ijazah kelas pertama dan pingat pencapaian di The University of Edinburgh, Scotland. Gadis ini bukan sahaja cantik, malahan dia juga cemerlang dalam pelajaran.
Ameera Ahmad Kamal merupakan pelajar tajaan MARA di The University of Edinburgh dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik. Gadis berumur 24 tahun ini juga pernah menyandang jawatan presiden Persatuan Pelajar Malaysia Edinburgh (EMSA) pada tahun 2019 hingga 2020. Dalam jangka masa tersebut, dia telah berjaya untuk merancang dan pernah bekerjasama dengan United Kingdom dan Eire Council for Malaysia Students (UKEC), cendekiawan Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) serta Heriot-Watt Malaysian Society dalam menganjurkan beberapa acara.
Sebelum melanjutkan pelajaran ke luar negara selama empat tahun, pelajar ini pernah mengikuti program A-Level di Kolej MARA Seremban. Ameera bukan sahaja telah menerima penganugerahan ljazah Kelas Pertama Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (EEE) (Kepujian), malah dia juga telah dianugerahkan pencapaian pelajar cemerlang Tahun Empat iaitu pingat yang diberikan kepada pelajar terbaik dalam kelasnya.Menurut Ameera, kejayaannya ini adalah hasil dari projek tahun akhirnya yang mengkaji penggunaan semula bateri kereta elektrik untuk aplikasi (PV) solar luar grid yang melibatkan penggunaan meluas Simulink pada satu platform pengaturcaraan iaitu MATLAB.
Pemakluman Siti Ameera sebagai penerima pingat pencapaian pelajar cemerlang
Menerusi laman profil LinkedIn Ameera, dia telah berkongsi rasa bersyukur dan berterima kasih kepada semua yang sering memberikan sokongan.
“Terima kasih yang tidak terhingga kepada penyelia saya, Dr Jonathan Shek, atas bantuan dan sokongan berterusan sepanjang tahun. Beliau merupakan penyelia yang sangat baik dan telah menyokong saya hingga akhir. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pemeriksa saya, Dr Paul Judge, atas maklum balas dan idea yang membina untuk memastikan saya berada di landasan yang betul.”
“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada MARA kerana telah merealisasikan impian dan memberikan peluang buat saya untuk belajar di sebuah universiti terkemuka dunia.”
Ads
Gambar sumber dari LinkedIn
“Tidak ketinggalan juga buat kedua ibu bapa saya, keluarga dan sahabat-sahabat yang tidak putus memberikan sokongan,” jelas Ameera.
Meninjau di ruangan komen profil LinkedIn Ameera, ramai yang mengucapkan tahniah dan turut bergembira atas kejayaannya. Rakan-rakannya turut berbangga dengan kejayaan gadis itu.Kisah kejayaan Ameera juga telah dikongsikan di laman muka bukuSinar Bestari dan telah mendapat kesukaan sebanyak 8.7K. Perkongsian ini juga telah meraih banyak komen positif daripada rakyat Malaysia.
Ads
“Congratulations to you, Ameera. We Malaysian, proud of your achievement. Keep continue your great work. May Allah bless you.”
“Syabas dan setinggi-tinggi tahniah Cik Siti Ameera Liana di atas kejayaan yang amat cemerlang itu. Moga Allah kurniakan kejayaan yang lebih gemilang buat anda buat masa2 mendatang. Ucapan setinggi-tinggi tahniah juga buat kedua-dua ibunya kerana bijak mendidik anak/anak2.”
“Wow congratulations. A great achievement. You have been a pride to all Malaysians. Do come back to serve our beloved country Malaysia.” begitulah coretan warganet buat Ameera.
Sebagai kesimpulan, kejayaan Ameera telah menjadi kebanggaan dan inspirasi buat semua rakyat Malaysia. Kecemerlangan Ameera ini telah membuktikan keupayaansistempendidikanMalaysia juga mampu melahirkanpelajaryangberdayasaingdiperingkatantarabangsa. Semoga kisah kejayaan Ameera menjadi inspirasi dan pembakar semangat buat anda semua di masa hadapan.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Terbaharu media tempatan melaporkan bahawa pelakon jelita, Puteri Sarah Liyana bertindak memfailkan penceraian terhadap suaminya yang juga pengarah terkenal Syamsul Yusof atas tuntutan ‘Syiqaq’.
Persoalanya tahukah anda apa itu Shiqaq? Dan apakah hak wanita yang menuntut penceraian setelah dimadukan akibat perbuatan ‘Shiqaq’ yang dilakukan oleh pasangan?
Justeru, Hijabista terpanggil untuk menjelaskan isu ‘Syiqaq’ dalam rumahtangga ini, dan apakah hak yang boleh dituntut wanita sekiranya perkara ini terjadi dalam perkahwinan.
Merujuk Mahkamah Syariah, Syiqaq dari segi bahasa membawa maksud pertengkaran, pergaduhan dan pertelingkahan yang berlaku didalam rumahtangga, melibatkan pasangan suami dan isteri dalam sesebuah institusi kekeluargaan.
Manakala makna yang dicerap menerusi istilah syarak pula adalah pertelingkahan yang tidak dapat diselesaikan lagi, di antara suami dan isteri sehingga mengakibatkan kedua-dua individu tidak mungkin hidup Bersama dan menjalankan tanggungjawab masing-masing, apatah lagi saling menghormati antara satu sama lain.
Hijabista difahamkan bahawa Shiqaq yang berlaku dalam perkahwinan, terbahagi kepada lapan jenis ataupun keadaan yang biasa dibincangkan di mahkamah menurut kanun-kanun syariah.
Shiqaq dalam perkahwinan berlaku dalam keadaan berikut:
i. Nusyuz dari seorang isteri.
ii. Kezaliman yang dilakukan oleh suami terhadap isteri.
iii. Ketidaktentuan siapa yang benar antara kedua-duanya.
iv. Salah seorang isteri atau suami yang berdusta atau menuntut sesuatu yang bukan hak.
2. Perkelahian yang kerap antara suami dan isteri sehingga menimbulkan kesukaran menjalankan tanggungjawab masing-masing. Saling tuduh menuduh tidak menjalankan hak dan tanggungjawab.
3. Suami atau isteri saling tuduh menuduh mempunyai hubungan yang melampaui Hukum Syarak dengan perempuan atau lelaki lain.
4. Perkelahian yang kerap hingga berlaku ‘keganasan rumah tangga’ seperti pukul memukul.
5. Suami atau isteri telah meninggalkan rumah kediaman, tidak tinggal bersama.
6. Perkelahian antara suami isteri yang menyebabkan pengabaian terhadap anak-anak mereka.
7. Kegagalan isteri dalam permohonan cerai oleh sebab kegagalan pembuktian semasa perbicaraan di Mahkamah Syariah.
8. Apa-apa tindakan lain yang boleh menyebabkan dharar syarie terhadap suami atau Isteri.
Islam merupakan agama yang indah, begitu juga setiap syariat yang ditetapkan untuk penganutnya bukanlah berbentuk bebanan. Jika berlakunya Syiqaq dalam rumahtangga dan pasangan ini masih mahu menyelamatkan rumah tangga masing-masing dari keruntuhan sebuah institusi kekeluargaan.
Islam datang menawarkan solusi yang selayaknya dan membantu menamatkan konflik berterusan seperti ini, dengan jaminan daripada Allah.
Allah SWT berfirman dalam Surah An-Nisa’, ayat 35 yang bermaksud;
“Dan jika kamu bimbangkan perpecahan di antara mereka berdua (suami isteri) maka lantiklah “orang tengah” (untuk mendamaikan mereka, iaitu), seorang dari keluarga lelaki dan seorang dari keluarga perempuan. Jika kedua-dua “orang tengah” itu (dengan ikhlas) bertujuan hendak mendamaikan, nescaya Allah akan menjadikan kedua (suami isteri itu) berpakat baik. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui, lagi amat mendalam pengetahuanNya.”
Hakam yang ditafsirkan di dalam kaedah Hakam yang digunapakai oleh mahkamah syariah adalah seorang individu yang dilantik mahkamah serta mempunyai kuasa sebagai penimbang tara dalam menyelesaikan masalah perkelahian (shiqaq) antara suami dan isteri.
Melihat kepada firman Allah dalam potongan surah An-Nisa jelas menunjukkan bertapa beratnya, tanggungjawab, peranan dan fungsi Hakam (Orang Tengah Pendamaian Suami Isteri) bahkan tanggungjawab ini amat mulia di sisi syariat Islam.
Bagaimanapun, sekiranya hakam menemui jalan buntu dan gagal menyelesaikan konflik rumahtangga yang dihadapi oleh pasangan suami isteri di bawah tanggungjawabnya, Hakam boleh diberi kuasa oleh Mahkamah untuk menamatkan konflik dengan memberi penyelesaian jatuh Talaq atau Khul’.
Tetapi ini hanya berlaku sekiranya perdamaian tidak dapat dicapai, serta bukti-bukti berlakunya konflik rumah tangga telah dikemukakan kepada mahkamah syariah. Hakam berfungsi secara penyelesaian ‘serampang dua mata’ sama ada menyelesaikan konflik dengan cara berdamai atau berpisah.
Athleisure adalah trend fesyen di mana pakaian yang dirancang untuk latihan dan aktiviti olahraga lain dipakai dalam tetapan lain, seperti di tempat kerja, di sekolah, atau di acara kasual atau sosial yang lain.
Skeptikal hijabi ketinggalan dalam berfesyen dan terbatas dalam melakukan aktiviti lasak, persepsi yang tidak lagi relevan untuk diguna pakai.
Fesyen hijabi menjadi trend yang berkembang pesat malah lebih banyak pilihan dan kebebasan untuk mereka tampil ‘fashionable’ sejak kebelangkangan ini.
Sehinggakan turut menarik minat pelbagai jenama antarabangsa terulung seperti Nike menghasilkan rekaan bercirikan modest sesuai digayakan wanita muslimah.
Hijabista paparkan fesyen athleisure untuk hijabi tetap menjadikan pakaian sukan boleh dipelbagaikan untuk gaya kasual.
Kebiasan warna pilihan hijabi untuk bersukan warna hitam. Warna ini sentiasa memberi ilusi kurus dan langsing. Cuma perlu jaket dan sedikit aksesori untuk gaya kasual selepas bersukan.
Jangan runsing sekiranya lepas bersukan ada teman yang ajak pergi lepak di cafe, Pastikan sweat shirt sentiasa onz untuk tindakan lebih selamat sekiranya kecemasan. Tambahkan aksesori seperti topi dan kaca mata pelindung muka yang polos.
Permainan warna terang untuk mereka yang bergaya ala ikonik fesyen. Selalunya hijabi golongan ini pentingkan warna yang terang, di mana bagi mereka apa yang mereka pakai adalah satu tarikan.
Nike The Iconic Air Force 1 musim baru yang membawa dimensi segar dengan siluet ciri-ciri unik siluet.
Setiap daripada rekaan direka khas dari perspektif hijabi, membina kekuatan dari 1s Reimagined dan kepercayaan yang terus menerus mengalihkan paradigma tentang apa yang dimaksudkan untuk meraikan klasik rekaan kasut Nike.
“Wanita adalah sangat berbeza, mereka mahu sesuatu yang unik, dan mereka mahu menggunakan kasut sebagai ekspresi diri mereka. Mereka juga mempunyai rasa hormat dan cinta yang mendalam terhadap ikon,” kata Georgina James, Pengarah Kanan Kanan, Nike Women. “Air Force 1 Shadow adalah contoh hebat bagaimana kita menyalurkan keinginan dan mewujudkan ekspresi baru melalui siluet, bentuk dan butiran, sesuatu yang unik musim ini.”
Jangan buntu mencari gaya athelisure untuk hijabi yang ingin mengekalkan gaya sopan. Padankan arbaya dengan aksesori seperti tali pinggang menjadi ilusi seperti memakai dua outfit yang berbeza. Sneakers adalah penyelamat gaya si hijabi yang sopan.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Wabak coronavirus yang melanda sering dikaitkan dengan masalah pernafasan. Mana tidaknya, simptom yang diuar-uarkan seperti batuk dan sesak nafas memang tertumpu kepada masalah organ paru-paru. Itu merupakan kaedah utama penyebaran virus novel korona.
Di saat orang ramai sibuk menutup mulut, mencari dan mengguna pakai topeng bagi melindungi diri dari dijangkiti, kajian terbaharu telah mengesahkan bahawa wabak coronavirus baharu boleh tersebar melalui laluan fecal-oral.
Walaupun cara penyebaran melalui sisa perkumuhan ini merupakan maklumat baharu yang telah disahkan oleh kajian sains, tapi saintis tidak terkejut. Ini berikutan virus novel korona (COVID-19) ini sering dikaitkan dengan virus korona sindrom pernafasan akut teruk (SARS-CoV).
Persamaan di antara kedua-dua virus ini dipersetujui oleh kebanyakan ahli akademik sehinggakan ia pernah digelar sebagai SARS-CoV-2.
Suatu ketika dahulu, kajian menunjukkan bahawa SARS-CoV boleh tersebar melalui sisa air kencing pesakit. Sampel virus tersebut juga jelas terzahir pada sampel najis menunjukkan SARS-CoV bukan hanya tersebar melalui batuk atau bersin.
Perkara ini, walaupun tidak mempunyai implikasi yang agak dahsyat kepada orang awam, tapi boleh membahayakan golongan yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam merawat pesakit. Tanpa memakai alat perlindungan diri, mereka mudah untuk dijangkiti oleh sampel sisa perkumuhan pesakit walaupun ia jarang berlaku.
10 peratus daripada jumlah pesakit yang disoal selidik di Hospital Wuhan (14 daripada 138 orang pesakit) mengalami simptom gastrousus seperti cirit-birit, loya dan muntah sebelum menunjukkan simptom pernafasan.
Tanpa mengetahui tentang peranan virus novel korona terhadap sistem gastrousus, simptom sebegitu pastinya dirawat sebagai masalah keracunan makanan walhal daripada sejarah pesakit, ia jelas menunjukkan risiko jangkitan wabak coronavirus.
Pesakit pertama yang didiagnosis di Amerika Syarikat turut mengalami simptom cirit-birit, 2 hari sebelum demam dan sesak nafas berlaku. Ia bukanlah simptom utama namun wajar diambil kira.
Mereka yang mengalami cirit-birit dan mempunyai hubungan secara langsung dengan mereka yang positif wabak coronavirus atau baru pulang dari Wuhan perlu disiasat dengan lebih lanjut.
Kajian soal selidik di China tersebut menunjukkan cara penyebaran terbaharu virus novel korona, namun cara utama masih melalui titisan udara.
Mereka yang mengalami simptom selesema perlu memakai topeng muka bagi mengelakkan virus tersebut daripada tersebar.
Topeng tersebut hanya betul-betul berkesan bagi menghindarkan penyebaran virus. Ia tidak berapa berkesan dalam menghindarkan anda daripada dijangkiti virus. Jadi, bagaimana cara untuk anda melindungi diri daripada dijangkiti oleh wabak coronavirus?
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah menyarankan amalan cuci tangan dengan menggunakan sabun dan air. Ia ternyata berkesan dalam membasmi virus novel korona tersebut melalui pelbagai kajian. Pernah juga tular di Facebook berkenaan dengan eksperimen ringkas menunjukkan perbezaan di antara penggunaan air dan sabun serta hand sanitizer terhadap penjagaan roti daripada kulat.
Air dan sabun bukan sahaja berupaya untuk membasmi majoriti mikroorganisma, tapi ia juga boleh digunakan pada tangan yang kotor. Hand sanitizer cuma boleh digunakan pada situasi di mana tidak terdapat air dan sabun.
Kepekatan alkoholnya mestilah berada pada paras 60% dan ke atas, jika tangan anda kotor, basuh tangan anda menggunakan air terlebih dahulu. Melalui langkah pencegahan ini, wabak coronavirus baharu boleh dikawal dengan baik.
Individu yang kerap bersin dan batuk juga perlu mengamalkan teknik/ etika yang betul. Bagi virus yang disebarkan melalui titisan udara, berdiri pada jarak 2 meter daripada individu lain mampu menghindarkan penyebaran virus.
Tutup mulut anda menggunakan tisu dan buang tisu tersebut selepas digunakan.
Walaupun kajian yang dijalankan di Jerman menunjukkan bahawa virus korona novel boleh hidup di luar badan manusia dalam tempoh 9 hari, namun ia berbeza mengikut permukaan objek.
Kajian tersebut menggunakan tombol pintu dan barangan lain namun tidak mengambil kira sampel najis yang mempunyai kadar lembapan yang agak tinggi. Semakin tinggi kadar lembapan, semakin panjanglah jangka hayat virus tersebut di dalam sampel yang tercemar.
Buangan sisa klinikal selepas melakukan ujian makmal atau kajian perlu dilakukan dengan betul. Jika tidak, mereka yang menguruskan sisa klinikal tersebut berisiko untuk mendapat wabak coronavirus baharu kelak.
Masih tiada lagi maklumat lengkap berkenaan dengan jangka hayat COVID-19 di luar badan. Virus SARS-CoV hanya boleh bertahan selama 24 jam di luar badan manusia, namun pada sampel najis, jangka hayatnya meningkat 4 kali ganda kepada 4 hari.
Jika virus novel korona mempunyai sifat yang sama, ini bermakna, ia berupaya untuk terus menjangkiti individu lain dalam tempoh masa melebihi sebulan.
Penyebaran melalui najis merupakan cabaran baharu dalam membendung wabak coronavirus yang melanda terutamanya di kawasan hospital.
Maklumat berkenaan dengan cara penyebaran baharu virus ini menunjukkan bahawa kita perlu memberikan tumpuan kepada simptom gastrousus juga. Walau bagaimanapun simptom pernafasan seperti batuk dan sesak nafas tetap menjadi gejala utama dalam mendiagnosis pesakit.
Jika seseorang itu mengalami muntah, loya dan cirit-birit, nasihatkan mereka untuk berjumpa dengan doktor. Perkara ini terutamanya jika mereka pernah berhubung dengan pesakit wabak coronavirus.
Hijab di tempat kerja kembali menjadi perhatian selepas dakwaan syarat memakai turban kepada pekerja wanita berhijab tular. Ustazah Asmak Husin tampil mengulas isu hak beragama dan diskriminasi pekerjaan.