Dalam Islam, setiap ayat dari Al-Quran memiliki kelebihannya jika dibaca. Sama ada panjang ataupun pendek, pasti ia memberi banyak manfaat kepada kita.
Jika membaca ‘Basmallah’ (Bismillahirrahmanirrahim) setiap kali memulakan atau melakukan sesuatu urusan, pekerjaan atau perbuatan sekalipun, sebenarnya memberi kebaikan dan memiliki fadhilat yang sangat besar kerana ia mengutamakan Asma dan Kebesaran Allah SWT. Allah SWT sendiri memerintahkan para malaikat supaya mencatat pahala bagi umat manusia yang membaca ‘Basmallah’.
Rasulullah SAW bersabda: “Tiada seorang hamba pun mengucapkan ‘Bismillahir-rahmanirrahim’ kecuali Allah SWT perintahkan kepada para malaikat yang bertugas mencatat amal manusia untuk mencatat dalam buku induknya empat ratus kebaikan”.
Kelebihan ayat 3 Qul.
Ayat 3 Qul ini sudah menjadi ayat wajib bagi kita sebagai umat Islam untuk membacanya walau di mana sekalipun kerana ayat-ayat ini ringkas dan pendek serta mudah diingati. Tidak kisahlah sama ada sebelum tidur, kenduri tahlil atau kematian, meraikan sesuatu perkara atau sebagainya, pasti ayat 3 Qul ini menjadi salah satu bacaan kita. Namun, apakah sebenarnya kelebihan ayat 3 Qul ini?
1.Menolak gangguan jin
Ads
2.Menolak gangguan syaitan
3.Menghindarkan dari terkena sihir
4.Menghindarkan penyakit was-was
5.Menghindar dari segala kejahatan
Ads
6.Menghindar dari perkara-perkara buruk
Tambahan pula jika dibaca sebelum tidur, sudah pasti ia memberi ketenangan dalam tidur anda, dan anda dapat tidur dengan aman. Kita digalakkan untuk amalkan membaca ketiga-tiga surah tersebut sebanyak tiga kali sebelum tidur. Ayat 3 Qul ini merangkumi Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Naas.
“Nabi SAW ketika berada di tempat tidur pada setiap malam, Baginda mengumpulkan kedua telapak tangannya lalu ditiup dan dibacakan ’Qul huwallahu ahad’ (surah Al-Ikhlas), ’Qul a’udzu birobbil falaq’ (surah Al-Falaq) dan ’Qul a’udzu birobbin naas’ (surah An-Naas).
Kemudian Baginda mengusapkan kedua telapak tangan tadi pada anggota tubuh yang mampu dijangkau dimulai dari kepala, wajah, dan tubuh bahagian depan. Baginda melakukan yang demikian sebanyak tiga kali.
Maka, marilah kita bersama-sama mengamalkan membaca surah 3 Qul ini sebelum tidur supaya tidur kita dipelihara dari benda-benda yang buruk. Selamat beramal!
Semalam, Malaysia digemparkan dengan majlis pernkahwinan puteri sulung pelawak dan penyampai radio Suria FM, Sharifah Shahira yang diijabkabulkan dengan pilihan hatinya Mohd Zulhisyamuddin pada Jumaat lalu.
Namun, lebih meraih perhatian apabila majlis yang penuh gilang gemilang itu turut dihadiri oleh rakan baik Shiera, Azah Aziz yang menetap di overseas dan sanggup menaiki flight selama 23 jam.
Menurut Azah sebelum ini beliau tidak berkesempatan menghadiri perkahwinan Shiera kerana sedang hamil. Jadi dia tidal akan melepaskan peluang kali ini dan meluangkan masa untuk hadir perkahwinan puteri sulung Shiera.
Menerusi hantaran gambar di Instagram milik Azah, hijabista mendapati rata-rata netizen menghujani ruangan komen dengan pujian serta rasa kagum terhadap persahabatan yang terjalin antara Azah dan Shiera.
Selain itu, netizen juga memuji kedua-dua artis kegemaran mereka itu yang kelihatan ‘awet muda’ dan seakan tidak dimamah usia.
Untuk rekod, Allisya merupakan anak hasil perkongsian hidup Shiera menerusi perkahwinan pertamanya dengan vokalis kumpulan Black Dog Bone, Jatt, sebelum mendirikan rumah tangga bersama Zulkifli Azhari atau Ijoy.
Majlis ijabkabul yang berlangsung meriah di ibu kota dengan kehadiran keluarga dan kenalan rapat itu menyaksikan Allisya dinikahkan sendiri oleh bapanya, dengan hanya sekali lafaz.
Sememangnya seorang isteri itu merupakan kurniaan terindah dari Tuhan untuk seseorang yang bergelar lelaki. Namun, amatlah malang buat lelaki tersebut jika dia memilih untuk mengabaikan sang isteri yang terus setia di sisi demi mencari pengganti yang tidak pasti.
Isteri gelisah memikir hidup mati
Suami gelisah memikir pengganti
.
Isteri bersabar demi kandungan
Suami berdebar mengikat hubungan
.
Isteri menangis terkenangkan anak
Suami menangis terbayang yang enak
.
Isteri bukan lagi vitamin
Suami sudah meniti pelamin
.
Isteri gundah membayangkan hospital
Suami semakin diserang gatal
.
Isteri tersentak tatkala dicerai
Suami tersenyum ikatan terlerai
.
Isteri melangkah hati kecewa
Suami menikah gelak ketawa
.
Isteri pendam si air mata
Suami bahagia membilang permata
.
.
Kepada yang ikuti paparan saya sejak dua tahun lalu, memang banyak kes wanita teraniaya. Termasuklah kes isteri dicerai ketika hamil, menjadi ibu tunggal, menjadi ibu tinggal… Malah saya juga menulis kisah mereka dalam lagu Sampai Bila.
“padamu aku hanya kaca yang tak berharga, pudar seri, kosong, kelam… tak bermakna”.
.
#fedtriyahya #menikamdenganpuitis #ibrah #kritiksosial #satira #puisi #sastera
Rasa terpukul dengan soalan ini, benarkah kaum hawa yang sudah berkahwin di luar sana. Kalau benar apa penyebabnya? Menurut kajian wanita nampak lebih cantik masa bercinta! Tapi memang tidak dinafikan yang wanita memang akan nampak lebih cantik masa sedang bercinta daripada sebelumnya.
Ada orang kata masa bercinta nampak semuanya indah, mungkin juga boleh digunapakai alasan ini. Lebih-lebih lagi jika dah rasa angau satu badan, dengan mudah wanita akan nampak lebih cantik akibat bahagia.
Apabila tanya pada cik abang di luar sana, wanita lebih cantik masa bercinta atau selepas kahwin? Jawapannya mereka juga sama iaitu wanita lebih cantik waktu bercinta. Kata mereka lagi, wajah wanita semasa bercinta nampak amat berseri-seri. Bawa bertenang kaum hawa jom kita semak sebab- sebab mengapa wajah wanita nampak lebih cantik masa bercinta berdasarkan beberapa sumber bacaan.
Salah satu sebab kenapa wanita lebih cantik masa bercinta adalah kerana pada waktu ini mereka mempunyai azam yang tinggi untuk menjaga wajah. Pada waktu bercinta ini, untuk nampak cantik di mata kekasih adalah satu keutamaan. Betul juga!
Tambahan pula wanita semasa bercinta masih lagi belum bergelar isteri maka sudah semestinya punya lebih banyak masa dalam soal penjagaan wajah. Tidur malam sambil bayangkan si kekasih hati juga menjadi salah satu faktor.
Bercinta pasti mengimpikan perkahwinan bukan? Selain itu, antara sebab lain kenapa wanita nampak lebih cantik masa bercinta adalah kerana pada waktu ini mereka amat menjaga tubuh badan mereka supaya mereka kekal ramping dan sihat. Takut tak muat baju kahwin!
Malah ada di antara mereka pada waktu bercinta ini gemar mengamalkan jamu supaya sentiasa kelihatan cantik dan langsing. Kaedah sampingan lain dengan mempunyai tidur yang mencukupi. Wanita yang mempunyai tidur yang cukup tanpa gangguan akan mengelakkan mereka dari masalah obesiti.
Wanita semasa bercinta akan lebih tumpukan perhatian pada tubuhnya. Semua aspek akan diambil kira termasuklah soal gaya hidup dan pemakanan. Untuk terus kelihatan cantik di mata kekasih ada di antara wanita ini yang sanggup menghabiskan masa dan duit untuk ke spa dan ke gym.
Kurang tekanan juga menjadi salah satu faktor wanita nampak lebih cantik masa bercinta. Wanita semasa bercinta ini sama jugalah seperti si lelaki yang asyik happy tersenyum dan angau. Bila hati sudah penuh rasa gembira ditambah dengan keseronokan nikmat bercinta sudah tentu tahap tekanan menjadi kurang.
Tambahan pula wanita yang sedang bercinta ini punya masa sendiri untuk hilangkan stress dengan keluar berhibur bersama rakan, tonton wayang bersama kekasih hati, keluar makan-makan, shopping dan sebagainya.
Wanita yang sedang hangat bercinta ini juga akan nampak lebih cantik disebabkan oleh fikirannya sendiri yang terasa amat disayangi dan dilindungi. Sifat teman lelaki yang suka mengambil berat juga membuatkan si wanita ini amat bahagia.
Wanita semasa sedang bercinta akan bersusah payah untuk menjaga pemakanan pemakanan dengan tidak makan makanan yang tinggi kolestrol. Berbeza pula dengan selepas kahwin mereka tidak mempunyai masa untuk melakukan semua itu malah dek kerana terlalu sibuk menguruskan anak-anak. Akibatnya wanita setelah berkahwin akan mudah mengalami obesiti.
Bukan itu sahaja, faktor kepenatan menguruskan anak-anak juga menjadi salah satu faktor kenapa wanita nampak lebih cantik masa bercinta berbanding waktu berkahwin. Lagi-lagi jika anak dari jenis yang lasak. Pasti penat dan pening kepala hendak menguruskannya. Bila penat sudah tentulah waktu makan juga akan menjadi tidak berjadual dan soal makan malam juga ikut apa yang ada di atas meja makan mengikut menu yang digemari anak-anak.
Bagi wanita yang sudah berkahwin dan berkerjaya, tekanan di tempat kerja turut memainkan peranan dalam kehidupan mereka. Apabila tiba di rumah setelah penat berkerja terpaksa pula berdepan dengan tekanan akibat kerenah anak dan yang lebih teruk lagi jika ada pergolakan dalam rumahtangga yang di bina.
Waktu sebelum berkahwin dan masih bercinta, jika ada tekanan dari tempat kerja dan sebagainya, dengan mudah dapat menghilangkan tekanan tersebut dengan keluar bersama kawan-kawan untuk pergi shopping, tengok wayang, bercuti dan sebagainya pada bila-bila masa yang dimahukan. Berbeza pula selepas berkahwin kerana kini waktu mereka untuk pergi bercuti bersama kawan-kawan sudah sukar untuk dilakukan lagi. Saat setelah berkahwin anak-anak dan keluarga adalah tumpuan utama berbanding untuk keluar bersama teman baik.
Jelas dan nyata, wanita semasa bercinta dan setelah berkahwin memang agak berbeza. Ini disebabkan oleh keadaan semasa yang sedang dilalui. Bayangkan jika sedang bercinta si wanita ini ada banyak masa untuk dirinya sendiri. Dapat fokus pada diri sendiri untuk menjaga penampilan agar cantik sentiasa, dapat ke gym dan keluar sana sini untuk bersuka ria. Tetapi setelah berkahwin jangankan ingin keluar berseronok dan tonton wayang, ingin dapatkan masa tidur yang cukup juga sudah menjadi susah.
Masa mereka juga menjadi tidak teratur kerana sibuk menguruskan soal anak dan rumah tangga. Kesan dari gejala kurang tidur ini sedikit sebanyak akan menyebabkan peningkatan hormon dalam badan akan menyebabkan rupa mereka nampak lebih berusia dari umur sebenar.
Walaubagaimanapun, sebagai lelaki anda tidak boleh menyalahkan si wanita yang berubah setelah berkahwin. Selaku seseorang yang telah bercinta hingga tahap berkahwin dengan si wanita ini, anda perlu tahu pengorbanan mereka selama ini. Bantulah kekasih hati yang telah bergelar isteri ini untuk kembalikan kecantikan mereka persis sewaktu sedang bercinta dulu.
Berikanlah sedikit masa dan belanja untuk wanita pujaan hati rehat dan bebas dari segala tekanan. Tidak mustahil dengan cara ini si wanita tersebut akan kembali cantik seperti sedang hangat bercinta dulu. Yakin dengan wanita yang dicintai untuk menjadi isteri dan ibu yang baik buat anak-anak adalah jauh lebih penting dari kecantikan luaran. Cantik dalaman itu lebih penting berbanding cantik luaran masa bercinta.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di