Sikap untuk lebihkan dan menyayangi diri sendiri itu bagus kerana ia boleh menaikkan semangat anda. Namun, jika terlalu pentingkan diri dan melakukan sesuatu yang teruk kepada orang lain–anda mungkin seorang narsisistik.
Apakah yang dikmasudkan dengan ‘narsisistik’?
Sumber dari Canva
Menurut Hellodoktor, personaliti narsisistik ini merupakan satu gangguan personaliti yang di hidapi seseorang yang mempunyai rasa kepentingan diri menjadi keutamaan. Mereka pula inginkan perhatian kepada dirinya lebih dari orang lain.
Sifat mereka yang terlalu ekstrem ini akan mudah tersentuh apabila ada orang yang mengkritik tentang dirinya. Ramai juga orang yang kurang gemar dengan personaliti mereka ini.
Masalah ini pula sering dikaitkan dengan masalah dalam satu perhubungan sama ada bersama pasangan atau juga dari ahli keluarga terdekat. Ada juga faktor lain seperti:
Mengalami trauma ketika zaman kanak-kanak atau sesuatu insiden
Hubungan bersama ahli keluarga, rakan-rakan, dan juga saudara-mara
Genetik keluarga
Sifat peribadi seseorang
Kritikan yang diterima
Faktor neurobiologi
Adakah anda punyai ciri-ciri narsisistik?
Sumber dari Canva
Meski pun senang sahaja kenali seorang yang narsisistik, ada beberapa ciri yang sangat jelas yang dapat di bezakan. Ada beberapa ciri utama yang boleh terlihat seseorang itu narsisistik adalah:
Terlalu pentingkan diri sendiri
Rasa diri sendiri lebih baik dari sesiapa. (Contoh dari segi fizikal ataupun kerjaya)
Rasa seperti golongan atasan dan boleh bergaul dengan sesetengah golongan sahaja
Perlukan pujian daripada orang
Fikirkan ada hak untuk mempunyai sesuatu
Sanggup ambil kesempatan ke atas orang lain untuk diri sendiri
Ya, sifat narsisistik ini merupakan gangguan mental yang boleh terjadi kepada seseorang. Kebanyakan dari mereka juga sering menganggap diri mereka tidak mempunyai apa-apa masalah ataupun gangguan.
Rawatan yang di sarankan adalah dengan pertolongan pakar psikologi atau khidmat kaunseling. Jika anda seorang yang narsisistik, jangan segan untuk berjumpa pakar dan mendapatkan pertolongan.
Ads
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Dalam zaman millenium kini yang lebih mengutamakan media sosial untuk mendapat berita atau cerita lebih pantas. Malah ada di kalangan hijabi yang turut memperoleh pendapatan daripada media sosial dengan bergelar selebriti di media sosial. Ada juga menggelar mereka instafamous atau influencer yang mana mempunyai pengikut yang ramai di laman sosial. Kehidupan mereka tak ubah seperti selebriti popular dan penampilan mereka jika hadir majlis tertentu juga tidak kurang hebatnya. Namun sebenanrnya kehidupan segelintir mereka yang digelar instafamous ini tidak seindah disangka.
Penjelasan gadis ini yang berkongsi kisah sebenar temannya yang merupakan seorang instafamous memberi gambaran realitinya sisi kehidupan mereka yang dipanggi selebriti media sosial ini.
Tazkirah Jumaat.
Semalam ada kawan lama telefon ajak jumpa. Hal penting katanya. Biasa kalau kawan lama nak jumpa ini ada dua kategori je, pinjam duit atau ajak join mlm. Hawa pesan awal-awal, kalau sebab dua benda ni Hawa taknak. Dia jawab, tak. Dia depresi katanya.
Jadinya terpaksa Hawa kerja separuh hari demi nak melayan si dia ni. Cerita ini sangat serius bagi Hawa. Kawan Hawa ni merupakan salah seorang yang popular di socmed. Dia popular di laman instagram dan twitter dek kerana mempunyai wajah yang cantik dan perwatakan menarik.
Dia kata dia mengalami tanda-tanda depresi yang agak teruk. Tidak boleh tidur malam. Cepat marah. Sedih tiba-tiba. Tidak fokus dalam melakukan sesuatu.
Bila menjadi orang yang popular, kehidupannya menjadi tidak menentu. Dia menghidap penyakit narsis yang perlu selfie setiap hari untuk muat naik gambarnya dia socmed.
Dia harus pastikan setiap gambarnya sempurna kerana dia perlu meraih like yang banyak. Sampaikan gajinya habis dek kerana sentiasa beli baju baru, kasut baru dan beg tangan baru. Nasibnya agak baik kerana dia ada mata pencarian tambahan dengan “paid review” di laman instagram.
Tapi lama kelamaan dia merasakan ini bukan dirinya lagi. Dia perlu berlakon menjadi orang lain. Dia perlu bersaing dengan insta famous yang lain walaupun mereka yang popular di laman instagram ini berkawan antara satu sama lain.
Bila ada kawannya beli bag tangan baru, dia juga perlu beli yang baru. Bila ada kawannya yang beli baju baru, dia juga perlu beli baju baru. Bila ada kawannya beli alat solek baru, dia juga perlu beli yang baru. Bila ada kawannya beli kasut baru, dia juga perlu kasut baru.
Barangan yang mereka beli dan pakai haruslah barang yang berjenama. Baru ada class katanya. Dia juga jenuh google quote menarik setiap hari agar sesuai dengan gambar yang dia muat naik pada laman instagramnya.
Selepas muat naik gambar atau update twitter, dia akan cek siapa yang like gambarnya dan retweet tweet dia. Walaupun beribu yang like dia sanggup cek satu persatu. Sanggup baca komen-komen pengikutnya. Sesiapa yang beri komen negatif dia akan block pengikutnya.
Bila ada kawan-kawan tak like gambar dia, dia akan mula mempersoalkan perkara itu pada dirinya sendiri. Kenapa ek dia tak like gambar aku? Kenapa ek dia tak komen gambar aku? Dia cemburu lah tu.
Hari hujung minggu yang sepatutnya dia penuhkan dengan keluarga, dia batalkan dan akan pergi ke kafe atau restoran mewah. Sebelum makan, ambil gambar dulu dan muat naik pada socmed. Setiap kali ada cuti panjang dia akan pergi bercuti ke luar negara walaupun jarak dekat semata-mata untuk muat naik gambar dalam kapal terbang. Pernah satu ketika dia buat loan bank hanya semata-mata mahu menaiki penerbangan kelas perniagaan ke luar negara.
Apabila melihat ada kawan lain yang muat naik gambar dengan baju/bag/kasut atau kereta baru dia akan mula rasa tertekan dan rasa tercabar. Dia mahu menjadi lebih dari mereka. Kalau dia tak mampu untuk menandingi kawannya, dia akan terpuruk di dalam bilik mengira baki wang yang ada dan akan usaha sedaya upaya untuk ada apa yang kawannya ada.
Bila pulang ke rumah selepas bekerja, masa dia hanya pada socmed sahaja. Dia tidak lagi mempedulikan ahli keluarganya yang lain. Tidurnya tidak pernah cukup kerana socmed. Begitulah hidup dia sehari-hari.
Sekarang, wang simpanan telah habis dipakai. Hanya mengharapkan gaji bulanan dan imbuhan dari paid review yang dia lakukan. Malangnya, pendapatan tersebut tidak mencukupi untuk membayar hutang-hutang dia pada bank.
Sampai satu ketika dia merasa diri dia tidak berguna lagi kerana menjadi hamba socmed. Pernah terniat untuk bunuh diri supaya dia tidak lagi perlu berlawan dengan insta popular yang lain.
Ada juga kawannya yang mengalami masalah yang sama. Sehinggakan sanggup menjual maruah demi wang asalkan dapat tunjuk di socmed yang kehidupan mereka begitu mewah dan bahagia. Dia juga hampir-hampir melakukan perkara yang sama tapi mujur imannya masih ada.
Selepas tekun mendengar segala cerita dia, Hawa sarankan dia jumpa doktor supaya tidak melarat. Hawa hanya mampu mendengar sahaja. Hawa tak boleh buat apa-apa.
Hawa sempat berkata, mungkin kau kurang mensyukuri nikmat Tuhan. Betapa ramai manusia yang hidupnya susah. Kais pagi, pagi pun tak mampu dapatkan makanan. Cuma Hawa tidak mahu berlebih-lebih dalam menasihati dia kerana Hawa faham depresi itu tiada wajah. Boleh jadi dia gembira di pagi hari tapi di malam hari dia menangis hingga keesokkan paginya.
Kesimpulannya, kurangkanlah masa dengan socmed. Jadi manusia yang bijak dalam mengatur masa. Hawa hanya buka socmed sekali sehari atau Hawa peruntukkan satu jam sehari tapi boleh buka socmed banyak kali.
Kehidupan sebenar tanpa socmed itu lebih indah. Tanya pada diri sendiri apa yang kita mahu sampaikan pada socmed masing-masing. Mahu berkongsi kehidupan sendiri atau sebenarnya mahu menunjuk-nunjuk kehidupan sendiri? Mahu membaca berita, menjadi penyampai berita atau mereka-reka berita? Mahu bersilaturrahim atau mencipta musuh? Mahu berkongsi ilmu atau menunjuk ilmu? Mahu mengejar populariti atau mahu bersederhana? Mahu menjadi pemarah atau pemurah?
Semuanya berbalik pada diri sendiri. Tidak salah mahu berkongsi. Tidak salah mahu belajar. Tidak salah mahu mengajar. Tidak salah mahu menyampaikan. Yang salah bila kau menjadi hamba pada socmed hingga kau lupa tanggungjawab kau sebagai manusia.
Mohon maaf, tiada niat untuk menyinggung sesiapa. Sekadar berkongsi kisah yang harus kita ambil teladan dan pelajaran darinya.
Bagi admin, mungkin ada segelintir yang bersikap demikian, tetap ada juga yang bijak dalam mengendalikan kerjaya sebagai selebriti media sosial. Jika tahu mengatasi segala masalah yang berlaku, tidak mustahil kerjaya ini mampu memberi pendapatan sangat lumayan. Apatah lagi pada zaman sekarang, jual produk dengan hanya di laman sosial sahaja boleh meberi keuntungan berlipat ganda.
Walau apa cara sekalipun kita bekerja, apa yang penting sentiasa mengingati Tuhan kerana setiap reseki yangkita dapat ini adalah semuanya daripada Tuhan. Jangan sesekali melupakan-Nya kerana jika Dia berkehendak sekelip mata kesenagan itu boleh ditarik balik.
SUMBER FOTO: INSTAGRAM (GAMBAR TOP SEKADAR HIASAN)
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Memiliki tubuh yang langsing dan kurus sememangnya menjadi idaman setiap gadis. Ramai gadis di luar sana sanggup melakukan apa sahaja demi mendapatkan tubuh idaman.
Malah, ramai gadis yang obses untuk kurus dengan melakukan diet yang ekstrem. Baru-baru ini viral di media sosial tentang kisah si gadis yang sudah 7 tahun tidak makan nasi.
Farah Tun Kamaruddin yang berumur 21 tahun ini mengakui terlalu obses dengan diet, kesihatan dan kecantikan. Farah sentiasa menjaga kesihatan diri dengan makan makanan yang sihat, berkhasiat dan sentiasa bersenam.
Lebih mengejutkan apabila gadis ini turut mengakui yang dia sudah 7 tahun tidak menjamah nasi serta kuih-muih. Farah juga tidak pernah gagal untuk bersenam setiap hari di gim berhampiran rumahnya sejak berusia 15 tahun lagi.
“Rejim kesihatan yang saya ikuti ini pun saya patenkan sendiri demi untuk kesihatan. Tentang makanan pula, saya banyak makan makanan sihat seperti yogurt, buah-buahan, sayur-sayuran dan lebihkan makanan protein, selain banyak minum air suam.”
“Saya tidak mengambil minuman dan kuih-muih manis mahupun coklat. Sehinggakan, sekarang saya hampir lupa macam mana rasa coklat dan nasi. Burger terakhir pun saya makan tahun lepas,” ujarnya dalam nada bergurau.
“Sebenarnya, saya bukanlah tidak mengambil makanan lain, tetapi saya akan pastikan jumlah kalori yang diambil. Sekiranya jumlah kalori berlebihan daripada sepatutnya, sebagai contoh, saya ambil terlebih 450 kalori daripada biasa, selepas makan saya akan ke gim untuk bersenam bagi membakar dan menghilangkan semula kalori yang berlebihan itu.”
Biarpun sering ditegur ibu, keluarga dan rakan-rakan, Farah tetap mengamalkan rejim pemakanannya selagi ia tidak mengundang bahaya.
Menariknya, meskipun Farah tidak mengambil sebarangan makanan, dia suka memasak dan membuat kek untuk menjamu orang lain.
Memiliki berat badan 47 kilogram, rata-rata netizen terkejut dengan diet yang dilakukannya. Ada juga yang turut mengkritik bentuk badannya yang dikatakan terlalu kurus.
Siapa dekat sini perasan nyamuk selalu gigit korang? Mesti rasa geram bila kena gigit. Terutama sekali bila ia meninggalkan kesan. Tahukah anda anda cara semula jadi yang anda boleh gunakan iaitu menanam pokok halau nyamuk?
Nyamuk merupakan binatang yang mudah tertarik kepada persekitaran, terutama sekali benda yang hidup dan ini termasuklah tumbuhan tertentu. Walaupun nyamuk menggigit manusia akan tetapi nyamuk tidak hidup bergantung dengan darah yang dihisapnya. Akan tetapi hanya nyamuk betina sahaja yang menggigit dan menjadikan ia makanan untuk telurnya.
Ada ke tumbuhan yang boleh menghalau nyamuk? jawapannya adalah Ya! Ada beberapa tumbuhan yang boleh jadi penghalau nyamuk di rumah anda. Terdapat beberapa tumbuhan yang mempunyai bau yang kuat sehingga ia boleh menutup bau diri anda atau mengelirukan nyamuk tersebut.
Bagi anda yang inginkan jalan penyelesaian yang semula jadi seperti tidak mahu menggunakan spray dan ingin mengelak dari alahan, jangan risau kerana sudah pasti ada tumbuhan penghalau nyamuk adalah yang terbaik untuk anda.
Ia adalah bahan popular untuk menghalau serangga dan nyamuk secara semula jadi. Serai ini boleh ditanam di halaman rumah anda. Tumbuhan serai wangi ini dapat bertahan sebagai pelindung nyamuh untuk tempoh 2 jam. Ianya kerana minyak akan menyejatnya dengan cepat.
Sewajarnya untuk anda menanam serai wangi ini di kawasan yang boleh memebesar sehingga 6 kaki tinggi dan 6 kaki lebar. Jangan tersalah serai ya! Serai yang biasa digunakan dalam masakan berbeza dengan serai wangi ya! Ia boleh menghalau nyamuk juga tapi tidak sehebat serai wangi ini.
Mentha x piperita, tumbuhan ini akan membiak dengan banyak jika dibiarkan. Akan tetapi ianya tidak invasif seperti tumbuhan lain dalam keluarga pudina. Minyak dari pudina ini bagus untuk menghalau nyamuk dan juga membantu melegakan ketidakselesaan akibat digigit nyamuk yang gatal.
Daun pudina mempunyai aroma yang sangat kuat, menyegarkan dan akan menenangkan manusia tetapi tidak untuk serangga ini. Jadi tanam di dalam rumah.
Pokok Lavender ini bukan sahaja cantik malah membantu untuk menghalang nyamuk. Menurut kajian, pokok lavender ini dapat menangkis spesies nyamuk untuk tempoh 6 hingga 8 jam. Menanam tumbuhan wangi ini di sekitar rumah juga boleh menarik perhatian pendebunga bagi membantu memperbanyakkan limpahan bunga ungu.
tip untuk menanam Lavender, pastikan jarak antara tanaman kira-kira 2 hingga ke 3 kaki agar ia tumbuh dan membiak dengan baik di bawah sinaran matahari.
Walaupun namanya tidak seberapa tetapi pokok bunga ini cantik dan mempunyai warna yang sangat menyerlah. Lantana Camara ini tidak disukai oleh nyamuk kerana bau yang sangat busuk. Tambahan pula apabila ia dihancurkan sehingga lumat.
Anda juga boleh meletakkan pokok bunga tahi ayam yang kecil di dalam rumah. Akan tetapi jika baunya agak mengganggu, letaklah di luar rumah berdekatan dengan bekas takungan air, pasu atau baldi mahupun saluran longkang.
Akhir kata, anda juga perlu menitikberatkan kebersihan kawasan persekitaran rumah untuk mengawal kawalan nyamuk terbaik. Anda perlu pastikan tiada air yang bertakung atau terbiar di kawasan rumah kerana nyamuk suka membiak di situ. Nyamuk juga merbahaya kerana ia boleh menjangkiti seperti malaria, demam denggi, ensefalitis atau virus Zika. Ingatlah, mencegah itu adalah lebih baik daripada merawat. Elakkan selagi boleh!
Khasiat telur rebus bukan sahaja membantu kenyang lebih lama, malah baik untuk kesihatan mata, otak, kuku dan tulang wanita. Ketahui manfaat lengkapnya di sini.