Kejadian bunuh yang berlaku terhadap Siti Nur Surya Ismail,19, yang berlaku semalam di Kuala Terengganu semalam amat mengejutkan seluruh rakyat Malaysia.
Mangsa sebelum ini dipercayai disamun selepas rumah dipecah masuk selepas ditemui maut dalam keadaan tertiarap berlumuran darah serta putus pergelangan tangan.
Kecederaan juga turut berlaku di bahagian badan dan muka akibat daripada pergelutan yang terjadi.
Sehubungan dengan itu, polis telah menahan seorang remaja perempuan tingkatan enam bagi membantu siasatan kes bunuh mangsa di rumah keluarganya di Kampung Lubuk Batu, Telemong.
Jelas Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daut, suspek berusia 19 yang juga kenalan kepada manga itu ditahan selepas diserahkan oleh ibunya pada jam 8.15 pagi tadi.
Ads
Tangkapan terhadap suspek dibuat berdasarkan bukti yang ditemui di lokasi kejadian dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di rumah burung berhampiran kediaman mangsa.
“Suspek datang ke Balai Polis Telemong ditemani ibunya untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan.
“Bagaimanapun, keterangan wanita terbabit mencurigakan selain terdapat beberapa kesan kecederaan termasuk gigitan pada lengan dan badan suspek sebelum ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya pada sidang media di IPD Hulu Terengganu.
Ads
Tambahnya, polis juga turut menemui barangan termasuk wang tunai dan peralatan solek dipercayai milik mangsa di rumah suspek.
Jelasnya, suspek dikatakan pergi ke rumah mangsa dengan menaiki motosikal sebelum kejadian.
Ads
“Ketika bersembang di ruang tamu, berlaku kata-mengata yang menimbulkan kemarahan pada suspek sebelum berlaku pergaduhan dan pergelutan.
“Suspek dikatakan mengambil pisau dapur yang ada di ruang tamu sebelum mengelar beberapa kali pada pergelangan tangan kiri mangsa sehingga putus,” ujarnya.
Suspek kini akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Tak disangka, rupa-rupanya pelakon popular, Zulin Aziz mempunyai bakat melukis yang hebat seperti seorang pelukis professional.
Berkongsi di laman instagramnya, Zulin telah mempamerkan bakatnya dengan melukis potret penyanyi nombor satu negara, Dato Seri Siti Nurhaliza dan juga usahawan terkenal, Dato Seri Vida.
Hasil seni kreatif Zulin itu telah mendapat pujian ramai termasuklah daripada rakan-rakan artis seperti Mawar Rashid, Mimi Ernida dan juga Sherry Alhadad.
Melukis menggunakan tablet pintar, Zulin juga telah melukis potret rakan artis lain seperti Sheila Rusly dan juga pelakon Bollywood ternama, Preity Zinta.
Rata-rata rakyat Malaysia melakukan kerja di rumah, dan penggunaan internet adalah satu keperluan seiring dengan Perintah Kawalan Pengerakan (PKP). Bukan satu yang memudahkan sekiranya talian internet di kongsi dengan pelbagai peranti di rumah.
Namun bukan admin hendak memusingkan fikiran anda semua, malah perkongsian hari ini untuk memudahkan perkerjaan anda yang semunya berlaku di rumah sekarang dan sehingga tempoh yang ditetapkan oleh kerajaan.
Mungkin ada di antara anda terlepas pandang, langkah-langkah ini sangat mudah dan setelah mengikutinya nada pasti akan terasa kelainan menggunakan internet. Kerja pun berdesup!
Kedudukan router memang mainkan peranan yang sangat penting untuk kelajuan WiFi. Untuk meminimumkan gangguan sambungan WiFi, anda boleh cuba letakkan router di tengah-tengah rumah, di kawasan tanpa dinding, objek logam atau peralatan tanpa wayar lain.
Boleh letakkan router di tempat tinggi seperti di atas rak kerana router menyalurkan isyarat Internet ke bawah. Bagi yang tertanya-tanya apa perbezaan antara WiFi 5GHz dan 2.4GHz, jom ikut tips yang admin nak bagi ni:
5GHz: Pilih jalur 5GHz apabila anda bekerja rapat dengan router. 2.4GHz: Pilih 2.4GHz apabila anda bekerja jauh dari router ataupun berada di dalam bilik lain.
Salah satu lagi cara untuk mengurangkan penggunaan jalur lebar internet adalah dengan menyekat iklan di browser telefon pintar anda. Penyekatan iklan dapat membantu menjimatkan penggunaan data, terutamanya apabila anda menggunakan hotspot mudah alih ketika melakukan kerja atau menggunakan aplikasi lain, ini caranya:
Untuk pengguna Android:
Cari ‘Google’ dalam Settings> Klik pada ‘Google’> Klik pada ‘Ads’> Setkan ‘Opt out of Internet-based ads / Opt out of Ads Personalisation’
Untuk pengguna iPhone:
Matikan ‘Ad Personalisation’ di bawah ‘Ad Personalisation panel and settings’
Ada beberapa aplikasi yang menggunakan data walaupun semasa anda tak menggunakannya. Bukan itu sahaja, ia juga boleh mengambil memori yang banyak dalam telefon pintar anda.
Cuba anda check balik aplikasi dalam telefon pintar yang memang jarang sangat guna dan kalau aplikasi tu boleh diakses di laptop atau PC, baik anda delete sahaja. Jimat data dan ruang!
Ramai sebenarnya yang suka Auto-Sync laptop atau telefon pintar kepada aplikasi yang sering digunakan di tempat kerja, tapi sebenarnya ia boleh melambatkan internet anda.
Jadi, pastikan anda matikan fungsi Auto-Sync di aplikasi-aplikasi yang anda jarang guna seperti iCloud, Dropbox, Google Drive, Slack dan Todoist.
Pernah tak bila ada meeting atau presentation melalui Zoom, tiba-tiba connection anda terputus ataupun tersekat-sekat? Leceh kan macam ni? Cara yang terbaik untuk mengatasi masalah ni adalah dengan menggunakan kabel ethernet untuk sambungan ke internet.
Kabel ethernet menyambungkan peranti seperti komputer, laptop, tablet, dan lain-lain ke rangkaian, yang membolehkan anda mempunyai akses internet. Di samping itu internet lebih stabil dan konsisten, sambungan kabel ni boleh meningkatkan kelajuan internet sehingga dua atau tiga kali ganda.
Aplikasi yang ada fungsi offline mode, dimana ia membolehkan kita menonton siri TV kegemaran atau mendengar playlist lagu tanpa disambungkan ke Internet, contohnya, YouTube, Spotify Premium, atau Netflix. Lebih jimat data bila strim secara online.
Sebelum tidur, bolehlah anda download siap-siap movie pilihan anda dan esok boleh terus tengok je. Jimat masa tidak perlu tunggu buffering.
Lagi satu, jangan lupa untuk matikan fungsi auto play, auto download dan auto save di telefon pintar anda, sama ada di platform penstriman atau aplikasi media sosial, sebab ia dapat menyekat kelajuan internet anda.
Memandangkan internet dah jadi suatu keperluan buat masa sekarang, penting untuk memastikan anda sentiasa dilindungi dan elakkan dari menjadi mangsa scammers di luar sana!
Begitu juga dengan virus internet dan malware dengan memuat turun perisian antivirus sepeti Avira, Mcafee, Bitdefender dan lain-lain, serta sentiasa memadam cache. Bagi anda yang ada anak, pastikan peranti mereka mempunyai fungsi kawalan ibu bapa dan sekat laman web yang tidak bersesuaian.
Sebaik-baiknya reset router 2 atau 3 kali seminggu kerana sambungan WiFi anda boleh terganggu selepas digunakan terlalu lama ataupun apabila disambungkan kepada banyak peranti.
Lepas reset router, mesti anda akan rasa kelainan terhadap kelajuan sambungan WiFi dan secara tak langsung, dapat membantu meningkatkan produktiviti kerja anda!
Tahun ini, antara perkara yang berjaya mengemparkan industri hiburan tanah air adalah apabila pelakon jelita Mira Filzah kononya dikhabarkan telah membuat ‘turning back’ dengan membuka hijabnya!
Namun, perkara itu hanyalah kekeliruan dan salah faham apabila ramai dikalangan rakan artis dan juga warganet yang tersalah menafsir pendatang baharu, yang juga merupakan Juara Dewi Remaja 2022, Tracie Sinidol ekoran mempunyai raut wajah mirip dengan selebriti terkenal Mira Filzah.
Bagaimanapun, dek kerana persamaan wajah seperti ‘kembar’ seiras yang lahir dari rahim berbeza ini membuatkan rezeki keduanya semakin murah, hingga akhirnya keduanya disatukan menerusi sebuah kempen MF Collection.
Perkara berkenaan dimaklumkan oleh Mira sendiri menerusi satu muatnaik hantaran di laman Instagram miliknya. Sekaligus memaparkan wajah mereka yang sememangnya seiras ibarat adik-beradik kembar! Lantas membuatkan ramai yang terpegun melihat kejelitaan seiras Mira Filzah dan Tracie Sinidol ini!
“Orang kata dalam dunia ni ada 7 muka sama. Betul ke? 🙃 @traciesinidol_official 💕 Tracie is so vibrant! Bagi dia makan terus muka boleh senyum! 🤪 So happy she said yes for the shoot. Terima kasih bahhh. 😘” Tulis Mira ringkas pada ruangan kapsyen hantaran berkenaan.
Tidak menafikan hal tersebut, Mira atau Nur Amirah Filzah Badioezaman, 30, menyifatkan Tracie, 22, adalah kembarnya yang telah lama terpisah.
Walaubagaimanapun menurut gadis peranakan Murut dan Dusun yang pernah dinobatkan Unduk Ngadau Tambunan 2021 itu, dia sebelum ini enggan dikaitkan dengan populariti Mira Filzah sebaliknya mahu berdiri atas bakat sendiri.
Tracie, anak kelima daripada sembilan beradik itu berbakat dalam bidang lakonan, nyanyian dan tarian. Tracie juga pernah berlakon dalam telemovie ‘Malaysiaku 16 September’ dan ‘Budak Pasar’ arahan pengarah Dato Jurey Rosli.
Menurut ibu yang juga pengurusnya, Veronica Tajin, Tracie banyak mendapat tawaran sejak dia viral di bangku sekolah, tetapi banyak yang terpaksa ditolak kerana masih bersekolah.
Tampil menggayakan koleksi skarf terbaharu MF Collection disamping Mira Filzah, penampilan Tracie Sinidol memberi variasi kepada koleksi skarf untuk wanita tidak berhijab.
Didatangkan dalam rona-rona terang, koleksi ini menyuntik jiwa moden untuk para hijabi yang gemarkan kelainan. Koleksi ini telah dilancarkan secara rasmi pada 12 Julai 2023 yang lalu.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari NONA