Sebelum mengatakan bahawa benar-benar sudah bersedia untuk berkahwin, ketahui serba sedikit tentang cinta dari kisah Ali bin Abu Thalib dan Fatimah Az- Zahra.
Sebuah kisah yang datangnya dari puteri Rasulullah, Fatimah Az-Zahra, dan Ali Bin Abi Talib, pintu hati Ali ‘diusik’ buat pertama kali saat Fatimah mengubati luka ayahnya, Muhammad SAW yang luka parah kerana berperang.
Dari situ, dia bertekad untuk melamar puteri Nabi. Lantas dengan tekun dia mengumpul wang untuk membeli mahar untuk menyunting Fatimah. Malangnya belum cukup wang Ali untuk mahar, sahabat Nabi, Abu Bakar sudah pun melamar Fatimah.
Hancur hati Ali, namun dia sedar diri kerana saingannya punya kualiti Iman dan Islam yang jauh lebih tinggi dari dirinya. Walau dikenal sebagai pahlawan Islam yang gagah berani, Ali dikenali sebagai orang yang miskin. Hidupnya dihabiskan untuk berdakwah di jalan Allah.
KEYAKINAN KEMBALI BERSINAR
Namun seakan mendung berarak lalu, keyakinan Ali kembali menyinar tatkala Fatimah menolak lamaran Abu Bakar. Namun sekali lagi keceriaan Ali hanya sementara apabila Umar bin Khatab meminang Fatimah. Ali hanya mampu pasrah kerana saingannya bukan calang-calang orang. Tapi takdir kembali berpihak kepadanya. Umar mengalami nasib serupa dengan Abu Bakar.
Ads
Tapi saat itu Ali belum berani untuk melamar Fatimah. Dia sedar dia hanya pemuda miskin. Bahkan harta yang dia miliki hanya ada satu set baju besi. Kepada Abu Bakar As-Siddiq, Ali mengatakan, “Wahai Abu Bakar, anda telah membuat hatiku goncang yang sebelumnya tenang. Anda telah mengingatkan sesuatu yang sudah kulupakan. Demi Allah, aku memang menghendaki Fatimah, tetapi yang menjadi penghalang satu-satunya bagiku ialah kerana aku tidak mempunyai apa-apa.”
Abu Bakar terharu dan mengatakan, “Wahai Ali, janganlah engkau berkata seperti itu. Bagi Allah dan Rasul-Nya, dunia dan seisinya ini hanyalah ibarat debu-debu bertaburan belaka!”
Mendengar jawaban Abu Bakar, kepercayaan diri Ali kembali muncul untuk melamar gadis pujaannya saat teman-temannya sudah mendorong agar Ali berani melamar Fatimah.
Dengan ragu-ragu dia menghadap Rasulullah. Dari hadis riwayat Ummu Salamah diceritakan bagaimana proses lamaran tersebut.
Ads
“Ketika itu kulihat wajah Rasulullah nampak berseri-seri. Sambil tersenyum baginda berkata kepada Ali bin Abi Talib, ‘Wahai Ali, apakah engkau mempunyai suatu bekal mas kawin?”
“Demi Allah,” jawab Ali bin Abi Talib dengan terus terang, “Engkau sendiri mengetahui bagaimana keadaanku, tak ada sesuatu tentang diriku yang tidak engkau ketahui. Aku tidak mempunyai apa-apa selain sebuah baju besi, sebilah pedang dan seekor unta.”
“Tentang pedangmu itu, engkau tetap memerlukannya untuk meneruskan perjuangan di jalan Allah. Dan untamu itu engkau juga perlu untuk keperluan mengambil air bagi keluargamu dan juga engkau memerlukannya dalam perjalanan jauh. Oleh kerana itu, aku hendak menikahkan engkau hanya atas dasar mas kawin sebuah baju besi sahaja. Aku menerima barang itu dari tanganmu. Wahai Ali, engkau wajib bergembira, sebab Allah sebenarnya sudah lebih dahulu menikahkan engkau di langit sebelum aku menikahkan engkau di bumi”. Demikianlah riwayat yang diceritakan Ummu Salamah r.a.
Ads
IJAB KABUL
Setelah segala-galanya siap, dengan perasaan puas dan hati gembira, dan disaksikan oleh para sahabat, Rasulullah mengucapkan kata-kata ijab kabul pernikahan puterinya.
“Bahawa sanya Allah SWT memerintahkan aku supaya menikahkan engkau Fatimah atas mas kawin 400 dirham (nilai sebuah baju besi). Mudah-mudahan engkau dapat menerima hal itu.”
Maka berkahwinlah Ali dengan Fatimah. Perkahwinan mereka penuh dengan hikmah walau diharungi kemiskinan. Bahkan disebutkan Rasulullah sangat terharu melihat tangan Fatimah yang kasar kerana menepung gandum untuk membantu suaminya.
Islam memandang perkahwinan sebagai sesuatu yang mulia. Mereka yang berkahwin dianggap sebagai telah menjalankan ibadah. Bahkan dalam hadis juga ada menyebutkan bahawa berkahwin itu menyempurnakan sebahagian agama.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Sah bergelar isteri pada tanggal 1 Januari 2022, Majlis Perkahwinan Heliza masih hangat diperkatakan. Penyanyi dan aktivis kemanusiaan terkenal, Heliza Helmi sah bergelar isteri kepada ahli perniagaan yang juga seorang jutawan, Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman yang diijab kabul di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.
Tiada adat istiadat berinai atau merenjis mahupun berbalas dulang, majlis perkahwinan yang indah ini pasti menjadi ikutan hijabi.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Secantik rupa, seindah akhlak. Terkesima melihat majlis resepsi persandingan islamik ini menyantuni keluarga, sahabat dan guru-guru yang hadir dengan alunan selawat, qasidah dan doa. Ramai yang memuji dan mengimpikan majlis seperti ini. Pemilik Bizmilla Weeding akui ramai pelanggannya mahu anjurkan majlis seperti ini.
Dikelilingi orang-orang yang disayangi ramai, seusai majlis nikah dan persandingan pasangan ini pada 2 Januari yang lalu, diraikan lagi dalam satu majlis kesyukaran dan maulid bersama rakan-rakan rapat yang dihadiri oleh DAtin Ummi Aida, Datin Fouziah Gous, Diana Emir, Vieshanti Khan dan ramai lagi.
Malah pada 18 Januari lalu, sekali lagi majlis persandingan ala tema Bollywood yang ditaja oleh sahabat baik DS Mahadi yang diadakan di The Light Hotel Pulau Pinang. Masyallah sungguh luar biasa cara menghargai talian persahabatan ini.
Hasrat Mila Jirin tercapai
Mila adalah peserta Akedemi Fantasia dan Heliza antara seangkatan menyertai program realiti itu. Rupanya hajat nak taja repsi perkahwinan Heliza memang dari dahulu lagi. Heliza terharu sahabatnya itu benar-benar tunaikan hasrat, walaupun keberatan Heliza atau lebih mesra dipanggil Kak Ja menyambut baik hasrat sahabat dunia akhiratnya.
Persalinan perkahwinan sopan dan menarik
Siapa kata kalau pengantin muslimah tak boleh tampil cantik dan sopan. Silap ya! Lihat sahaja busana persalinan Heliza Helmi cantik dan sopan tetap menjaga aurat. Mungkin inilah contoh yang hebat untuk hijabi diluar meraikan majlis persejarah. Insyallah!
Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Zina sememangnya satu dosa besar yang amat dibenci Allah. Banyak dinyatakan di dalam Al-Quran tentang hukuman yang bakal diterima oleh pelaku baik di dunia mahupun di akhirat.
Terdapat di dalam sebuah riwayat menjelaskan bahawa Nabi Musa tidak memaafkan pelaku zina kerana dianggap sangat hina. Hal ini membuktikan bahawa zina merupakan dosa besar yang sukar diampuni.
Namun jika anda merasakan dosa zina itu sudah cukup besar, ternyata anda salah. Ada dosa lain yang 1000 kali ganda lebih besar daripada dosa ini. Ancaman bagi pelaku dosa tersebut adalah hukuman dan kemurkaan Allah serta mendapat kehinaan di dunia dan akhirat. Apakah dosa tersebut?
Dosa yang dimaksudkan adalah dosa individu yang meninggalkan solat lima waktu dengan sengaja. Solat merupakan kewajipan bagi semua umat Islam di mana ia merupakan tiang agama Allah.
Meninggalkan solat dengan sengaja diibaratkan seperti meruntuhkan tiang agama dan membuat Allah menjadi murka dengan kita. Tidak hanya di dunia, hukuman di akhirat juga sangat pedih.
Ibnu Qayyim Al Jauziyah RA mengatakan:
“Ulama’ bersepakat bahawa meninggalkan solat lima waktu dengan sengaja adalah dosa besar yang paling besar dan dosanya lebih besar dari dosa membunuh, merampas harta orang lain, berzina, mencuri dan minum minuman keras.
Orang yang meninggalkannya akan mendapat hukuman dan kemurkaan Allah serta mendapatkan kehinaan di dunia dan akhirat.”
Hukuman Orang Yang Meninggalkan Solat
Solat Subuh – Allah akan mencampakkannya ke dalam neraka jahanam selama 60 tahun
Solat Zuhur – Dosanya seperti membunuh 1000 orang Islam
Solat Asar – Dosanya seperti meruntuhkan Kaabah
Solat Maghrib – Umpama berzina dengan emak bagi lelaki dan perempuan dengan bapa
Solat Isyak – Allah tidak redha hidup di dunia.
Jangan Tinggal Solat!
Amirul Mukminin, Umar bin Al Khoththob RA pernah berkata:
“Sesungguhnya di antara perkara terpenting bagi kalian adalah solat. Barangsiapa menjaga solat, bererti dia telah menjaga agama.
Barangsiapa yang menyia-nyiakannya, maka untuk amalan lainnya akan lebih disia-siakan lagi. Tidak ada bagian dalam Islam, bagi orang yang meninggalkan solat.”
Imam Ahmad RA juga mengatakan perkara yang sama:
“Setiap orang yang meremehkan perkara solat, bererti telah meremehkan agama. Seseorang memiliki bagian dalam Islam sebanding dengan penjagaannya terhadap solat lima waktu.
Seseorang yang dikatakan semangat dalam Islam adalah orang yang betul-betul memperhatikan solat lima waktu.
Kenalilah dirimu, wahai hamba Allah. Waspadalah! Janganlah engkau menemui Allah, sedangkan engkau tidak memiliki bagian dalam Islam. Kadar Islam dalam hatimu, sesuai dengan kadar solat dalam hatimu.”
Begitu pentingnya penjagaan solat lima waktu. Semoga kita setiasa menjaga solat dan terhindar daripada melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah Taala.
Sumber: tazkirah.net
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Kurang dari 10 hari umat islam seluruh dunia akan menyambut bulan ramadan, bulan yang penuh keberkatan. Kewajiban puasa pada bulan Ramadhan merupakan rukun Islam ketiga. Oleh itu, kita wajib menggantikan puasa jika tertinggal. Ini termasuk bagi kaum wanita yang tidak berpuasa ketika datang haid.
Hukum qada puasa atau menggantikan puasa Ramadhan ini perlu dibuat mengikut bilangan hari yang telah ditinggalkan. Masih berkesempatan bagi mereka yang belum mengqadakan puasa, namun sekiranya kesihatan tidak mengizinkan tidak perlu memaksa diri sehingga memudaratkan. Anda disarankan membayar fidyah.
Lafaz bagi niat puasa ganti adalah seperti berikut:
Nawaitu shouma ghodin an qadaa’in fardho romadoona lillahi ta’alaa.
Maksudnya:
Sahaja aku niat puasa esok hari kerana mengganti fardu ramadan kerana Allah Taala.
Bolehkan Puasa Ganti Dilakukan Bersama-sama Puasa Enam Syawal Secara Serentak?
Diantara persoalan yang sering timbul berkaitan puasa ganti Ramadan ialah:
Adakah boleh menggabungkan di antara dua puasa iaitu puasa ganti dan puasa enam hari di bulan Syawal?
Sebenarnya berlaku khilaf di kalangan ulama mengenai perkara ini.
Terdapat dua pandangan mengenai hal ini:
Pandangan pertama, jumhur ulama mengatakan kita kena puasa ganti ramadan terlebih dahulu, kemudian selepas itu barulah dibuat Puasa Sunat Enam. (pendapat ini lebih afdal)
Pandangan kedua, ada sebahagian kecil fuqaha berpandangan bahawa kita boleh melakukan puasa ganti sekaligus dengan Puasa Sunat Enam Syawal. Kita akan dapat dua-dua pahala (qada dan sunat)
Dalam perkara khilaf sebegini, ia terpulang kepada kita nak gunakan pendapat yang mana satu.
Jika pilih pandangan pertama pun boleh, pandangan kedua pun boleh
Siapakah Yang Wajib Melakukan Puasa Ganti?
Golongan yang diwajibkan untuk menggantikan puasa (qada) adalah seperti berikut:
Orang sakit yang ada harapan sembuh.
Orang yang bermusafir (bukan kerana maksiat) melebihi dua marhalah.
Orang yang kedatangan haid dan nifas.
Orang yang meninggalkan niat puasa.
Orang yang sengaja melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa.
Orang yang pitam/mabuk sewaktu bulan Ramadhan.
Orang yang sangat lapar dan dahaga yang tidak membolehkannya berpuasa pada bulan Ramadan.
Waktu Untuk Melakukan Puasa Ganti
Waktu untuk melakukan puasa ganti adalah bermula selepas bulan Ramadan, sehinggalah sebelum tibanya bulan Ramadan akan datang. Secara mudahnya, anda mempunyai lebih kurang satu tahun untuk melakukan puasa ganti. Sebaik-baiknya, elakkan dari bertangguh. Lakukan puasa ganti secepat mungkin. Ini kerana puasa ganti perlu ditunaikan sebelum tibanya bulan Ramadan. Jika tidak, anda perlu puasa ganti dan membayar fidyah.
Hari Yang Diharamkan Berpuasa
Sepanjang setahun itu, dibolehkan untuk berpuasa ganti bila-bila masa sahaja, kecuali pada hari yang diharamkan berpuasa.
Pakaian Muslimah itu adalah pakaian yang ringkas dan tidak terlalu berlebihan serta banyak perhiasan.Paling penting mengikut syariat. Berikut tujuh gaya sempurna hijabi yang sederhana...