Semalam menyaksikan personaliti televisyen popular Ras Adiba Radzi telah selamat melangsungkan perkahwinan dengan pilihan hatinya Mohamed Azam Ali. Dia begitu cantik menggayakan persalinan serba putih di hari bahagianya, walaupun hanya duduk di kerusi roda. Pasangan ini selamat diijab kabulkan di Masjid Jamel Al-Khadijah, Kuala Lumpur petang semalam.
Dalam temubual bersama Mstar Online, Ras diba meluahkan rasa syukur perkenalan 34 tahun dengan pasangannya akhirnya membawa ke jenjang pelamin.
Keduanya mula saling mengenali ketika sama-sama bekerja di TV3 sebelum membawa haluan masing-masing. Ketika itu suaminya itu bekerja sebagai penerbit berita di bahagian sukan.
Dan pertemuan semula mereka ketika sama-sama menghadiri majlis reunion pada Disember tahun lalu. Ternyata perjumpaan semula ini memberi mana apabila mereka mula rapat kembali.
Ads
Walau bagaimanapun, dalam kegembiraan terselit rasa sedih di hati Ras Adiba kerana tidak berkesempatan untuk menghadii majlis pengebumian rakan baiknya, Allahyarham Wafa Abdul Kadir.
Menulis posting dalam laman sosial facebook, Ras Adiba meluahkan perasaannya yang bercampur baur antara gembira dan berduka dengan kehilangan sahabatnya itu.
Ads
Hari ini hari yang teramat sukar dan gembira buat saya. Gembira kerna saya akan diijabkabulkan dengan seorang yang amat menyayangi seluruh jiwa dan raga. Namun hari ini juga saya kehilangan Kak Long saya.
Aduhai bagaimana bisa saya tempohi dugaan yang melanda? Ingin sekali saya meraikan Akad ini bersama dia, namun saya sedar rancangan Illahi tiada tolak tandingnya. Maafkan Deep kerna tidak dapat menghantar Akak pulang Kak, namun Deep tahu Akak mahukan Deep gembira.
Akan Deep cekalkan diri dan kawal airmata daripada mengalir di pipi. Itu janji Deep, Kak. Maaf sekali lagi, kerna adikmu ini tidak dapat bersama mengiringi dirimu untuk mengadap Illahi. Allahu
Apa pun Hijabista ucapkan tahniah atas perkahwinan kali ketiga buat Ras Adiba dan semoga ikatan terbina ini kekal hingga ke jannah.
Siapa bilang warna hitam itu membosankan? Jenama Chanel contohnya hadir dengan ilham inspirasi ‘little black dress’ pada tahun 1926 yang diterbitkan di American Vogue. ia menjadi simbolik dalam dunia fesyen saat itu apabila ramai yang mendambakan siluet ringkas yang seksi dengan padanan warna hitam yang menjadikan si pemakai lebih anggun, glamor dan ‘mahal’.
Malah, jika dilihat satu-persatu karya magis jenama antarabangsa mahupun lokal, warna hitam itu pasti menjadi salah satu warna yang menyempurnakan koleksi fesyen mereka. Sama ada musim panas ataupun musim luruh, warna hitam itu menjadi kunci untuk melengkapkan sebuah koleksi.
Hari ini, warna hitam tidak dipandang sebagai warna asas. Malah, perspektif masyarakat terutamanya pencinta fesyen sudah menganggap warna hitam adalah warna ‘brilliant’ yang menjadikan gaya keseluruhan kamu menarik!
Pilihan aksesori yang tepat boleh menjadikan keseluhan stail kamu lebih dramatik dan glamor. Tambahan pula jika kamu menghadiri majlis makan malam ataupun majlis yang mewah, ia mampu memberikan ‘bonus’ dalam penampilan kamu.
Contohnya, penggunaan warna ‘silver’ boleh memberi elemen mahal dan aksesori yang berwarna seperti merah dan kuning menaikkan aura ‘fun’ pada fesyen kamu. Tetapi, jika kamu memang meminati warna hitam, tidak salah sekiranya kamu ingin memakai aksesori yang juga berwarna hitam. Asalkan tidak melebih-lebih.
‘Outerwear’ dilihan sebagai ‘fashion statement’ yang mengubah keseluruhan gaya anda. Sama ada ‘oversized shirt’, ‘bomber jacket’, ‘cardigan’ ataupun ‘blazer’ ala kasual, pastinya menjadikan gaya hitam fesyen kamu tidak bosan.
Banyak jenama-jenama yang mampu milik seperti Monki, H&M, Cotton On mahupun Zara menyediakan rangakaian ‘outerwear’ yang kemas potongannya, sesuai untuk kamu peminat fashion. Nilai ‘sophisticated’ akan jelas terserlah apabila kamu menyarungkan ‘outerwear’ yang betul. Tetapi, usahlah kamu hasilkan gaya fesyen kamu yang berlapis-lapis, tidak kena pula dengan cuaca kita di Malaysia ini. Cukup sekadar 2 lapisan sudah memadai. Ingat, pilihan yang bijak menunjukkan kamu punya ilmu fesyen yang bernas!
Bagusnya untuk kamu yang berhijab, kamu boleh bermain dengan pilihan hijab yang berwarna-warni dan bercorak. Biarpun kamu menyarung keseluruhan fesyen kamu berwarna hitam, namun tonjolkan seri fesyen kamu dengan hijab yang bercorak serta berwarna.
Bukan itu sahaja, malah pemilihan fabrik yang betul seperti satin, lagi menaikkan nilai ‘mahal’ dan eksklusif. Tidak salah jika kamu memilih hijab agak meriah warnanya kerana ia membantu untuk menyempurnakan staiul kamu!
Kesempuraa dalam gaya fesyen kamu tidak lengkap sekiranya solekan yang dikenakan tidak kemas dan tidak sesuai dengan warna fesyen yang dipakai. Untuk warna hitam, lebih cantik sekiranya kamu mengenakan konsep solekan yang sedikit dramatik, ‘gothic’ ataupun glamor. Bukan mahu melebih-lebih, tetapi apabila solekan sebegini dipadankan dengan gaya fesyen hitam kamu, akan tampak lebih molek!
Ha! Tak susahkan sebenarnya untuk jadikan gaya fesyen kamu lebih menarik walaupun keseluruhan warna dari atas hingga ke bawah berwarna hitam. Selamat berOOTD!
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Wabak coronavirus yang melanda sering dikaitkan dengan masalah pernafasan. Mana tidaknya, simptom yang diuar-uarkan seperti batuk dan sesak nafas memang tertumpu kepada masalah organ paru-paru. Itu merupakan kaedah utama penyebaran virus novel korona.
Di saat orang ramai sibuk menutup mulut, mencari dan mengguna pakai topeng bagi melindungi diri dari dijangkiti, kajian terbaharu telah mengesahkan bahawa wabak coronavirus baharu boleh tersebar melalui laluan fecal-oral.
Walaupun cara penyebaran melalui sisa perkumuhan ini merupakan maklumat baharu yang telah disahkan oleh kajian sains, tapi saintis tidak terkejut. Ini berikutan virus novel korona (COVID-19) ini sering dikaitkan dengan virus korona sindrom pernafasan akut teruk (SARS-CoV).
Persamaan di antara kedua-dua virus ini dipersetujui oleh kebanyakan ahli akademik sehinggakan ia pernah digelar sebagai SARS-CoV-2.
Suatu ketika dahulu, kajian menunjukkan bahawa SARS-CoV boleh tersebar melalui sisa air kencing pesakit. Sampel virus tersebut juga jelas terzahir pada sampel najis menunjukkan SARS-CoV bukan hanya tersebar melalui batuk atau bersin.
Perkara ini, walaupun tidak mempunyai implikasi yang agak dahsyat kepada orang awam, tapi boleh membahayakan golongan yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam merawat pesakit. Tanpa memakai alat perlindungan diri, mereka mudah untuk dijangkiti oleh sampel sisa perkumuhan pesakit walaupun ia jarang berlaku.
10 peratus daripada jumlah pesakit yang disoal selidik di Hospital Wuhan (14 daripada 138 orang pesakit) mengalami simptom gastrousus seperti cirit-birit, loya dan muntah sebelum menunjukkan simptom pernafasan.
Tanpa mengetahui tentang peranan virus novel korona terhadap sistem gastrousus, simptom sebegitu pastinya dirawat sebagai masalah keracunan makanan walhal daripada sejarah pesakit, ia jelas menunjukkan risiko jangkitan wabak coronavirus.
Pesakit pertama yang didiagnosis di Amerika Syarikat turut mengalami simptom cirit-birit, 2 hari sebelum demam dan sesak nafas berlaku. Ia bukanlah simptom utama namun wajar diambil kira.
Mereka yang mengalami cirit-birit dan mempunyai hubungan secara langsung dengan mereka yang positif wabak coronavirus atau baru pulang dari Wuhan perlu disiasat dengan lebih lanjut.
Kajian soal selidik di China tersebut menunjukkan cara penyebaran terbaharu virus novel korona, namun cara utama masih melalui titisan udara.
Mereka yang mengalami simptom selesema perlu memakai topeng muka bagi mengelakkan virus tersebut daripada tersebar.
Topeng tersebut hanya betul-betul berkesan bagi menghindarkan penyebaran virus. Ia tidak berapa berkesan dalam menghindarkan anda daripada dijangkiti virus. Jadi, bagaimana cara untuk anda melindungi diri daripada dijangkiti oleh wabak coronavirus?
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah menyarankan amalan cuci tangan dengan menggunakan sabun dan air. Ia ternyata berkesan dalam membasmi virus novel korona tersebut melalui pelbagai kajian. Pernah juga tular di Facebook berkenaan dengan eksperimen ringkas menunjukkan perbezaan di antara penggunaan air dan sabun serta hand sanitizer terhadap penjagaan roti daripada kulat.
Air dan sabun bukan sahaja berupaya untuk membasmi majoriti mikroorganisma, tapi ia juga boleh digunakan pada tangan yang kotor. Hand sanitizer cuma boleh digunakan pada situasi di mana tidak terdapat air dan sabun.
Kepekatan alkoholnya mestilah berada pada paras 60% dan ke atas, jika tangan anda kotor, basuh tangan anda menggunakan air terlebih dahulu. Melalui langkah pencegahan ini, wabak coronavirus baharu boleh dikawal dengan baik.
Individu yang kerap bersin dan batuk juga perlu mengamalkan teknik/ etika yang betul. Bagi virus yang disebarkan melalui titisan udara, berdiri pada jarak 2 meter daripada individu lain mampu menghindarkan penyebaran virus.
Tutup mulut anda menggunakan tisu dan buang tisu tersebut selepas digunakan.
Walaupun kajian yang dijalankan di Jerman menunjukkan bahawa virus korona novel boleh hidup di luar badan manusia dalam tempoh 9 hari, namun ia berbeza mengikut permukaan objek.
Kajian tersebut menggunakan tombol pintu dan barangan lain namun tidak mengambil kira sampel najis yang mempunyai kadar lembapan yang agak tinggi. Semakin tinggi kadar lembapan, semakin panjanglah jangka hayat virus tersebut di dalam sampel yang tercemar.
Buangan sisa klinikal selepas melakukan ujian makmal atau kajian perlu dilakukan dengan betul. Jika tidak, mereka yang menguruskan sisa klinikal tersebut berisiko untuk mendapat wabak coronavirus baharu kelak.
Masih tiada lagi maklumat lengkap berkenaan dengan jangka hayat COVID-19 di luar badan. Virus SARS-CoV hanya boleh bertahan selama 24 jam di luar badan manusia, namun pada sampel najis, jangka hayatnya meningkat 4 kali ganda kepada 4 hari.
Jika virus novel korona mempunyai sifat yang sama, ini bermakna, ia berupaya untuk terus menjangkiti individu lain dalam tempoh masa melebihi sebulan.
Penyebaran melalui najis merupakan cabaran baharu dalam membendung wabak coronavirus yang melanda terutamanya di kawasan hospital.
Maklumat berkenaan dengan cara penyebaran baharu virus ini menunjukkan bahawa kita perlu memberikan tumpuan kepada simptom gastrousus juga. Walau bagaimanapun simptom pernafasan seperti batuk dan sesak nafas tetap menjadi gejala utama dalam mendiagnosis pesakit.
Jika seseorang itu mengalami muntah, loya dan cirit-birit, nasihatkan mereka untuk berjumpa dengan doktor. Perkara ini terutamanya jika mereka pernah berhubung dengan pesakit wabak coronavirus.
Bangun pagi je nampak cantik dan bulu mata melentik. Dahulu, popular dengan trend memakai ‘Eyelash Extension’ di kalangan golongan muda akan tetapi hukumnya haram di dalam islam kerana menggunakan kaedah menyambung bulu mata. Kini, tumpuan kepada trend baharu iaitu ‘Lash lift’ kini menjadi tarikan golongan muda. Teknik ini lebih kepada melentikkan bulu mata individu yang ingin tampak bulu mata yang melentik dan panjang.
Lash lift merupakan teknik atau kaedah mencantikkan bulu mata anda supaya kelihatan terangkat, melentik dan tampak tebal. Rawatan Last Lift tidak melibatkan kos yang tinggi berbanding eyelash extension yang sudah semestinya mahal dan penjagaan yang leceh. Tumpuan golongan muda lebih kepad lash lift kerana ianya murah dan tidak perlu menyambung bulu mata.
Tujuan seseorang itu ingin melakukan lash lift kerana mereka ingin tampak lebih natural kerana tiada penyambungan bulu mata diperlukan. Kemudahan apabila buat lash lift ialah anda tidak perlu memakai maskara atau bulu mata palsu.
Menurut sumber dalamislam.com, proses lash lift ini halal kerana tiada proses menyambungkan bulu mata lain, hanya menggunakan bulu mata asli anda. Lash lift ini juga tidak melibatkan bulu mata buatan dan tidak berisiko.
Penjagaan lash lift ini amat mudah. Dinasihatkan supaya berhati-hati semasa 24 jam pertama. Selain itu, elakkan untuk memakai maskara sejurus anda siap melakukannya. Semestinya rawatan lash lift ini sangat berbaloi kerana dengan harga serendah RM79 dan boleh bertahan selama sebulan. Jadi ianya sangat berbaloi.
Setiap rawatan pasti ada risikonya. Keselamatan perlu dititikberatkan. Akan tetapi, risiko lash lift bukanlah sesuatu yang membahayakan jika anda pandai untuk menjaganya. Menurut ahli kecantikan, pembuatan lash lift tidak membahayakan dan tiada efek yang serius.
Jarang sekali berlaku tetapi kesan samping juga boleh terjadi jika anda lalai ketika membuat rawatan ini. Antaranya adalah:
Mengalami iritasi kulit merupakan antara risiko yang paling bahaya tetapi itu terjadi sekiranya keratin tersebut terkena pada kulit mata. Walaupun, anda akan memakai alas di atas mata tetapi perkara kecil sebegini boleh terjadi jika anda tidak fokus sewaktu membuat lash lift. Penting untuk anda mencuba bahan lash lift di kulit tangan anda, sekiranya bebas iritasi, go for it!
Pastikan anda mengetahu tentang kondisi kulit jika tidak serasi dengan sebarang keratin atau bahan di dalam lash lift supaya dapat mengelakkan iritasi pada kulit mata. Pastikan, larutan lash lift tidak termasuk dalam mata anda. Dinasihatkan supaya membuat lash lift dengan bantuan ahli kecantikan yang terlatih.
Bulu mata boleh rosak apabila terlampau banyak larutan yang digunakan di mata yang boleh menyebabkan tarikan pada bulu mata anda. Selain itu ianya boleh rosak akibat anda menggosok mata selepas ianya siap.
Akhir kata, hukum melakukan lash lift ini dalam islam halal kerana tiada sebarang bulu mata palsu atau penyambungan bulu mata dilakukan. Seperti yang kita tahu, di dalam islam diharamkan untuk merubah ciptaan Allah SWT.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Hijab menurut Ustaz Wadi Annuar bukan sekadar fesyen, sebaliknya perlu menutup leher dan dada mengikut tuntutan syarak sebagaimana diperintahkan dalam Surah al-Nur ayat 31.