Selagi nyawa dikandung badan selagi itulah kita digalakkan untuk menambah ilmu dan mengejar pahala sebanyak mungkin. Bukan sahaja ketika kita dalam jaga, tetapi juga sebelum lelapkan mata.
Sebelum tidur, kaum wanita digalakkan melakukan beberapa adab sebelum tidur untuk mendapat lebih ganjaran pahala dan banyak kelebihannya. Seperti mana Rasulullah SAW berpesan pada Aisyah Ummu Mukminin, isteri tercintanya.
“Wahai Aisyah, jangan engkau tidur sebelum melakukan EMPAT perkara ini, iaitu:
- Sebelum mengkhatamkan Al-Qur’an.
- Sebelum membuat para Nabi memberimu syafaat di Hari Akhirat.
- Sebelum para Muslim meredhaimu.
- Sebelum kau laksanakan Ibadah Haji dan Umrah.
Aisyah pun, bertanya kepada Rasullah SAW:
“Ya Rasulullah, bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara ini, seketika?”
Artikel Berkaitan: Amal Baca Surah Al-Mulk Untuk Wajah Sentiasa Berseri
Rasulullah SAW tersenyum dan bersabda:
“Sebelum engkau tidur (lakukan ini):
- “Jika engkau akan tidur , membacalah Surah al –Ikhlas tiga kali. Seakan-akan engkau telah mengkhatamkan Al-Quran.
- “Bacalah selawat untukku dan untuk para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberimu syafaat di hari kiamat “
- “Beristighfarlah” untuk para mukminin maka mereka akan meredhai kamu.
- Dan perbanyaklah “bertasbih, bertahmid , bertahlil dan bertakbir” maka seakan-akan engkau telah melaksanakan ibadah haji dan umrah.
“Subhanallaahi Walhamdulillaahi Walaailaaha Illallaahu Allaahu Akbar ( 3x ).
Semoga kita bersama-sama dapat mengamalkan 4 perkara ini dan memperolehi ganjaran pahala yang dijanjikan.
Bagus untuk diamalkan dan semoga bermanfaat.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bila Sayang Kucing, Wanita Ini Kongsi Banyak ‘Belajar’ Kelebihan Makhluk Comel Ini
Kucing adalah haiwan peliharaan yang menyenangkan dan memiliki perwatakan yang menghiburkan. Kucing juga memiliki sifat yang manja. Sejak zaman Rasulullah SAW, kucing disebut-sebut sebagai haiwan kesayangan Nabi Muhammad.
Nabi SAW bersabda:
“Kucing itu tidaklah najis. Sesungguhnya kucing ialah hewan yang sering kita jumpai dan berada di sekeliling kita.” (HR. At Tirmidzi, Abu Daud, An Nasa’i, Ibnu Majah, Ad Darimi, Ahmad, Malik.)
Meskipun ada sisi negatif dari haiwan comel ini seperti mencuri ikan di atas meja atau membuang kotoran, namun ternyata kucing juga memiliki keistimewaan dan bagi orang yang memelihara kucing juga akan memperoleh pahala dan kebaikan.
Berikut perkongsian Roha Hassan.
Aku, Kucing dan Rezeki
Kemana pun saya pergi, dalam atau luar negara, sering ada kucing menghampiri. Saya sukakan kucing, sepertimana kucing sukakan saya.
Saya belajar banyak perkara dari Kucing. Walaupun dia makhluk kecik tanpa aqal, namun kelebihan dan kecerdikannya lebih tinggi dari segelintir manusia.
1. Pembersih – Kucing sifatnya pembersih. Dia sering bersihkan bulu-bulunya dan akan mudah sakit jika tidak bersih. Dia lebih suka tempat yang bersih untuk lepak dan tidur.
2. Setia pada kawan – Saya selalu perhatikan Kucing-kucing saya. Masing-masing ada klik. Jika salah seekornya mati, yang seekor lagi akan merana dan sudahnya akan mati jugak. Dibawa ke doktor pun tak sembuh kerinduan pada temannya. Kisah LV dan Junior antara yang menyayat hati saya.
3. Melindungi anak-anaknya – Ibu Kucing buat apa sahaja demi anak-anaknya. Saya tengok Kucing saya Luna yang pernah stress gila bila kematian anaknya sampai bawa ke Doktor dan dapat anak baru, baru Luna pulih.
4. Beradab bila meminta – Jika mahukan makanan istimewa, Cun akan geselkan kepalanya ke saya. Saya pun faham, dia nakkan makanan istimewa bukan yang rutin.
5. Ingin di belai dan dimanja – Oreo, Cun, Smokey, Rambo, Cun, LV, Junior, Lulu dan yang lain-lain akan baringkan badan atau duduk atas riba kita mengharapkan belaian.
6. Kucing adalah kesayangan Rasulullah SAW – Mereka makhluk yang lemah lembut. Padanya ada hak yang perlu ditunaikan oleh kita yang bergelar makhluk Allah. Menyukai apa yang Rasullah SAW sukai adalah sesuatu yang terpuji.
7. Kucing mendidik sikap ikhlas – Bagi makan Kucing. Jaga Kucing. Santuni Kucing memerlukan keikhlasan sebab Kucing tak pandai cakap “Terima kasih” kepada setiap kebaikan kita padanya. Ikhlaskan saja kepada Allah.
8. Hadirnya bersama pahala – Kucing dikirim Allah untuk kita mendapat pahala. Berbuat baiklah kepadanya, moga Allah terima amal kecil ini sebagai pahala yang biasanya 10 kali ganda.
9. Kucing buat kita tersenyum – Tengok karenah dan tingkah lakunya buat kita tersenyum. Mereka amat menghiburkan walaupun pada yang geli atau tak suka Kucing.
10. Berkongsi Rezeki – Kucing mendidik kita untuk berkongsi rezeki. Dalam setiap harta benda, wang ringgit kita, ada bahagian makhluk lain termasuk Kucing! Bila dia mendekati kita, tunaikanlah haknya.
HIJABISTA: Seseorang yang menyayangi haiwan seperti kucing dan haiwan lainnya termasuk haiwan sembelihan sekalipun, maka akan mendapatkan rahmat dari Allah SWT di hari kiamat nanti. “Barangsiapa menyayangi meskipun terhadap haiwan sembelihan, nescaya Allah akan merahmatinya pada hari kiamat.” (HR. Bukhari)
Sumber kredit: Roha Hassan
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Wany Hasrita Selamat Bergelar Ibu, Harap ‘Cahaya Mata’ Jadi Pengerat Kasih Bersama Suami
Penyanyi yang popular dengan alunan lagu menahan rindu yang pernah menjadi fenomena hingga melonjakkan namanya di persada seni tanah air, Wany Hasrita kini telah bergelar ibu apabila selamat melahirkan cahaya mata sulungnya di sebuah pusat perubatan, pada jam 7.14 malam tadi.
Perkara berkenaan dimaklumkan oleh Wany sendiri menerusi hantaran di laman Instagram miliknya, bertujuan menzahirkan rasa syukur diatas kelahiran cahaya mata perempuan hasil perkongsian hidup bersama suami tercinta Mohd Al-Adib Fahmi Harun, yang dilahirkan secara normal.
“Semoga Jadi Anak Solehah, Penyejuk Mata Penenang Jiwa,” – Wany Hasrita
“Assalamualaikum, Bismillahi MasyaAllah, Alhamdulillah, Wany selamat melahirkan puteri kami pada hari Sabtu, 7.14 malam (semalam) secara normal.
“Terima kasih pada semua yang mendoakan kami. Anak ibu semoga jadi anak solehah, penyejuk mata, penenang jiwa, pengerat cinta ibu dan bapa.
“Membesar dengan sihat dan jadilah orang yang memberi manfaat kepada yang lain kelak,” tulis Wany pada ruangan kapsyen hantaran berkenaan.
Artikel berkaitan: Rahsia Wany Hasrita Capai Kulit Berseri, Konsisten Pakai Satu Produk Ni!
Sekadar info, Wany sememangnya menjangkakan bahawa dia akan melahirkan cahaya mata sulungnya itu pada bulan ini.
Sehubungan itu, dia dan suamk bersepakat untuk menjalani proses bersalin dan berpantang di ibu negara.
Untuk rekod, Wany dan suami, Mohd Al-Adib yang bertugas sebagai juruterbang di Kuching, mula rapat selepas diperkenalkan rakan baik Wany pada 2019 dan mengikat tali pertunangan pada 26 Februari 2022 dan memutuskan untuk menikah pada Julai tahun lalu.
Artikel Berkaitan : ‘Kalau Tak Ok, Reda Jelah’- Suka Tudung Bawal, Wany Hasrita ‘Doa’ Je Agar Awning On Point!
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Didik Anak Bertaqwa Di Awal Usia Dengan Melaksanakan Ibadah Puasa, Ini Hikmahnya!
Ramadan adalah masa istimewa dalam setahun apabila umat Islam diwajibkan berpuasa. Ini membantu kanak-kanak belajar tentang kewajipan agama mereka sejak awal.
Kebanyakan kanak-kanak apabila berpuasa mereka akan mengalami hari-hari apabila berasa sukar untuk makan atau minum. Kadang-kadang, ibu bapa tidak tahan melihat anak-anak mereka lapar atau dahaga.
Artikel Berkaitan : Doktor Ini Kongsi Diet Paling Powerful Ketika PKP, Kurangkan Makan Atau Lebih Baik Berpuasa
Pentingnya Membiasakan Berpuasa Sejak Kecil
Lebih mudah untuk mempelajari sesuatu apabila usia meningkat, kerana badan anda lebih biasa melakukannya. Walau bagaimanapun, ia juga penting untuk belajar sejak kecil, supaya anda boleh mempelajari sesuatu dengan cepat dan mudah.
Apabila anak-anak belajar tentang ketakwaan, ia sering membantu untuk memulakan dengan perkara-perkara seperti berpuasa semasa Ramadan. Salah satu cara untuk membantu mereka membiasakan diri berpuasa ialah dengan memulakan puasa setengah hari sahaja, yang dikenali sebagai “puasa beduk atau puasa Zohor” Dengan cara ini, mereka secara beransur-ansur boleh membiasakan diri berpuasa lebih lama.
Dalam Islam, puasa adalah satu cara untuk meningkatkan kesihatan dan melatih tubuh badan. Ia tidak diperlukan untuk kanak-kanak yang belum mencapai akil baligh, kerana mereka tidak dianggap sebagai dewasa penuh.
Maksudnya, “Kewajiban diangkat dari tiga orang, iaitu anak kecil hingga ia baligh, orang yang tidur hingga bangun, dan orang gila sampai ia sedar.” (HR Abu Dawud dan Ibnu Majah)
Hadis tersebut menjelaskan bahawa anak yang belum matang secara seksualnya belum mencapai tonggak mukallaf, yang bermaksud mereka tidak diwajibkan mengikut perintah agama seperti solat lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, dan kewajipan syariah yang lain.
Hikmah Berpuasa Sejak Kecil
Di bawah undang-undang Syariah, kanak-kanak yang belum baligh tidak diwajibkan secara sah untuk mematuhi kewajipan agama seperti berpuasa pada bulan Ramadan, tetapi jika mereka berumur tujuh tahun atau lebih, ibu bapa mereka mungkin meminta mereka mula mengikut peraturan ini.
Jika anak anda berumur sepuluh tahun dan boleh berpuasa, tetapi tidak mahu berpuasa, maka ibu bapanya boleh memukulnya sebagai cara untuk memaksanya berpuasa.
- Salah satu cara untuk membantu menjadikan anak taat ialah dengan menyuruh mereka berpuasa sejak kecil. Ini akan membantu membentuk watak mereka dan menjadikan mereka lebih kuat dalam iman mereka. Jika dilakukan dengan betul, ini juga akan membantu kanak-kanak mempunyai iman yang kuat apabila mereka mencapai akil baligh dan melalui alam dewasa.
- Latihan mental boleh membantu memudahkan anak-anak berpuasa. Apabila mereka sudah biasa berpuasa dari kecil, emosi mereka akan lebih stabil. Ini akan membantu mereka membesar dengan lebih cepat dan menjadi lebih bijak.
- Puasa boleh membantu membentuk jiwa empati dalam diri kanak-kanak. Apabila mereka berpuasa, mereka akan merasakan perjuangan yang sukar untuk menahan lapar dan dahaga, walaupun hanya untuk beberapa jam pada waktu malam. Pengalaman ini akan membantu mewujudkan rasa empati terhadap orang lain yang mungkin terpaksa melalui perjuangan yang sama, seperti hidup dalam kemiskinan. Ini boleh dibantu oleh pendidikan daripada ibu bapa atau guru, tetapi paling berjaya apabila ia berlaku secara semula jadi.
- Puasa dapat membantu meningkatkan disiplin anak-anak. Ini kerana apabila mereka berpuasa, mereka biasanya akan bangun sahur dan berbuka apabila tiba waktunya. Ini akan mewujudkan corak kehidupan yang konsisten, yang akan membantu kanak-kanak belajar untuk menjadi lebih berdisiplin.
Sebab utama berpuasa adalah penting untuk kanak-kanak kecil kerana ia membantu mereka membentuk watak yang kuat. Mereka boleh berpuasa untuk tempoh yang singkat, seperti dari bangun pagi hingga waktu makan tengah hari, atau untuk tempoh yang lebih lama, bergantung pada umur mereka.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI