
Isi Kandungan
ToggleLumrah kehidupan, pasti ada naik, turunnya. Begitulah perjalanan hidup kita di muka bumi ini. Namun segala dugaan dan tekanan yang dilalui perlulah dihadapi dengan tenang. Kita perlu bijak mengurus tekanan agar ia tidak menjadi ‘barah’ yang membinasakan secara senyap.
Ada banyak cara untuk menguruskan stres dan tekanan. Antara langkah yang boleh diambil ialah bercerita masalah dengan rakan baik atau ahli keluarga yang dipercayai dan paling rapat, berjumpa pakar kaunselor atau mendapatkan nasihat daripada pihak pakar psikiatri.
Jangan biarkan diri terus hanyut dengan perasaan sebaliknya berusahalah untuk merawat tekanan yang dialami. Justeru Hijabista berkesempatan menemubual, pelakon jelita Mira Filzah berhubung bagaimana dia menangani tekanan yang dihadapinya sebagai wanita bekerjaya, berkeluarga, seorang ibu, isteri dan menantu. Ini yang dikongsikan Mira.
1. Jaga Ketenangan Mental Dan Emosi
Menurut mira, sekiranya kita diuji dengan tekanan dalam kehidupan hanya dua perkara penting yang perlu dititikberatkan. Pertama, adalah cuba untuk menjjaga dan mengawal ketenangan mental dan emosi agar sentiasa berada dalam keadaan tenang dan stabil dari mengelakkan kita melakukan perkara-perkara yang berbahaya dan tidak diingini.
Artikel berkaitan: Mira Filzah Berang! Ada Pihak Tak Bertanggungjawab Guna Namanya Minta ‘Sponsor Biskut’
“Kesihatan Mental dan Emosi sangat penting! Kalau rasa tertekan, stress or uncertainty cari seseorang untuk bercakap.
“Mereka yang mengalami tekanan perlu, meuahkan perasaan yang terbuku di hati dan jangan pendam,” katanya.
Selain itu, mencari teman untuk meluahkan perasaan, jelas Mira lagi mereka juga boleh melakukan meditasi dengan cara duduk dan melakukan refleksi diri atau mungkin boleh sibukkan diri dengan melakukan perkara-perkara atau sesuatu yang disukai.
2. Solat Dan Berdoa
Mengulas isu sama, Mira turut mengesyorkan agar mereka yang berada dalam fasa tekanan agar mendekatkan diri kepada Allah yang maha esa. Dan memohon agar segala masa sukar diberi kemudahan untuk melewatinya. Tambahnya, setiap keinginan pasti akan terkabul dengan izin Allah.
“Apa-apa hajat dan keinginan, kita perlu minta kepada Allah, untuk mendapat kesihatan yang baik, ketenangan fizikal dan mental yang sempurna.
“Kadang kita dah berusaha, tapi Allah yang menentukan ada je orang yang sangat aktif dan fit dari segi fizikal dan mental tetapi tetap juga diuji dengan perkara lain,” ujarnya.
Sumber: Mira Filzah
Artikel berkaitan: Tak Keruan Lihat Kecomelan Anak Mira Filzah, Netizen ‘Tagih’ Mahukan Gambar Wan Khair Amir Lagi
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
5 Resepi Sandwich Yang Sihat, Mudah Dan Pantas. Jom Cuba!

Isi Kandungan
ToggleSandwich sering digemari sebagai santapan pagi atau ‘breakfast’. Kalau hari-hari asyik nak sarapan nasi lemak dan roti canai pun tak sihat juga… Apa kata anda cuba resepi makanan segera yang sedap lagi menyihatkan ini. Tambah pula, penyediaannya amat mudah sekelip mata!
Walaupun kelihatan ringkas, sandwic penuh dengan karbohidrat, protein dan vitamin, yang membantu pertumbuhan, pemulihan dan penyelenggaraan fungsi badan. Pernah tak anda beli sandwich di kedai runcit dan isinya sedikit? Ha… memang tak best kan. Apa kata kali ini anda buat dan cuba sendiri resepi di bawah? Nak letak isi tebal, banyak sayur atau tidak letak sayur, ikut suka anda! Lagi puas hati.
Oleh itu, penulis akan kongsikan 10 resepi sandwich dari kepelbagaian resepi di laman Facebook. Bahkan, resepi sandwich jepun pun ada. Cara penyediaan pula sangat pantas dan senang!
1. Sandwich Egg Mayo
Ha… resepi pertama ini pastinya paling senang buat anda. Telur dan mayo merupakan diantara barang wajib ada di rumah dan mudah untuk dicari. Kalau anda sering membuat sandwich telur biasa, apa kata kalini anda ikut resepi daripada NaNie yang dikongsikan di laman facebook ini. Pasti sedapnya berganda!
Bahan-bahan :
- 10 biji telur direbus dan dilecek,
- 1 senduk mayonnaise,
- 1 sudu teh lada sulah Ajishio.
(Campur semua sekali dan gaul sebati)
Bahan sampingan:
- Tomato dipotong bulat,
- Salad (Ikut suka guna salad pokok atau salad biji@bulat).
Caranya-caranya :
- Ambil sekeping roti, sapu mentega.
- Mula-mula letak tomato.
- Kemudian letakkan sesudu bumbu bancuhan telur, letak atas tomato tadi dan ratakan.
- Seterusnya letak sekeping salad di atas bancuhan telur.
- Akhir sekali letak roti.
- Potong serong 2@4. Siap!
*susunan roti: roti, tomato, bancuhan telur, salad, roti.
2. Sandwich Tuna Mayo
Jika anda bukan peminat telur, anda boleh juga gantikan dengan tuna. Resepi sandwich ini dikongsikan oleh MasAyu Legacy di laman Facebook. Penyediaan bahan resepi ini amat mudah. Hanya potong-potong dan gaul sahaja. Jom cuba resepi di bawah.
Bahan 1 :
- Tuna mayones ayam brand,
- Sedikit bawang besar didadu,
- 1 sudu besar mayones,
- 1 sudu besar sos cili,
- Sedikit cili api.
Bahan 2 :
- Timun didadu,
- Tomato didadu,
- 1 sudu mayones,
- 1 sudu sos cili,
- Roti dan salad.
Cara-caranya :
- Gaul bahan 1,
- Gaul bahan 2,
- Guna 3 keping roti untuk 1 set sandwich.
Cara susun :
- Roti lapisan pertama letak bahan 1.
- Kemudian letak salad.
- Terus lapiskan dengan sekeping roti lagi.
- Seterusnya letak bahan 2.
- Akhir sekali tutup dengan lapisan roti ke-tiga.
- Potong silang pangkah.
Artikel berkaitan: Ini Cara Buat Egg Drop Sandwich Seperti Dalam Drama Korea. Gadis Ini Kongsi Resepinya!
3.Sandwich Honey Chili Dan Teriyaki Chicken
Selain tuna dan telur, anda boleh juga cuba resepi yang dikongsikan Hidayah Sobri di laman Facebook.
Bahan-bahan Honey Chilli Chicken :
- 1 kg dada ayam,
- 3 sdb madu,
- 2 sdb hot sauce/sos cili api,
- 2 sdb sos tomato,
- 3 sdb serbuk cili,
- 1 sdb secukup rasa/garam.
Setelah itu, perapkan semua sekurangnya 6 jam untuk dapatkan warna yang cantik.
Bahan-bahan Teriyaki Chicken :
- 1 kg dada ayam,
- ¼ kicap pekat,
- ¼ kicap masin,
- 2 sdb madu,
- 2 sdb gula perang,
- 2 sdb bijan,
- 2 sdb gula kasar,
- 1 sudu kecil garam halus.
(Perapkan semua, sekurang-kurangnya 3 jam)
Kemudian, bakar kedua bahan Honey Chilli dan Teriyaki Chicken dalam oven suhu 220°C selama 30 minit, kalau isi tebal pastikan anda belah dua bagi nipis sedikit.
Cara Lapiskan :
- Mula-mula letak roti, semua letak marjerin/mentega.
- Kemudian letak romaine Lettuce.
- Letak ayam marinate yang sudah dihiris.
- Letak sos.
- Kemudian letak lapisan roti ke-dua.
- Letak tomato (hiris, letak atas tisu untuk keringkan air).
- Letak timun jepun (kurang berair).
- Letak isi ayam.
- Tambah sos.
- Letak cheese keping.
- Akhir sekali tutup dengan roti.
- Belah 4, siap sudah boleh makan.
Artikel berkaitan: Senarai Resepi Viral TikTok Trend 2021, Yang Berkaitan Dengan Penurunan Berat Badan
4.Wanpaku Sandwich Jepun
Mesti anda jarang dengar mengenai sandwich ini kan? Wanpaku sandwich ini sesuai sangat buat anda yang nak diet kerana boleh ‘sumbat’ bermacam-macam sayur dan juga protein. Bukan sahaja bersesuaian untuk sarapan pagi, malahan buat hijabi yang bekerja; bolehlah buat resepi ini untuk makan tengah hari sebab memang gebu dan mengenyangkan. Jom cuba resepi daripada Nurasykin Ali ini, senang sangat!
Bahan-bahan :
- Roti,
- Tomato cherry,
- Telur puyuh,
- Salad,
- Lobak,
- Tuna ayam brand,
- Kewpie dressing roasted sesame.
Cara-caranya:
- Mula-mula bancuh tuna dengan kewpie dressing. Sukatan ikut suka.
- Mulakan lapisan roti pertama, sapukan roti dengan butter/marjerin.
- Kemudian letak sekeping cheese di atas roti.
- Letak salad.
- Lepas itu letak tuna, kuantiti ikut selera.
- Boleh susunkan telur puyuh, tomato dan lobak macam memanjang di tengah.
- Kemudan tutup dengan sekeping roti.
- Di atas roti tadi sapukan butter/marjerin.
- Kemudian layerkan satu lagi kepingan cheese.
- Susun atasnya dengan salad, mayones dan lobak.
- Tutup dengan roti yang terakhir.
- Belah bahagian tengah. Siap!
5. Monte Cristo Sandwich
Resepi sandwich Monte Cristo ini biasanya menggunakan sapuan jam strawberry atau jam buah-buahan yang lain. Tapi Helena Rizanie Abdullah telah berkongsi di laman Facebook resepi ini dan menukar jam kepada cili sos. Jom cuba!
Bahan-bahan :
- Roti gardenia,
- Chicken loaf ayamas,
- Cheesdale,
- Mayones/honey mustard,
- Cili sos/strawberry jam,
- Telur,
- Breadcrumbs.
Cara-caranya :
- Mula-mula celur chicken loaf seketika.
- Untuk lapisan, sapukan roti dengan mayones/honey mustard.
- Kemudian susun cheese.
- Seterusnya letak chicken loaf.
- Akhir sekali sos cili/jam strawberry.
- Kemudian letak roti ke-dua.
- Ulang semula step nombor dua sehingga terbentuk 3 layer roti.
- Akhir sekali celupkan merata pada telur.
- Rataka merata pada breadcrumbs.
- Goreng hingga keperangan.
- Belah dan siap!
Sumber info dan gambar: 1, 2 , 3 , 4, 5
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ikut 5 Cara Pantas Simpan Wang Ini, Kalau Nak Kaya Cepat. Paling Penting Kena Konsisten!

Isi Kandungan
ToggleUntuk menimbulkan kebiasaan atau memulakan ketagihan dalam menyimpan wang bukanlah bermakna bahawa anda harus menjadi pakar kewangan atau anda berhenti berbelanja! Tidak sama sekali! Apa yang perlu diubah adalah cara hidup anda serta kekuatan dalaman diri untuk kurangkan perbelanjaan dalam masa yang sama tingkatkan pendapatan. Kalau nak kaya cepat, ikut 5 cara terpantas menyimpan wang yang boleh diamalkan.
Jika penyimpanannya konsisten tidak mustahil apa jua barang yang dihajati akan dapat dimiliki. Ataupun hujung tahun boleh bercuti ke negara orang seperti trend hari ini.
1. Rombak Semula
Langkah pertama untuk menjimatkan duit adalah dengan mengurangkan perbelanjaan. Sebelum bermula, lihat dan semak kembali ke mana wang anda banyak dibelanjakan dan cari cara untuk mengurangkannya. Contoh, jika kadar sewa rumah anda RM900 sebulan, tidak salah untuk anda kurangkan jumlah itu dengan menyewa rumah yang lebih murah atau cuba mencari rakan untuk berkongsi sewa bilik bersama. Tiada had cara untuk anda berjimat. Kuncinya adalah anda tidak perlu menyeksa diri dengan memberhentikan perbelanjaan secara drastik tetapi cubalah dengan mengurangkan perbelanjaan secara konsisten.
2. Tingkatkan pendapatan
Wang sudah semakin kurang, maka apa yang perlu anda lakukan? Selain daripada mengurangkan perbelanjaan, anda juga perlu meningkatkan pendapatan. Tidak kiralah betapa hebatnya anda dalam soal menyimpan duit, pendapatan tambahan akan berguna kelak. Cuba cari kerja sambilan seperti menulis blog, menjadi ‘personal shopper’ dan mungkin menjadi guru tuisyen. Untuk memilih kerja sambilan juga haruslah tepat bergantung kepada kecenderungan dan kepakaran anda. Boleh juga mengiklankan servis atau perkhidmatan anda di Facebook secara percuma untuk tambahkan pendapatan. Inilah masanya menggunakan laman sosial untuk tujuan yang lebih berfaedah selain menjadi wira papan kekunci atau ‘keyboard warrior’.
3. Tukar Aset Kepada Tunai
Duit adalah motivasi yang kuat untuk kita memulakan apa yang patut dimulakan sebelum ini. Jika terdapat banyak busana atau barangan yang tidak termuat lagi ke dalam almari, maka bolehlah memulakan langkah untuk menjualnya sebagai item ‘pre-loved’ (pastikan masih dalam keadaan yang baik). Setiap ringgit tambahan membawa anda kepada gol anda. Jadi, apa tunggu lagi? Daripada terbiar dan terbuang begitu sahaja, ayuh asah daya kreatif dan jana lebih banyak wang!
4. Dapatkan Ganjaran Apabila Berbelanja
Berjimat tidak bermaksud kita hidup kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Anda juga perlu manjakan diri. Sekali-sekala nikmati makan malam di luar, memanjakan diri dengan terapi membeli-belah. Kuncinya adalah dengan memilih tempat perbelanjaan yang berbaloi dengan pendapatan anda. Salah satu cara untuk mendapatkan diskaun adalah dengan berbelanja menerusi laman web. Kebanyakan barangan di Internet adalah lebih murah. Beberapa buah laman web e-dagang yang terkenal menawarkan kod-kod baucar diskaun seperti iPrice.my dan Groupon. Kesemua kod baucar dikemas kini setiap hari untuk memastikan anda tidak terlepas peluang untuk berjimat.
5. Faedah Berganda
Setelah mengubah dan menjana lebih pendapatan, menyimpan wang di dalam tin atau meletakkannya di bawah bantal bukanlah cara penyimpanan wang yang bagus. Berusaha sedikit untuk menjadi lebih pintar dan berjimat dalam masa yang sama mengira wang yang bakal diperoleh daripada bantuan faedah berganda. Terdapat beberapa cara untuk anda menyimpan duit dan mendapat imbuhan ke atasnya seperti:
- Akaun deposit tetap – Merupakan satu alternatif mudah dan bebas risiko kepada saham/bon. Deposit tetap ialah pelaburan bagi orang yang mahukan instrumen pelaburan yang berisiko rendah atau cara penyimpanan wang berfaedah yang lebih tinggi.
- Tabung unit amanah – Risiko rendah apabila melabur di dana unit amanah kerana seorang pengurus dana akan dilantik untuk memastikan portfolio pelabur dipelbagaikan.
Jadi bagaimana? Bukan hal yang mustahil dan susah pun untuk menyimpan wang, bukan? Kadangkala satu matlamat sudah mampu merangsang kita untuk dapatkan wang dengan segera seperti menyimpan untuk sebuah percutian idaman atau membeli rumah. Mahu atau tidak mahu, anda yang buat andalah yang dapat.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Moisture Sandwich” Kaedah Kecantikan Baharu Menghapuskan Kulit Kering Dan Hidrasi

Isi Kandungan
ToggleMelapisi produk penjagaan kulit dengan lapisan berganda, “moisture Sandwich” inilah istilah kecantikan yang anda perlu tahu tentang trend penjagaan kulit baharu.
Dunia penjagaan kulit dan kecantikan penuh dengan istilah dan definisi baharu yang menarik minat kita. Daripada TikTok hingga ke blog-blog kecantikan, terdapat sekumpulan frasa penjagaan kulit terkini yang menarik perhatian. Yang terbaru ialah “Moisture Sandwich” yang didakwa melakukan keajaiban pada kulit kering dan dehidrasi. Teknik ini menekankan kepentingan memerangkap semua air untuk memastikan kulit anda berasa sentiasa lembap. Keliru? Nah, jika minat anda juga terpikat dan mahu kulit anda mendapat sarapan pagi yang sihat, jom lihat adakah “Moisture Sandwich” benar-benar sesuai dengan anda.
Apakah “Moisture Sandwich”?
Seperti yang anda boleh bayangkan dengan mudah, ia adalah mengenai melapiskan produk penjagaan kulit anda dengan cara mengunci penghidratan. Dengan meletakkan produk yang lebih ringan dan berair pada kulit lembap dan kemudian melapis sesuatu yang lebih tebal, air akan terperangkap lebih lama, yang membolehkan kulit lebih terhidrat dan segar. Nah, perbezaannya di sini ialah dalam “Moisture Sandwich”, anda mahu melembapkan kulit sama ada dengan face mist atau air mudah di antara setiap lapisan menutup kelembapan untuk jangka masa yang lebih lama.
Bagaimana Membuat “Moisture Sandwich”?
Teknik ‘Moisture Sandwich’ boleh digunakan pada kedua-dua muka dan bibir, tetapi setiap daripada langkah ini memerlukan pendekatan yang sedikit berbeza.
Untuk Muka
@hannabunnyb Moisture sandwich! 💦 #SkincareMalaysia #SkincareRoutine #tiktokmalaysia #tiktokguru ♬ Like a G6 – Like a G6 Karaoke
1. Lembapkan Muka
Untuk mencipta “Moisture Sandwich”, mulakan dengan membersihkan muka dengan pembersih pelembap yang lembut. Selepas pembersihan, sembur dengan face mist dengan pad kapas untuk melembapkan kulit.
2. Sapu Serum
Sebelum toner anda diserap sepenuhnya ke dalam kulit, sapukan beberapa titis serum dan urut ke dalam kulit.
3. Lembapkan Semula Kulit
Ini adalah langkah di mana proses “moisture Sandwich” sebenar bermula. Sebelum menggunakan produk penjagaan kulit anda yang seterusnya, lembapkan kulit dengan satu pusingan lagi face mist atau air. Sudahi rutin dengan pelembap yang lembut atau tebal.
Untuk Bibir
@charlotteparler Moisture sandwich ™️ #MakeItCinematic #IKnowWhatYouDid #skincare #skincare101 #skincaretok ♬ Blue Blood – Heinz Kiessling & Various Artists
1. Basahkan Bibir
Basahkan bibir anda dengan air
2. Gunakan Pelembap Bibir
Sapukan pelembap dalam lapisan nipis. Hanya pastikan ia menutupi seluruh permukaan bibir. Dengan melembapkan bibir, anda membenarkan pelembap meresap.
3. Susulan Dengan Balsem Bibir
Kemudian, sapukan lapisan pelembap bibir yang tebal di atas. Anda menggunakan balsem yang akan menghalang kehilangan lembapan, mengurangkan kekeringan dan dalam proses pengelupasan.
Faedah Menghidrat
Apabila kulit menarik produk topikal anda, ia juga menarik beberapa air, yang menyamai lebih banyak penghidratan. Kaedah ini meningkatkan penghalang kulit dengan mengurangkan kadar kehilangan air dan menyediakan bahan tambahan untuk menyokong kesihatan kulit secara keseluruhan.
Kekerapan mengamalkan rutin ini setiap hari, terutamanya jika anda tersa kulit sangat kering. Pakar juga mengesyorkan melakukan ini setiap kali anda menggunakan produk penjagaan kulit, pagi dan malam. Boleh juga lakukan cara ini di seluruh badan juga. Kaedah ‘rendam dan gris’, yang berfungsi dengan cara yang sama iaitu, sejurus selepas mandi, sapukan minyak badan atau losen untuk memerangkap kelembapan tambahan ke dalam kulit.
Fikir Dua Kali Jika Kulit Berminyak
Kesan negatif adalah minimum, kerana sandwic lembapan sesuai untuk semua jenis kulit. Tetapi jika anda berminyak atau berjerawat, ambil perhatian tentang produk yang anda gunakan dan elakkan produk oklusif yang terlalu tebal. Berpegang kepada yang lebih ringan, sebaliknya, elakkan formula tebal atau seperti jeli pada kulit muka, kerana ia menghalang kulit anda daripada bernafas dan boleh menyebabkan liang tersumbat dan jerawat.
Produk untuk Dicuba
Anda mungkin boleh mencuba “moisture Sandwich” menggunakan produk yang telah anda miliki, asalkan anda melapisinya daripada yang paling nipis kepada yang paling tebal. Tetapi jika anda sedang mencari beberapa formula baharu, ini produk cadangan:
Hello Blossom! Koleksi ini didatangkan dalam kotak edisi terhad minimalis namun comel dalam warna biru dan merah jambu. Pembungkusan produk memancarkan suasana musim bunga yang meriah dengan warna merah jambu mudanya. Reka bentuk yang disusun khas ini membolehkan anda berkongsi kegembiraan dengan orang tersayang anda. Sama ada anda mendapatkannya untuk diri sendiri atau sebagai hadiah, anda boleh yakin bahawa malam anda akan dipenuhi dengan kemanisan santai bunga sakura manakala pagi anda akan disambut dengan kulit yang gebu dan bibir yang menawan.
HELLO BLOSSOM! WATER SLEEPING MASK_EX
Water Sleeping Mask ialah topeng semalaman penghidratan intensif yang menguatkan pertahanan kulit pada waktu malam. Ia dibuat dengan Teknologi Sleeping Microbiome™ dan ‘Kompleks Probiotik’ yang dipertingkatkan, bahan yang diperoleh daripada 23.8 bilion Probiotik* yang membantu dalam menguatkan penghalang kulit untuk kulit yang tidur lena, cerah dan jelas.
HELLO BLOSSOM! LIP SLEEPING MASK_EX
Topeng bibir semalaman yang memastikan bibir anda tetap lembap dengan aroma bunga yang menggetarkan hati untuk mengingatkan anda tentang bunga sakura Musim Bunga. Ia dirumus dengan teknologi lembapan yang dipatenkan, Moisture Wrap™ yang mempunyai asid hyaluronik dan mineral untuk membentuk lapisan pelindung di atas bibir, mengunci kelembapan dan bahan aktif. Diperkaya dengan Berry Mix Complex™ yang kaya dengan Vitamin C, Lip Sleeping Mask mencairkan kulit mati yang kering dan menggelupas dengan lembut pada waktu malam supaya anda bangun dengan bibir yang licin dan gebu.
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI