Selain kewajipan melakukan solar fardhu, kita juga sangat-sangatlah digalakkan untuk melakukan solat sunat yang lain. Meskipun difardukan mendirikan solat lima kali sehari, kita masih lalai dan alpa hingga memerlukan solat sunat untuk menyempurnakan ibadat kita.
Ada banyak jenis solat sunat yang boleh dilakukan dalam tempoh sehari tetapi yang menjadi kebiasaan ialah solat sunat dhuha dan rawatib. Hikmah solat sunat dhuha juga disebabkan masa antara selepas waktu subuh dan zuhur yang panjang hingga Allah SWT menyediakan ruang untuk terus mengingatiNya.
DAHSYATNYA SOLAT DHUHA
Solat Dhuha antara amalan sunat yang tidak pernah ditinggalkan oleh Rasulullah SAW.
Sangat banyak kelebihannya. Apa kata kita tambah satu amalan ini dan istiqamah. Boleh dilaksanakan 2, 4, 6, 8 atau 12 rakaat.
Dikongsikan LIMA kelebihan solat dhuha sebagai motivasi untuk kita beramal lillahi taala.
SEBAGAI SEDEKAH YANG TIDAK DISEDARI
Daripada Abi Zar r.a, bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda:
“Pada pagi hari, setiap sendi salah seorang daripada kamu memerlukan kepada sedekah. Maka setiap tasbih (Subhanallah) itu adalah sedekah, setiap tahmid (Alhamdulillah) itu adalah sedekah, setiap takbir (Allahuakbar) itu adalah sedekah, menyuruh berbuat perkara yang baik adalah sedekah, melarang daripada perkara yang mungkar adalah sedekah. Dan semua itu cukup (bersedekah kepada semua sendi itu) dengan dua rakaat yang telah didirikan oleh seseorang itu daripada solat dhuha.” (Hadis Riwayat Muslim)
DIAMPUNKAN DOSA WALAU SEPERTI BUIH DI LAUTAN
Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:
“Barangsiapa yang menjaga sembahyang dhuhaNya, nescaya diampuni Allah baginya aku segala dosanya walaupun seperti buih di lautan.” (Riwayat Ibnu Majah dan at-Tirmidzi)
DIBANGUNKAN RUMAH DI SYURGA
Sabda Nabi SAW;
“Barangsiapa yang solat dhuha sebanyak empat rakaat dan empat rakaat sebelumnya, maka ia akan dibangunkan sebuah rumah di syurga.” (al-Jami’: 634)
SENTIASA DICUKUPKAN REZEKI
Nu‘aim bin Hammar bahawa ia berkata,
“Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda; Allah berfirman, ‘Wahai anak Adam, janganlah kamu berasa lemah untuk beribadah kepada-Ku dengan cara mengerjakan solat empat rakaat di awal waktu siangmu, nescaya akan Aku cukupkan untukmu di akhir harimu.” (Hadis Riwayat Abu Dawud)
MENDAPATKAN PAHALA SEPERTI MENUNAIKAN UMRAH
Daripada Abu Umamah r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda,
“Barangsiapa yang keluar dari rumahnya dalam keadaan bersuci untuk melaksanakan solat wajib, maka pahalanya seperti seorang yang melaksanakan haji. Barangsiapa yang keluar untuk melaksanakan solat Dhuha, maka pahalanya seperti orang yang melaksanakan umrah.” (Sahih al-Targhib: 673)
Sumber kredit: Ustaz Hanafi Malek Top image: Photo by jim-pave from Unsplash
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
https://youtu.be/56nQrka4s8k
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI