Beberapa hari lalu seluruh warganet di laman sosial tersentuh dan meluahkan rasa simpati kepada Nur Athirah Abdul Latiff yang tular akibat kehilangan motosikal kerana dicuri. Dia yang bekerja sebagai penghantar makanan Food Panda kelihatan menangis dalam gambar yang dimuat naik kerana kenderaan itulah yang digunakan olehnya untuk menjana pendapatan.
Hari ini dia boleh tersenyum gembira, menerusi hantaran di Facebook Selangor Royal Office hari ini, DYMM Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin berkenan menyampaikan sumbangan peribadi kepadanya yang berupa sebuah motosikal bagi menggantikan motosikal lama Nur Athirah yang telah dicuri.
Menurut kenyataan itu lagi, “DYMM Tengku Permaisuri Norashikin berharap dengan sumbangan ini Nur Athirah akan dapat kembali meneruskan kerja harian dengan sempurna seterusnya membantu keluarga.
Ads
Titah Baginda lagi, di waktu kita semua sedang diuji dengan pelbagai dugaan ketika ini, Baginda amat berharap agar masyarakat di luar sana lebih bersifat perikemanusiaan dan bertimbang rasa di antara satu sama lain.Baginda turut mendoakan agar sekalian rakyat terus dimurahkan rezeki dan sentiasa di dalam perlindungan Allah S.W.T.”
Ads
Sumbangan disampaikan oleh Juruiring Polis (ADC) kepada DYMM Tengku Permaisuri Selangor, Inspektor Noor Hidayu Aziz. – Sumber gambar: via Facebook Selangor Royal Office
Nur Athirah, 23, merupakan anak kedua dari tiga adik beradik tinggal bersama ibunya di Batu Caves dan menyara keluarganya menerusi kerja penghantaran makanan sepenuh masa.
Ads
***P/S- Tersentuh dengan keprihatinan Tengku Permaisuri terhadap Nur Athirah. Semoga Athirah lebih bersemangat selepas ini untuk terus bekerja. Kita semua pun patut ambil iktibar dari berita ini, sentiasalah berbuat baik kepada semua orang di sekeliling kita.
Sebuah penghijrahan itu pastinya memerlukan sebuah hati yang kuat serta bermula dari niat yang ikhlas. Baru-baru ini, Datuk Fizz Fairuz berkongsi sebuah klip video pendek isterinya yang juga seorang pelakon, Almy Nadia berimej baru dengan memakai hijab.
Perkongsian di laman Instagramnya itu disertakan dengan sebuah kapsyen ringkas namun bermakna, menzahirkan rasa syukurnya apabila isterinya mula berjinak-jinak menyarungkan hijab. Ternyata, ia merupakan salah satu doa yang dimakbulkan oleh Allah SWT yang membuatkan dirinya berasa sebak.
Pelakon Almy Nadia yang pernah popular dengan drama Dunia Baru ini kelihatan ayu dan molek dalam video berkenaan. Video tersebut juga menunjukkan bahawa Fizz Fairuz sekeluarga berlibur di taman tema, Legoland, Johor Bharu.
Bukan sahaja Fizz Fairuz, malah warganet juga turut berkongsi rasa teruja dan gembira apabila melihat imej baru Almy Nadia yang dikongsikan oleh suaminya itu di laman media sosial. Rata-rata pengguna media sosial memuji wajah Almy yang kelihatan comel dan berdoa agar Amly terus istiqomah dengan penampilan yang terbarunya itu.
Di samping itu juga, ada yang turut memuji Fizz Fairuz kerana berjaya menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami dengan begitu cemerlang sehingga isterinya itu sudah mula menyarungkan hijab.
Sekadar info, Fizz Fairuz dan Almy Nadia mendirikan rumah tangga pada 26 April 2014 di Masjid Daerah Balik Pulau, Pulau Pinang. Pasangan sejoli ini dikurniakan empat orang puteri hasil dari perkahwinan tersebut.
Sempena bulan merai Hari Wanita Sedunia, seronok kita melihat kejayaan wanita di semua golongan umur. Kejayaan yang dikecapi pelajar yang menduduki peperiksaan SPM pada tahun 2019, keputusan cemerlang juga turut dirasai oleh rakyat Malaysia yang melihatnya. Ramai yang sudah mula mendedahkan dan berkongsikan kejayaan keputusan SPM yang di akaun media sosial.
Tidak kurang juga baru-baru ini tular 5 sekawan merai 9A, apabila keputusan Sijil Pelajaran Malaysia yang telah diumumkan pada 5 Mac lalu.
Lima sekawan terdiri dari Nuraisyah, Alia Nadira, Syafira Zulaika, Siti Nurfatimah dan Syafiqa Ishak yang gadis-gadis yang berusia 18 tahun ini, berjaya meraih perhatian warga netizen apabila kelima-lima mereka menerima keputusan 9A dalam SPM 2019. Sudah pastinya, ramai yang memberikan pujian terhadap ikatan persahatan dan kejayaan yang dikecapi bersama 5 sekawan ini.
Punyai pakej yang lengkap, rata-rata netizen memuji 5 sekawan ini mempunyai kecantikan seiring dengan kejayaan.
Kejayaan luar biasa ini pasti ada tunjang belakang yang sentiasa mendokong 5 sekawan ini terus berjaya. Pastinya ibu bapa dan guru adalah pembimbing terbaik.
Sahabat baik tidak pernah biarkan sahabatnya yang lain ketinggalan dalam pelajaran. Menurut Aisyah menerusi temebual bersama zayan radio, mereka sering mengadakan ‘study grup’ di mana di dalam kumpulan itu sekiranya ada yang tidak faham mengenai sesuatu subjek mereka akan terbuka untuk menerangkan sehingga tiada sesiapapun ketinggalan. Ini barulah di namakan “bestie rise together’.
Setiap orang ada tekanan yang mereka hadapi, tekanannya pasti berbeza. Pada mereka pula apabila ada di antara mereka rasa ‘down’, mereka tidak akan menampakkan perasaan itu pada orang lain. Perasaan itu mereka lepaskan pada ‘mentor’ (mereka yang mempunyai keputusan yang lebih baik) hanya seketika dan terus bangkit dan tidak mengalah.
Belum terlambat untuk min ucapkan tahniah dan semoga persahabatan dan kejayaan yang diraih akan berlanjutan hingga kejannah. Insyallah! ni baru kita panggil girl gang bijak!
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Hijab dan pakaian muslimah kini lebih mudah didapati, bukan sahaja di tapak membeli-belah malah di pusat membeli-belah terkenal. Dan jenama fesyen semakin menjadi perhatian para pencinta fesyen di Indonesia terutamanya golongan berhijab.
Walaupun pasaran fesyen sederhana di Indonesia adalah yang terbesar, percambahan jenama tudung menjadikan persaingan antara mereka semakin sengit. Bagaimanakah reaksi pengasas terhadapnya?
Pastinya ada resepi tersendiri untuk terus bertahan di dalam industri ini dengan bersaing sesama sendiri. Pengasas jenama tudung terkenal muncul di majlis Indonesia Brand Founders Summit 2022 di Tribrata, Dharmawangsa, Jakarta Selatan, yang lalu. Mereka mendedahkan resipi kejayaan, termasuk ketika menghadapi pandemik kekal dan masih relevan di tengah-tengah kehadiran jenama baharu. Salah satu perkara yang dilakukan oleh Pengasas Zytadelia, Ria Miranda, dan Buttonscarves ialah sentiasa menyesuaikan diri dengan keadaan.
“Semasa pandemik 2020, masalah kami adalah bagaimana untuk mengekalkan aliran tunai dan bagaimana pelanggan kekal setia ingin terus membeli-belah. Oleh itu, kami mengeluarkan produk yang ‘reject’ dengan tawaran harga rendah jadi teruskan membeli-belah. Kami juga menyesuaikan diri dengan mengeluarkan topeng muka fesyen dan tudung antibakteria,” kata Zyta Delia selaku Pengasas Zytadelia.
Mampu menyesuaikan diri sambil mengekalkan DNA jenama juga merupakan kunci kejayaan jenama Ria Miranda. Rosadi selaku pengasas berkata, dia mengalami pelbagai perubahan dalam industri fesyen kerana cuba kekal relevan. Salah satu cara ialah dengan mengemukakan visual supaya pelanggan lebih berminat untuk membeli.
“Salah satu perubahan ialah sekarang orang lebih menitikberatkan visual. Bagaimana produk itu dilihat menimbulkan keinginan untuk membeli. Jadi bagaimana kita menyediakan bajet untuk visual yang cantik supaya orang ramai mahu membeli. Media sosial kami semakin meningkat semasa pandemik, jadi juga salah satu peranan penting untuk menarik perhatian mereka”
“Jadi kami mencari pasaran kerana sentiasa ada orang yang mengutamakan fesyen. Fesyen bagaikan air yang mengalir, yang memaksa kami menolak setiap hari dengan cara baharu,” katanya.
Perkara ini turut disokong oleh Pengasas Buttonscarves, Linda Anggreaningsih. Jenama yang menjual fesyen dan alat solek itu mengakui sentiasa cuba menggunakan cara baharu untuk menarik pasaran. Oleh itu, Linda menasihatkan supaya tidak terlalu jauh.
“Nama buttonscarves meningkat naik dalam era jenama luar talian yang masuk dalam talian tetapi kami melakukan sebaliknya. Orang bertanya mengapa kami membuka kedai luar talian. Saya fikir jika kita ingin membuat sesuatu yang besar, kita tidak sepatutnya mengikut arus. Jika kita menggunakan resipi yang sama, kita masuk ke arus yang bertentang.” Untuk itu kita perlu menambah sesuatu yang berbeza,” katanya.
Bukan sahaja jenama hijab di negara ini yang mempunyai kesukaran untuk bertahan dan kekal relevan, begitu jua nasib jenama-jenama hijab di negara seberang. Semoga kejayaan mereka menjadi pemankin hijabi untuk kekal menyokong dengan jenama yang dipercayai ramai.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di