Eye bag atau dark circle yang berwarna gelap di bawah mata sudah menjadi masalah biasa bagi kebanyakan orang terutamanya wanita.

Masalah ini tentunya menghantui wanita yang mementingkan penampilan diri. Ia bukan saja membuatkan wajah nampak tidak bermaya, malah kelihatan lebih tua daripada usia. Lingkaran hitam ini terjadi apabila kekurangan darah atau kurang tidur selain tekanan. Justeru, wajah tampak pucat dan muncul lingkaran gelap di sekeliling mata.

Walaupun masalah lingkaran hitam bawah mata mahupun kantung mata sering dikaitkan dengan masalah penuaan, kini ramai remaja atau wanita muda yang belum menginjak usia
40-an tetap menghadapi masalah ini. Ini mungkin disebabkan pelbagai faktor antaranya gaya hidup, pemakanan dan kekurangan nutrien yang diperlukan untuk mengekalkan keremajaan kulit wajah mahupun kesihatan mata.

ARTIKEL BERKAITAN: 10 Cara Atasi Masalah Kantong Mata Atau Eye Bag Tanpa Solekan Tebal.


Atasi dengan serum DIY

Ikuti perkongsian tip Aisyah Badar Bajrai bagaimana mengatasi masalah dark circle.

IKLAN

“Kalau orang lain ada masalah kulit jerawat, Aisyah pulak masalah dark circle. Lagi sekarang selalu tidur lambat, lagi menjadi jadi la dark circle ni. Pelbagai petua Aisyah dah try untuk hilangkan dark circle ni.”

Orang cakap pakai timun, Aisyah pakai timun. Orang cakap pakai kentang, Aisyah pakai kentang. Tapi dark circle Aisyah ni liat naa, still tak kurang sampai la Aisyah jumpa satu petua ni.

Jeng jeng jeng…. Ingat tak semalam Aisyah cakap aloe vera ni boleh buat macam-macam. Yess, sila lah percaya. Aloe vera ni sebenarnya bahan utama untuk banyak petua kulit.
Aisyah dah try memacam petua tuk hilangkan dark circle, and serum ni masuk dalam carta top 2 paling best.

IKLAN

ARTIKEL BERKAITAN: Penting Tahu Panduan Merawat Kulit Di Sekitar Mata, Untuk Dapatkan Mata Yang Cantik

Yang buat dia double best, dia guna 2 bahan jek. Memang simple sangat. Ok, jom tengok bahan and cara buat serum ni.

BAHAN-BAHAN:

IKLAN
  • 2 sudu besar gel aloe vera
  • 2 kapsul minyak vitamin E

CARA MEMBUAT:

  1. Gunting softgel vitamin E, pastu masukkan minyak tu dalam aloe vera dan kacau rata-rata. Nanti aloe vera korang akan jadi kaler putih macam dalam gambar tu tau.
  2. Cara pakai serum ni senang jek. Korang amik calit sikit kat jari pastu sapu lembut-lembut kat bawah mata dengan kelopak mata. Pastu biarkan jek. Tak yah basuh okey. Pakai 2 kali sehari.
  3. Tapi kalau dark circle korang kategori nazak sampai orang tak dapat beza mata korang dengan mata panda. Korang wajib konsisten pakai at least 2 minggu. Baru nampak kesan.

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Sumber kredit: Aisyah Badar Bajrai

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI