Baru-baru ini seorang hijabi yang mempunyai nama unik Nurqueen Sayang Dinnie Wirakarnain atau lebih mesra disapa sebagai Queen telah mengamatkan majlis Konvokesyen Universiti Teknologi Mara (UiTM) kali ke-97 di Dewan Agung Tunku Canselor, Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Shah Alam, Selangor.
Bukan setakat namanya yang unik, tetapi si cantik ini layak digelar ‘beauty with brain’ apabila senarai pencapaianya diumumkan sekaligus mengamatkan seluruh dewan ketika penyerahan skrol kepada graduan yang berjaya menamatkab pengajian berlangsung.
Terima Anugerah Graduan Terbaik Fakulti Dan Anugerah Naib Canselor UiTM
Perkara berkenaan, dimaklumkan oleh Queen sendiri apabila dia memuatnaik satu hantaran video menerusi laman Instagram miliknya, memaparkan dirinya sedang berada diatas pentas dan namanya berserta pencapaian diumumkan sebelum dia berjalan mengambil skrol ijazahnya.
“Penganugerahan ini didahului oleh penerima anugerah graduan terbaik fakulti dan program serta penerima Anugerah Naib Canselor, Nurqueen Sayang Dinnie Wirakarnain,” demikian pengumuman yang dibuat oleh pengacara majlis dengan penuh bangga.
Hijabista difahamkan bahawa, Queen merupakan graduan bagi pengajian Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer dari Fakulti Sains Komputer dan Matematik UiTM.
Ads
Mengulas berhubung pengalaman manisnya pada majlis konvokesyen yang berlangsung pada 22 Ogos lalu, Queen turut menzahirkan rasa syukur yang tidak terhingga ke hadrat Allah atas pencapaian yang dikecapi.
Pernah Rasa Hampir Berputus Asa Dan Menangis! Mama Penguat Semangat
Queen akui dia berasa amat gembira dan tidak menyangka dia berjaya menamatkan pengajian dengan ‘flying colours’ meskipun jalanya tak mudah dna penuh liku serta beronak duri.
“Individu paling saya berterima kasih tentunya mama yang sentiasa memberi sokongan dan kata-kata semangat. Mama berpesan jangan putus asa, teruskan usaha dan sentiasa berfikiran positif.
Ads
“Saya pernah menangis ketika belajar, hampir putus asa sebab tak boleh buat kerana rasa susah sangat. Mama kata saya kena fikir positif dan boleh buat. Alhamdulillah saya berjaya melakukannya,” katanya lapor Mstar.
Sekadar info, gadis manis ini dilahirkan di Pusat Perubatan Queen di Nottingham, United Kingdom sewaktu arwah bapanya menyambung pengajian Ijazah Doktor Falsafah (PhD) di negara itu.
Queen menjadikan ibunya sendiri, Haznaidah Mat Zain, sebagai inspirasi kerana dia mengagumi kecekalan dan ketabahan wanita itu yang bergelar ibu tunggal yang berhempas pulas membesarkan serta menitikberatkan pendidikan anak-anak.
Ads
Pada masa sama, Queen juga tidak melupakan jasa dan pengorbanan bapanya, Allahyarham Wirakarnain Sani yang meninggal dunia 12 tahun lalu akibat penyakit hati.
Tiga tahun lalu, pelakon yang juga usahawan kecantikan, Mawar Rashid mengumumkan tentang penghijrahan dirinya yang telah berhijab.
Ketika itu, Mawar terbuka hati untuk menutup aurat selepas mengikuti kelas pengajian agama di Kelantan.
Keputusannya itu turut mengambil keberkatan sempena tahun baharu Hijrah.
Katanya, dia telah lama menyimpan hasrat untuk berhijab namun hatinya berbolak balik membuatkan dirinya sering menangguhkan hasrat itu.
Mawar atau nama lengkapnya Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid memaklumkan fasa berhijabnya itu dimulakan pada Jumaat, 2 Muharam.
“Muharram 2, 1442. Berkat hari Jumaat, penghijrahan Mawar telah pun bermula.
“Doakan Mawar sentiasa beristiqomah untuk sentiasa mendapat keredhaan Allah SWT. Aamiin,” tulis Mawar.
Ketika itu, perkongsian finalis Dewi Remaja 2014/2015 ini menerima reaksi positif para pengikut serta rakan-rakan artis di Instagram.
KEMBALI TIDAK BERTUDUNG
Terbaharu, isteri kepada usahawan Raf Yaakob ini membuat ‘kejutan’ dengan memuat naik dua gambarnya yang tidak lagi memakai hijab di Instagram peribadi.
Menerusi gambar tersebut, ibu tiga anak ini menyarungkan baju berwarna putih dengan gaya rambut yang diikat kemas di bahagian belakang.
Pemilik nama lengkap, Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid ini turut memuat naik status di Instagram Storynya dengan kata-kata yang mencetuskan tanda tanya.
“Goodbye world. Will be back when I’m mentally ready. Love you guys always.”
Mawar turut menutup ruangan komen pada setiap gambarnya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata para pengikut dan peminatnya terkejut dengan tindakannya itu namun ada juga yang mendoakan kebaikan buat Mawar agar kembali berhijab.
Sama-sama kita doakan yang terbaik buat Mawar Rashid dan kembali menutup aurat dengan sempurna.
Kredit Foto: Instagram Mawar Rashid
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Ingatkan sakit kepala biasa, rupanya… kenali jenis sakit kepala yang mungkin anda alami. Kebanyakan orang akan mengalami sakit kepala dari masa ke semasa dan ia adalah normal. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia atau WHO, adalah perkara biasa yang dialami oleh semua orang.
Walaupun ianya menyakitkan dan melemahkan, sebahagian besarnya dapat disembuhkan dengan ubat penahan sakit sederhana dan akan hilang dalam masa beberapa jam. Walau bagaimanapun, serangan berulang mungkin boleh menjadi sesuatu yang lebih serius. Namun, jom semak 11 jenis sakit kepala yang mungkin anda alami.
Jenis sakit kepala ini terjadi secara berturut-turut. Setiap sakit kepala boleh berlangsung dari 15 minit hingga tiga jam. Kebanyakan orang mengalami satu hingga empat kali sakit kepala sehari sekiranya diserang dengan jenis sakit kepala ini.
Anda akan terasa seperti terbakar dan menusuk yang teruk apabila sakit kepala ini bertandang. Ia berlaku di sekitar bahagian mata atau di belakang mata pada satu masa. Kadang-kadang, ia boleh menjadi bengkak, kemerahan dan berpeluh yang akan berlaku di bahagian yang dipengaruhi oleh jenis sakit kepala ini.
Biasanya ia terjadi pada waktu yang sama hampir setiap hari. Doktor juga tidak pasti apa yang menyebabkan sakit kepala berkumpulan ini, tetapi mereka tahu beberapa cara yang berkesan untuk merawatnya.
Sakit kepala kadang-kadang berlaku akibat reaksi alergik. Kesakitan dari jenis sakit kepala ini sering difokuskan pada kawasan sinus dan di bahagian depan kepala anda. Sakit kepala migrain juga biasanya salah satu yang didiagnosis sebagai sakit kepala sinus.
Malah, sehingga 90 peratus daripada “sakit kepala sinus” sebenarnya adalah sakit kepala migrain. Anda yang mempunyai alahan biasanya akan terdedah kepada jenis sakit kepala ini. Sakit kepala Sinus dirawat dengan menipiskan lapisan lendir yang menyebabkan tekanan sinus.
Semburan steroid hidung, decongestan OTC boleh membantu merawatnya. Jenis sakit kepala sinus juga boleh menjadi gejala jangkitan penyakit sinus. Dalam kes ini, doktor anda mungkin menggunakan antibiotik untuk membersihkan jangkitan dan melegakan sakit kepala dan gejala lain.
Memiliki jumlah kafein terlalu banyak boleh menyakitkan sakit kepala. Orang yang mempunyai migrain berisiko kerap mencetuskan sakit kepala akibat kegunaan kafein. Kafein akan menjejaskan aliran darah ke otak anda, apabila kita mendedahkan otak kepada sejumlah kafein setiap hari. Ini mungkin kerana kafein memberi kesan kimia di dalam otak dan boleh mencetuskan jenis sakit kepala ini.
Fakta mengatakan, tekanan darah tinggi boleh menyebabkan anda mengalami sakit kepala. Jenis sakit kepala hipertensi ini memberi isyarat kecemasan. Ini berlaku apabila tekanan darah dalam badan anda menjadi tinggi. Jenis sakit kepala hipertensi ini biasanya akan berlaku pada kedua-dua belah kepala dan biasanya akan menjadi lebih teruk. Sakitnya akan terasa seperti berdenyut. Anda juga mungkin mengalami perubahan penglihatan, mati rasa atau kesemutan, sakit dada atau sesak nafas.
Dapatkan rawatan perubatan segera sekiranya anda mengalami simptom ini. Biasanya ia akan hilang sebaik sahaja tekanan darah berada di bawah kawalan yang lebih baik.
Sakit kepala pasca-trauma boleh terjadi selepas kecederaan kepala. Jenis sakit kepala ini adalah sama seperti migrain dan biasanya bertahan sehingga 6 hingga 12 bulan selepas kecederaan berlaku. Sakit kepala pasca-trauma ini juga biasanya boleh menjadi kronik jika tidak dirawat dengan baik sepenuhnya.
Sakit kepala pemulihan yang juga disebabkan oleh pengambilan ubat sakit kepala yang berlebihan. Ianya terasa seperti sakit kepala jenis ketegangan atau lebih menyakitkan, seperti migrain. Anda mungkin lebih mudah terdedah kepada jenis sakit kepala ini jika kerap menggunakan painkiller. Penggunaan ubat ini secara berlebihan boleh menyebabkan sakit kepala yang lebih banyak dan bukannya sedikit.
Wanita biasanya akan mengalami jenis sakit kepala ini yang dikaitkan dengan perubahan hormon. Menstruasi, pil kawalan kelahiran dan kehamilan semuanya memberi kesan kepada paras estrogen anda yang boleh menyebabkan sakit kepala.
Sakit kepala ini berkaitan secara khusus dengan kitaran haid juga dikenal sebagai migrain haid. Ini boleh berlaku sebelum, semasa ataupun selepas haid juga semasa ovulasi. Untuk mengawal kesakitan ini, anda perlu mengambil naproxen (Aleve) atau ubat-ubatan preskripsi seperti frovatripan (Frova) dan sebagainya. Dianggarkan bahawa kira-kira 60 peratus wanita dengan migrain juga mengalami masalah ini, jadi ubat alternatif mungkin mempunyai peranan dalam mengurangkan sakit kepala ini.
Kesakitan sakit kepala berlaku dengan cepat selepas tempoh aktiviti fizikal yang sengit. Pengangkat berat, lari dan lain-lain aktiviti adalah pencetus untuk mengalami jenis sakit kepala ini. Aktiviti ini boleh menyebabkan peningkatan aliran darah ke tengkorak anda malah ia menyebabkan sakit kepala yang berdenyut terhadap kedua-dua belah bahagian kepala anda.Analgesik, seperti aspirin dan ibuprofen (Advil) pasti dapat mengurangkan masalah ini.
Seseorang yang mempunyai migrain pasti akan mengalami rasa sakit yang berdenyut pada satu bahagian kepala. Mereka mungkin mengalami kepekaan yang tinggi terhadap cahaya, bunyi, dan bau. Biasanya jenis sakit kepala ini berlangsung antara 5 hingga 60 minit pada awalnya.
Migrain cenderung berlaku berulang kali dan setiap serangan mungkin berlangsung sehingga 3 hari lamanya. Walaupun migrain boleh berlaku pada orang dewasa dan kanak-kanak, ianya tiga kali ganda lebih kerap berlaku pada wanita berbanding lelaki.
Sesiapa sahaja boleh mengalami sakit kepala ketegangan dan biasanya disebabkan oleh tekanan. Painkiller mungkin adalah apa yang diperlukan untuk melegakannya. Ini termasuk aspirin, ibuprofen (Advil), naproxen (Aleve) dan sebagainya.
Sekiranya ia tidak berkesan, doktor akan mengesyorkan ubat preskripsi. Ini termasuklah indomethacin, meloxicam (Mobic), dan ketorolac. Jika sakit kepala ketegangan menjadi teruk, tindakan yang berbeza mungkin dicadangkan untuk menangani kesakitan tersebut.
Sakit kepala hipnic adalah keadaan yang jarang berlaku yang biasanya bermula untuk pertama kalinya pada usia 50an namun ia juga boleh bermula lebih awal. Sakit kepala hipnic terdiri daripada kesakitan berdenyut ringan sehingga sederhana. Ia biasanya dirasakan di kedua-dua belah kepala.
Walaupun sakit kepala ini tidak berbahaya, seorang yang lebih tua yang mengalami jenis sakit kepala ini untuk pertama kalinya harus berjumpa doktor. Jenis sakit kepala ini boleh dirawat dengan kafein yang diambil sebagai tablet atau sebagai cawan kopi sebelum tidur. Pilihan ubat lain termasuk indometasin, melatonin, dan litium.
Itulah 11 jenis sakit kepala berdasarkan penyebabnya. Secara umum, dalam banyak jenis sakit kepala akan hilang dalam 48 jam. Namun jika sakit kepala anda memiliki ciri berikut: berlangsung lebih dari dua hari dan intensiti meningkat, sakit tak meredawalaupun sudah mengambil ubat, segeralah periksauntuk nasihat doktor. Sakit kepala boleh jadi gejala keadaan kesihatan yang lebih serius.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Segala doa kalian diangkat ke langit dan atas kebesaranNya juga Alhamdulilah bayi lelaki yang dilahirkan petang semalam, update terbaru beri reaksi positif. Penyanyi, Siti Sarah yang dijangkiti wabak Covid-19 sebelum ini dikejarkan ke hospital dan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah hospital di ibu negara.
Suaminya, Shuib memohon semua pihak agar dapat bersama-sama mendoakan isterinya diberi kekuatan untuk menghadapi ujian kesihatan. Menurut Shuib, sebolehnya dia enggan memikirkan perkara yang bukan-bukan ketika ini selain mengharapkan ihsan daripada ALLAH semoga isterinya dapat segera pulih.
Bermula dari hari kejadian Shuib tidak henti-henti memberi update perkembangan terbaharu Siti Sarah. Kebesaran Allah bayi lelaki yang selamat dilahirkan secara pembedahan petang semalam memberi respon positif hari ini.
“Alhamduliliah sedikit untuk Ayash Affan, Dr Faiz HUKM beritahu pagi ini dia dah buka mata, kaki dah menendang-nendang, tangan bergerak aktif dan keadaan baby stabil.”
Orang ramai dikalangan selebriti malah rakyat Malaysia mendoakan agar Siti Sarah kembali sembuh seperti biasa. Malah Shuib menitipkan doa untuk semua agar terhindar dari kemuaratan.
“Saya balikkan doa-doa kalian, semoga kalian juga dipermudahkan segala urusan, diberi kesihatan yang baik, terhindar daripada segala kemudaratab, insyallah amin,” kongsi Shuib.
Nama anak lelakinya yang baru dilahirkan Ayash Affan (affan yang bermaksud Pendaki, bijak, cerdas dan nama ayah Khalifah Uthman), adalah pilihan Sarah.
“Sarah yang nak sangat beri nama Ayash Affan. Doakan Ayash Affan jadi anak yang soleh.. doakan dia kuat untuk bertahan dalam masa dua bulan ini.”
Rata-rata merasai ujian yang ditanggung oleh Shuib, setiap ‘repost’ yang dikongsi menyeru agar semua yang membaca dapat mendoakan kesembuhan Siti Sarah kembali seperti biasa.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Solekan natural Hari Raya untuk hijabi yang mahu nampak fresh tanpa makeup tebal. Ikuti 10 teknik mudah agar wajah kekal segar, manis dan berseri sepanjang beraya.