Penyanyi terkenal, Hafiz Suip meluahkan rasa syukurnya selepas melihat isterinya yang tersayang, Effy Jasreel kini tampil dengan imej berhijab.
Berkongsi di laman Instagram, Hafiz memuat naik gambarnya bersama Effy berserta kata-kata yang bersahaja namun cukup romantis!
Ya Allah semangat gila aku nak selfie ngan bini aku ya Allah…semoga hidayat ke seluruh Alam Aminn Ya Rabbal’alamin 🥰😘 BEAUTIFUL @nureffyj 😍
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang turut sama mendoakan untuk kesejahteraan Hafiz,32, dan isterinya serta berharap Effy dapat turut istiqamah dengan penampilan baharunya ini.
“Hidup dalam beragama… Rezeki pada ketenangan… jangan risau pada hidup… tapi risau pada selepas mati,” coret Ustaz Abullah Khairi.
“MasyaAllah.. barakaAllah,” tulis Ikhwan Fatanna.
“MasyaAllah…. alhamdulillah… Semoga sentiasa istiqamah.
“Aku selalu tersenyum bayangkan kita hidup berdua berjalan berpegangan tangan takkan kau lepaskan,” komen netizen.
Sebagai info, pelantun lagu Awan Nano itu telah mendirikan rumah tangga pada 14 Mei 2016 bersama Nureffy Jasreel Abdullah,29.
Hasil perkongsian hidup, mereka telah dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki iaitu Riyadh Zafri,5, dan Alkaf Zayne,2.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Mak Salmah Dijangkiti Covid-19, Siti Nurhaliza Lega Ibu Hanya Bergejala Ringan
Penyanyi nombor satu negara, Dato’ Seri Siti Nurhaliza dengan penuh rasa dukacita memaklumkan bahawa ibunda kesayangan, Mak Salmah telah dijangkiti Covid-19 pada Ahad.
Siti memaklumkan perkara berkenaan menerusi Instagram story miliknya. Bagaimanapun katanya, setelah dihubungi dan mendengar suara ibunda tercinta Siti boleh menarik nafas lega apabila simptom yang dihadapi ibunya hanyalah simptom bergejala ringan sahaja.
Siti Nurhaliza Mohon Peminat Doakan Kesembuhan Mak Salmah.
Sumber: Insta Story Siti NurSairah Tarudin
“Balik bilik, tengok telefon, dapat berita mak kena Covid-19. Dapat cakap dengan mak, baru lega. Mak cuma sakit-sakit badan sikit, batuk tak teruk. Alhamdulillah.”
“Terima kasih semua yang mendoakan Mak Salmah ya. Syukur, Alhamdulillah,” tulisnya.
Artikel berkaitan: Pernah Alami Stress, Ini ‘Confession’ Siti Nurhaliza Bagaimana Dia Tanganinya
Menerusi hantaran terbaharu, Siti sempat berpesan kepada para peminatnya yang bakal hadir pada Konsert Music of the Soul Dato’ Seri Siti Nurhaliza pada Ahad lalu, agar membuat ujian RTK-PCR terlebih dahulu sebelum menghadiri konsert dua hari yang berlangsung di Dewan Plenary, KLCC dan telah melabuhkan tirainya semalam.
Sumber: Insta Story Siti Nurhaliza
“Memandangkan kes Covid-19 semakin meningkat, saya minta jasa baik peminat saya yang akan hadir, untuk buat self-test dirumah sebelum hadir ke persembahan malam ini ye.. Kita jaga kita ,” tulis Siti.
Untuk rekod, Siti Salmah Bachik, 70 atau Mak Salmah disahkan positif Covid-19 pada 5 November lalu. Dan mengalami simptom Covid bergejala ringan, dan kini sedang menjalani kuarantin di rumahnya.
Hijabista dan semua rakyat Malaysia mendoakan agar, ibunda Siti Nurhaliza agar diberikan kesembuhan dan sihat seperti sedia kala.
Sumber: Instagram Siti Nurhaliza & Siti NurSairah Tarudin
Artikel berkaitan: “Sampai Nak Menitiskan Air Mata,” – Cara Datuk Seri Siti Nurhaliza Kongsi Rezeki, Promosi Bisnes Peniaga Kecil Secara Percuma
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Suami Yana Samsudin Kongsi 10 Ciri-Ciri Isteri Nak Rezeki Jadi Berganda-Ganda. No 6 Sangat Digalakkan!
Bukan senang untuk mengukuhkan hubungan rumah tangga yang dibina. Bukan disebabkan berapa lama tempoh sudah kahwin kerana ada yang sudah lama berumah tangga juga boleh berpisah. Namun rupanya kehadiran isteri ini juga sebagai penambah rezeki sedia ada.
Seperti perkongsian suami Yana Samsudin, Fadzil Zahari yang memberitahu 10 ciri-ciri peranan seorang isteri itu yang juga menambah rezeki dalam keluarga.
Ternyata perkongsian berguna ini di laman sosial facebook milik adik Datuk Farid Kamil ini mendapat respon cukup bagus dari netizen. Rata-rata berterima kasih atas perkongsian amat berguna ini.
Nor Ayu Hidayah waalaikumusalam.. Mintak share ye bang… Apa yg abg smpaikan ni,penuh ngn ilmu
Mohd Jamallullail Musa aminnn Semoga bahagia till Jannah
Emma Mariamyusof Wslm…mohon share ye
Rupanya inilah sebab rumah tangga pasangan ini sentiasa kekal harmoni tanpa ada sebarang gosip liar yang boleh meruntuhkan masjid yang dibina.
Assalmualaikum… selain berbuat baik pada ibu bapa ni saya share sikit
Ramai suami yang mungkin tidak tahu bahawa sebenarnya, rezekinya dengan izin Allah jadi semakin murah malah mengalir deras atas sebab peranan isteri. Seorang isteri, yang membuat rumah tangga lebih bahagia menuju ke syurga sekaligus menjadi sumber rezeki paling berharga buat suami.
Dikongsikan ciri-ciri isteri menghadirkan rezeki menjadi deras untuk suaminya menurut Islam.
1. Isteri yang sentiasa bersyukur.
Isteri yang sentiasa bersyukur atas semua kurniaan Allah pada hakikatnya dia sedang mengundang tambahan nikmat untuk suaminya termasuk juga rezeki.
Bersyukur punya suami, bersyukur jadi ibu. Anak-anak boleh mengaji, bersyukur. Suami memberi nafkah, bersyukur. Suami memberikan hadiah, bersyukur. Suami mencintai setulus hati, bersyukur. Suami memberi kenikmatan sebagai suami isteri, bersyukur.
“Dan ingatlah ketika Tuhanmu memaklumkan : bila kalian bersyukur, tentu Kami akan menambah (nikmat) padamu apabila kamu mengingkari (nikmatKu) maka sesungguhnya adzabku sangat pedih” (QS. Ibrahim : 7).
2. Isteri yang tawakal
“Dan barangsiapa yang bertawakkal pada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan) nya. ”
(QS. Ath Thalaq : 3).
Bila seorang isteri bertawakkal pada Allah tentang rezeki, ketika dia tidak bekerja maka Allah akan mencukupkan rezeki dari jalan lain. Mungkin tidak melalui dirinya boleh jadi Dia akan memberi rezeki yang banyak pada suami yang kemudiannya diberikan sebagai nafkah yang cukup buat dirinya.
3. Isteri yang baik agamanya
Rasulullah s.a.w menjelaskan bahawa wanita dinikahi kerana empat perkara. Kerana hartanya, kecantikannya, nasabnya dan agamanya.
“Pilihlah kerana agamanya, nescaya kamu beruntung”
(HR. Al Bukhari dan Muslim).
Cuba kita perhatikan, tidak ada satu pun keluarga yang jika semuanya patuh pada Allah lalu mereka mati kelaparan atau kebuluran. Tapi bagaimana dengan seorang suami yang bergelumang maksiat tapi namun rezekinya lancar?
Boleh jadi Allah akan memberi rezeki pada isteri dan anak-anaknya melalui dirinya. Boleh jadi kerana takwa sang isterinya dan bayi yang belum berdosa, lalu Allah mempermudah rezekinya. Suami ini sebenarnya berhutang pada isterinya.
4. Isteri yang banyak beristighfar
Diantara keutamaan istighfar ialah mendatangkan rezeki. Ia dapat dilihat dalam Surah Nuh ayat 10 sampai 12.
“Maka saya katakan pada mereka, ‘Mohonlah ampun pada Tuhanmu’, sesunguhnya Dia adalah Maha Pengampun, pasti Dia akan mengirimkan hujan padamu dengan lebat, memperbanyak harta dan anak-anakmu, mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (juga di dalamnya) sungai-sungai untukmu” (QS. Nuh : 10-12).
5. Isteri yang suka bersilaturahim
Isteri yang suka mengeratkan silaturahim, baik pada orang tuanya, mentua, keluarga serta teman-temannya pada dasarnya dia sedang membantu melancarkan rezeki suami. Sebab keutamaan silaturahim adalah dilapangkan rezekinya dan dipanjangkan umurnya.
“Siapa yang suka dilapangkan rezekinya dan dipanjangkan umurnya hendaklah dia menyambung silaturrahim. ”
(HR. Al Bukhari dan Muslim).
6. Isteri yang suka bersedekah
Kita semua tahu tentang ganjaran bersedekah. Keutamaan sedekah itu misalnya dijelaskan dalam surat Al Baqarah, bakal dilipatgandakan Allah sampai 700 kali ganda. Dan ia boleh dilipatgandakan lebih dari itu menurut kehendak Allah. Apabila isteri yang mendapat nafkah dari suami, lantas sebahagiannya digunakan untuk sedekah, mungkin tidak dibalas melaluinya. Boleh jadi dibalas melalui suaminya. Jadilah pekerjaan suaminya lancar, rezekinya melimpah.
“Perumpamaan orang-orang yg menafkahkan hartanya di jalan Allah sama beserta sebutir benih yg menumbuhkan tujuh bulir, pada tiap-tiap bulir ada seratus biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) buat siapa saja yang dia kehendaki. Dan Allah Mahaluas lagi Maha tahu. ”
(QS. Al Baqarah : 261).
7. Isteri yang bertakwa.
Orang yang bertakwa bakal menerima jaminan rezeki dari Allah SWT. Bahkan bakal mendapatkan rezeki menurut jalan yang tidak disangka-sangka.
Firman Allah dalam surat Ath Talaq ayat 2 dan 3.
“Barangsiapa bertakwa dalam Allah, nescaya beliau bakal mengadakan jalan keluar baginya serta memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka” (QS. At Thalaq : 2-3).
8. Isteri yang selalu mendoakan suaminya
Allah SWT adalah Maha Pemberi rezeki. Jadi jangan bersandar kepada usaha kita semata sebaliknya banyakkan berdoa memohon kepadaNya. Doakan suami supaya selalu mendapatkan limpahan rezeki berdasarkan Allah, serta yakinlah apabila isteri berdoa, Allah akan mengabulkannya.
“Dan Tuhanmu berfirman : Berdoalah kepadaKu nescaya Saya kabulkan”
(QS. Ghafir : 60).
9. Isteri yang mengamalkan solat dhuha
Solat dhuha adalah solat sunat ganjarannya luar biasa.
“Pada tiap tiap pagi, lazimkanlagh atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah, tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah(sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat sembahyang Dhuha.” (HR Al Bukhari dan Muslim)
10. Isteri yang taat serta melayani suaminya
Salah satu kewajipan isteri pada suami adalah mentaatinya. Taat pada perintah suami selagi ia tidak bertentangan dengan suruhan agama. Apa hubungannya dengan rezeki? Bila seorang isteri taat pada suaminya, hati suaminya damai dan tenang. Dalam keadaan ini suami akan lebih fokus, kreatif dan aktif. Ibadahnya juga lebih tenang, sekali gus rezeki mengalir lancar.
SUMBER: FACEBOOK FADZIL ZAHARI
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Puteri Sarah Dan Anak-Anak ‘Bawa Diri’ Ke Jepun, Lupakan Seketika Masalah Rumahtangga!
Meskipun rumahtangga sedang bergolak , sehingga hangat diperkatakan kononya sang suami, Syamsul Yusof telah mendirikan rumah tangga dengan perampas, Ira Kazar seperti yang dikongsikan Puteri Sarah di laman Instagram miliknya baru-baru ini.
Sehubungan itu, demi menenangkan keresahan jiwa dek gejolak rumahtangga yang di alami, Sarah mengambil keputusan membawa anak-anak melancong ke luar negara dan berehat seketika.
Sarah Bawa Diri Dan Anak-Anak Ke Jepun
Perkara berkenaan dimaklumkan Sarah menerusi muat naik dalam satu hantaran di laman Instagram miliknya baru-baru ini, dapat dilihat Sarah berkongsi beberapa keping gambar dan video sewaktu dia menikmati percutiannya itu dan berseronok di Jepun bersama anak-anak.
“Terima kasih Ya Allah, sampai juga Disneyland nak bawa Syaikhul dan Sumayyah. Duit boleh dicari, kebahagiaan anak-anak tak ternilai,” ujarnya ringkas di ruangan kapsyen.
Rugi Syamsul Sia-Siakan Detik Melancong Bersama Anak-Anak
Hijabista sempat meninjau keruangan komen pada hantaran berkenaan, rata-rata netizen meluahkan rasa kesal dan betapa ruginya Syamsul kerana mensia-siakan masa dengan orang ketiga hingga tidak bersama anak-anak untuk mencipta kenangan indah bersama keluarganya.
Menurut segelintir netizen, melihat momen anak membesar adalah anugerah paling terindah dan tidak ternilai sebagai seorang bapa.
Artikel berkaitan: Lantang Suarakan ‘Isu Rumah Tangga’, Puteri Sarah Lega Dapat Bantu Ramai Pihak
Selain itu, netizen turut mendoakan Semoga Puteri Sarah terus diberi kekuatan untuk membesarkan anak-anaknya. Malah rata-ra
Bagaimanapun, netizen turut menzahirkan rasa kagum mereka melihat semangat danta netizen mengagumi kekuatan yang dimiliki oleh Puteri Sarah dalam menghadapi dugaan rumah tangganya dan mendoakan agar segala urusan pelakon yang berusia 37 tahun itu dipermudahkan
Sumber: Puteri Sarah
Artikel Berkaitan: ‘Anak Soleh Mama Nanti Jaga Mama Ok’- Ramai Sayu Baca Ucapan Puteri Sarah Buat Anak Tersayang
Sumber: Instagram Puteri Sarah Liyana
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI