Debaran peserta pentas akhir Ratu Hijabista sampai ke kemuncaknya dengan menyaksikan Qila atau nama penuhnya, Wan Nur Aqilah Shahirah Wan Lokman, 21, dinobatkan sebagai Juara Ratu Hijabista 2020.
Mahkota kemenangan disampaikan sendiri oleh Puan Sri Normala Samsudin selaku juri tetap, secara langsung di saluran Astro Prima saluran 105/125 dan Astro Go. Selain Puan Sri Normala, Pengarah terkenal, Michael Ang turut diundang sebagai juri jemputan untuk acara Pentas Akhir Ratu Hijabista 2020.
Selain gelaran juara Ratu Hijabista 2020, Qila juga menerima wang tunai sebanyak RM10,000, tiara, trofi dan selempang selaku pemenang.
Tempat kedua pula dimenangi oleh Tina Aziz atau nama sebenarnya Qistina Sofia Abdul Aziz, 24, yang membawa pulang wang tunai sebanyak RM5000, trofi dan selempang.
Ads
Sementara itu, kategori Ratu Inspirasi Safi Hijabista pula jatuh kepada Nurfiyanti Afrina Roslan, 23 yang lebih mesra dengan sapaan Fiffy Afrina membawa pulang RM3000, trofi dan selempang.
Ads
Manakala gelaran Ratu Favourite pula dimenangi oleh Mellya, pemilik nama penuh Shamellya Norazizi, 23 yang menerima wang tunai bernilai RM1000, trofi dan selempang.
Kemeriahan Finale Ratu Hijabista diserikan dengan persembahan istimewa Khai Bahar dan Siti Nordiana serta persembahan penuh tenaga oleh Faizal Tahir bagi menghangatkan lagi pentas akhir Ratu Hijabista 2020.
Ads
Penganjuran ‘Ratu Hijabista’ juga turut disokong oleh Safi Hijabista yang
hadir sebagai Penaja Utama untuk penganjuran musim pertama. Manakala ZAYAN pula turut menghulurkan sokongan selaku rakan Radio.
Walaupun acara pentas akhir Ratu Hijabista dilangsungkan dengan kawalan ketat mengikut Piawaian Prosedur Operasi (SOP), namun ia tetap berlangsung dengan meriah.
Program realiti Ratu Hijabista mula bersiaran pada 12 Ogos 2020 jam 9 malam di saluran Astro Prima. Ditayangkan selama sejam setiap minggu pada setiap hari Rabu, Ratu Hijabista bersiaran selama lapan episod.
Untuk info, pencarian Ratu Hijabista yang diadakan buat julung kali ini membuka peluang kepada semua wanita berhijab tanpa mengira status untuk mencuba nasib dan sekaligus mempertaruhkan bakat, rupa serta personaliti menarik untuk dinobatkan sebagai juara.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Memasuki taman syurga Raudhah merupakan impian setiap muslim yang berkunjung ke Masjid Nabawi, Madinah. Nikmat dan perasaan berpeluang memasuki ruang itu hanya Tuhan sahaja yang memahami. Sungguh tak tergambar dek kata gembiranya hati apabila Allah memberikan kita peluang yang diidamkan itu.
Ruang Raudhah itu sememangnya tidak pernah lekang daripada menerima kunjungan jemaah. Situasinya mungkin agak sukar kepada sesetengah orang yang berazam untuk memasukinya kerana sentiasa padat.
Untuk anda yang berhajat untuk ke sana nanti terutamanya buat muslimah, anda boleh cuba ikuti tip yang dikongsikan oleh pengasas tudung Citraida, iaitu Aida atau lebih dikenali sebagai Aida Gadis Melayu. InsyaAllah jalan anda akan dipermudahkan.
TIPS KE RAUDHAH BAGI MUSLIMAT
.
1) BERPAKAIAN PERSIS WANITA ARAB
.
2) IKUT JEMAAH ARAB ( masuk lebih awal )
.
3) SAMPAI DI RUANG KARPET HIJAU CUBE DAPATKAN SAF YG PALING HADAPAN
.
4) KALAU ADE KESEMPATAN LAKUKAN SOLAT & BERDOA DI BEBERAPA TEMPAT SUPAYA PENJAGA RAUDHAH X PERASAN KITE LAME DI SITU ( وَجَعَلْنَا مِن بَيْنِ أَيْدِيهِمْ سَدًّا وَمِنْ خَلْفِهِمْ سَدًّا فَأَغْشَيْنَاهُمْ فَهُمْ لَا يُبْصِرُونَ baca ini moga2 Allah tutup pandangan org terhadap kita )
.
5) JGN SELFISH ! BAGI JUGA RUANG JEMAAH LAIN UNTUK SAMA BERIBADAT .
Menjadikan media sosial bukan sahaja medan untuk mengeratkan silaturrahim atau berniaga, tetapi juga bagi menyebarkan ilmu kepada orang ramai. Seperti perkongsia adik kepada selebriti Rozita Che Wan atau Che Ta yang menyebarkan dakwah melalui Instagramnya.
Dalam status dimuat naik, Ruby yang juga isteri kepada pelawak dan pelakon Senario, Lan Pet Pet memberitahu ada 11 tanda orang yang berbahagia.
Antaranya adalah kurang bercakap kecuali hal yang perlu, sentiasa merendah diri, memelihara solat serta bersikap pemurah dan baik hati.
1. Kurang bercakap melainkan yang perlu. 2. Tidak berkongsi hal kehidupan peribadi di media sosial. 3. Sentiasa merendah diri, tawadhuk. 4. Berkasih sayang sesama makhluk. 5. Bersahabat dengan orang yang soleh/solehah. 6. Menjauhi daripda yang haram. 7. Tidak rakus dengan dunia. 8. Memelihara solat 5 waktu. 9. Sentiasa mengingati mati. 10. Pemurah dan baik hati. 11. Sibuk dengan Ibadah. .
Setiap kali musim perayaan, jenama ini menjadi salah satu pilihan untuk digayakan hijabi. Bukan sahaja ketika perayaan, tetapi juga turut menjadi pilihan bagi mereka yang gemar gaya lebih kasual ke pejabat. Jenama lokal MIMPIKITA memang cukup popular di kalangan pencinta fesyen.
Setiap rekaan yang dihasilkan pasti tidak pernah mengecewakan. Busana serta perincian yang moden, trendy dan kontemporari ini sentiasa mendapat tempat di hati para hijabi. Jenama yang diungguli oleh tiga beradik atau dikenali dengan Zulkifli Sisters, Nurul Afidah, Amirah Hanis dan Fatimah Ani Syahirah yang mencetus fenomena!
“Idea menubuhkan jenama MIMPIKITA ini memang tercetus sejak zaman remaja lagi. Kami adik-beradik sebagai seorang perempuan memang suka bergaya dan mula menghargai fesyen. Kebetulan, ibu kami juga merupakan seorang tukang jahit. Jadi, dari situlah kami bertekad untuk menubuhkan jenama sendiri sejak dari kecil lagi,” ujar mereka menceritakan saat penubuhan jenama lokal ini.
Menurut mereka diam tak diam jenama ini menceburi industri fesyen sudah menjangkau usia 10 tahun sejak penubuhannya pada 2008.
“Kami bermula pada tahun 2008 sebagai blogshop dan menyertai bazaar hujung minggu. Kini, kami ada jenama yang mengeluarkan koleksi mengikut musim Bunga Panas, Luruh Sejuk, perayaan dan koleksi busana pengantin. Alhamdulillah sepanjang 10 tahun beroperasi, semuanya berjalan dengan lancar mengikut apa yang kami impikan,” tambah mereka lagi.
Ketika ditanya bagaimana nama MIMPIKITA tercetus, mereka memberitahu ketika sesi brainstorm memilih nama, ada menyenaraikan beberapa nama.
“Kami memang bermimpi dan ini merupakan impian kami bertiga. Jadi, kami mahu nama tersebut menjadi nama di dalam Bahasa Melayu dan mewakili kami bertiga, bukan hanya nama salah seorang daripada kami sahaja. Akhirnya, kami memilih nama MIMPIKITA.
“Jenama MIMPIKITA ada signature tersendiri pada setiap rekaan. Setiap koleksi yang dihasilkan, kami akan cuba sesuaikan dengan 3 personaliti yang berbeza mewakili kami tiga beradik. Walaupun kami adik-beradik dan agak rapat, kami mempunyai gaya yang tersendiri.
“Gaya ini akan diterapkan dalam setiap koleksi mengikut personaliti kami yang berbeza-beza. Jadi, tentunya kami menawarkan lebih banyak rekaan untuk wanita di luar sana. Cetakan sendiri (own prints) eksklusif direka oleh Syera dan team. Kami pasti cetakan ini tidak akan sama dengan rekaan sedia ada di luar sana,” tambah Nurul yang merupakan kakak sulung kepada tiga beradik ini.
Oleh kerana perkembangan dunia fesye yang terlalu cepat, mereka juga turut berdepan dengan cabaran menghasilkan rekaan terbaik. Namun mereka bertiga sering berbincang dalam menghasilkan setiap rekaan terbaru.
“Kebiasaannya idea untuk menhgasilkan setiap rekaan adalah dengan berkonsepkan always come back to our roots and signature. “Kami akan gabungkan juga tren-trend terkini dan berbalik semula kepada personaliti kami bertiga. Jika sesuai, kami akan hasilkan rekaan tersebut,” jelas mereka lagi yang mahu terus optimis dalam mengukuhkan jenama ini.
Walaupun baru 10 tahun berada dalam pasaran industri fesyen, tetapi jenama ini cukup popular di kalangan hijabi muda yang sentiasa dahagakan rekaan menepati gaya ‘new ummah’.
“Untuk terus kekal dalam industri fesyen merupakan satu cabaran yang besar dan berat. Kita perlu sentiasa staying ahead of the game. Sebagai satu jenama yang dikenali, kami cuba untuk mencipta cerita pada setiap koleksi yang kami hasilkan untuk menarik perhatian pelanggan kami.
“Jadi, para pelanggan akan melihat produk kami lebih daripada sehelai pakaian. Feedback juga penting untuk membaiki produk kami. kami sentiasa menghargai setiap pandangan yang dilemparkan bagi menjadikan perkhidmatan lebih baik ditawarkan,” tambah mereka yang turut menjadikan ayah, Encik Zulkifli sebagai idola.
Ini kerana bapa mereka juga telah berkecimpung dalam perniagaan yang agak kompetitif di Johor. Sebab itulah ketiga-tiga beradik ini menjadi bapa mereka sebagai sumber inspirasi dan motivasi untuk terus berjaya. Mereka juga turut berkongsi pengalaman pahit dan manis yang dialami sepanjang membawa nama jenama MIMPIKITA hingga popular seperti haru ini.
“Pahit itu sentiasa ada dalam perniagaan. Tetapi cash flow dan kewangan juga amat penting. Kadangkala, projection kami tidak menjadi dan mengganggu sedikit pengurusan kewangan. Selepas 10 tahun, kami kini lebih bijak mengatur urusan kewangan tetapi ada juga faktor luaran yang tidak dapat dikawal.
“Dalam pahit, tetap ada manisnya. Bermula dari momen-momen kecil seperti melihat senyuman pengantin yang berpuas hati dengan rekaan kami sehinggalah pembukaan kaunter kami di Isetan KLCC dan kenangan London Fashion Week.
“Ia merupakan antara kenangan manis yang tidak mungkin kami lupakan sampai bila-bila. Kini, kami mempunyai butik pakaian yang lebih luas dan lebih mudah untuk para pelanggan datang, ” ujar mereka yang kini beroperasi di ruang lebih luas dan selesa di Bangsar.
Biarpun telah berjaya menjadi usahawan berjaya, ketiga-tiganya tidak lokek berkongsi tip membina kejayaan dalam bidang fesyen.
“Antara tip yang kami amalkan adalah perlu ada tawaran yang unik kepada para pelanggan. Bukan sahaja daripada segi produk, juga dari penjenamaan keseluruhannya iaitu identiti jenama, signature dan penceritaan. Jenama fesyen merupakan satu perniagaan dan pengurusan perniagaan yang baik dan sustainable.
“Lagi satu kena ingat jika kita ditimpa kesusahan, kami akan mengingati kembali mengapa kami membuka MIMPIKITA. Kami betul-betul mahukan perniagaan ini menjadi satu kenyataan. “Bila kami ingat balik perasaan itu, kami jadi lebih bersemangat dan mula fokus kepada perkara yang lebih penting,” jelas mereka sebelum mengakhiri perbualan.