Selepas kecoh mengenai pengeluaran selipar hasil kolaborasi daripada jenama Fipper dan aplikasi The Noor milik Neelofa yang dikatakan ‘muslim friendly’, kedua-dua jenama tersebut akhirnya tampil memberi penjelasan semalam.
Dipersoalkan orang ramai mengenai istilah ‘muslim friendly’ pada selipar, mereka telah menjelaskan maksud sebenarnya iaitu bagi memudahkan muslimah yang berstokin menggunakannya memandangkan produk Fipper sebelum ini kurang sesuai untuk mereka disebabkan terdapat getah pada rekaan selipar tersebut.
Penjelasan itu sedikit sebanyak telah membuatkan sebilangan netizen berpuas hati dengan penjelasan tersebut selain ada juga yang berpendapat bahawa istilah ‘muslimah friendly’ itu lebih sesuai jika ditukarkan kepada ‘sock friendly’.
Baru-baru ini negara digemparkan dengan berita mengujakan apabila skuad wanita dari kem olahraga negara berjaya melakar sejarah pada saingan Terbuka Singapura dengan merangkul kejuaraan pada acara 4×100 meter(M) sekaligus mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa.
Skuad antarabangsa wanita negara itu terdiri daripada atlet Zaidatul Husniah Zulkifli, Azreen Nabila Alias, Nur Aishah Rofina Aling dan Nur Afrina Mohamad Rizal telah membuktikan meskipun tiga daripada mereka berhijab, namun itu tidak menjadi halangan tampil dengan persembahan yang memukau di Stadium Nasional Kallang itu.
Skuad wanita negara yang ditempatkan di lorong ketujuh adalah Azreen yang memulakan persaingan untuk memintas pelari pecut dari Thailand dan Singapura di awal perlumbaan.
Sejurus itu Zaidatul Husniah pula mengambil tempat sebagai atlet pecut bagi 100 meter seterusnya sebelum menyerahkan baton kepada Nur Afrina selaku peserta ketiga yang kembali menghambat kelompok hadapan.
Manakala, pecutan pada 100 meter terakhir disempurnakan oleh Nur Aishah yang sepantas kilat cuba mengejar pelari tuan rumah sebelum melakukan pintasan pada pusingan akhir (final lap) sekaligus menamatkan perlumbaan dengan merangkul pingat emas buat Malaysia dengan catatan masa direkodkan pada 45.7 saat.
Sekadar info, skuad bagi pasukan lelaki dianggotai oleh Mohd Haiqal Hanafi, Abdul Wafiy Roslan, Mohd Arsyad Md Saat dan Jonathan Nyepa turut memberikan persembahan yang unggul dalam acara sama. Bagaimanapun, ekoran terdapat kesalahan yang dilakukan semasa perlumbaan kemenangan itu terpaksa dibatalkan dan menyerahkan kemenangan kepada kuartet Australia.
Tiada manusia yang sempurna di muka bumi ini. Kita sentiasa diuji oleh Allah SWT. Ujian itu hadir dalam pelbagai cara dan bentuk. Bezanya adalah bagaimana kita mengendalikannya dan menerimanya menjadi sebahagian dari hidup kita.
Dalam hidup ini, semua orang mempunyai dugaan hidup dan ujian yang berbeza, namun tidak dinafikan bahawa ia sebenarnya mengajar dan membuatkan kita lebih kuat. Ada yang diuji dengan kehilangan harta, kematian orang tersayang, kesusahan hidup dan lain-lain.
Seperti kisah kesusahan hidup seorang penghantar makanan yang tular baru-baru ini. Bait peribahasa; berat mata memandang, berat lagi bahu memikul sangat bersesuaian dengan kisah wanita ini.
Wanita yang bernama Siti Norol Salwani Ismail,28, berkongsi cerita di laman Tiktok apabila didatangi seorang individu yang mahu menarik motosikalnya kerana gagal menjelaskan tunggakan ansuran bulanan.
Difahamkan, motosikal tersebut merupakan satu-satunya ‘peneman’ yang telah dibawa untuk membuat khidmat penghantaran makanan (GrabFood) sejak lebih setahun.
“Kisah hari ini dengan keadaan selsema tak sihat, buat juga grab. tiba-tiba, ada yg dtg nak tarik motor. Dia kata 3 bulan dah tak bayar.
“Memang ada tunggakkan bulan-bulan bayar juga RM100 atau RM150 macam tu, cuma bulan nie je tak bayar lagi. Entah lah, macam mana nak buat lagi nak settle kan semua tu, duit nak makan lagi… baru je lepas bayar rumah” tulisnya.
Setelah merayu kepada individu yang mahu ‘menarik’ motosikal tersebut, Salwani akhirnya ‘dilepaskan’ atas dasar kasihan. Apa yang membuatkan Hijabista berasa simpati adalah wanita terbabit hanya mempunyai wang tunai sebanyak rm3.
“Saya cakap dengan orang tu bahawa motosikal ini adalah satu-satunya kenderaan untuk saya buat kerja, cari rezeki. Bukan saya nak meraih simpati, tapi saya benar-benar tak mampu.
“Kadang-kadang, adik dan anak dapat makan nasi dengan telur goreng bersama kicap. Saya tak makan tak apa, asalkan mereka makan di rumah.
“Nak beli beras dan telur pun tak mampu, saya berhutang dengan kedai runcit dekat rumah,” katanya.
Menurut satu portal hiburan, anak kelahiran Pasir Mas, Kelantan itu telah menetap di Kuala Lumpur bersama anak lelaki berumur sembilan tahun dan adik perempuannya yang mengalami masalah kesihatan. Dia juga telah menjadi ibu tunggal sejak anaknya masih dalam kandungan.
Usai video yang dimuat naik di laman TikToknya tular, Salwani meluahkan rasa terkejut dan langsung tidak menyangka akan mendapat perhatian netizen. Video tersebut kini telah meraih 338.5K jumlah tontonan dan 16.8K kesukaan.
“Sebenarnya saya terkejut, tak sangka video luahan tu jadi viral. Saya hanya berkongsi kesedihan sebab sangat terdesak, tapi bukan mahu meraih simpati,” ujarnya.
Menjengah ke ruangan komen hantaran tersebut, ramai yang turut bersimpati serta mendoakan buat wanita tersebut. Bahkan, ada yang memberikan kata-kata semangat serta ‘memujuk’ wanita tersebut.
“Moga Allah permudahkanlah segala urusan awk sekeluarga dan dilimpahkan rezeki..”
“InsyaAllah setiap dugaan pasti ada hikmah…Allah maha adil”
“Allah uji Allah sayang hamba-NYA. Allah tahu awak kuat Sbb tu Allah uji. Sy pesan diri sy juga semoga jadi manusia ,penyabar,kuat..”
“Semoga awak terus sabar n kuat semangat untuk mencari rezeki…..Allah sentiasa ada bersama kita…”
“Saya faham perasaan akak… apabila kita terikat dgn hutang mmg rasa buntu, mana nk cari duit lebih… Tapi yakinlah rezeki Allah dah atur yang terbaik.. Insyallah”
Setelah video tersebut tular, Salwani telah mendapat beberapa bantuan daripada warganet. Dia juga tidak lupa untuk berterima kasih buat mereka yang telah menghulurkan bantuan.
Enggan ‘dilabel’ meraih simpati, Salwani bertekad untuk menjana pendapatan sampingan dengan berniaga makanan. Difahamkan, dia juga telah mula menerima bantuan Baitulmal sebanyak RM400 sebulan.
“Sebelum ini, saya pernah berniaga daging harimau menangis pada 2021 dan bertahan selama setahun je sebab tak cukup modal.
“Kalau ada modal atau offer untuk saya berniaga makanan, insyaAllah saya terima. Apapun, terima kasih kepada semua yang mendoakan saya dan hanya Allah yang dapat membantu membalas kebaikan anda semua,” katanya.
Melihat entri media sosial pelbagai resepi dikongsi bagi menjamu selera ketika bulan Ramadan. Dari makanan utama sehingga pencuci mulut. Anda pasti tercari-cari resepi mudah dan pada masa yang sama mempunyai kelainan.
Cukup popular dengan resepi yang ringkas lagi menarik individu bernama Khairul Amin Kamarulzaman berkongsi resepi sepanjang Ramadan yang pasti akan menjadi ikutan.
Terbaharu Resepi aiskrim gulung Khairul Aming raih 1 juta views, video resepi masakan Khairul Aming sangat unik kerana tidak memerlukan durasi videonya panjang untuk menerangkan satu persatu bagi membuatkan ramai dapat memasak mengikut resepinya.
Resepi ais krim gulung ini tidak perlu mempunyai alatan yang khusus untuk melakukannya yang sememangnya menjadi kesukaan sesiapa sahaja.