Sudah rezeki dan sudah selayaknya gadis manis bernama Nor Farhatul Fairuzah Panut menjuarai Tilawah Al-Quran peringkat antarabangsa ketika usianya baru mencecah 19 tahun.

Dengan wajah yang redup dan sejuk mata memandang, nama gadis yang menjuarai Tilawah Al-Quran peringkat antarabangsa tahun lalu ini terus menjadi sebutan ramai. Nur Farhatul Fairuzah atau lebih mesra dengan sapaan Farha merupakan qariah tilawah serta antara peserta termuda Majlis Tilawah dan Menghafaz al-Quran Peringkat Antarabangsa kali ke-61.

Gadis ini membawa pulang hadiah berupa kepingan emas bernilai RM70,000 sumbangan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim), piala iringan dan wang tunai RM40,000.

Dia yang merupakan anak bongsu dari lima beradik dan berasal dari Sepang, Selangor. Penglibatannya dalam tilawah al-Quran bermula pada usia lima tahun dan cita-citanya untuk menjadi pensyarah dalam bidang al-Quran.

“Ibu bapa, ahli keluarga saya semuanya pandai taranum, Alhamdulillah,” ujarnya.

Mendalami pengajian al-Quran dan sering berkongsi minatnya itu menerusi Instagram sehingga berjaya menarik perhatian netizen dengan pengikutnya berjumlah hampir 100,000, terutama remaja yang berminat mahu mengetahui mengenai seni taranum secara lebih dekat.

RAMAI TUNJUK MINAT SENI ISLAM

Nor Farhatul Fairuzah, berkata sejak kemenangannya itu, ramai remaja mahupun orang dewasa menunjukkan minat terhadap seni Islam itu sehingga ada kalangan mereka menghantar rakaman video bacaan al-Quran untuk disemak tajwid atau taranum yang dilagukan.

“Saya gemar menyanyi lagu Arab bukan sekadar untuk menghiburkan diri tetapi untuk belajar lenggok pertuturan bahasa mereka, seterusnya meningkatkan mutu sebutan ayat ketika membaca al-Quran.

“Antara penyanyi lagu Arab yang saya minati ialah Umm Kulthum, pencipta lagu dan aktres popular Mesir yang terkenal dengan lagu klasik Arab sejak 1920 sehingga 1970-an,” katanya.

Disebabkan itu juga beliau mendapat jolokan Umm Kulthum Malaysia dalam kalangan peminatnya.

IKLAN

Ternyata, Nor Farhatul Fairuzah mencetus fenomena baharu dalam dunia remaja Islam di negara ini yang mendorong lebih ramai anak muda mengenali seni membaca ayat suci, termasuk menonton tilawah al-Quran.

Berdasarkan reaksi warga net yang semakin tular selepas kemenangannya, beliau berjaya mendorong minat golongan itu melekat di depan televisyen untuk menonton program berkaitan.

Malah ada remaja yang mengakui tidak pernah mengetahui mengenai majlis tilawah berkenaan sehingga kemenangan Nor Farhatul Fairuzah ditularkan.

Baru-baru ini tular video perkongsian Farha yang ‘mencabar’ adik beradiknya bertarannum. Video tersebut menarik ramai perhatian netizen.Allahuakbar, kagum sungguh dengan kehebatan Farha dan adik beradiknya yang ke semuanya mahir bertarannum dengan baik.

 

Hijabista berkesempatan ‘mencungkil’ rahsia Farha dan adik beradiknya mahir bertarannum.

IKLAN

Kongsi Farha antara tip untuk mahir bertarannum ialah mestilah berguru, berlatih, sentiasa bersemangat, jaga pemakanan dan yang paling penting, jadikan amalan bertarannum itu sebagai lagu dalam kehidupan.

Menyentuh tentang cara Farha menjaga suara pula, akui gadis manis ini, jelas Farha setiap orang ada cara tersendiri untuk menjaga suara supaya tidak ‘rosak’. Bagi Farha antara amalan yang diamalkan adalah tidak minum minuman berais, tidak makan pedas, dan tidak makan makanan yang berminyak. Selain itu juga dia sentiasa membuat latihan pada waktu pagi..

PANTANG LARANGN MAKANAN:
1. Minum air kosong banyak
2. Kurangkan minum ais
3. Tidak makan makanan pedas

Sejak umur 5 tahun alhamdulillah ibu dan arwah ayah Farha banyak memberi pendedahan tentang bacaan Al-Quran dan sentiasa dekat dengan Al-Quran supaya terus menjadi sebati dalam diri.

TIDAK MENGAPA BACAAN TIDAK BERTARANNUM ASALKAN TAJWID DITITIK BERATKAN
Ditanya, bagaimana Farha sebagai ikon remaja dapat menarik minat golongan muda untuk belajar bertarannum. Mungkin ramai yang boleh baca Al-Quran tetapi bertarannum tidak ramai. Ini jawapan Farha. Bertarannum adalah bertujuan mencantikkan bacaan Al-Quran, istilahnya memperelokkan bacaan. Tidak mengapa bacaan tidak bertarannum, yang penting tajwid harus dtitikberatkan.

 

“Seperti yang diketahui, Farha suka berkongsi bacaan-bacaan di semua media sosial antaranya Instagram, Facebook, Twitter , Youtube kerana apa yang Farha nampak zaman kini caranya bukanlah seperti dahulu,, Bagi Farha ini adalah platform dan peluang terbaik untuk kita sama-sama kongsi dan memberi aura positif kepada smua tidak kira muda atau veteran. Farha juga mohon doa dari semua,”ujar Farha.

IKLAN

KOMEN FARHA TENTANG VIDOE TARANNUM CHALLENGE YANG TULAR
“Sepertimana yang kita lihat, pada ketika ini, media sosial telah menjadi platform untuk masyarakat mencari ilmu. Jadi Farha mula terfikir, mungkin inilah medium yang terbaik untuk Farha berkongsi ilmu yang ada.

“Seperti yang kita dapat lihat sekarang ini, banyak jenis challenge yang dilakukan oleh masyarakat di media sosial.. Jadi apa yang Farha lakukan untuk memartabatkan Al-Quran adalah dengan menggalakkan masyarakat untuk melakukan #tarannumchallenge serta mengajar mereka tentang ilmu Al-Quran melalui live di media sosial seperti Instagram, Youtube dan Facebook, supaya ilmu ini dpat didedahkan dengan lebih luas.

“Objektifnya adalah untuk memberi minat kepada masyarakat supaya suka untuk membaca Al-Quran, secara langsung dapat memartabatkan lagi Al-Quran dalam kalangan masyarakat dan anak muda. Alhamdulillah Farha juga tidak menyangka mengenai video tarannum challenge bersama famili secara santai itu tular. Semoga dapat manfaat bersama,”jelas Farha.

Adik beradik Farha semuanya mahir bertarannum. Ini perkongsian Farha tentang bagaimana ibu bapa Farha mendidik adik beradik Farha belajar tarannum.

“Sejak dari kecil, alhamdulillah Farha didedahkan oleh ibu dan arwah ayah tentang seni-seni Al-quran ini. Dengan adanya seni ini kami makin bersemangat dalam mendalami ilmu-ilmu Al-Quran. Semasa kecil, ibu ayah sering meletakkan syarat dan silibus untuk anak-anaknya habiskan bacaan Quran sebelum bermain supaya kami lima beradik menjadi sebati dengan Al-Quran. Lama-kelamaan sudah menjadi kebiasaan. Ini semua berkat usaha ibu dan arwah ayah,” tutur Farha.

 

 

View this post on Instagram

 

tiada ungkapan lain 💪🏻 #Motivasi #QnA

A post shared by Farhatul Fairuzah (@farhatulfairuzah) on

NASIHAT KEPADA GOLONGAN MUDA YANG INGIN MEMAHIRKAN DIRI UNTUK BERTARANNUM
“Insha Allah apa yang Farha boleh kongsikan, terutama pada anak-anak muda, semoga kita semua dapat terus memartabatkan dan istiqamah dalam mempelajari Al-Quran dan ilmu tajwid. Di samping itu, pelajari juga seni-seni Al-quran iaitu ilmu tarannum kerana Al-Quran lah yang akan memberi syafaat kepada kita.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesiapa mendengar (bacaan) satu ayat daripada al-Quran, dia dicatat melakukan kebajikan yang dilipatgandakan. Sesiapa membacanya, maka dia akan mendapat cahaya pada hari kiamat.” (Musnad Imam Ahmad)

Sumber kredit gambar Farha: Instagram Farhatul Fairuzah

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI