Pengacara dan usahawan jelita, Ameera Zaini yang kini sedang sarat hamil memaklumkan di laman sosial bahawa anak lelakinya iaitu Mateen kini berada di wad ICU.
Menurut Ameera, Mateen telah dikejarkan ke sana kerana kepalanya terhentak selepas terjatuh dari kerusi kelmarin.
Ameera walau bagaimanapun mengucapkan syukur kerana Mateen kini berada dalam keadaan stabil dan semakin menunjukkan perkembangan yang baik.
“Assalamualaikum semua. Sebagaimana semua tahu kami sekeluarga excited dan tak sabar nak menanti kelahiran Adik Baby.”
Ads
“Sekarang Meera dah tahu kenapa Allah kata belum lagi. sebab Allah sayang kami, dia nak uji kami dulu. Mateen terjatuh dari kerusi semalam and terhentak di kepala. Mateen is currently monitored in the ICU. Alhamdulillah he is stable and showing a positive progress.”
“Meera mohon sangat-sangat kepada semua yang baca posting Meera ini, di bulan Ramadhan yang mulia penuh rahmat ini, mohon doakan Mateen Bin Hasnor Rozaini terus dikurniakan syifa, kesembuhan, dan diangkat segala kesakitannya. Semoga tiada apa yang memudaratkan malah semoga semuanya lebih baik untuk Mateen.”
“Doakan Meera kuat dan tenang juga because due to my condition yang tengah sarat ini, I was advised to just stay at home. Malam ni akan jadi malam pertama Meera berjauhan dengan Mateen.”
Menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke 42 pada hari ini, penyanyi pujaan ramai iaitu Dato Sri Siti Nurhaliza atau lebih mesra disapa Tok Ti mengucapkan syukur dan merakamkan penghargaan buat semua yang memberikan ucapan buat dirinya.
Berharap agar dipermudahkan dalam segala cabaran yang mendatang, Tok Ti juga berdoa moga bencana banjir segera beransur pulih dan wabak covid-19 segera lenyap daripada muka bumi ini.
11 Januari 2021. Alhamdulillah & Terima kasih.
Saya berterima kasih kepada stesen-stesen radio yang memutarkan lagu-lagu saya dengan slot khas bermula pagi ini.
Jika tidak keberatan, saya mohon agar dapat diputarkan lagu Basyirah dari album #ManifestaSITI2020. Lagu yang saya lancarkan sekitar 6 bulan lalu, di mana kita bertungkus lumus menentang Covid19 serta penghargaan saya kepada frontliners serta semua yang sedang berjuang tidak kira sesiapa sahaja.
Semoga Basyirah atau khabar gembira akan mengiringi kita semua dan kita akan menang.
Terima kasih kepada semua yang terlibat memberi bantuan, bekerja membantu mangsa banjir di semua negeri yang terlibat. Kita terus berdoa agar negara kita akan dilindungi Allah dan dijauhkan musibah yang lebih teruk lagi.
Ini doa hari lahir saya. Semoga kita semua dipermudahkan dalam setiap cabaran yang Allah uji. Terus kuat!
Masih terbayang saat gemilangnya majlis perkahwinan Putera Mahkota Brunei, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah binti Pengiran Salleh Abdul Rahaman kira-kira 13 tahun lalu hingga diiktiraf sebagai ‘Asian Wedding Of The Year.
Pasangan diraja ini mengenakan busana rona biru dan majlis perkahwinan ini dirai dan dihadiri orang kenamaan, anggota keluarga diraja asing serta ketua-ketua kerajaan di Istana Nurul Iman.
Kedua-dua pasangan diraja ini telah dibawa dengan kereta open-topped Rolls-Royce yang diselaputi dengan emas dan berjalan di seluruh Bandar Seri Begawan, di mana mereka telah disambut oleh orang ramai di sepanjang jalan.
Setelah hampir 13 tahun berkahwin, baginda berdua kini begitu bahagia dikurniakan 2 putera, Duli Yang Teramat Mulia, Yang Teramat Mulia, Pengiran Muda Abdul Muntaqim (2007), Yang Teramat Mulia Pengiran Muda Muhammad Aiman, (2015) dan seorang puteri, Duli Yang Teramat Mulia, Pengiran Anak Muneerah Madhul Bolkiah, (2011) yang semakin membesar.
Walaupun masih muda, Pengiran Anak Sarah memang bergiat aktif dalam bidang kebajikan di Brunei. Baginda juga sering mencemar duli berangkat untuk menjalankan tugas selaku isteri kepada Putera Mahkota Brunei.
Keberangkatan baginda dalam setiap majlis sama ada di Brunei atau di peringkat antarabangsa sering kali menarik perhatian setiap mata memandang.
Lensa kamera tidak jemu-jemu untuk mengambil gambar baginda. Penampilan dan fesyen yang digayakan beliau sentiasa mencerminkan imej wanita timur yang jelita.
Biarpun jarang melihat kelibat di media cetak, tetapi melalui instagram Brunei Royal Family baru-baru ini ada dimuat turun foto Pengiran Anak Sarah sempena sambutan Syawal lalu.
Ternyata Pengiran Anak Sarah masih cantik seperti dulu dengan penampilan yang sentiasa anggun dan jelita.
Biarpun sekadar mengenakan kurung moden dan selendang polos, kejelitaan tetap terserlah walaupun hanya bermekap sederhana.
Menjadi idola rakyat Brunei, Pengiran Anak Sarah juga baru-baru ini mencemar duli berkolaborasi bersama jenama skaf atau tudung tempatan terkenal, Duck untuk menghasilkan koleksi The Royal Duck.
Penghasilan rekaan ini adalah untuk berkongsi interpretasi beliau tentang kehebatan wanita pada hari ini.
Memang tak puas melihat foto-foto yang dimuat turut dalam IG dan admin doakan semoga pasangan diraja ini kekal bahagia hingga ke jannah.
• Dilahirkan dengan nama Dayang Sarah binti Pengiran Salleh Ab Rahman pada 9 April 1987.
• Memasuki St. Andrew’s School dari tahun 1993 hingga 1998. Kemudian menyambung pengajiannya di Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan, dah berjaya untuk lulus peringkat O-level pada tahun 2003.
• Berkahwin dengan Semasa menghadiri kursus pra-universiti pada usia 17 tahun, beliau telah berkahwin dengan Putera Mahkota.
• Baginda mendaftar di Universiti Brunei Darussalam, di mana telah lulus dengan Kepujian Kelas Pertama pada bulan Oktober 2010 serta menerima Ijazah Sarjana Muda (Sastera) dalam Dasar dan Pentadbiran Awam.
• Pengiran Anak Sarah juga adalah seorang ahli kadet tentera di universiti dan penjaring terbanyak dalam pasukan bola jaring di universiti tersebut.
Memang ramai yang mengalami kegatalan hidung kerana terlalu lama mengenakan pelitup muka sehingga hidung berair. Pastinya keadaan ini terasa sungguh menyeksakan.
Situasi ini terjadi kerana bakteria dan virus cukup suka dengan persekitaran yang lembap. Sebab itulah hidung kita akan mula terasa gatal-gatal apabila memakai pelitup muka.
Bagi mengelakkan masalah ini berulang lagi, anda boleh cuba menggunakan air garam isotonik untuk membersihkan hidung kerana ia bersifat lembut dan tidak menyakitkan hidung.
Boleh digunakan selalu, Sterimar boleh didapati di farmasi dan juga secara online.
Selain itu, jangan lupa juga untuk tukar pelitup muka selalu agar bakteria tidak membiak dengan lebih banyak lagi.
Fesyen wanita plus size boleh tampil anggun dan bergaya dengan pemilihan pakaian, fabrik serta aksesori yang tepat. Ikuti 5 tip mudah untuk kelihatan lebih yakin, kemas dan elegan setiap hari.