Cantik bagi seorang wanita begitu subjektif, mengekalkan kecantikan bukannya mudah apatah lagi apabila usia meningkat dewasa. Namun jika cantik itu disulamkan dengan amalan insyallah, kecantikan seorang wanita islam itu akan terserlah dari dalam.
Petua cantik ini dikongsi oleh Dato’ Dr. Fatma El-Zahra untuk awet muda, menawan dan berseri. Anda boleh amalkan kesemua cara-cara di bawah ataupun boleh amalkan satu cara sahaja, asalkan anda istiqamah mengamalkannya.
Siapa sahaja yang tidak kenal dengan kumpulan wanita yang berasal daripada Korea Selatan iaitu Blackpink. Baru-baru ini, telah menjadi bualan hangat apabila salah seorang ahli kumpulan Blackpink ‘berhijab’ di hadapan Masjid Abu Dhabi.
Untuk pengetahuan hijabi, BLACKPINK terdahulu telah melakukan konsert Born Pink: World Tour di Asia. Abu Dhabi, merupakan bandar keempat di Asia yang telah menjadi destinasi konsert ‘Born Pink’.
Memandangkan Emiriah Arab Bersatu adalah salah satu negara majoriti Islam, ahli Blackpink telah berpakaian lebih sopan semasa konsert yang telah meraih pujian para peminat. Bukan itu sahaja, Jennie (salah seorang anggota Blackpink) sempat mengunjungi salah satu masjid di Abu Dhabi dan seterusnya menjadi sorotan ramai!
Jennie telah memuat naik beberapa foto keindahan masjid Abu Dhabi tersebut melalui laman Instagramnya. Di dalam hantaran tersebut, terlihat Jennie sedang melawati Masjid Sheikh Zayed; sebuah masjid yang berada di kota Abu Dhabi, ibu kota Uni Emirat Arab.
“Exploring while touring” tulisnya di ruangan kapsyen.
Apa yang mencuri tumpuan adalah apabila dia menyarungkan pakaian yang sopan dan tertutup. Dia dilihat memakai kardigan krim serta baju putih di bahagian dalam, yang dipadankan dengan seluar bercorak.
Jennie juga menutupi bahagian kepalanya dengan memakai selendang pashmina hitam. Penampilannya tampak lebih kasual dengan memakai kasut putih hitam serta beg bahu yang disandang.
Difahamkan, masjid tersebut adalah salah satu daripada beberapa tempat yang sempat Jennie kunjungi semasa berada di Emiriah Arab Bersatu. Berdasarkan muat naik di media sosial, Jennie turut dilihat melawat Louvre Abu Dhabi.
Bukan itu sahaja, dia juga berkongsi foto menaiki ‘roller coaster’ terpantas didunia, Formula Rossa yang terletak di Ferrari World Abu Dhabi.
Menjengah ke ruangan komen hantaran tersebut, rata-rata peminat di seluruh dunia terutamanya yang beragama Islam berasa teruja dan berseloroh memanggilnya ‘ukhti’. Mereka juga memuji penampilan Jennie yang sopan dan ‘menyantuni’ negara Islam itu.
“Bismillah log in… Asyhadu Alla….“
“Tak pernah terbayang Jennie akan menjejakkan kaki ke masjid. MasyaAllah…Cantiknya Jennie berhijab”
“MASYAALLAHHH JENNIEE YOUU LOOK SOO GOD DAMN PRETTYY”
“Ini bukan KIM JENNIE tapi KIM JANNAH”
“Terima kasih sebab menghormati Islam dan berhijab…”
Sekadar info, pada penghujung Januari yang lalu, BLACKPINK telah mengadakan konsert di Etihad Park, Pulau Yas, Abu Dhabi. Selepas Abu Dhabi, BLACKPINK akan meneruskan jelajah dunia ke Asia Tenggara bermula di Kuala Lumpur, Jakarta, Manila dan banyak lagi pada Mac 2023.
Pernah tak jerawat tiba-tiba muncul apabila anda mencuba produk pelembap yang baru? Ya, itu mungkin petanda bahawa produk tersebut tidak sesuai dengan kulit wajah anda! Selain jerawat, ketahui lagi tanda lain yang menunjukkan produk tersebut tidak sesuai dengan kulit anda.
Krim pelembap adalah salah satu langkah asas penting untuk memastikan kulit sentiasa lembap. Ia juga membantu mencegah kekeringan muka, merawat kulit, anti penuaan dan juga membuatkan kulit anda nampak lebih bersinar. Kandungan yang terdapat dalam pelembap juga banyak, seperti lidah buaya atau aloevera, buah delima, madu, hyaluronic acid, dan sebagainya.
Walau bagaimanapun, hijabi perlu tahu bahawa tidak semua pelembap sesuai untuk kulit wajah anda. Perhatikan keadaan kulit semasa menggunakan pelembap muka, jika tanda-tanda berikut muncul, sebaiknya hentikan penggunaan moisturizer tersebut.
Walaupun terdapat banyak pelembap yang ‘mendakwa’ sesuai untuk semua jenis muka, sebenarnya terdapat jenis kulit yang terlalu sensitif malah boleh menyebabkan kemerahan. Biasanya ini kerana pelembap tersebut mengandungi kandungan minyak wangi.
Menurut Dr. Corey L. Hartman, pengarah perubatan Pusat Kesihatan Kulit Alabama di Birmingham; melalui Southern Living, pilihlah moisturizer yang ringan dan lembut. Tambahan itu, elakkan juga produk yang mengandungi retinol dan asid hidroksi, walaupun baik untuk mencegah penuaan, tetapi ianya tidak bersesuaian buat individu yang mempunyai kulit sensitif.
Pelembap sepatutnya berfungsi untuk menjadikan kulit lembap dan lembut kerana ia ‘mengunci’ air di muka. Tetapi, jika ia bertindak sebaliknya dan mengeringkan kulit sehingga menggelupas, ini menunjukkan bahawa pelembap itu tidak sesuai untuk anda.
Hal ini sering berlaku kerana pelembap tersebut menggunakan bahan retinol. Jika anda merasakan simptom semakin teruk, hentikan penggunaan dan dapatkan nasihat pakar dermatologi untuk rawatan yang lebih khusus.
Berhenti menggunakan produk pelembap tersebut jika kulit anda menjadi breakout. Jika anda mempunyai kulit sensitif atau berjerawat, anda sepatutnya menggunakan pelembap ringan(light moisturizer).
Anda juga boleh menggunakan gel atau serum pelembap untuk mengekalkan kelembapan kulit anda. Tambahan itu, pastikan produk tidak mengandungi bahan kimia yang berbahaya dan keras. Nak lagi selamat, anda juga boleh membuat pelembap badan sendiri di rumah menggunakan madu, yogurt, minyak zaitun dan sebagainya.
Tanda pelembap yang digunakan oleh hijabi tidak bersesuaian ialah apabila munculnya banyak milia secara tiba-tiba. Milea ialah tompok-tompok kecil yang timbul pada kulit yang kelihatan seperti jerawat kecil.
Milia boleh tumbuh di banyak tempat di muka jika anda menggunakan pelembap yang salah. Jika ini berlaku, jangan pecahkan atau tekan pada milia tersebut, kerana ini hanya akan menyebabkan parut dan jerawat pada muka anda.
Jika anda merasakan sensasi panas dan terbakar, bukannya segar dan lembap selepas menggunakan pelembap, hentikan penggunaannya dengan serta-merta.
Kulit terasa seakan terbakar disebabkan oleh tahap pH kulit anda yang tidak seimbang di bawah pengaruh pelembap. Oleh itu, cuci muka anda sebaik sahaja ia menjadi panas untuk mengimbangi semula pH kulit anda.
Penyanyi Amira Othman tidak ketinggalan ditanya ramai peminat bila akan menamatkan zaman bujang terutamanya apabila ramai rakan-rakan baiknya kini telahpun melangkah ke alam rumahtangga, tak kurang juga yang sudah bergelar ibu.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram miliknya, Amira atau nama sebenarnya, Nadia Amira Othman, 29, mengakui dia masih lagi solo dan tidak mempunyai perancangan untuk mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat.
Ketika ditemui HIJABISTA, Amira menjelaskan sudah menjadi satu kebiasaan bagi dirinya, apabila setiap kali ada rakan-rakan yang berkahwin, pasti dirinya tidak terkecuali diasak soalan bila dia bakal menamatkan zaman bujang.
“Penuh DM (Direct Message) saya, anda ucap dan doa macam-macam yang baik untuk saya. Terima kasih di atas doa yang baik-baik.
“Jodoh ni kan macam rezeki juga ajal, tiada siapa tahu. Cukuplah saya memberi jawapan saya memang tidak ada rancangan lagi untuk menamatkan zaman bujang dalam masa terdekat.
“Ramai ingat saya berahsia, tapi saya tidak menyembunyikan apa-apa tapi inilah jawapan jujur daripada saya. Anda doalah yang baik-baik ya,” tulis Amira.
Malah, ucapan Amira yang menitipkan doa ketika perkahwinan sahabat karibnya Wany yang bergelar isteri kepada Mohd Al-Adib Fahmi Harun, pada 22 Julai 2022 yang lalu, telah menarik perhatian warganet.
“Untuk sahabat saya yang cantik, Wany Hasrita tahniah tau! Semoga kau berbahagia sampai syurga.
“Anak yang baik Wany ni, kawan yang baik, pergi haji sama-sama, pergi umrah sama, semua sama-sama… kahwin je tak sama-sama.
“Adib jaga Wany baik-baik okay? Sayang sangat,” tulis Amira lagi.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari Media Hiburan
Bahaya pin tudung tidak boleh dipandang ringan. Ketahui risiko tertelan atau tersedut pin, simptom yang perlu diberi perhatian serta langkah pencegahan untuk mengelakkan komplikasi serius.